pengenalan - mampus3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 inovasi...

14
1 TAJUK INOVASI : RUN MULTIHOSE ADAPTOR KUMPULAN RUNWAY II, BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KLIA, SEPANG, SELANGOR. PROJEK TAHUN 2009-2010 PENGENALAN Latar Belakang Jabatan / Agensi Balai Bomba dan Penyelamat KLIA terletak d idalam daerah Sepang,Negeri Selangor D.E diatas tanah seluas 3.5 hektar. Kerja-kerja pembinaan bermula pada 1 Jun 1997 dan siap pembinaan sepenuhnya pada 28 Mei 1999. Bangunan Balai Bomba dan Penyelamat, KLIA dibina oleh Malaysia Airport Berhad bertujuan untuk melindungi bangunan-bangunan yang terdapat dalam Kompleks KLIA dan juga membantu dalam menangani insiden-insiden yang berkemungkinan berlaku. Pada awal pembukaan Balai Bomba dan Penyelamat, KLIA pihak MAB telah telah menyerahkan bangunan balai bersama tiga buah jentera FRT, RFRT dan TTL kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia. Operasi Balai Bomba dan Penyelamat, KLIA bermula pada Januari 2000. TUGAS -TUGAS UTAMA Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Menyelamatkan Nyawa Pencegahan Kebakaran Menyelamatkan harta benda Memadam Kebakaran Perkhidmatan Kemanusiaan Dan Alam Sekitar Lain-Lain Tugas Visi Jabatan Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamat bertaraf antarabangsa

Upload: others

Post on 24-Jan-2020

47 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

1

TAJUK INOVASI : RUN MULTIHOSE ADAPTOR

KUMPULAN RUNWAY II, BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KLIA, SEPANG, SELANGOR.

PROJEK TAHUN 2009-2010

PENGENALAN

Latar Belakang Jabatan / Agensi

Balai Bomba dan Penyelamat KLIA terletak d idalam daerah Sepang,Negeri

Selangor D.E diatas tanah seluas 3.5 hektar. Kerja-kerja pembinaan bermula pada 1

Jun 1997 dan siap pembinaan sepenuhnya pada 28 Mei 1999. Bangunan Balai

Bomba dan Penyelamat, KLIA dibina oleh Malaysia Airport Berhad bertujuan untuk

melindungi bangunan-bangunan yang terdapat dalam Kompleks KLIA dan juga

membantu dalam menangani insiden-insiden yang berkemungkinan berlaku. Pada

awal pembukaan Balai Bomba dan Penyelamat, KLIA pihak MAB telah telah

menyerahkan bangunan balai bersama tiga buah jentera FRT, RFRT dan TTL kepada

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia. Operasi Balai Bomba dan Penyelamat,

KLIA bermula pada Januari 2000.

TUGAS -TUGAS UTAMA

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Menyelamatkan Nyawa

Pencegahan Kebakaran

Menyelamatkan harta benda

Memadam Kebakaran

Perkhidmatan Kemanusiaan Dan Alam Sekitar

Lain-Lain Tugas

Visi Jabatan

Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamat bertaraf antarabangsa

Page 2: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

2

Misi Jabatan

Untuk mencapai misi ini kami komited untuk memberikan perkhidmatan

kebombaan dan penyelamatan secara profesional dan unggul untuk melindungi

nyawa,harta benda dan alam sekitar serta memberikan perkhidmatan kemanusiaan

di semua keadaan bencana.

PERKHIDMATAN TERAS

Mengambil langkah-langkah yang sah

memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.

Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran

Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyenggaraannya dan

pengawalseliaannya yang sempurna

Menentukan adanya jalan keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan

sekiranya berlaku kebakaran

Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal keadaan kebakaran

Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa, harta

semasa berlaku apa-apa bencana. Jabatan bomba boleh melaksanakan apa-

apa tugas selain dari diatas melaksanakan apa-apa tugas yang

dipertanggongjawabkan dan diarahan oleh menteri.

