kertas kerja program htkk

13
HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN TARIKH: 13 FEBRUARI 2010 ANJURAN: BIRO KOLEJ KEDIAMAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN TEMPAT: KOLEJ KEDIAMAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. PENGESAHAN KELULUSAN TINDAKAN HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 1

Upload: vampire88

Post on 18-Jun-2015

620 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program HTKK

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN

TARIKH:13 FEBRUARI 2010

ANJURAN: BIRO KOLEJ KEDIAMAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUANKU BAINUN

TEMPAT:KOLEJ KEDIAMAN,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM,

PULAU PINANG.

PENGESAHAN KELULUSAN TINDAKAN

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMANIPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 1

Page 2: Kertas Kerja Program HTKK

Biro Kolej Kediaman

Jawatankusa Perwakilan Pelajar 2009/2010

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun

14000 Bukit Mertajam

PULAU PINANG

Ruj. Kami : IPTB/HEP/JPP/03/01

Tarikh : 6 JANUARI 2009

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun,

14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

Melalui:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun,

14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

Tuan,

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN 2010 IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Biro Kolej Kediaman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 akan

menganjurkan Hari Terbuka Kolej Kediaman. Hari Terbuka Kolej Kediaman tersebut

akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 13 Januari

Tempat : Kolej Kediaman IPGM Kampus Tuanku Bainun

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMANIPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 2

Page 3: Kertas Kerja Program HTKK

3. Oleh itu, kami memohon kebenaran daripada pihak tuan agar meluluskan dan

memberi bantuan dalam menjayakan Hari Terbuka Kolej Kediaman ini.

4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja sebagai rujukan dan tindakan

daripada pihak tuan.

5. Segala kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan amat kami hargai dan

didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, NEGARA DAN BANGSA”

Yang Menjalankan Tugas,

…………………………

()

Pengerusi,

Biro Kolej Kediaman,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun,

14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

s.k: Ketua Jabatan HEP

Ketua Unit Kolej Kediaman

Warden

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMANIPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 3

Page 4: Kertas Kerja Program HTKK

1. PRAKATA

Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun bagi

mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk mengadakan Hari Terbuka

Kolej Kediaman 2010.

2. PENDAHULUAN

Program ini merupakan kesinambungan kepada Hari Terbuka Kolej Kediaman

2009 pada tahun lepas. Program ini mendapat sambutan luar biasa pada

tahun lepas, maka Biro Kolej Kediaman pada tahun ini ingin mengadakan

kembali Hari Terbuka Kolej Kediaman.

Program ini juga dirangka agar dapat memupuk semangat persaingan yang

sihat, kasih sayang, serta mengeratkan hubungan antara penghuni dan

warden serta pihak pengurusan kolej kediaman.

3. MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ini diadakan untuk:

1 Mengeratkan silaturrahim antara penghuni asrama.

2 Menggalakan persaingan yang sihat antara penghuni asrama.

3 Mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan kolej kediaman, warden

kolej kediaman dengan penghuni asrama.

4 Memupuk nilai kerjasama dan saling tolak ansur antara penghuni asrama.

5 Menerap sikap sayang terhadap kolej kediaman.

6 Memupuk perpaduan antara kaum.

4. ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Biro Kolej Kediaman.

5. TARIKH PROGRAM

Program ini akan diadakan pada 13 Februari 2009.

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMANIPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 4

Page 5: Kertas Kerja Program HTKK

6. TEMPAT PROGRAM

Pihak penganjur telah merancang untuk mengadakan program ini kolej

kediaman IPGM Kampus Tuanku Bainun.

7. PENYERTAAN

Program ini akan disertai oleh semua penghuni kolej kediaman, warden-

warden kolej kediaman, serta para tutor.

8. ORGANISASI PROGRAM

Senarai organisasi program tersebut adalah seperti berikut:

ORGANISASI HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN

PENAUNG

PN. HJH. ROHANI BINTI ISMAIL

KETUA PENASIHAT

EN. IBARAHIM BIN ISMAIL

PENASIHAT

EN SAHIDAN B HASHIM

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMANIPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 5

Page 6: Kertas Kerja Program HTKK

KETUA-KETUA BLOK

KETUA BLOK AMAN

KETUA BLOK BUDIMAN

KETUA BLOK CERIA

KETUA BLOK DAMAI

KETUA BLOK GEMILANG

SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA

AJK PERALATAN

AJK KEBAJIKAN

AJK KECERIAAN

AJK KESELAMATAN

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMANIPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 6

Page 7: Kertas Kerja Program HTKK

9. JADUAL PROGRAM

Jadual perjalanan dan perlaksanaan program dirangka agar memenuhi

matlamat Hari Terbuka Kolej Kediaman melalui pengisian aktiviti-aktiviti

sepanjang tempoh perkhemahan.

Jadual perlaksanaan program seperti pada LAMPIRAN 1.

10.ANGGARAN PERBELANJAAN

Segala sumber kewangan dan perbelanjaan adalah ditanggung oleh pihak

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun , Mengkuang,

Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Berikut adalah anggaran perbelanjaan:

Anggaran Perbelanjaan

1. Hadiah

A) Hadiah Bilik Tercantik (Hamper)

Tempat pertama = RM 60.00

Tempat kedua = RM 50.00

Tempat ketiga = RM 40.00

B) Hadiah Sukaneka (Hamper)

Tempat pertama = RM 200.00

Tempat kedua = RM 175.00

Tempat ketiga = RM 150.00

Tempat keempat = RM 125.00

Tempat kelima = RM 100.00

RM 60.00

RM 50.00

RM 40.00

RM 200.00

RM 175.00

RM 150.00

RM 125.00

RM 100.00

2.Makanan dan minuman

A) Jamuan VIP (RM 5.00 seorang)

RM 5.00 x 5 orang RM 25.00

3.Protokol Diminta pada stor pusat

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMANIPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 7

Page 8: Kertas Kerja Program HTKK

A)Cenderahati (Plat IPGM Kampus Tuanku Bainun)

1 buah plat

IPGM

4. Peralatan lain-lain

A)Kertas A4 (2 rim)

B) Air mineral (2 kotak)

C) Gelas VIP

Diminta pada stor pusat

IPGM

Jumlah Keseluruhan RM 925.00

11.PENUTUP

Hari Terbuka Kolej Kediaman ini merupakan salah satu komponen latihan

penting dan perlu didedahkan kepada bakal guru. Diharap melalui program

sebegini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara warden, pihak

pengurusan kolej kediaman dan penghuni kolej kediaman, seterusnya

melahirkan pendidik yang berkualiti dan berintegriti serta mampu memberikan

sumbangan yang besar kepada sistem pendidikan negara pada masa

hadapan.

Disediakan oleh:

…………………

()

Pengerusi,

Biro Kolej Kediaman,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Malaysia Tuanku Bainun,

Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMANIPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 8

Page 9: Kertas Kerja Program HTKK

LAMPIRAN 1

TENTATIF HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN (AHAD, 5 APRIL 2009)

8.00 PG : Majlis Perasmian

: Persembahan

: Ucapan Pengerusi Biro Asrama

: Ucapan Perasmian Pengarah

: Gimik Perasmian

8.30 PG : Lawatan Pengarah serta juri ke calon-calon

Pertandingan Bilik Tercantik

10.30 PG : Jamuan VIP

11.00 PG : Lawatan Pengarah ke gerai jualan dan pameran

2.30 PTG : Sukaneka

5.30 PTG : Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMANIPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 9