kertas kerja program perkhemahan unit beruniform 2015

Upload: kevin-

Post on 09-Mar-2016

148 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORMSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA CHUNG HUA MARUDI DAERAH BARAM TAHUN 2015

1. RASIONAL

Dalam menyediakan dan menghasilkan modal insan yang cemerlang dan terbilang, ianya berfokus kepada 3 aspek penilaian iaitu peningkatan kecemerlangan akademik, peningkatan kecermelangan kemahiran dan peningkatan kecemerlangan bersosial atau berkumpulan integrasi yang disertai oleh murid. Kokurikulum mengariskan beberapa teras dalam menghasilkan modal insan untuk diseragamkan dalam aktiviti Kokurikulum di sekolah.

Nilai dan kekuatan dalaman perlu diberi penekanan kepada murid-murid yang berada di bangku sekolah rendah lagi supaya generasi 2020 nanti adalah terdiri daripada generasi yang berdisplin, berilmu pengetahuan, berketrampilan, penyayang, serta kaya dengan nilai-nilai murni yang sentiasa dituntut dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Justeru itu generasi muda yang bakal menjadi pemimpin dan pewaris negara pada masa hadapan perlu dibentuk, dibimbing, diajar dan dibekalkan dengan seluas - luasnya peluang yang ada bagi membentuk dan memainkan peranan yang positif dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum

Perkhemahan sama ada diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan, aktiviti yang dijalankan akan memberikan tumpuan secara khusus kepada kurikulum Pengakap, BSMMdan TKRS. Walau bagaimanapun aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada aspek kecergasan dan ketahanan diri peserta ketika mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam pelbagai aktiviti luar yang mencabar mental dan fizikal seperti jalan lasak, orenteering dan reka cipta.

Berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan, pernilaian akan dibuat secara menyeluruh berkenaan kemajuaan dan keberkesanan aspek perancangan dan pengurusan dalam melaksanakan aktiviti untuk mengembangkan dan memajukan pasukan Pengakap, dan BSMM di peringkat sekolah.

2. MATLAMAT

Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid sekolah rendah tentang aktiviti-aktiviti perkhemahan yang lebih terancang dan tersusun yang dapat membantu dalam usaha membentuk dan melahirkan generasi yang berguna di masa hadapan.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada semua peserta untuk berinteraksi, bekerjasama, berdikari dan bertolak ansur antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

3.2 Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping memupuk sikap berdikari dan meningkatkan motivasi serta keyakinan diri setiap peserta.

3.3 Memiliki ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran diri untuk menjadi seorang individu yang lebih yakin terhadap kebolehan mereka.

3.4 Memperolehi kemahiran dan pengetahuan asas dalam aktiviti perkhemahan dan menitikberatkan aspek keselamatan sewaktu melakukan aktiviti.

3.5 Melahirkan insan yang mengetahui, memahami, menghayati, dan mengamalkan amalan mulia (sahsiah).

3.6 Merasa gembira bersama rakan sebaya semasa melakukan aktiviti.

4. TARIKH PELAKSANAAN24 hingga 25 April 2015 (Jumaat hingga Sabtu)

5. TEMPATSJK (C) Chung Hua Marudi

6. JANGKA MASA PROGRAM2 hari 1 malam

7. KUMPULAN SASARAN

7.1 Murid-murid Sekolah Rendah Tahap II, Tahun 4, 5 & 6 7.2 Kriteria pemilihan peserta7.2.1 Mempunyai minat yang mendalam mengenai aktiviti perkhemahan7.2.2 Memiliki Ketahanan fizikal dan mental7.2.3 Mempunyai insuran takaful7.2.4 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa /penjaga

7.3 Jumlah keseluruhan7.3.1 Peserta : 60 orang murid

8. PENGISIAN PROGRAM

8.1 Mendirikan khemah8.2 Pendidikan Kerohanian dan Moral8.3 Kawad kaki8.4 Ikatan asas8.5 Malam kebudayaan8.6 Khidmat masyarakat 8.7 Team Building

9. SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat: En. Yunus Apok (Pegawai Pelajaran Daerah Baram)Pengerusi: Cikgu Hwong Leh Hua (Guru Besar)Naib Pengerusi : Cikgu Teng Hei Mee (PK1)Ketua Program: Cikgu Anita ChinPen. Ketua Program: Cikgu Ling Siew Chen Setiausaha: Cikgu Masiha Binti SulaimiBendahari: Cikgu Wong Jing Mei

10. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Kem Komandan: Cikgu Anita ChinPendaftaran: Cikgu Lee Shwu Kun, Cikgu Agnes Cikgu Chua Shin YeePeralatan/Khemah: Cikgu Kevin Wong, Cikgu Ting Sze Xuan, (semua guru)Buku Program: Cikgu Kevin Wong Publisiti: Cikgu Hwong Leh HuaJurukamera: Cikgu MasihaKebersihan Tapak: Guru kumpulan dan peserta perkhemahanFasilitator/Guru Kumpulan: 1. Cikgu Chong Hui Na, Cikgu Kevin 2. Cikgu Tiong Chiong Suang, Cikgu Lee Shwu Kun3. Cikgu Chong Yan Yu, Cikgu Salmah 4. Cikgu Agnes, Cikgu Peter Lam5. Cikgu Sharon , Cikgu Ting Sze Xuan

Jurulatiha. Kawad Kaki: Cikgu Wong Jing Mei, Cikgu Tonny b. Ikatan Asas: Cikgu Agnes, Cikgu Tonny c. Team Building : Cikgu Tiong Chiong Suang, Cikgu Chong Yan Yu, Cikgu Ling Siew Chend. Aktiviti Kerohanian &: Cikgu Ting Sze Xuan, Cikgu MasihaMoral e. Khidmat Masyarakat: Cikgu Chua Shin Yee, Cikgu Anita Chin, Cikgu Peter (Tempat: Kubu, Dataran, Taman Permainan)f. Malam Kebudayaan: Cikgu Judith, Cikgu Chua Shin Yee, Ling Siew Cheng. Pertandingan Memasak: Cikgu Hwong Leh Hua, Cikgu Teng Hei Mee, Cikgu Salmahh. Senamrobik : Cikgu Tonny, Cikgu Chong Yan Yu

Makanan& minuman: Cikgu Salmah (kantin sekolah)Kawalan Keselamatan: Cikgu Teng Hei Mee,Cikgu Peter Lam Semua Fasilitator/Guru Kumpulan, Polis Kebajikan & kecemasan: Cikgu Tiong Chiong Suang, Semua Fasilitator/Guru Kumpulan, AmbulansBackdrop: Cikgu Ling Siew Chen, Cikgu Sharon, Cikgu Salmah, Cikgu Lee Shwu KunDokumentasi: Cikgu Masiha, Semua Fasilitator

Majlis Perasmian PenutupanPersiapan Tapak: Cikgu Kevin, Cikgu Ting Sze Xuan, Cikgu Chong Hui NaAturcara: Cikgu Tiong Chiong Suang, Cikgu SharonPengacara: Cikgu Judith, Cikgu Chong Yan YuSambutan/Protokol: Cikgu Hwong Leh Hua, Cikgu Teng Hei Mee (semua guru)Alatan Siaraya: Cikgu Wong Jing Mei, Cikgu Ting Sze Xuan, (semua guru)Disiplin & Tata Tertib: Cikgu Anita Chin, Cikgu Chong Hui NaSijil, Hadiah & Cenderamata: Cikgu Teng Hei Mee, Puan Sharon Rebbeca Kee, Puan Sharifah

11. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASABIDANG TUGAS

KEM KOMANDAN :

Cikgu Anita Chin

Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan kelancaran perkhemahan. Bertanggungjawab di atas disiplin peserta. Menguatkuasakan peraturan perkhemahan. Mengejutkan peserta dari tidur. Sentiasa menghebahkan maklumat terkini. Menyediakan pelan tapak perkhemahan. Menyelaras pembahagian tempat tapak mengikut unit. Menentukan bilik-bilik yang akan digunakan oleh peserta jika hari hujan. Menentukan tandas/bilik air yang akan digunakan oleh peserta. Memastikan semua bilik/tempat yang digunakan sentiasa dalam keadaan bersih.

