kertas kerja program kecemerlangan.doc

Upload: jaaizah-jaafar

Post on 03-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

OCT30

KERTAS KERJA 2011

SMK TAMAN TUANKU JAAFAR71450 SEREMBANNEGERI SEMBILANKERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGANPROGRAM LONJAKAN SAUJANA1.0PENDAHULUANDalam sebuah sekolah harian biasa, komposisi pelajarnya selalunya dapat dikelompokkan kepadapelajar terbilang, pelajar cemerlang, pelajar sederhanadan pelajar yang lemah. Pada kebanyakan keadaan, kumpulan pelajar yang sederhana dan lemah lebih besar jumlahnya daripada pelajar yang cemerlang dan terbilang. Akan tetapi, hal ini bukanlah satu kekangan untuk mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diimpikan olehpeneraju dan warga setiap sekolah.Kata Confucius,kejayaan dan kecemerlangan, semuanya bergantung pada persediaan dan perancangan dan tanpa persediaan dan perancangan, sudah pasti akan berlaku kegagalan.Ini bermakna setiap sekolah mestilah bersedia untuk merancang ke arah kejayaan dan kecemerlangan.Keberkesanan ataukecemerlangan sesebuah sekolah lazimnyadiukur berasaskanperfomanceatau prestasi sekolah tersebut. Prestasipencapaian sesebuah sekolah diukur dari segi pencapaian akademik dan pencapaian bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-pelajar yang baik, kepuasan kerja guru dan persekitaransekolah yang kondusif, bersih dan ceria. Kewujudan budaya sekolah yang positifserta kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran, hubungan yang mesra antara pihak pengurusan sekolah dengan warga sekolah, hubungan yang baik, jitu dan bekerjasamasesama warga sekolah, dan interaksi serta komunikasi yang baik antara guru dengan ibu bapa pula menjadi kayu ukur keberkesanan pengurusan dan pentadbiransesebuah sekolah.Keberkesanan sekolah juga boleh diukur bukan sahaja melalui kecemerlangan dalam pendidikan, tetapi dari aspek ekuiti (kesaksamaan) untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira kebolehan dari segi kognitif, fizikal pelajar, latar belakang taraf sosioekonomi (SES) ibu bapa pelajar,latar belakang agama, bangsa dan keturunan dan fahaman pelajar, Akhir sekali keberkesanan sekolah boleh diukur dari segi kemajuan atau peningkatan dari segi kadar pencapaian akademik pelajar dari tahun ke tahun yang ditunjukkan melalui adanya nilai tambah(valueadded)kepada kebolehan pelajar.Sekolah cemerlang juga yang bermaksud sekolah yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar iaitu daripada pencapaian akademik yang rendah meningkat kcpada pencapaian akademik yang tinggi. Mengikut Hussein Mahmood (1993) sekolah cemerlang bukanlah sekolah yangestablishedatau sekolah primer tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat dan guru-guru berasa puasbekerja.Abdul Shukor Abdullah (1991) mengatakan sekolah cemerlangadalah sekolah yang mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua bidang berkaitan dengan akademik, sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrastruktur dan kepemimpinan. Pendapat Abdul Shukor Abdullah (1991) telah disokongoleh Sharifah Md. Nor (2000) yang mengatakan bahawa konsep sekolah cemerlang berkait dengan kecemerlangan akademik; walau bagaimanapun guru-guru perlu menentukan perkembangan seimbang pelajar dan kemampuan pentadbir membantu guru siapsiaga menjalankan tugas mereka dengan baik. Untuk membantu pelajar pula, sekolah cemerlang ialah sekolah yang mempunyai guru-guru yang boleh mengajar dengan efektif agar pelajamya bijak, bersahsiah mulia dan berdisiplinbaik.Sejajar dengan matlamat di atas, amatlah perlu pihak sekolah merancang dan melaksanakan program yang dapat merealisasikan impian tersebut. Maka,Program Lonjakan Saujana ini merupakan satu menifestasi SMK Taman Tuanku Jaafar ke arah pencapaian cita-cita murni di atas.2.0MATLAMAT STRATEGIKMatlamat strategik adalah merupakan pelan tindakan yang dirancang untuk mencapai matlamat program ini. Pelan inidianggap strategik atau taktik untuk mencapai misi program ini. Analisis yang digunakan ialah analisis KLAP (SWOT), yang melibatkan analisis faktor dalaman dan faktor luaran sekolah. Analisis KLAP (SWOT) telah digunakan melibatkan faktor pentadbiran, guru , pelajar, kemudahan dan sumber kewangan. Melalui analisis ini , kita akan mengetahui apakah kekuatan yang dimiliki untuk memastikan kejayaan program, dan melihat juga apakah kelemahan yang kita perlu baik untuk mengatasi masalah yang timbul. Analisis persekitaran luaran adalah melibatkan faktor yang di luar kawalan kita yang mempengaruhi pencapaian wawasan berupa peluang dan ancaman. Persekitaran ini melibatkan ibu bapa , PIBG, komuniti, badan atau pertubuhan, jabatan, institusi, perkhidmatan, politik dan lain-lain.Rumusan analisis SWOT yang disusun mengikut skor adalah sepertijadual di bawah.Isu1. Prestasi akademik para pelajarmasihrendah2Peratusan pencapaian bilangan Amasih kurang.3. Peratus lulus dalamSPM dan PMR masih rendah4. GPS sekolah dalam SPM danPMR masih rendah5. Kuantiti latihan pelajar masihkurang6. Kurangmotivasi untukmencapai kecemerlngan dalamkalangan pelajar7. Pemantauan terhadap tahappencapaian pelajar masih kurangdan tidak konsisten.

