kertas kerja road run

8
MAJLIS SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (1) 47160 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN FUNGSI MAJLIS SUKAN SEKOLAH 1. BADAN TERTINGGI DAN MENETAPKAN DASAR SUKAN DI SEKOLAH. 2. BEKERJASAMA DENGAN JBPS MERANGKA PROGRAM SUKAN SEKOLAH DAN MELAKSANAKANNYA. 3. MENGELOLA PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH. 4. MENYELARAS SEMUA PERTANDINGAN PERINGKAT MSSD / MSSS. 5. MENGEMUKAKAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MEMBAIKI PERALATAN DAN MENYIMPAN STOK. 6. PERLANTIKAN / PENGAGIHAN TUGAS GURU- GURU SUKAN / PERMAINAN. 7. PENILAIAN / PELAPORAN DAN SISTEM PENGHARGAAN SEKOLAH. MAJLIS SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (1) 47160 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN

Upload: david-lott

Post on 12-Sep-2015

331 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

RENTAS DESA

TRANSCRIPT

FUNGSI MAJLIS SUKAN SEKOLAH

MAJLIS SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (1)

47160 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN

FUNGSI MAJLIS SUKAN SEKOLAH

1. BADAN TERTINGGI DAN MENETAPKAN DASAR SUKAN DI SEKOLAH.

2. BEKERJASAMA DENGAN JBPS MERANGKA PROGRAM SUKAN SEKOLAH DAN MELAKSANAKANNYA.

3. MENGELOLA PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH.

4. MENYELARAS SEMUA PERTANDINGAN PERINGKAT MSSD / MSSS.

5. MENGEMUKAKAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MEMBAIKI PERALATAN DAN MENYIMPAN STOK.

6. PERLANTIKAN / PENGAGIHAN TUGAS GURU-GURU SUKAN / PERMAINAN.

7. PENILAIAN / PELAPORAN DAN SISTEM PENGHARGAAN SEKOLAH.

MAJLIS SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (1)

47160 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN

OBJEKTIF ROAD RUN1. Melahirkan pelajar yang cergas, berdisiplin serta sihat dari segi mental dan fizikal.

2. Memupuk semangat kerjasama, toleransi dan dapat berinteraksi di kalangan murid-murid dan menghayati semangat kesukanan.

3. Melahirkan ahli yang mempunyai kemahiran yang khusus dalam setiap permainan. Memberi peluang kepada mereka untuk meningkat ke tahap yang lebih baik sebagai pemain.

4. Mewujudkan satu pasukan yang bermutu.

5. Menyediakan satu pasukan yang bermutu.

6. Menyediakan satu pasukan yang berpotensi dan bakal menjadi pelapis di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).7. Bermain untuk memenuhi masa lapang dengan lebih berfaedah dan memenuhi kehendak riadah.

MAJLIS SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (1)

47160 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN

MATLAMAT KEJOHANAN ROAD RUN1. Melahirkan bakat istimewa di kalangan pelajar untuk menunjukkan keupayaan dan kebolehan masing-masing, sesuai dengan matlamat Dasar Sukan Negara.

2. Memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan di kalangan pelajar dan guru dalam suasana yang tidak formal.

3. Mewujudkan dan memupuk semangat kesukanan dan pertandingan di kalangan pelajar.

4. Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu antara pihak sekolah dan masyarakat setempat serta badan-badan luar yang berkaitan.

MAJLIS SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (1)

47160 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN

ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

a) Melibatkan murid-murid tahap 2 iaitu terdiri daripada :

murid tahun 4 lelaki dan perempuan murid tahun 5 lelaki dan perempuan

murid tahun 6 lelaki dan perempuan

b) Jarak larian

2.75 km

c) Ketegori

Murid akan dibahagikan kepada 6 ketegori:

L4 Lelaki tahun 4

P4 Perempuan tahun 4

L5 Lelaki tahun 5

P5 Perempuan tahun 5

L6 Lelaki tahun 6

P6 Perempuan tahun 6

d) Pemenang dikira mengikut ketegori masing:

tempat pertama hingga ke ke sepuluhMAJLIS SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (1)47160 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN ROAD RUNSEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (1)1.0 Tarikh,hari, masa dan tempat

Larian percubaan:Tarikh

:28 Januari 2015Hari

:RabuMasa

:2.15 hingga 5.30 petangTempat:Sekitar Taman Wawasan 2, Pusat Bandar PuchongLarian Kejohanan:Tarikh

:30 Januari 2015Hari

:Jumaat

Masa

:7.30 hingga 10.30 pagiTempat:Sekitar Taman Wawasan 2, Pusat Bandar Puchong2.0 Undang Undang Pertandingan

2.1 Peraturan ini dianjurkan di bawah undang-undang K.O.A.M dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (di mana sesuai)3.0 Kumpulan kumpulan Sasaran3.1 Sekolah Rendah (lelaki dan perempuan)

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

4.0 Peraturan Pertandingan

4.1 Semua murid tahap dua akan bertanding mengikut ketegori:L4 Lelaki tahun 4P4 Perempuan tahun 4

L5 Lelaki tahun 5P5 Perempuan tahun 5

L6 Lelaki tahun 6P6 Perempuan tahun 6

5.0 Peraturan-peraturan am5.1 Setiap acara akan dimulakan mengikut masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam susunan aturcara. Walaubagaimanapun jawatan kuasa pengelola berhak membuat pindaan yang dianggap mustahak.