PENDAFTARAN

1. Cikgu Lee Shwu Kun 2. Cikgu Agnes 3. Cikgu Chua Shin Yee

Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru bertugas Mengendalikan acara majlis penutup

PERALATAN/KHEMAH

1. Cikgu Kevin, 2. Cikgu Ting Sze Xuan (semua guru)

Menyediakan khemah yang mencukupi bagi keperluan peserta. Memastikan komponen khemah dan segala peralatan yang berkaitan mencukupi. Memastikan setiap khemah dibuka dan dibersihkan selepas perkhemahan. Menyediakan semua peralatan perkhemahan yang diperlukan. Memastikan semua peralatan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat. Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan pada tempat yang sesuai.

MAKANAN DAN MINUMAN

1. Cikgu Salmah( kantin sekolah) Menyediakan makanan dan minuman yang bagi semua guru yang terlibat dan murid. Menyediakan menu masakan sepanjang perkhemahan. Memastikan semua aktiviti memasak mengikut jadual makan dan minum yang telah disediakan. Menguruskan segala perkara berkaitan makan dan minum disepanjang perkhemahan.

FASILITATOR/GURU KUMPULAN

Membimbing ahli kumpulan dalam setiap aktiviti dan membuat refleksi aktiviti yang dijalankan. Memastikan keselamatan ahli kumpulan dalam setiap aktiviti yang diikuti. Memastikan setiap ahli kumpulan mengikuti program yang telah dirancang dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Memastikan kebersihan sepanjang perkhemahan terjaga. Mencalonkan seorang lelaki dan seorang perempuan dari kumpulannya untuk dinilai sebagai Anugerah Peserta Perkhemahan Terbaik.

SIJIL, HADIAH&CENDERAMATA

1. Cikgu Teng Hei Mee2 Pn. Sharoon Rebbeca Kee3. Pn. Sharifah

Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang dijalankan. Menyediakan sijil perkhemahan. Menguruskan majlis penyampaian hadiah. Mencari sumbangan (sponsor). Menyediakan cenderamata kepada para penaja (sponsor).

KAWALAN KESELAMATAN

1. Cikgu Teng Hei Mee2. Cikgu Peter Lam3. Semua Fasilitator/Guru Kumpulan4. Polis Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan berada dalam keadaaan yang amat baik. Menubuh unit kawalan malam. Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatan kawasan perkhemahan Mengawal keselamatan peserta dalam perjalanan ke SMK Telang Usan. Memastikan tapak perkhemahan selamat daripada serangga yang berbahaya untuk mendirikan khemah. Memastikan semua venue untuk menjalankan aktiviti berada dalam keadaan selamat digunakan.

KEBAJIKAN & KECEMASAN

1. Cikgu Tiong Chiong Suang2. Semua Fasilitator/Guru Kumpulan3. Ambulans Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupi. Menghubungi ambulans jika memerlukan.

KEBERSIHAN TAPAK

Guru Kumpulan dan Peserta Perkhemahan Memastikan kebersihan tapak perkhemahan dan venue aktiviti yang dijalankan. Menyediakan bag plastik sampah. Memastikan peserta membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

PUBLISITI

1. Cikgu Hwong Leh Hua

Memberitahu pihak wartawan tentang hari dan waktu perasmian pembukaan dan penutupan perkhemahan.

JURUKAMERA

1. Cikgu Masiha Merakam gambar bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

DISIPLIN & TATA TERTIB

1. Cikgu Anita Chin2. Cikgu Chong Hui Na Menjaga dan mengawal disiplin murid di sepanjang perkhemahan dijalankan. Memastikan para peserta mematuhi peraturan perkhemahan.