Kekuatan (S)1. Terdapatguru-guru muda danguru-guruyang berpengalamanluas2. Kebanyakan pelajar menetapberhampiran dengan sekolahdan tiada kekangan untukdatang ke sekolah.3. Terdapat pelajar yang telahmencatat kejayaan yangcemerlang dalam bidangakademik yang boleh dijadikansebagairole model4. Keprihatinan dan sokongan kuatpihak pentadbiran sekolah.5. Keprihatinan dan sokongan yangkuat danpositif dari pihakPIBG.6. Terdapat guru-guru yangbersemangat tinggi7. Terdapat 1 orang GuruCemerlang8. Bilangan guru sesi pagisebanyak 58 orang, sesi petang45 orang dan guru yangmengajar pada sesi pagi danpetang sebanyak 5 orang.Jumlah keseluruhan ialah108orang.9. Banyak guru yang tinggalberhampirandengan sekolahKelemahan (W)1. Ramai pelajar tidak minat untukbelajar2.Ada guru selalu menyalahkanpelajar sahaja.3. Sokongan ibu bapa dalamproses pembelajaran danpengajaran adalah agakrendah

Peluang ((O)1. Terdapat kumpulan pelajarcemerlang sebagai model2. Guru Cemerlang dijadikansumber rujukan disekolah3. Kemudahan akses streamyx danICTyang banyak4. Sokongan kuat PIBG.5. Banyak pelajar yang memilikikomputer peribadi.6. Kemudahan makmal komputerdi sekolah.Ancaman (T)1. Budaya tidak mementingkanpelajarandalam masyarakat2.Sikap pelajar yangmenyalahgunakan kemudahanICT.3. Kekurangan bahan/ perisianbercorak akademik dalamICT di sekolah4.Sikap tidak serius pelajar dalamproses pembelajaran danpengajaran.5. Ketegasan guru dalam memberi,memantau dan menyemaktugasan latihan pelajar adalahkurang.STRATEGI S O1. Adakan program motivasi danpendedahan, pentarbiyah danbengkel serta teknik menjawabyang dibiayai oleh pihak PIBG2. Adakah program /projek khaskecemerlangan3. Beri empowerment kepada gurudan pelajar merancang program4. Galakanteamworkdankerjasama antara pelajar untukmencapai kecemerlangan.5. Menyediakan suasana kondusifuntuk pelajar belajar denganselesa.6. Pemantauan yang rapidarisetiap peringkat.7.Kesungguhan dalam meyediakanbahan dan modul latihan yangbanyak dan berkualiti.

STRATEGI W O1. Pemantauan rapi perlu diadakan2. Program keibubapaankepadaibubapa perlu diadakan darisemasa ke semasa yang dibiayaioleh PIBG.3. Program motivasi danpendedahan, pentarbiyah danbengkel serta teknik menjawabdilaksanakan sekurangkurangnya tiga kali setahun iaitupada awal tahun, pertengahantahun dan sebelum peperiksaansebenar.