Dasar Qualiti Jabatan

Jbpm komited untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan

secara profesional dan unggul untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar

serta memberikan perkhidmatan perikemanusiaaan di semua keadaan bencana bagi

mencapai kepuasan dan keyakinan pelanggan melalui proses penambahbaikan

menyeluruh.jpbm komited untuk menyediakan tatakerja asas bagi mewujudkan dan

menyemak semula objektif kualiti. Jbpm komited dalam menentukan dasar kualiti

disebarkan dan difahami oleh keseluruhan anggota organisasi dan dikaji semula bagi

memastikan kesesuaiannya berterusan.

Page 3: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

3

INOVASI

PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI

Run Multihose Adaptor merupakan alat untuk menyambungkan outlet pum

jentera / pam angkut / hos hantaran besar kepada hos “ wajex pump” (lebih ringan).

Ia dapat membantu mempercepatkan proses pemadaman api lalang dan gambut. Ia

juga mudah dibawa dan boleh di pasang di semua jenis pam yang digunakan oleh

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Inovasi Yang Dilaksanakan

Kesan daripada kebakaran gambut, lalang dan hutan yang sering berlaku di kawasan

jagaan Balai Bomba Dan Penyelamat KLIA dan seluruh balai-balai negeri Selangor

yang terkenal dengan kebakaran hutan anggota mendapat idea untuk merekacipta

peralatan “RUN MULTI HOSE ADAPTOR” untuk meningkatkan keberkesanan operasi

pemadaman api lalang dan gambut. Dengan ini masalah keletihan di kalangan

anggota pemadam kerana mengangkat peralatan yang berat telah dapat diatasi.

Projek ini juga telah mempercepatkan proses pemadaman api kerana pancutan air

di hujung nozel lebih kuat.

Masalah sebelum projek dilaksanakan

Sebelum inovasi ini diwujudkan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat

KLIA menggunakan peralatan yang banyak dan berat untuk menjalankan operasi

pemadaman kebakaran api gambut,lalang dan hutan.Dengan keberatan alatan yang

dibawa masuk ke tempat operasi, menjadikan anggota keletihan Ini boleh

melambatkan proses pemadaman tersebut. Pancutan air dihujung nozel juga kurang

kuat. Masalah ini terjadi adalah kerana tiada peralatan khas yang boleh digunakan

bagi menyambungkan outlet pum jentera / pam angkut / hos hantaran besar kepada

hos wajex pump ( lebih ringan )

RUN MULTIHOSE ADAPTOR

Page 4: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

4

Kebakaran Api Lalang

Dalam sesuatu operasi pemadaman api lalang yang melibatkan kawasan tidak

melebihi 100 kaki tugas pemadaman biasanya,menggunakan aliran salur bantu mula

air daripada pam tangki jentera dan bagi kebakaran melebihi 100 kaki daripada

jentera hos hantaran ( 2 ½”,2” dan 1 ½” digunakan.

Oleh itu operasi pemadaman mengambil masa yang agaklama serta

memerlukan banyak tenaga kerana menggunakan hos hantaran yang besar dan

berat.

Kebakaran Api Gambut

Dalam operasi pemadaman yang melibatkan api gambut pula tugas-tugas

pemadaman akan menggunakan peralatan yang banyak dan berat.kebiasaannya

kawasan kebakaran yang terlibat adalah luas maka penggunaaan peralatan adalah

maksima.contohnya kebakaran melibatkan beberapa tompokan api @ ‘hot spot’

serta asap dan bekalan air terbuka yangberhampiran agak jauh dengan ini akan

menggunakan hos yang besar yang banyak untuk sampai ke tompok api. Bagi sesuatu

kawasan yang kelihatan berasap nozel akan dibenamkan ke dalam tanah bagi

membanjiri kawasan tersebut dengan kaedah yang dikenali ‘total floading’.ini

bertujuan untuk memastikan api telah benar-benar padam sepenuhnya.