DOKUMENTASI

1. Cikgu Masiha2. Semua Fasilitator

Mendokumentasikan semua aktiviti program perkhemahan. Mengurus refleksi para peserta dan mendokumentasikan.

BUKU PROGRAM

1. Cikgu Kevin Merancang dan menyediakan buku program untuk program perkhemahan sekolah.

BACKDROP

1. Cikgu Salmah 2. Cikgu Ling Siew Chen3. Cikgu Sharon4. Cikgu Lee Shwu Kun Perkataan-perkataan backdrop. PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORMTAHUN 2015TARIKH: -25-25 APRIL 2015TEMPOH: 2 HARI 1 MALAM TEMPAT: SJK C CHUNG HUA MARUDI DIRASMIKAN OLEH YUNUS APOK (PEGAWAI PPD BARAM) Memastikan backdrop dinaikkan 3 hari sebelum program bermula.

JURULATIH

KAWAD KAKI1. Cikgu Wong Jing Mei2. Cikgu Tonny Mengurus slot kawad kaki. Memastikan semua peserta berkawad dengan baik.

IKATAN ASAS 1. Cikgu Agnes2. Cikgu Tonny Mengendalikan slot ikatan asas. Memastikan bahan-bahan yang digunakan adalah mencukupi bagi setiap peserta.

Team Building1. Cikgu Tiong Chiong Suang 2. Cikgu Ling Siew Chen3. Cikgu Chong Yan Yu Menyediakan sekurang-kurangnya 3 jenis permainan berbentuk Team Building. Mencari lagu yang sesuai untuk perkhemahan ini. Menyediakan bahan-bahan yang mencukupi untuk semua peserta.

AKTIVITI KEROHANIAN & MORAL1. Cikgu Ting Sze Xuan 2. Cikgu Masiha Menyediakan aktiviti pembentukan moral kepada peserta muslim dan non-muslim.

KHIDMAT MASYARAKAT 1. Cikgu Chua Shin Yee2. Cikgu Anita Chin 3. Cikgu Peter Memastikan tempat berkhidmat masyarakat adalah selamat. Membahagikan kumpulan mengikut tempat khidmat masyarakat yang berlainan. Cadangan: Mengutip sampah di Kubu, Dataran, dan Taman Permainan. Menyediakan bahan dan radas yang diperlukan untuk program ini.

PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN 1. Cikgu Ling Siew Chen2. Cikgu Judith3. Cikgu Chua Shin Yee

Menentukan jenis persembahan dan syarat-syaratnya. Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti dijalankan. Melantik hakim-hakim persembahan dan menyediakan borang penghakiman. Mengurus perjalanan aktiviti persembahan

SENAMROBIK1. Cikgu Tonny 2. Cikgu Chong Yan Yu Memilih lagu senamrobik. Membimbing murid dalam slot senamrobik.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM PERKHEMAHAN

PERSIAPAN TAPAK 1. Cikgu Kevin 2. Cikgu Ting Sze Xuan3. Cikgu Chong Hui Na Mengurus tapak untuk perasmian penutupan seperti susunan tempat duduk para jemputan dan para peserta. Memastikan majlis berjalan dengan lancar.

ALATAN SIARAYA 1. Cikgu Wong Jing Mei 2. Cikgu Ting Sze Xuan Mengurus PA sistem untuk Majlis Perasmian Penutupan Program Perkhemahan. Memastikan PA sistem berjalan dengan lancar.

SAMBUTAN/PROTOKOL1. Cikgu Hwong Leh Hua 2. Cikgu Teng Hei Mee3. Semua Guru Menyediakan surat/kad jemputan. Menjemput para tetamu jemputan. Menyambut tetamu jemputan.

ATURCARA1. Cikgu Tiong Chiong Suang2. Cikgu Sharon Menyusun aturcara majlis penutupan program. Mencetak aturcara majlis penutupan program. Memastikan semua tetamu jemputan dan para fasilitator mendapat salinan aturcara.