5.2 Keputusan jawatankuasa pengelola dalam hal-hal yang tidak tercatat dalam peraturan-peraturan ini adalah dianggap muktamad.5.3 Semua keputusan juri adalah muktamad.

5.4 Jawatankuasa tidak akan bertanggungjawab akan kehilangan harta benda sepanjang pertandingan dijalankan.

KERTAS KERJA KEJOHANAN ROAD RUNSEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (1)1.0 Latar Belakang

Sukan merupakan riadah yang bukan sahaja melahirkan satu generasi yang sihat dan cergas malah untuk memberi keseimbangan potensi murid. Di samping itu juga, bersukan merupakan satu aktiviti yang berkesan dalam mewujudkan semangat bekerjasama, bertolak ansur,semangat berpasukan dan dapat menterjemahkan satu hubungan sosial di kalangan murid itu. Selain itu, melalui bakat yang ada pada murid itu juga dapat diketengahkan melalui saluran seperti MSSD dan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Menyedari hakikat ini, Majlis Sukan Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 merasakan perlu menyediakan satu kejohanan bagi menyempurnakan keperluan tersebut.2.0 Objektif2.1 Menyungkil bakat dalam bidang olahraga yang ada pada murid.

2.2 Mengenalpasti murid yang berkebolehan untuk mewakili SKPBP (1) ke MSSD Petaling yang akan datang.

2.3 Menanam semangat kerjasama diantara guru-guru, murid-murid dan ibu bapa.

2.4 Memberi pengalaman kepada guru tentang cara merancang,mengurus dan mengelola sesuatu kejohanan olahraga.

2.5 Memberi pengalaman kepada murid tentang sukan olahraga dan mengembangkan bakat yang ada.

3.0 Tempat, Tarikh dan MasaKejohanan ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1) pada 30 Januari 2014 ( Jumaat ) mulai pukul 8 pagi. Larian percubaan diadakan pada 28 Januari 2014 ( Rabu ) pada waktu kokurikulum.

4.0 Penyertaan

Kejohanan ini terbuka kepada murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1).4.1 Jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah seramai 400 orang

L4 Lelaki tahun 4P4 Perempuan tahun 4

L5 Lelaki tahun 5P5 Perempuan tahun 5

L6 Lelaki tahun 6P6 Perempuan tahun 6

5.0 Sistem Pertandingan / Kejohanan5.1 Kiraan pingat diberikan mengikut :

TempatPertamaKeduaKetiga-KesepuluhJumlah

L4EmasPerakGangsa10

P4EmasPerakGangsa10

L5EmasPerakGangsa10

P5EmasPerakGangsa10

L6EmasPerakGangsa10

P6EmasPerakGangsa10

TOTAL60

6.0 Strategi dan Pelaksanaan

Majlis Sukan SKPBP(1) akan mengadakan beberapa siri mesyuarat untuk melicin dan melaksanakan program ini dengan jayanya. Selain itu, pihak Majlis Sukan juga akan meminta bantuan daripada beberapa orang guru dari sekolah yang lain disamping akan meminta kerjasama dari pihak PIBG SKPBP (1). Diharap kejohanan ini berjalan lancar.

7.0 Anggaran Perbelanjaan

ANGGARAN PERBELANJAAN KEJOHANAN ROAD RUN

SKPBP (1) KALI KE 7 TAHUN 2009

BILPERKARAUNITHARGA SEUNITHARGA

1HADIAH60RM 5.00 RM 300 .00

3MAKANAN & MINUMAN MURID270RM 3.00RM 810.00

JUMLAHRM 1110.00

8.0 Sumber Kewangan

Pihak Pengurusan Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1).9.0 Penutup

Diharap permohonan ini diberi pertimbangan yang sewajar dan seterusnya diluluskan oleh pihak sekolah.

Disediakan oleh,.............................................

(Wan Mohd Faridz Bin Wan Mohamadan)

Setiausaha Sukan,

Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1),

47160 Puchong,Selangor.

Disemak oleh,

...................................................(Tn. Hj. Mohd Nizam bin Tarmiji)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1),

47160 Puchong,Selangor.

Disahkan oleh,

..............................................(En. Mohd Anuar Bin Yahya)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1),

47160 Puchong,Selangor.