kertas kerja program kemasyarakatan … · mengenai alam luar kampus, dan budaya pendidikan serta...

13
KERTAS KERJA PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013 TARIKH 14 DISEMBER 2013 HARI SABTU LOKASI KAMPUNG ORANG ASLI BATU 12 GOMBAK SELANGOR ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PMFSSK) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA “ LOVE IS SHARING AND CARING ”

Upload: hatram

Post on 01-Sep-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN

2013

TARIKH

14 DISEMBER 2013

HARI

SABTU

LOKASI

KAMPUNG ORANG ASLI BATU 12 GOMBAK SELANGOR

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PMFSSK)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“ LOVE IS SHARING AND CARING ”

KERTAS KERJA

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sebagai salah satu badan kepimpinan mahasiswa dalam Fakulti Sains Sosial &

Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, berbesar hati ingin menganjurkan Program

Kemasyarakatan dan kesukarelawaan 2013. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi

ruang yang luas kepada mahasiswa untuk mendekati masyarakat. Program ini juga dianjurkan

adalah untuk membentuk kemahiran-kemahiran kesukarelaan, kepimpinan dan melatih

mahasiswa/i untuk berfikir secara kritis dan mampu menjana idea yang kreatif dan matang.

Program ini juga dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal kepada para mahasiswa/i

mengenai alam luar kampus, dan budaya pendidikan serta sebagai praktikal kerja

kemasyarakatan yang tidak boleh ditinggalkan oleh pelajar kampus/universiti. Disamping itu,

program ini adalah berbentuk kepimpinan, kesukarelaan, kebajikan, kerohanian, kekeluargaaan,

kebudayaan, hal ehwal kewanitaan, dan bersifat akademik, melalui pembelajaran sepanjang

hayat.

Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan bantuan

kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, untuk

menjayakan Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawan 2013, Persatuan Mahasiswa Fakulti

Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 Menyedari betapa pentingnya program berteraskan pemantapan akademik dan

pembentukan sahsiah diri dijalankan secara berterusan khususnya kepada para pelajar, Fakulti

Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM telah mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan satu

program iaitu Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawaan 2013 yang merupakan salah satu

program yang diadakan bertujuan memasyarakatkan mahasiswa/i di hati rakyat serta

mewujudkan suasana dan tuntutan mahasiswa untuk turun padang bersama-sama dengan

masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama khususnya masyarakat peribumi bagi

tujuan melihat budaya, cara hidup dan seterusnya memberi sumbangan dan kesedaran kepada

penduduk di sana terutamanya bagi masyarakat Islam.

3.0 MATLAMAT

Penganjuran Program Kemasyarakatan dan kesukarelawaan 2013 ini adalah

bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada mahasiswa/i tentang

kepentingan silaturrahim, persaudaraan, kesukarelaan, pembelajaran secara amali,

kebertanggungjawaban dan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya

kepentingan menuntut ilmu dalam kalangan masyarakat setempat dan warga Malaysia

dan luar negara yang turut tidak akan ketinggalan menjadi sasaran kami.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menanam rasa tanggungjawab dan kesukarelaan untuk memberikan khidmat soial,

motivasi dan juga kesedaran kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan sosial

sebagai satu langkah kearah memupuk semangat cintakan ilmu dan juga kesedaran

sosial dalam kalangan mahasiswa

4.2 Menjalinkan silaturrahim sesama pelajar dan melatih kemahiran berkomuniti

mahasiswa dan mengaplikasikannya dalam situasi komuniti yang sebenar

4.3 Membentuk sahsiah, keperibadian dan nilai positif yang unggul dalam diri pelajar

daripada sudut kerohanian, jasmani, mental, kepimpinan, kemasyarakatan,

kesukarelaan, hal ehwal wanita, kebudayaan dan kesenian yang perlu dipelihara

4.4 Meningkatkan kemahiran insaniah, dinamis dan sikap prihatin untuk membentuk

kepimpinan diri di dunia kemasyarakatan dalam kalangan mahasiswa

4.5 Melahirkan mahasiswa serba boleh dan mampu menjana peluang memberi bantuan

kepada masyarakat apabila sudah berada di alam pekerjaan kelak. Tidaklah hanya

berada dalam situasi yang sunyi di alam kampus ini

4.6 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dalam menyampaikan idea

secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dan sebagainya

6.0 TEMA

“ LOVE IS SHARING AND CARING”

7.0 ANJURAN

_____________________________________________________________

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TEMPAT, TARIKH & PENGANGKUTAN

Program dicadangkan untuk diadakan di:

8.1 : Tempat program : Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak, Selangor.

8.2 : Tarikh : 14 Disember 2013

8.3 : Pengangkutan : Bas Universiti Kebangsaan Malaysia

9.0 PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan dengan menggunakan beberapa medium publisiti yang akan

ditempatkan di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia seperti:

Akhbar Sinar Harian & Utusan Malaysia

Radio Malaysia Kelantan

Banner

Bunting

Majalah

Papan Digital UKM

10.0 CADANGAN PERASMI

Perasmi Pembukaan : YBhg. Prof. Dr. Hazita Azman (Dekan FSSK, UKM)

11.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM

32 Orang Mahasiswa/I Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan

Malaysia & 8 Orang Tenaga Akademik dan Staff Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

Sila Rujuk Lampiran A

11.0 ATURCARA PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran B

14.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Sila Rujuk Lampiran C.

15.0 KEMAHIRAN INSANIAH PESERTA

Sila Rujuk Lampiran D.

