kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

16
PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ) PERINGKAT 3 PPG JUN 2011 1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ). Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah salah satu daripada kursus wajib institut perguruan yang perlu disertai oleh semua guru pelatih sebelum menamatkan pengajian. Program BIG dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa seperti mana yang terkandung dalam pro forma kursus. Aktiviti program yang dijalankan terdiri daripada aktiviti dalaman iaitu ceramah dan aktiviti luaran yang melibatkan penglibatan komuniti. Program BIG ini menjadi satu aktiviti yang dapat membentuk jati diri peserta sebagai seorang guru secara amnya yang diamanahkan untuk mendidik murid-murid menjadi seorang insan yang berguna kepada diri dan masyarakat. Program BIG ini melatih guru bagaimana untuk menghadapi situasi di luar bilik darjah dalam menghadapi segala kemungkinan yang boleh mengundang risiko. Program BIG ini diharap dapat menyuntik semangat dan iltizam untuk menjadi guru yang lebih berkesan, dinamik serta mampu menangani cabaran serta halangan. Melalui penyertaan dan penglibatan yang sepenuhnya daripada peserta, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai murni dan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai fokus utama dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dan berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan modal insan dan masyarakat yang menyumbang kepada kecemerlangan bangsa dan negara.

Upload: noraini-huzin

Post on 06-Aug-2015

116 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ) PERINGKAT 3 PPG JUN 2011

1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ).

Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah salah satu daripada kursus wajib institut perguruan

yang perlu disertai oleh semua guru pelatih sebelum menamatkan pengajian. Program BIG

dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa seperti mana yang terkandung dalam pro

forma kursus. Aktiviti program yang dijalankan terdiri daripada aktiviti dalaman iaitu ceramah

dan aktiviti luaran yang melibatkan penglibatan komuniti. Program BIG ini menjadi satu

aktiviti yang dapat membentuk jati diri peserta sebagai seorang guru secara amnya yang

diamanahkan untuk mendidik murid-murid menjadi seorang insan yang berguna kepada diri

dan masyarakat.

Program BIG ini melatih guru bagaimana untuk menghadapi situasi di luar bilik darjah dalam

menghadapi segala kemungkinan yang boleh mengundang risiko. Program BIG ini diharap

dapat menyuntik semangat dan iltizam untuk menjadi guru yang lebih berkesan, dinamik

serta mampu menangani cabaran serta halangan. Melalui penyertaan dan penglibatan yang

sepenuhnya daripada peserta, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai murni dan

kerja-kerja kemasyarakatan sebagai fokus utama dapat dipenuhi. Segala pengisian program

tersebut juga selaras dan berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara serta

Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan modal insan dan

masyarakat yang menyumbang kepada kecemerlangan bangsa dan negara.

PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDASEKOLAH KEBANGSAAN ARAU 2014

Page 2: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

1.0 LATAR BELAKANG

Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu,

kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung

golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang

berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang

pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju

atau mundur sesebuah negara terletak pada keberkesanan dalam sistem pendidikannya.

Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti bukan

sahaja dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain seperti

kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran

memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk melahirkan pelajar berketrampilan,

sekali gus membendung salah laku murid.

Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-

sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang.

Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini,

terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar

dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan

bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.

Oleh itu, Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan

warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah

menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke

sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh

membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.

2.0 MATLAMAT

Page 3: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan

untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah.

Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari

masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti

diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang

untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.

Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal

insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya

semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari

segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.

3.0PELAKSANAAN

Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran,

pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti

setempat. Bagi merealisasikan impian untuk mengurangkan masalah ponteng, pihak sekolah

telah memilih untuk melaksanakn elemen persekitaran melalui Program Indahnya

Sekolahku.

PROGRAM : INDAHNYA SEKOLAHKU

Matlamat

Mewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah.”Indahnya sekolahku”

bermatlamat untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan

gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menyemai kesedaran dan rasa

tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran sekolah.

Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah murid.

Objektif :

Page 4: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan warga sekolah.

2. Memupuk perasaan dan minat murid untuk hadir ke sekolah.

3. Mendidik murid bagi memupuk sikap bertangungjawab terhadap sekolah.

4. Menanam budaya amalan bersih dalam kalangan warga sekolah.

5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang cantik, ceria,harmonis dan

indah.

6. Mendidik murid menjadikan sekolah selesa.

7. Memupuk murid mewujudkan sikap kerjasama di antara warga sekolah

Di antara aktiviti yang kami pilih untuk program Indahnya Sekolahku ialah aktiviti yang ketiga

iaitu “Kami Ambil Tahu”

Aktiviti 3 : Kami Ambil Tahu

3.1 - Sasaran : 30 orang murid yang selalu ponteng sekolah.