JURUACARA1. Cikgu Judith2. Cikgu Chong Yan Yu Sebagai MC majlis penutupan program. Memastikan semua murid telah siap sedia di tapak majlis sebelum para jemputan datang.

12. ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARABUTIRANJUMLAH

Sumber Kewangan

1Pendaftaran pesertaSumbangan RM10.00 x 60 orang = RM600.00 RM RM

Anggaran kos

1Makan Minum Murid

Makan malam (Jumaat) Sarapan (Sabtu) Makan tengah hari (Sabtu) Makan Malam (Sabtu)

RM3.00 x 60 orang = RM180.00 RM1.00 x 60 orang = RM60.00 RM3.00 x 60 orang = RM 180.00 RM3.00 x 60 orang = RM 180.00

RM600.00

2Sijil, Hadiah& Cenderamata Sijil Hadiah Cenderamata

RM1.00 x 60 = RM 60.00 RM40 x 9 = RM 360 RM50.00 x 1 = RM 50.00

RM470.00

3Peralatan Bahan api Tali Racun serangga Sulfer

RM100.00

4KecemasanUbat-ubatanRM50.00

JumlahRM1220.00

13. PENUTUPMelalui program ini,secara langsung peserta dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini mampu memberi input yang menyeluruh serta jitu kepada para peserta yang terlibat sepenuhnya dalam aktiviti Pasukan Badan beruiform.

Disediakan oleh:

_____________________________ANITA CHIN Ketua Projek,Perkhemahan Badan Berunitform,SJK C Chung Hua Marudi,Daerah Baram Tahun 2015.

Disemak oleh;

______________________________WONG JING MEIGuru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (D),SJK (C) Chung Hua Marudi,98057 Marudi, Baram,Sarawak.

Disahkan oleh;

_____________________________HWONG LEH HUAGuru Besar,SJK (C) Chung Hua Marudi,98057 Marudi, Baram,Sarawak.

Perkhemahan Unit Beruniform SJK C Chung Hua Marudi, 2015

24

Lampiran 1TENTATIF JADUAL PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORMSJK C CHUNG HUA MARUDI, DAERAH BARAM TAHUN 2015TARIKH: 24 HINGGA 25 APRIL 2015 TEMPAT: SJK (C) CHUNG HUA MARUDIMASA24.04.2015 JUMAAT25.04.2015SABTU