Melalui proses ini ia memerlukan masa yang agak lama ( 15 minit ) untuk air sampai

ke dalam tanah sedalam 6 kaki kerana kurang tekanan di bahagian nozel ( pancutan )

oleh demikian operasi pemadaman api tanah gambut akan memakan masa yang

panjang dan maka penggunaan peralatan dengan kebarangkaliannya untuk rosak

adalah tinggi. Peningkatan penggunaan minyak juga adalah tinggi kerana pengunaan

pam yang banyak.

TUJUAN PROJEK INOVASI

Mempercepatkan tugasan pemasangan peralatan dan pemadaman semasa

operasi kebakaran lalang dan gambut. Secara tidak langsung dapat membantu negara

untuk mengurangkan masalah jerebu yang sering dihadapi pada setiap tahun.

IMPLIKASI KEWANGAN

Harga seunit Runmulti Hose Adaptor RM 300.00

Page 5: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

5

PROSES KERJA SEBELUM DAN SELEPAS

Permukaan tanahAliran hos

Sed

alam

6 ka

ki

Kawasan api yang akandibanjirkan

•Pancutan air dihujung nozel yang lemah menyebabkan air lambat sampai ke punca api

•Pemasangan peralatan yang berat dan banyak menyebabkan kelewatan tugas pemadaman

Nozel

‘Hot spot’

Aliran hos hantaran

Water DamWajex pam

Aliran hos wajex

Pam Jentera / Portable pam

Aliran hos hantaranDividing Breaching

Pam Jentera / Portable pam

# Peralatan yang banyak dan berat akan melambatkan tugaspemasangan dan operasi pemadaman

Page 6: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

6

# Peralatan yang sikit dan ringan akan mempercepatkan pemasangan dan operasi pemadaman

Hos hantaran wajex pam

Menggunakan

Run multi hose adaptor

Pam Jentera / Portable pam

# Peralatan yang sikit dan ringan akan mempercepatkan pemasangan serta operasi pemadaman

# Pancutan yang lebih dapat dihasilkan tanpa menjejaskan pengeluaran air di hujung nozel

Hose hantaran wajek pam

Hose hantaran

Menggunakan

Run multi hose adaptor

Page 7: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

7

PROSES PERLAKSANAN ( KRONOLOGI )

PERALATAN ASAL

LUKISAN ALAT YANG BELUM DI

UBAH SUAI

CUPLING HOSE WAJEX

PUMP

MALE CUPLING HOSE

HANTARAN

Page 8: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

8

BAHAN-BAHAN

DIGUNAKAN

MENGUKUR DAN

MEMBERSIH BAHAN-

BAHAN

MELARIK DAN MEMBUAT

THREAT

UJIAN TEKANAN-AIR

TERKELUAR

DIPENYAMBUNGAN

ALATAN YANG TELAH

SIAP

ALATAN YANG TELAH

SIAP DILARIK

BAHAGIAN CUPLING DI POTONG

LUKISAN TEKNIKAL ALAT YANG DI UBAH SUAI

UJIKAJI KEDUA

Page 9: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

9

BAHAN-BAHAN

DIGUNAKAN

MENGUKUR DAN

MEMBERSIH BAHAN-

BAHAN

KERJA MEMPATRI

PERALATAN TELAH

DIPATRI

PERALATAN YANG

TELAH SIAP

UJIAN PENGELUARAN /

TIADA KEBOCORAN

Page 10: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

10

“RUN MULTI HOSE ADAPTOR”

BOLEH DIGUNAKAN PADA SEMUA

PAM – PAM YANG DIMILIKI OLEH

PIHAK JABATAN BOMBA DAN

PENYELAMAT MALAYSIA FLOTO PUMP

FLOATING PUMPWAJEX PUMP

PORTABLE PUMP

PAM JENTERA

17.5kg 7 kg

1. LEBIH BANYAK HOS BOLEH DIBAWA DI DALAM SATU MASA & ALIRAN

AIR HOS HANTARAN WAJEX PUMP LEBIH KUAT

2. PERALATAN HOS WAJEX YANG KECIL DAN RINGAN BOLEH DISAMBUNGKAN

KE SEMUA JENIS PAM YANG DIGUNAKAN OLEH JBPM DENGAN

MENGGUNAKAN ALAT INOVASI YANG DIHASILKAN.

