kertas kerja ptandingan masakan 2015

Upload: nora-kerel

Post on 08-Mar-2016

95 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kemahiran hidup masakan

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU ANTI DADAH DAN ROKOK SMKTSI

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MASAKAN PPKI SMKTSI 2015

SMK TUNKU SYED IDRUS73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILANKERTAS KERJA PERTANDINGAN MASAKAN PPKI SMKTSI 2015

TEMA : MENU SIHAT (HIDANGAN PAGI)14 APRIL 2015 / SELASA

Disediakan oleh :

NUR RAWAIDAH RAHMATGURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP (MASAKAN)PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASISMK TUNKU SYED IDRUSKERTAS KERJA PERTANDINGAN MASAKAN PPKI SMKTSI 2015 MENU SIHAT (HIDANGAN PAGI)1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup (Masakan) merupakan salah satu komponen yang ada dalam sukatan mata pelajaran bagi Program Pendidikan Khas Integrasi. Mata pelajaran ini menitikberatkan penguasaan murid berkeperluan khas dalam mengurus dan mengendalikan kemahiran berkaitan dengan masakan. Sehubungan dengan itu, pertandingan masakan yang julung kali diadakan di PPKI SMKTSI ini amat digalakkan bagi mencungkil bakat dan kebolehan murid berkeperluan khas PPKI SMKTSI. Tema yang dipilih bagi pertandingan masakan ini adalah menu sihat dalam bentuk hidangan di waktu pagi. Murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberi bahan yang bersesuaian bagi menghasilkan satu menu yang sihat dan sesuai dimakan sebagai menu sarapan pagi.2.0 OBJEKTIF2.1 Menimbulkan kesedaran mendalam terhadap menu masakan yang berkhasiat dan mengamalkan pemakanan seimbang dalam kehidupan.2.2 Mencungkil bakat dan minat murid berkeperluan khas dalam kemahiran masakan seterusnya menghasilkan produk makanan yang sesuai.3.0 TEMPOH / MASA PROGRAM

3.1 Program ini dijalankan selama satu hari iaitu pada hari Selasa (14 April 2015).

3.2 Masa perlaksanaan program ini melibatkan waktu siang sahaja di mana ia bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 petang (rujuk tentatif program)4.0 SASARAN PESERTA4.1 Para pelajar pendidikan khas SMK Tunku Syed Idrus, Tampin (31 orang)

4.2 Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI SMKTSI (7 orang)5.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PENGURUSANPenaung

: Pn. Hjh. Noraini Binti Abd. ManafPenasihat

: Pn. Hjh. Ramlah Binti Mat JunusPenyelaras PPKI

: Pn. Syazrah Binti SahraniJAWATANKUASA PERLAKSANAPenyelaras Program

: Pn. Nur Rawaidah Binti RahmatSetiausaha

: Pn. Nur Rawaidah Binti RahmatBendahari

: Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd MuhagirinAJK

: Pn. Nor Ilyani Binti Mamat

: Pn. Azura Binti Rosli : Pn. Nurafidah Binti Razali : Pn. Syazrah Binti Sahrani : En. Arjun Singh Jaj A/L Jaspal Singh Jaj6.0 TENTATIF / PENGISIAN PROGRAMTARIKHMASAAKTIVITICATATAN

14 April 2015SELASA8.30 am

10.00 am

10.30 am12.00 pm Penyediaan bahan dan peralatan pertandingan masakan / Pembahagian kumpulan masakan Sarapan Pagi (Kantin Sekolah) Pertandingan masakan bermula (Pelajar dibahagikan kumpulan sama rata dan dipantau oleh guru / ppm) Pembentangan hasil masakanSemua pihak

7.0 ANGGARAN PERBELANJAANBUTIRANANGGARAN

a) Barangan Masakan- Bahan bahan masakan (mentah)- Bahan bahan masakan (kering) RM 100.00

RM 100.00

JUMLAH BESAR :RM 200.00

8.0 SUMBER KEWANGAN8.1 Peruntukan PCG Mata Pelajaran Pendidikan Khas (Teras)8.2 Peruntukan PCG Mata Pelajaran Pendidikan Khas (Wajib)9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar Pertandingan Masakan PPKI SMKTSI ini akan dapat membantu mengembangkan potensi dan bakat murid berkeperluan khas di dalam bidang kemahiran masakan. Selain itu, dengan adanya pertandingan seperti ini, akan dapat membentuk jati diri murid berkeperluan khas.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT)

(PN. SYAZRAH SAHRANI)Penyelaras Program Pertandingan MasakanPenyelaras Pendidikan KhasProgram Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas IntegrasiSMK Tunku Syed Idrus

SMK Tunku Syed Idrus

73000 Tampin, Negeri Sembilan

73000 Tampin,Negeri Sembilan

Diluluskan oleh,

(PN. HJH. NORAINI ABD MANAF)

PengetuaSMK Tunku Syed Idrus

73000 Tampin, Negeri Sembilan

Catatan / Ulasan :

............................................................................................................................................................................................................................................................................................

Page 3