3.2 - Tarikh : Cadangan tarikh adalah pada 21 Jun 2014

3.3 - Tempat : Sekitar kawasan sekolah

3.4 - Cara Pelaksanaan :

- Sekolah memilih beberapa lokasi untuk dijadikan kawasan angkat untuk murid-

murid seperti kebun sayur-sayuran, taman herba, kolam ikan, taman bunga dan

lain-lain yang difikirkan sesuai.

- Tugas murid meliputi penjagaan kebersihan dan keceriaan tempat.

- Murid-murid akan bergilir-gilir menjaga kawasan tersebut dengan seliaan guru

dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

- Penghargaan dan pengiktirafan diberi kepada murid-murid yang terlibat.

- Pertandingan diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun.

Page 5: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

3.5 – Kewangan dan Anggaran Perbelanjaan:

SUMBER JUMLAH

Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 390.00

JUMLAH RM 390.00

PERBELANJAAN JUMLAH

1. Minum pagi :

RM 3.00 x 30 orang

2. Makan tengahari :

RM 5.00 x 30 orang

3. Cenderahati setiap kumpulan (hamper)

RM 50.00 x 3 kumpulan

RM 90.00

RM 150.00

RM 150.00

JUMLAH RM 390.00

Page 6: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

JAWATANKUASA PROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU

Pengerusi : Pn. Zaidah binti KamrulzamanNaib Pengerusi 1 : En. Mohd. Khaleli bin Abu BakarNaib Pengerusi 2 : Tn. Sy. Nizamuddin bin Sy. AhmadNaib Pengerusi 3 : En. Mustaffa bin AyubSetiausaha : Pn. Noraini Binti HuzinPen.SU : Pn. Badarinawati binti BasriBendahari : Pn Noor Azian binti AbdullahAhli Jawatankuasa :

Persiapan Tempat Siaraya / PeralatanEn. Zahari bin Zabri En. Nordin bin Md YusofEn. Ahmad Lutfi bin Mohammad En. Marzuki bin Othman En. Mohd. Asri bin Yusoff Pn. Lisa Rosmeta binti AbdullahPekerja Swasta

Pendaftaran Jurugambar / RakamanPn. Zuharini binti Munzir Pn. Noor Azian binti Abdullah Pn. Alizawati binti Che Ali Pn. Solehah binti Mansor

Pengurus Program / Aktiviti Cergas Diri Pn. Badarinawati binti Basri Pn. Koh Bee ChoyCik Noorazliza binti Abdul Razak Pn. Khairunnisa binti KhairiPn. Noraini binti Huzin En. Mohd Ridzuan bin Abdullah

Makanan Kawalan MuridPn. Norliza binti Japilos En. Mohd. Asri bin YusoffPn. Siti Irawan binti Hassan En. Mohd. Irwan bin IbrahimPn. Nakimah binti Awang Teh En. Azrul bin Rizal AziziPn. Norli binti Abdullah Pn. Hazariah binti HashimPn. Uswaton Hasanah binti Salleh Pn. Suhaila binti Abdul HalimPn. Anita binti Ismail Pn. Norul Huda binti Mohd. AlihPn. Zamzila binti Ishak Pn. Irdawati binti Alias

Bacaan Doa DokumentasiEn. Khalid bin Ulun Azmi Pn. Hanizah binti Hamzah

Pn Noor Azian bin AbdullahPn. Badarinawati binti Basri

Page 7: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.00 - 9.00 Pendaftaran / Cergas Diri / Taklimat

9.00 - 10.00Sayangi Kawasan Sekolah Anda(Penyerahan kawasan angkat dan aktiviti gotong - royong)

10.00 - 10.30 Rehat

10.30 - 12.30 Sayangi Kawasan Sekolah Anda (Aktiviti gotong- royong)