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila

hubungi:

HASRILAH BINTI HASNAN,

Ketua Pengarah,

Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawan 2013,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel. Bimbit : 012- 2808271

E-mail : [email protected]

17.0 PENUTUP

Demi menggapai objektif dan matlamat yang diharapkan, pihak penganjur amat berharap

agar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, dapat meluluskan

permohonan bantuan kewangan sepertimana yang dipohon demi kelancaran dan kejayaan

program ini. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan

didahului dengan ucapan terima kasih.

“ MAHASISWA INOVATIF PEMANGKIN KECEMERLANGAN VARSITI ”

“ LOVE IS SHARING AND CARING ”

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENAUNG

YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

(Naib Canselor, UKM)

PENASIHAT

YBhg. Prof Ir. Dato’ Dr. Othman A. Karim

(Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM)

PENYELARAS

YBhg. Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

(Timbalan Pendaftar, Jabatan Pembangunan Pelajar, UKM)

PENASIHAT PERSATUAN

YBhg. Prof. Madya Dr. Tg. Nor Rizan binti Tg. Mohd Maasum

KETUA PENGARAH

Hasrilah binti Hasnan (A 146539)

TIMB. KETUA PENGARAH I

Nursyakila binti Muzammir (A 146693)

SETIAUSAHA

Nur Afiqah binti Mohd Rafe (A145192)

BENDAHARI

Nur Nadia binti Mohamed (A 145404)

SEKRETERIAT

Pengarah Pemasaran & Publisiti : Nurulafizah bt Isham (A 145385)

Pengarah Program : Mohd Hafizee bin Rahman (A 145239)

Pengarah Disiplin : Nor Salbiah binti Mohd Safiai

Pengarah Perhubungan & Keselamatan : Leng Weng Hong

Pengarah Tugas-tugas Khas : Nur Ain Syafiqah binti Mohd Musleh (A 145121)

Pengarah Cenderamata & Sijil : Nor Hazwani binti Mohd Nadzir (A145415)

Timb. Pengarah Cenderamata & Sijil : Wan Auni Sabihah binti Nordin

Pengarah Logistik & Pengangkutan : Nur Anis Tasira binti Razali (A145425)

Pengarah Protokol : Siti Nur Izzaty binti Salit (A145317)

Pengarah Jamuan & Kebajikan : Nur Hayani Adlina binti Abdur Rahim (A145270)

Pengarah Teknikal & ICT : Fatin Nabila Adlina binti Zailani ( A145069)

Pengarah Multimedia & Penerbitan : Huda Madihah binti Japril (A 145466)

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

14 DISEMBER 2013 / SABTU *

Waktu Program

8.00 a.m Ketibaan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia

8.30 a.m Ucapan PerasmianYBhg. Prof. Dr. Hazita Azman (Dekan FSSK, UKM)

8.45 a.m Sarapan pagi

9.15 a.m Khidmat komuniti, membersihkan sekitar perkampungan, menceriakan

kawasan kemudahan awam seperti tandas awam dan balai raya.

10.00 a.m Sukan Rakyat – Tiup belon.

- Ice breaking.

- Mewarna.

- Demo cuci tangan dan penjagaan kesihatan.

12.00 p.m Makan tengahari

1.15 p.m Solat

2.30 p.m - Ucapan penutupan majlis dan penyampaian cenderamata.

a) Mewarna

b) Demo cuci tangan.

4.00 p.m Bersurai

* Tertakluk kepada perubahan

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BIL PERKARA PENDAPATAN (RM)

1. BARANGAN KESIHATAN

- Handrub

- Ubatan Kesihatan

TAJAAN

PHARMANIAGA

( RM 1500)

PERCUMA

2. PAKAIAN URUSETIA

40 orang (40 x RM 15 )

IM4U RM 600

3. JAMUAN FASILITATOR & VIP

- 40 orang ( RM 10 x 40 orang )

- Perasmi ( RM 15 x 1 orang )

- VIP ( RM 15 x 10 orang )

- TAJAAN

PHAMANIAGA

- E-LI LILY

COMPANY

- JABATAN

ORANG ASLI

RM 400

RM 15

RM 150

4. PENGANGKUTAN

Bas UKM ( RM 100 x 1 hari)

- UKM

RM 100

5. PUBLISITI

Banner ( RM 150 x 3)

Flyer ( RM 100 x 0.50 )

Akhbar Utusan Malaysia dan Sinar

- TAJAAN

PHAMANIAGA

- E-LI LILY

COMPANY

RM 450

RM 50

PERCUMA

6. RENCAM

Alat tulis ( RM 10 x 50 orang )

Cat ( RM 100 x 2 tin )

- KAMAL

BOKSTORE,

JLN. PAHANG

RM 500

RM 200

7. JUMLAH KESELURUHAN RM 2, 900.00

LAMPIRAN D

KEMAHIRAN INSANIAH PESERTA PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan Kontrak Pembelajaran

(Learning Contract) seperti berikut :

1.Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap perkara

dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambillewa dan “acuh tak

acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

2.Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai

status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budayaketepatan, termasuklah

menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalammelaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3.Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3) :

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu

pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu

pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

4.Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat Malaysia

perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar

bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semuapihak. Integriti merangkumi sifat-

sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukansebarang tugas dan melaksanakan

tanggungjawab.

5.Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik (HPP5):

Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia

seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang

tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.

6.Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya kepada

negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negarayang tercinta.

7.Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan dengan

sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlakuperkara-perkara yang

menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

8.Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia

untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yangkita ceburi. Rakyat

Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampumenjadi pemimpin dalam bidang

masing-masing. Kita mesti berani berubah untukkebaikan, berani mencari penyelesaian baru

dalam menangani masalah dan sentiasabersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang

diterokai.