kertas kerja seminar

14
Kertas Kerja Seminar INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH. KERTAS KERJA SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK PERINGKAT IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH TARIKH : 22-23 MAC 2011 HARI : SABTU DAN AHAD TEMPAT : DEWAN HONE, IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH 1.0 PENGENALAN Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasarkan sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamalkan dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Guru bertanggungjawab mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa hadapan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keikhlasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik. Murid ibarat pokok yang perlu disirami dan dibajai dengan penuh kasih sayang. Guru juga perlu memupuk kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat.

Upload: lina-abu-bakar

Post on 15-Dec-2015

402 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Seminar

Kertas Kerja Seminar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH.

KERTAS KERJA SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK

PERINGKAT IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

TARIKH :22-23 MAC 2011 

HARI :SABTU DAN AHAD

TEMPAT : DEWAN HONE, IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

1.0 PENGENALAN

Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasarkan sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamalkan dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam.

Guru bertanggungjawab mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa hadapan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keikhlasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik. Murid ibarat pokok yang perlu disirami dan dibajai dengan penuh kasih sayang. Guru juga perlu memupuk kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat. 

Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid selaras dengan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN), iaitu melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Dalam pada itu, guru berfungsi sebagai pendidik, ‘a good moderator’, ‘a good coach’ and ‘a good preacher’ dalam memupuk semangat integriti dalam kalangan masyarakat. 

Page 2: Kertas Kerja Seminar

Di tangan seorang guru akan terletak satu amanah untuk merealisasikan misi nasional untuk mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Guru berkeupayaan dalam melahirkan modal insan kelas pertama apabila bertugas dengan niat yang ikhlas. Minda kelas pertama adalah ciri-ciri modal insan yang akan memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat  dan negara. Modal insan ini merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik ke arah pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri selaras dengan hasrat wawasan 2020.  Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi serta pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Dalam konteks ini, pendekatan guru mengajar dan murid belajar perlu dijadikan amalan profesion perguruan di sekolah. Guru yang berintegriti dan beretika sangat diperlukan dalam bidang pendidikan. Etika dan integriti yang dimiliki oleh seseorang guru akan menjadikan seseorang guru itu bertanggungjawab kepada Tuhannya. 

Oleh itu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran ingin mengadakan seminar warga pendidik peringkat IPG Kampus Kent untuk memantapkan lagi semangat integriti dalam kalangan bakal guru di IPG Kampus Kent. 

2.0 TAJUK SEMINAR

Seminar Integriti  Warga Pendidik peringkat IPG Kampus Kent ,Tuaran.

3.0 MATLAMAT

Seminar Integriti Warga Pendidik peringkat IPG Kampus Kent, Tuaran ini diadakan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik khususnya bakal guru tentang Pelan Integriti Nasional (PIN). 

Di samping itu, seminar ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan mereka dalam mengukuhkan integriti keluarga dan komuniti di samping dapat memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan serta kehidupan seharian. 

Page 3: Kertas Kerja Seminar

Seminar ini juga diadakan untuk mengelak daripada berlakunya keruntuhan institusi dan juga penderaan dalam keluarga, kerosakan kemudahan awam, salah guna kuasa di jabatan kerajaan dan lain-lain kerosakan sosial. 

Warga pendidik merupakan ejen perubahan masyarakat yang sangat penting untuk menyampaikan mesej integriti dan seterusnya menjamin kelangsungan hidup yang lebih harmoni pada masa akan datang.  Oleh itu, matlamat terakhir seminar ini adalah diharap semua warga pendidik khususnya bakal guru dapat menghayati konsep integriti. 

4.0 OBJEKTIF 

Seminar ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai objektif yang berikut :

1. Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik tentang Pelan Integriti Nasional.

2. Memberi persediaan dan gambaran kepada bakal-bakal guru dalam melaksanakan konsep integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.

3. Meningkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Guru-guru pelatih Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2010 :

1. PPISMP Pendidikan Agama Islam (SK)2. PPISMP Pra Sekolah (SK)3. PPISMP Bahasa Melayu (SJKT)

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

Tarikh  : 22 - 23 Oktober 2011Tempat : Dewan Hone IPG Kent, TuaranMasa : 7 pagi hingga 5 petang         : 7 pagi hingga 10.30 pagi

Page 4: Kertas Kerja Seminar

7.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PenaungPn. Mary Teresa Kinajil

Pengarah, IPG Kampus Kent

PenasihatEn. Amidy Malagob

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PenyelarasEn. Mohd Fauzi bin Hassan

PengerusiMohd. Firdaus bin Masran

Naib pengerusiLisa Ng Mui Song

SetiausahaRuzana binti Hamzah

BendahariMaria binti Marcellinus

JAWATANKUASA PELAKSANA

Protokol dan jemputanMohd. Firdaus bin Masran (ketua)

Cynthia AndrewNgu Hung Chuong

Nazatul Azila binti Md. NajibPendaftaran

Yizhar Effendy Gimik (ketua)Siti Aimih binti Bidin

Page 5: Kertas Kerja Seminar

Sunia binti Umad

Persiapan tempatUmar Qayyum bin Mohd Luai (ketua)

Aeron LamiriNurul Hidayah binti Wasli

Nurfaseha binti Said

Makanan dan minumanUmmi Maisara binti Hassan@Ashan

Sunia binti UmadMaria binti Marcellinus

Buku programShylina Jimolis (ketua)

Rexly fredyLisa Ng Mui Song

Peralatan dan PA sistemSyamsir bin Moktar (ketua)

Ngu Hung ChuongNurul Hidayah binti Wasli

Dokumentasi dan publisitiJackie Wong Si Qie (ketua)

Rexly fredyNuruzairah binti Mutirin 

Sijil dan cenderahatiNur su’aidah binti Mustapha (ketua)Ummi Maisara binti Hassan@Ashan

Ismail bin LapagangMohd Azmir bin Wandy

JuruacaraYizhar Effendy GimikRuzana binti Hamzah

Teks ucapanIsmail bin Lapagang (ketua)

Cynthia Andrew

Kebersihan dan keceriaanAeron Lamiri (ketua)Nur Faseha binti Said

Page 6: Kertas Kerja Seminar

Nazatul Azila binti Md. NajibSiti Aimih binti Bidin

8.0 TENTATIF PROGRAM

Hari pertama – 22 Oktober 2011 (Sabtu)

7.00 pagi - Pendaftaran peserta

7.30 pagi - Ketibaan para penceramah jemputan

7.35 pagi - Slot ceramah 1   Pelan Integriti Nasional oleh En. Mohammad Diah bin   Hj. Wahari, Pengarah Sektor Awam, Institut Integriti             Malaysia

9.00 pagi - LDK 1

10.30 pagi - Kudapan

11.00 pagi - Slot ceramah 2Integriti dalam Pendidikan oleh Puan Hajah Maimunah      binti Hj. Sarail, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah

12.30 tengah hari - Rehat / solat

1.30 petang - Slot ceramah khas   Bicara Tokoh oleh Datuk Normah binti Gagoh, Mantan   Pengarah Pelajaran Negeri Sabah

2.30 petang - LDK 2

4.00 petang - Seminar ditangguhkan

Hari kedua – 23 Oktober 2011 (Ahad)

7.00 pagi - Ketibaan dan pendaftaran peserta

7.30 pagi - Slot kaunseling kerjaya

Page 7: Kertas Kerja Seminar

   Guru berintegriti pemangkin perubahan oleh Pn. Juliana    Dumpil, Pensyarah kaunseling, IPG Kampus Kent

9.00 pagi - Kudapan

9.30 pagi - Majlis penutupan

10.30 pagi - Majlis bersurai

9.0 TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

9.30 pagi - Ketibaan Pengarah IPG Kampus Kent dan VIP

9.35 pagi - Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah airku dan IPG - Kata-kata aluan pengacara majlis - Bacaan doa

10.00 pagi - Ucapan kata-kata aluan Pengerusi Seminar Integriti

10.15 pagi  - Ucapan perasmian penutupan Seminar Integriti oleh Puan Pengarah

10.30 pagi - Penyampaian cenderamata dan sijil penyertaan

10.45 pagi  - sesi bergambar, jamuan dan majlis bersurai

10. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)1. Makanan 5 57 orang 2852. Minuman 3 57 orang 1713. Cenderahati 10 4 orang 404. Fail poket 0.80 57 buah 45.605. Pen 0.80 57 batang 45.606. JUMLAH KESELURUHAN (RM) 607.20

11.0 SENARAI PERALATAN

Page 8: Kertas Kerja Seminar

BIL PERALATAN KUANTITI1. Pembesar suara 32. Kain skirting 13. Meja dan kerusi VIP 14. Bunga hiasan pentas 25. Dulang 26. Gelas VIP 47. Pemancar cecair kristal (LCD) 1