Page 11: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

11

TAHAP PERLAKSAAN PROJEK

30

JENTERA FRT JENTERA RFRT

JENTERA FRT

GAMBAR “RUN MULTI HOSE

ADAPTOR” YANG TELAH

DILETAKKAN DI DALAM

JENTERA BOMBA DAN TELAH

DI GUNAKAN DI JBPM

NEGERI SELANGOR

Alat yang dihasilkan ini telah digunakan di setiap operasi api gambut di sekitar

zon sepang dan seluruh negeri selangor alat ini juga ternyata dapat

memudahkan kerja-kerja pemadaman api gambut .Tenaga kerja juga telah

dapat dikurangkan.

Kebakaran api gambut di

pulau kempas

banting,selangor

Bertarikh julai hingga ogos

2009

Kebakaran Api Gambut Di Km .24,kuala Langat,selangor

Bertarikh Jun Hingga Ogos, 2008

* RUN MULTIHOSE ADAPTOR telah digunakan di operasi di atas.

Page 12: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

12

IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR /PERKHIDMATAN / JABATAN

OUTPUT

CARTA ALIRAN KERJA PEMADAMAN API GAMBUT SELEPAS INOVASI

Sampai di tempat kejadian

Membuat pemasangan aliran hos hantaran daripada Pam jentera /

pam angkut ke “water dam”

Memasang “Water dam”

Mengisi air ke “Water dam”

Menyediakan peralatan pam wajex dan menyedut air daripada

“water dam”

Membuat pemadaman

Operasi selesai

Membuat pengemasan peralatan dan balik ke balai

Proses bertanda X tidak diperlukan lagi.

Bilangan langkah untuk memasang peralatan dan menjalankan kerja

pemadaman dapat dikurangkan daripada 6 langkah kepada 3 langkah.

Page 13: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

13

PENJIMATAN MASA

Tempoh masa pemadaman api gambut / hutan dapat dikurangkan daripada

960 minit kepada 180 minit untuk kebakaran yang melibatkan ½ ekar.

REPLICABILITY

Peralatan ini boleh digunakan oleh agensi lain yang melibatkan penggunaan

pam dan hos.

Peralatan ini mudah untuk dibawa dan digunakan

PENJIMATAN KOS

Kos membeli dan memperbaiki peralatan wild forest fire RM 31,918.40

Harga peralatan dan Runmulti hose adaptor RM 3,880.00

Jumlah penjimatan RM 28,038.40

Selain daripada itu, dengan penggunaan Runmulti hose adaptor pihak jabatan

dapat menjimatkan kos tenaga kerja, penyelengaraan peralatan serta kos

operasi.

PENINGKATAN PRODUKTIVITI

Runmulti hose adaptor sangat penting dan praktikal di dalam mempercepatkan

proses pemadaman api gambut,hutan dan lalang.

LAIN-LAIN FAEDAH

Mengguna pakai peralatan yang telah dicadangkan untuk proses pelupusan.

Menyahut seruan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan melalui

kempen kitar semula “fikir dulu sebelum buang”

SIGNIFIKAN

Runmulti hose adaptor memberi impak yang sangat tinggi kepada negara

kerana ia membantu untuk mengurangkan masalah jerebu secara tidak

lansung dapat membantu negara dalam perkembangan ekonomi.

Page 14: PENGENALAN - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/333-run-multihose... · 2011-09-29 · 3 INOVASI PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Run Multihose Adaptor merupakan alat

14

PENUTUP

Hasil daripada projek ini masalah kurang keberkesanan bagi pemadaman api

gambut dan lalang telah dapat diatasi tanpa menggunakan kos yang besar.

Projek ini telah memenuhi objektif dan visi jabatan seterusnya meningkatkan

kualiti perkhidmatan

Meningkatkan Kepercayaan organisasi lain kepada Jabatan