STRATEGI S T1. Pastikan P & P berkesan danmenarik minat pelajar2. Program khusus untuk menarikminat belajar/ insentif3. Memberikan motivasikecemerlangan berterusan4. Penerapan nilai murni lebihKerap di dalam dan di luar bilikdarjah.5. Galakan penggunaan ICT dalamP&P.6.Memaksimumkan penggunaanmakmal komputer dan PusatSumber Sekolah dalam P&P.7. Latihan yang banyak danberterusan diberikan kepadapelajar.STRATEGI W T1. Tindakan lebih tegas danberkesan perludilaksanakan2. Pemantauan yang lebih kerapdan efektifterhadap pengurusanP &P guru di dalam bilik darjah.3. Kursus motivasi dan programP&P berkesanyang berterusanuntuk paraguru.

Matlamat strategik adalah untuk memastikan:1,prestasi akademik para pelajar meningkat2.peningkatan prestasi pencapaian kualiti dan kuantiti dalam GPS sekolah.3.kewujudan budaya saing yangsihat dan kerjasama dalam kalangan pelajar4.peningkatan mutudan prestasi kerja guru.5.kewujudan kumpulan sasaran ke arah pencapaian kecemerlangan.6peningkatan penglibatan ibu bapa, PIBG dan komuniti dalam kecemerlangan sekolahmeningkat3.0OBJEKTIKProgram ini mengandungi beberapa objektif iaitu:3.1meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai prestasicemerlang dan mengurangkan peratus kegagalanpelajar dalam peperiksaan3.2menyediakan tiga kumpulan pelajar sasaran dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.3.3menyediakan perancangan program peningkatan akademik yang sistematik dan efektif.3.4meningkatkan kuantiti dan kualiti latihan yang diberi sebagai tugasan kepadapara pelajar3.7meningkatkan tahap keperihatinan setiap warga sekolah agar bersama-sama berusaha gigih meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah.4.0STRATEGIPERLAKSANAAN4.1Modus Operandi4.1.1Pembentukan Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana 2011 SMK TamanTuanku Jaafar 20114.1.2Pemilihan pelajar Cemerlang dan Halus dilaksanakan berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.4.1.3Majlis Penyerahan para pelajar kepada Homeroom dan Mentor4.1.4Pelajar dikehendaki membuat latihan mengikut jadual, jumlah dan mata pelajaran yang tetapkan oleh Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana SMK Taman Tuanku Jaafar 2011.4.1.5Setiap pelajar akan dipantau kemajuannya oleh seorang Homeroomdan Mentoryang ditetapkan mengikut subjek.4.1.6Laporan prestasi pelajar melalui E-Report Card akan dilakukan oleh Mentor kepada Homeroom dan seterusnya daripada Homeroom kepada Penyelaras.4.1.7Perjumpan dan laporan prestasi pelajar secara berkelompok akan diadakan sebulan sekali iaitu padahari Isnin pertama setiap bulan melibatkan melibatkan Homeroom , Mentor dan Penyelaras4.1.8Laporan akan dihantar kepadaibu bapa pelajarterbabit dua bulan sekali.4.2Kumpulan SasaranProgram ini mensasarkan kepada pelajar SPM dan PMR yang dibahagikan kepada 3 kumpulan pelajar dengandua matlamat seperti di dalam carta berikut:KUMPULANOBJEKTIFBIL PELAJAR (%)PMRSPM

TerbilangMeningkatkan kualiti102015

CemerlangMeningkatkan kualiti203030

HalusMengurangkan peratus gagal204040

4.3BahanBahan terbahagi kepada 2 iaitu:i)Bahan dalamICT Blog matapelajaran mengikut panitiaii) Modul /Bahan Edaran Bercetak/Buku Kerjai)Blog Matapelajarana)Ketua Bidang selaku Penyelaras bidang masing-masing akan memastikan setiap panitiadalam bidangnya mempunyai blog matapelajaran masing-masing.b)Setiap Ketua Panitia memastikan guru-guru mata pelajaran dari tingkatan 1 5 sentiasa mengemaskini blog dengan memasukkan nota-nota dan latihan yang diperlukan oleh para pelajar.c)Mentor akan memastikan latihan-latihan yang perlu dibuat oleh para pelajar wujud dalam blog. Mentor juga akan menyusun jadual pelaksanaan tugasan dan jadual penghantaran tugasan oleh para pelajar kepada mentor berkenaan. Tarikh akan diselaraskan oleh setiausaha.d)Setiap hari pelajar dikehendaki menyiapkan latihan untuk 2 mata pelajaran dalam 3 topik tertentu dan setiap satu adalah sebanyak 25 soalan.e)Pelajar boleh menghantar tugasan yang telah disiapkan dalam bentuk e-mail atau penghantaran dalam bentuk hardcopy.ii)Modula)Modul disediakan oleh Panitia Matapelajaran dan dipantau oleh Ketua Bidang.b)Pelajar mesti menyiapkan latihan bagi 4 subjek semingguc)Bahan diambil daripada Mentor pada setiap hariIsnin dan tugasan yang telah disiapkandihantar semula kepada Mentor pada hari Isnin berikutnya.d)Semasa pemulangan ini, pelajar akan menerima modul latihan untuk minggu berikutnya pula.e)Modul ini akan diperiksa oleh Mentor yang ditetapkan mengikut subjek.Ringkasan adalah seperti carta berikut:TAHAPBAHANSUBJEKKEWANGANINSENTIF