HARI

05:00amBangun pagi

05:30am

05:30amPendidikan kerohanian & moral

06:00am

06:00amSenamrobik

06:30am

06:30amKhidmat Masyarakat

07:30am

07:30amSarapan pagi

08:00am

08:00amIkatan

09:00am

09:00am

10:00amRehat

10:00amKawad Kaki

11:00am

11:00am

12:00pm

12:00pmMakan tengah hari

01:30pm

01:30pmMengemas Khemah & Pembersihan Tapak Perkhemahan

02:00pm

02:00pmPerjalanan kedatangan

02:30pm

02:30pmPendaftaran

Refleksi

03:00pm

03:00pmTaklimat

04:00pmMajlis Penutupan

04:00pmMendirikan khemah

05:00pmBersurai

05:00pmMandiSAYONARA

06:00pm

06:00pmMakan & Minum

07:00pm

07:00pmTeam Building

08:30pm

08:30pmMalam Kebudayaan

10:00pm

10:00pmRefleksi

10:20pm

10:20pmTaklimat

10:30pm

10:30pmRehat

11:00pm

11:00pmGosok Gigi & Cuci Muka

11:30pm

11:30pmZZZZZZZZZ

05:00am

Lampiran 2UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN

1. Para peserta dikehendaki menepati masa dan mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancang.2. Para peserta dilarang memakai selipar sepanjang aktiviti yang dijalankan.3. Para peserta digalakkan pergi ke tandas secara berdua-duaan pada waktu malam.4. Peserta lelaki dilarang mengunjungi khemah perempuan dan begitu juga sebaliknya.5. Sebelum makan, para peserta perlu berbaris dan memastikan semua ahli kumpulan telah hadir baru boleh mula makan.6. Semasa makan, para peserta dilarang bercakap dan meninggalkan sebutir nasi di pinggan.7. Selepas makan, para peserta perlu memastikan kawasan tempat makan adalah bersih dan pinggan dan gelas perlu dicuci sendiri.8. Para peserta perlu menjaga kebersihan sepanjang perkhemahan berlangsung dan mengutip sampah jika ternampak.9. Para peserta perlu menjaga sikap, tingkah laku dan pertuturan sepanjang perkhemahan dan menunjukkan sikap, tingkah laku dan pertuturan yang bermoral.10. Para peserta tidak dibenarkan menyalakan api di dalam khemah keran dikhuatiri akan mengakibatkan kebakaran.11. Para peserta dilarang sama sekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan kebakaran dan para peserta lemas dengan asap ubat nyamuk.12. Para peserta perlu sentiasa menjaga keselamatan diri dan melaporkan kepada guru bertugas/fasilitator kumpulan sekiranya menghadapi masalah.13. Peserta yang sakit tidak dibenarkan mengikuti aktiviti yang sedang dijalankan.14. Para peserta dikehendaki sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.15. Para peserta hendaklah sentiasa bersabar dan menyedari bahawa perkhemahan tidak sama seperti di rumah. Oleh itu, segala kekurangan hendaklah dihadapi dengan hati yang tabah dan anggaplah kepayahan itu sebahagian daripada proses pembelajaran.

Lampiran 3KELENGKAPAN DIRI YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN

1. 4 pasang pakaian (baju berkolar & seluar trek bottom)2. Baju T pengakap, BSMM atau GB3. Baju T berlengan panjang4. Skaf 5. Kasut sukan dan stokin6. Sleeping bag atau selimut7. Lampu suluh8. Pinggan, gelas dan sudu9. Air mineral10. Ubat peribadi (jika perlu)11. Sabun mandi12. Berus gigi dan ubat gigi13. Baldi dan penyeduk14. Tuala15. Selipar mandi16. Alat tulis17. Kotak kosong (sebagai tikar)18. Topi pengakap (bagi ahli pengakap) / Topi biasa (bagi ahli BSMM / topi GB)19. *Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu

CATATAN : Perlu diingatkan bahawa, peralatan berharga seperti telefon bimbit, dan barang kemas DILARANG bawa sama sekali. Pakaian menjolok mata / seluar pendek tidak dibenarkan.

*TAMBAHAN (AKAN DIKUMPULKAN SEMASA PENDAFTARAN )Setiap peserta wajib membawa barang yang telah ditetapkan di bawah.

1. Beras 2 put/kong2. 3 biji telur3. Sebungkus mi sedap4. Tin ikan sardin saiz kecil5. Minuman 3 in 1 (kuantiti ditetapkan sendiri)6. Sebiji bawang merah dan seulas bawang putih

Lampiran 4MENU MAKANAN

HARI MASA05.10.2011JUMAAT06.10.2011SABTU07.10.2011AHAD

PAGITIADA DISEDIAKANMENU:1. MI SEDAP GORENG2. AIR PANAS3. MINUMAN 3 IN 1 SENDIRI

MENU:1. BUBUR AYAM 2. AIR MATI

TENGAH HARIMENU:1. NASI PUTIH2. AYAM GORENG3. SAYUR HIJAU (SAWI)4. AIR MATI

MENU:1. NASI PUTIH2. AYAM KURMA3. SAYUR CAMPUR MASAK LEMAK4. TIMUN POTONG5. BUAH PISANG 6. KUAH SATE ISI AYAM

MALAMMENU:1. NASI PUTIH2. TIN SOS KACANG SOYA CAMPUR TELUR3. SAYUR CAMPUR (KUBIS, LOBAK, IKAN BILIS)4. AYAM KICAP5. AIR MATI

