kertas kerja projek penambahbaikan dan keceriaan surau baru smk pertang surau

Upload: samsul

Post on 05-Mar-2016

1.060 views

Category:

Documents


63 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROJEK PENAMBAHBAIKAN DAN PRASARANA SURAU BARU SMK PERTANG

DISEDIAKAN OLEH

JAWATANKUASA PRASARANA SURAU SMK PERTANG

KERTAS KERJA PROJEK PENAMBAHBAIKAN DAN PRASARANA SURAU BARU SMK PERTANG

1.0 Pengenalan

Sekolah Menengah Kebangsaan Pertang merupakan sebuah sekolah harian biasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur disediakan termasuk sebuah surau kecil yang diberi nama Surau Al-Falah. Surau ini mengalami perubahan pada akhir tahun 2014 dengan terbinanya surau baharu dan menjadi mercu tanda baru bagi SMK Pertang. Perbinaan surau ini telah siap namun terdapat beberapa kelengkapan yang masih tidak mencukupi. Di atas keprihatinan semua, pihak sekolah telah mencadangkan untuk memohon sumbangan bagi surau ini agar mampu digunakan sepenuhnya setelah prasarana yang tiada dapat dilengkapi dan dipertingkatkan. Maka besar harapan semua warga perkara ini dapat digarap bersama-sama secara mampan dan proaktif untuk merealisasikan impian semua warga SMK Pertang.

Diharapkan surau yang lengkap dengan prasarana ini akan dapat berfungsi sebagai pelengkap kepada pendidikan menyeluruh di SMK Pertang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selain menjadi pusat ibadat secara khusus.

2.0 Rasional

Kelengkapan yang masih belum sempurna menghadkan aktiviti yang telah dirancang dilaksanakan mengikut perancangan yang dilakukan. Selain itu, ruang yang kurang selesa bagi menjalankan program keagamaan sekolah seperti bacaan yasin, ceramah bulanan dan sebagainya. Memartabatkan SMK Pertang sebagai sebuah sekolah yang menjadikan surau sebagai mercu tanda baru dan mengembangkan syiar Islam dikalangan warga sekolah.

3.0 Objektif

3.1 Menjalankan aktiviti keagamaan untuk semua pelajar secara serentak.3.2 Memberi keselesaan kepada ibu bapa dan penjaga mendirikan solat serta program perdana sekolah bersama ibu bapa seperti bacaan yasin dan solat hajat.3.3 Menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

4.0 Kemudahan yang diperlukanBilKEPERLUANJANGKAAN BAJET (RM)

1Almari dan kabinet wanita700

2Kabinet kitab dan PA Sistem500

3Besi pembahagi antara jemaah lelaki dan perempuan500

4Rehal al-Quran 35x20500

5Sejadah 400

6Telekung wanita400

7Kain pelikat lelaki100

8Al-Quran, Surah Yasin, Tafsir AL-Quran dan Kitab Agama1000

9.Speaker400

10.Kain lansir dan tabir 500

JUMLAH5000

5.0 Harapan

Adalah diharapkan cadangan penambahbaikan surau baharu ini akan dapat dilaksanakan demi membina generasi pelajar yang seimbang dari segi rohani dan intelek serta mampu memartabatkan agama Islam yang tercinta.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(SAMSUL FUAD BIN SITU)Guru dan Ketua Panitia Pendidikan IslamSMK Pertang.