PMR Soalan Latihan di dalam blog matapelajaran.

Modul

Soalan Peperiksaan Percubaan

Soalan Peperiksaan Tahun-Tahun LepasB. MalayuB. InggerisSejarahGeografiMatematik

Sains

Pendidikan Islam

Kemahiran Hidup

IbuBapaPIBGSumbanganPCG-perbelanjaan pengurusan/ bahan/

Insentif/ lawatan/motivasi/

BengkelSkim Insentif Skor A

SPM Soalan Latihan di dalam blog matapelajaran.

Modul

Soalan Peperiksaan Percubaan

Soalan Peperiksaan Tahun-Tahun LepasMata pelajaran teras:B. MalayuB. InggerisSejarahMatematikSains

P. Islam/P. Moral

Mata Pelajaran Elektif:

Fizik

Biologi

Kimia

Matematik Tambahan

ICT

Teknologi Kejuruteraan

Prinsip Perakaunan

Ekonomi Asas

PerdaganganIbuBapaPIBGSumbanganPCG-perbelanjaan pengurusan/ bahan/

Insentif/ lawatan/motivasi/

BengkelSkim Insentif Skor A

4.4Aktiviti Programa)Latihan Intensifb)Bengkel Motivasic)Klinik Mata Pelajarand)Lawatan Pendedahan Mindae)Post Mortemf)Pelaporan Pencapaian Mingguan dan Bulanang)Ujian dan Peperiksaan4.5Bidang Tugas1. Penyelaras-Memastikan setiap Panitia di bawah bidang masing-masing mempunyai blog matapelajaran.-Memastikan Ketua Panitia di bawah bidang masing-masing mengemaskini blog matapelajaran masing-masing dengan nota dan latihan yang diperlukan dengan bantuanguru-guru matapelajaran sesi pagi dan petang.-Memastikan setiap Panitia di bawah bidang masing-masing menyediakan Modul Latihan yang sistematik dan bersesuaian dengan format peperiksaan PMR dan SPM.-Memastikan Ketua Panitia menghantar modul untuk direzomengikut jadual yang ditetapkan oleh Setiausaha.-Merancang penempatan modul agar mudah capai oleh Mentor untuk diagihkan kepada Mentee masing-masing.-Menghubungi sekolah lain untuk mendapatkan bahan-bahan latihan tambahan dengan bantuan Ketua-ketua Panitia bidang masing-masing.-Memantau pelaksanaan program oleh Ketua Panitia, Homeroom dan Mentor matapelajaran masing-masing.-Mengumpul semua maklumat tentang:a.perjalanan dan keberkesanan programb.rekod pelajar dari aspek ; tahap penglibatan dan prestasi pencapaiandaripada Mentor bidang masing-masing untuk diserahkan kepada Setiausaha.-Membuat pelaporan semasa sesi perjumpaan bulanan.2. Peranan Guru Homeroom-Memantau setiap pelajar di dalam homeroom masing-masing dari aspek:a.mendapat bahan untuk latihan samada dari blog atau modul mengikut jadual yang ditetapkan oleh setiausaha.b.memastikan latihan yang disiapkan oleh Homeroom disemak dan dikembalikan kepada mereka.c.Mendapatkan laporan sahsiah dan prestasi akademik Homeroom dari setiap mentor matapelajaran.-Membuat laporan disiplin Homeroom kepada Penyelaras-Menyerahkan laporan prestasi Homeroom kepada Penyelaras dua minggu sekali mengikut jadual yang ditetapkan oleh Setiausaha.-Mengurus, membimbing, menasihati dan memberi motivasi yang tinggi kepada setiap Homeroom agar mereka dapat meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing.-Memberi perhatian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Homeroom dengan memberi nasihat dan motivasi yang tinggi.-Merujuk Homeroom yang menghadapi masalah serius kepada kaunselor sekolahatau guru pendidikan agama Islam.3. Peranan Mentor-Memberi bahan modul latihan kepada Mentee mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Setiausaha.-Memaklumkan kepada Mentee latihandalam blog.-Menyemak latihan Mentee samada dari blog atau modul mengikut tarikh yang ditetapkan.-Memulangkan latihan kepada Mentee dan membimbing Mentee untuk mengatasi kelemahan atau untuk melonjakkan lagi kecemerlangan mereka.-Menjadi individu rujukan Mentee dalam mata pelajaran-Menghantar laporan prestasi Mentee kepadaGuru Homeroom setiap kali Mentor selesai menyemak tugasan Mentee .(E-pelaporan)-Membimbing pelajar dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.-Mencadangkan namaMentee yang bermasalah (sekiranya ada)kepada Guru Homeroom untuk tindakan yang selanjutnya.4.6Modus Operandi Penggunaan Blog1. Penyelaras memastikan setiap panitia di bawah bidang masing-masing mempunyai blog.2. Ketua Panitia dengan dibantu oleh guru-guru matapelajaran yang berkenaan mengisi blog masing-masing dengan nota dan latihan yang berkualiti dan relevan.3. Mentor memaklum kepada Mentee masing-masing tentang latihan yang perlu dibuat di dalam blog. Tarikh setiap latihan ditentukan oleh Setiausaha.4. Mentee membuat latihan ikut jadual / topik/ kuantiti5. Mentorpelajar membimbing dan menyemak latihan yang telah dibuat6. Mentormeneliti prestasi pelajar7. Mentor menghantar laporan kepada Guru Homeroom (Prestasi mengikut tajuk)8. Guru Homeroom meneliti prestasi Homeroom, mengambil tindakan yang sewajarnya dan menghantar laporan kepada Penyelaras.8. Penyelaras mengadakan post-mortem bulanan9. Mentor, Guru Homeroom dan Penyelaras memantau pencapaian ujian/ peperiksaan mentee/homeroom.10. Penyelaras melaporkan kepada guru mata pelajaran di dalam kelas untuk penambahbaikan.Jadual Latihan Dari Blog - PMRHARISUBJEK 1SUBJEK 2