MENU:BAHAN-BAHAN PERTANDINGAN MEMASAK1. BERAS2. PAHA AYAM 3. TELUR4. HOTDOG5. REMPAH 6. KACANG PANJANG

BERSURAI

KUDAPANMENU:1. AIR PANAS2. ROTI CRACKERS3. MINUMAN 3 IN 1 (SENDIRI)

MENU:1. AIR PANAS2. ROTI 3. MINUMAN 3 IN 1 (SENDIRI)

Lampiran 5IKRAR PERKHEMAHAN

KamiPara peserta Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Marudi Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrarBahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguhBahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah dan penuh semangatBahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya pengetahuan dan kemahiran kami, serta mempereratkan lagi silaturrahim antara kamiBahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat dan tunjuk ajar yang bakal kami perolehiBahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawabBahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai cabaran dan ujianBahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan iniBahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggiDan kamilahPendukung cita-cita bangsa dan negara.

Lampiran 6BORANG PERMARKAHAN PERTANDINGAN MEMASAK

BILNAMA KUMPULAN RASAWARNAKERJASAMA KREATVITIKEKEMASANJUMLAH MARKAHKEDUDUKAN

1

2

3

4

5

6

SKALA:5 Sangat baik4 Baik3 Memuaskan

2 Kurang Baik1 Tidak Baik

Hakim

________________________( )

Lampiran 7BORANG PERMARKAHAN PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN

BILNAMA KUMPULAN GAYA PERSEMBAHANKREATIVITIKERJASAMA INTONASI/SUARAPERALATANPENAMPILANJUMLAH MARKAHKEDUDUKAN

1

2

3

4

5

6

SKALA:5 Sangat baik4 Baik3 Memuaskan

2 Kurang Baik1 Tidak Baik

Hakim

________________________( )

Lampiran 8BORANG PERMARKAHAN PASUKAN TERBAIK

BILNAMA KUMPULAN TEAM BUILDINGKAWAD KAKI IHKTIAR HIDUPKERJASAMA KEPIMPINAN PERTANDINGAN MEMASAKMALAM KEBUDAYAANJUMLAH MARKAHKEDUDUKAN

1

2

3

4

5

6

SKALA:5 Sangat baik4 Baik3 Memuaskan

2 Kurang Baik1 Tidak Baik

Hakim

________________________( )

Lampiran 9BORANG PERMARKAHAN CALON PERKHEMAHAN LELAKI DAN PEREMPUAN TERBAIK

BILCALON PESERTA SETIAP KUMPULAN (L & P)KEPIMPINANBERDISIPLINKERJASAMAKEBERANIANKREATVITIJUMLAHMARKAHKEDUDUKAN

1LELAKI:

PEREMPUAN:

2LELAKI:

PEREMPUAN:

3LELAKI:

PEREMPUAN:

4LELAKI:

PEREMPUAN:

5LELAKI:

PEREMPUAN:

6LELAKI:

PEREMPUAN:

* Nama calon mesti diserahkan semasa taklimat malam hari kedua.

SKALA:5 Sangat baik4 Baik3 Memuaskan

2 Kurang Baik1 Tidak Baik

Hakim

________________________( )

Lampiran 10RUMUSAN BORANG PERMARKAHAN CALON PERKHEMAHAN SJK C CHUNG HUA MARUDI, TAHUN 2015

BILNAMA KUMPULAN PERTANDINGAN MEMASAK MALAM KEBUDAYAAN PASUKAN TERBAIKCALONPERKHEMAHAN TERBAIKLELAKI & PEREMPUAN

LELAKI:

1NAMA:

2

KUMPULAN:

3

MARKAH:

PEREMPUAN:

4NAMA:

5KUMPULAN:

6MARKAH:

* Borang ini mesti diserahkan kepada juruacara majlis penutupan semasa sesi refleksi hari ke-2.

Lampiran 11JADUAL PENJAGA MALAM PROGRAM PERKHEMAHANTARIKH: 05-06 OKTOBER 2012MASA: 2400-0500