12.30 - 2.00 Makan Tengahari / Solat Zuhur

2.00 - 4.00 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

4.00 - 4.30 Rehat

4.30 - 5.00 Majlis Penutupan / Penilaian

Page 8: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

SENARAI NAMA PESERTAPROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU

BIL. NAMA TAHUN

1. ALBERT AK KAYONG 6

2. AMAR BIN AZHARI 6

3. AMIR HAFIZ BIN YUSMAN 6

4. BOONSIT A/L BOON SIN 6

5. BRANDON LAWRENCE 6

6. KHAIRUL FARHAN BIN ANUAR 6

7. MOHD. ASYRAF BIN MOHD. NIZAL 6

8. MOHD. NAZARUL SYAMIL BIN OSMAN 5

9. MOHD. RASHAHIDAN BIN MOHD. RASHID 5

10. MUHD. AMIRUN DANIAL B. MAHATHIR 5

11. AHMAD HAIKAL HUSAINI B. ROSLI 5

12. MUHAMMAD AMIR B. DZULKIFLI 5

13. AMIRUL FIKRI B. SAIFUL BAHRIL 5

14. MOHD. HAKIM DANIAL B. AZMAN 5

15. BRANDON LAWRANCE D’IONOFRIA 5

16. MOHD. DANIAL HAKIMI B. ROZAIDI 5

17. MOHD. RIZANI B. JAMALUDDIN 5

18. WAN NUR ZULAIKHA BT. WAN ABDUL WAHID 5

19. MUHD. RIZMAN B. KAMARUDIN 4

20. NUR QISTINA BT. AZIZAN 4

21. SOM PHONG A/L PRUM TONG 4

22. THAWAT PHOTTHIWONG A/L CHIK 4

23. NURSYAZWANI BINTI SHATDLI 4

24. NURUL AMANINA BINTI ABDULL RANI 4

25. MUHD. REDZWAN B. ROHANI 4

26. MOHD. SYAMIL ARIF B. KAMARUL ARIFFIN 4

27. AFIF SYAKIR AHMAD SUKRI 3

28. MUHD. AIZAD FAKIHI MUHD. HASNIZAM 3

29. MUHD. ALIF MUNAIM B. ROSZAIDI 3

30. MUHD. ARIF B. MUHZAN 3

Page 9: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU,02600 ARAU, PERLIS.

Sekolah Bestari Luar Bandar TEL/FAX : 04-9861672http://perlis.moe.edu.my/skarau

________________________________________________________________________

KERTAS KERJA

PROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU(KAMI AMBIL TAHU)

TEMPAT:PERSEKITARAN SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU

TARIKH:21 JUN 2014

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU 02600 ARAU, PERLIS. TEL: 04-9861672

(SEKOLAH BESTARI LUAR BANDAR)

Guru Besar Ruj. Kami : Bil (13)02/02/006

Page 10: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

Sek. Keb. Arau Tarikh : 10 April 201402600 Arau,Perlis.

Tuan,

Mohon Kebenaran dan Peruntukan Program Indahnya Sekolahku

Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, unit ini ingin memohon kebenaran tuan untuk mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Jun 2014Masa : 8.00 pagi – 5.00 petangTempat : Persekitaran Sek. Keb. Arau

3. Sehubungan itu, unit ini ingin memohon peruntukan dari pihak tuan sebanyak RM 390.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sembilan PuluhSahaja) bagi menjayakan program tersebut.

4. Bersama –sama ini dilampirkan Kertas Cadangan untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..................................(NORAINI BINTI HUZIN)SetiausahaProgram Indahnya Sekolahku

Page 11: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU02600 ARAU PERLIS

Sekolah Bestari Luar BandarTEL/FAX : 04-9861672

http://perlis.moe.edu.my/skarau

Ruj. Kami :Bil (14)02/02/006Tarikh : 10 April 2014

En. Mohd Sidek b. MohamadJurulatih Bahagian (BIG)IPGK Darulaman06000 Jitra, KEDAH.

Tuan,

MAKLUMAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PERINGKAT 3 KUMPULAN PPG JUN 2011

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan untuk mengadakan Program Indahnya Sekolahku bagi melengkapkan modul Kursus Bina Insan Guru Peringkat 3 Semester 6 (Pn. Hanizah Hamzah) pada tarikh dan masa seperti butiran berikut :

TARIKH MASA TEMPAT AKTVITI

21 Jun 2014 8.00 pagi – 5.00 petang)Persekitaran S. K. Arau

Program Indahnya Sekolahku

3. Bersama ini disertakan Kertas Kerja Cadangan program tersebut untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

4. Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Page 12: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

.............................................(ZAIDAH KAMARULZAMAN)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Arau.

SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU02600 ARAU PERLIS

Sekolah Bestari Luar BandarTEL/FAX : 04-9861672

http://perlis.moe.edu.my/skarau

Ruj. Kami :Bil (15)02/02/006Tarikh : 10 April 2014

Kepada :

En. Mohd Rodzi Bin AbdullahMentor Kelas MT 1 PPG Jun 2011IPGK Darulaman,06000 Jitra, KEDAH.

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PERINGKAT 3 KUMPULAN PPG JUN 2011

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Page 13: Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)

2. Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan untuk mengadakan Program Indahnya Sekolahku bagi melengkapkan modul Kursus Bina Insan Guru Peringkat 3 Semester 6 (Pn.Hanizah Hamzah) dan menjemput tuan untuk turut sama hadir pada tarikh dan masa seperti butiran berikut :

TARIKH MASA TEMPAT AKTVITI

21 Jun 2014 8.00 pagi – 5.00 petang) Persekitaran S. K. Arau

Program Indahnya Sekolahku

3. Bersama ini disertakan Kertas Kerja Cadangan program tersebut untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

4. Kerjasama dan kesudian tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

.............................................(ZAIDAH KAMARULZAMAN)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Arau.