ISNINB. MelayuGeografi

SELASASejarahMatematik

RABUSainsPendidikan Islam

KHAMISKemahiran HidupBahasa Inggeris

JUMAATMatematikBahasa Melayu

SABTUSainsSejarah

AHADBahasa MelayuPendidikan Islam

@ Minimum 2 Topik untuk setiap Mata Pelajaran@ 2 Set untuk setiap topikJadual Latihan Dari BlogSPM - Kertas 1HARISUBJEK 1SUBJEK 2

ISNINBahasa MelayuBiologi/Sains

SELASABahasa InggerisFizik/Prinsip Akaun

RABUMatematikKimia/Perdagangan/Tasawwar Islam

KHAMISSejarahMatematik Tambahan/ICT/Teknologi Kejuruteraan

JUMAATPendidikan Islam/Pendidikan MoralEkonomi Asas/Kesusasteraan Melayu/Pendidikan Seni Visual/MPV

@ Minimum 2 Topik bagi setiap Mata Pelajaran@ 2 Set bagi setiap topik4.7Modus Operandi Penggunaan Modul (Kertas 2)1. Penyelaras memastikan setiap panitia di bawah bidang masing-masing menyediakanmodul.2. Ketua Panitia dengan dibantu oleh guru-guru matapelajaran yang berkenaanmenyediakan modul latihan yang relevan dan berkualiti mengikut sukatan pelajaran.3. Ketua Panitia menghantar modul untuk direzo dan menyerahkan modul yang siap direzokepadaPenyelaras.4. Penempatan modul oleh Penyelaras. Modul mestilah mudahcapai oleh Mentor untukdiserahkan kepada Mentee.5.Mentee mengambil latihan daripada Mentor masing-masing. Tarikh setiap latihanditentukan oleh Setiausaha.6. Mentee membuat latihan ikut jadual / topik/ kuantiti .7. Mentee menghantar latihan yang siap dibuat kepada Mentor dan mengambil latihanyang seterusnya.8. Mentorpelajar membimbing dan menyemak latihan yang telah dibuat9. Mentor meneliti prestasi pelajar10.Mentor menghantar laporan kepada Guru Homeroom (Prestasi mengikut tajuk)11.Guru Homeroom meneliti prestasi Homeroom, mengambil tindakan yang sewajarnyaDan menghantar laporan kepada Penyelaras.12.Penyelaras mengadakan post-mortem bulanan13.Mentor, Guru Homeroom dan Penyelaras memantau pencapaian ujian/ peperiksaanmentee/homeroom.14.Penyelaras melaporkan kepada guru mata pelajaran di dalam kelas untukpenambahbaikan.Jadual Latihan Penggunaan Modul PMRHARISUBJEK 1SUBJEK 2