12.0 PENUTUP

Seminar integriti warga pendidik ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pengajaran serta nilai yang akan didapati oleh para peserta dalam seminar ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Diharapkan juga melalui seminar ini, individu khususnya bakal-bakal guru yang berwibawa, berintegriti, beretika dan berkeperibadian tinggi dapat dilahirkan. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan seminar ini. Segala kerjasama dan sokongan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

13.0 PERAKUAN

Perkara Jawatan Tandatangan

Disediakan Oleh :Ruzana binti Hamzah

Tarikh : Setiausaha kehormatJawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPG Kampus Kent, Tuaran

                           

Page 9: Kertas Kerja Seminar

(      Ruzana binti Hamzah     )

Disemak Oleh :

Tarikh :                        Penyelaras Seminar Warga Pendidik,IPG Kampus Kent, Tuaran

              (En. Mohd Fauzi bin Hassan)

Disokong / Tidak disokong

Tarikh : Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,IPG Kampus Kent, Tuaran

                         (Pn. Juliana Dumpil)

Disokong / Tidak Disokong

Tarikh : Ketua JabatanHal Ehwal PelajarInstitut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran

                  (     En. Amidy Malagob     )

Page 10: Kertas Kerja Seminar

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

                                                

(MARY TERESA KINAJIL)PENGARAH,INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENTPETI SURAT 02,89207 TUARAN,SABAH.

Catatan:

 .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

LAMPIRAN B

SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK protokol dan jemputan1. Menyediakan surat jemputan untuk penceramah.2. Menyediakan surat jemputan untuk Pengarah, Timbalan pengarah dan Ketua-ketua jabatan.3. Mendapatkan perasmi untuk majlis penutupan.4. Menyediakan tentatif program dan atur cara majlis perasmian penutupan.5. Memastikan penceramah dan VIP dijemput masuk ke Dewan Hone.6. Menyediakan air untuk penceramah dan VIP.7. Menyediakan fasilitator untuk aktiviti LDK

AJK pendaftaran1. Menyediakan borang pendaftaran peserta.

Page 11: Kertas Kerja Seminar

2. Menguruskan sesi pendaftaran peserta.3. Mengedarkan fail seminar kepada peserta.4. Menyediakan tempat pendaftaran lebih awal.

AJK persiapan tempat1. Memastikan latar belakang untuk seminar integriti telah disediakan.2. Menyediakan kerusi untuk peserta dan VIP.3. Memastikan hiasan pentas dewan Hone berjalan lancar.

AJK buku program1. Mendapatkan tentatif sepanjang seminar daripada AJK protokol.2. Menyediakan brosur dan buku program untuk majlis perasmian penutupan.

AJK peralatan dan PA sistem1. Membuat penempahan PA sistem.2. Memastikan semua peralatan PA sistem berfungsi dengan baik.3. Mengendalikan PA sistem sepanjang seminar berlangsung.

AJK publisiti dan dokumentasi1. Menyediakan iklan dan pemberitahuan tentang seminar integriti.2. Mengambil gambar sepanjang seminar berlangsung.3. Menyimpan gambar yang telah diambil sebagai bahan bukti.

AJK sijil dan cenderahati1. Mendapatkan senarai nama dan nombor kad pengenalan para peserta dan AJK daripada AJK pendaftaran.2. Mengeluarkan sijil penghargaan dan penyertaan kepada semua peserta dan AJK.3. Memastikan nama dan nombor kad pengenalan peserta dan AJK yang tertera pada sijil adalah betul.4. Menyediakan cenderahati untuk penceramah dan VIP jemuputan.

AJK teks ucapan1. Menyediakan teks ucapan untuk pengerusi seminar dan perasmi.2. Memastikan tajuk dan isi kandungan teks ucapan bersesuaian dengan tema seminar.3. Memastikan teks ucapan menggunakan bahasa yang betul.

AJK juruacara1. Menyediakan teks pengacara majlis untuk sepanjang seminar dan majlis penutupan.2. Menjemput penceramah untuk memberikan ceramah.3. Mengendalikan majlis sepanjang seminar berlangsung.

Page 12: Kertas Kerja Seminar

AJK kebersihan dan keceriaan1. Memastikan Dewan Hone sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa.2. Menyusun kerusi di Dewan Hone.3. Menyediakan plastik sampah untuk membuang sampah dan sisa-sisa makanan.