ISNINB. MelayuGeografi

SELASASejarahMatematik

RABUSainsPendidikan Islam

KHAMISKemahiran HidupBahasa Inggeris

JUMAATMatematikBahasa Melayu

SABTUSainsSejarah

AHADBahasa MelayuPendidikan Islam

@ Minimum 25 soalan bagi setiap Mata Pelajaran@ Modul mesti dihantar dan diambil pada setiap pagi Isnin sebelum sesi persekolahan tamat.Jadual Latihan Penggunaan Modul SPM Kertas 2HARISUBJEK 1SUBJEK 2

ISNINBahasa MelayuBiologi/Sains

SELASABahasa InggerisFizik/Prinsip Akaun

RABUMatematikKimia/Perdagangan/Tasawwur Islam

KHAMISSejarahMatematik Tambahan/ICT/Teknologi Kejuruteraan

JUMAATPendidikan Islam/Pendidikan MoralEkonomi Asas/Kesusasteraan Melayu/Pendidikan Seni Visual/MPV

@1 set lengkap soalan kertas 2 bagi setiap matapelajaran mengikut format peperiksaansebenar.@ Modul mesti di hantar dan diambil pada setiap hari Isnin sebelum sesi persekolahan tamat.5.0ORGANISASIPengerusi:Tuan Omar b. Ahmad Tuan PengetuaNaib Pengerusi 1:En. Akashah b. Ismail GPK AkademikNaib Pengerusi 2:Tn. Hj. Zakaria b. Ismail GPK HEMNaibPengerusi 3:Pn. Hjh. Zainab bt. Hj. Mohd Nasir - GPKKoKurikulumNaib Pengerusi 4:En. Kalaiselvam a/l Muniandy GPK PetangSetiausaha:Pn. Hjh. Rosiah bt. HasanP. Setiausaha 1:Pn. Rohayu bt. MustafaP. Setiausaha 2:Pn. Asyirah bt. ZakariaBendahari:Pn. Norliza bt. Mohd NoorPenyelarasEn. Alias b. Abdullah- KB KemanusiaanPn. Faridah Jaafar-KB BahasaPn. Pakyavathy a/p M. Muniandy- KB SainsMathematikPn. Fadhillah bt. Hashim- KB Teknik danVokasionalAJK1. Data:Pn. Kursiah bt.KushairiCik Khalila bt. Kudri2. Dokumentasi:Pn. Noor Azian bt. Abdul HaniPn. Sabariah bt. Seman3. Bahan:Semua Ketua PanitiaGuru-guru Matapelajaran4. Ceramah/Motivasi:En. Paramasivam a/l VelaudanPendedahan/PentarbiyahEn. Azmi b. Abdul Aziz5. Lawatan Ilmu:Pn. Normala bt. Kasdanon6.0TARIKH PERLAKSANAANProgram ini akan dilancarkan pada bulan Juniaitu pada 20 Jun 2011.Hadiah akan disampaikan pada Hari Kecemerlangan 20117.0KEWANGANIbu bapaPIBGSumbanganPCGKOS PERBELANJAAN1.Ceramah/Bengkel/Teknik MenjawabRM120 x 28 orang=RM3360.002.2 Lawatan Ilmu (PMR & SPM)= RM2000.003.ModulRM200x 28 subjek= RM5600.00JUMLAH=RM10, 960.007.0PENILAIANKejayaan program ini adalah terletak kepada komitmen dan kesungguhan setiap warga sekolah melaksanakannya dengan betul dan konsisten. Petunjuk Prestasi adalah berdasarkan peningkatan pencapaian pelajardalam setiap peperiksaan. Kejayaan seterusnya akan dapat dilihat melalui peningkatan GPS dan bilangan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam iaitu PMR dan SPM.Disediakan oleh:Hjh. Rosiah bt. HasanSetiausahaJawatankuasa Program Lonjakan SaujanaSMK Taman Tuanku Jaafar2011