kertas kerja pesta silang budaya tarikh tempat … · 1.0 tujuan pengusulan kertas kerja ini adalah...

12
KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014 TARIKH 27 MAC 2014 TEMPAT PENTAS UTAMA TG2KM, KOLEJ KERIS MAS ANJURAN EKSEKUTIF INTEGRASI DAN PERPADUAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2013/2014 KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA “BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN”

Upload: vuongthuy

Post on 12-Mar-2019

368 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

KERTAS KERJA

PESTA SILANG BUDAYA

KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014

TARIKH

27 MAC 2014

TEMPAT

PENTAS UTAMA TG2KM,

KOLEJ KERIS MAS

ANJURAN

EKSEKUTIF INTEGRASI DAN PERPADUAN

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2013/2014

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN”

Page 2: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 2

KERTAS KERJA

PESTA SILANG BUDAYA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2012/2013

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mendapatkan kelulusan serta bantuan kewangan

bagi penganjuran satu program yang memberi pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswi Universiti

Kebangsaan Malaysia mengenai budaya pelbagai kaum, menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi khasnya warga Kolej Keris Mas serta mendedahkan mahasiswa-

mahasiswi terhadap budaya pelbagai kaum melalui media.

2.0 PENGENALAN

Program Pesta Silang Budaya merupakan aktiviti kedua dianjurkan oleh Eksekutif Integrasi dan

Perpaduan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan

Malaysia. Program ini melibatkan semua penghuni Kolej Keris Mas dan juga mahasiswa-mahasiswi yang berminat menyertai program ini. Bersesuaian dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia

dan slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib

bin Tun Abdul Razak iaitu 1 Malaysia, Eksekutif Integrasi dan Perpaduan Majlis Eksekutif Pelajar

Kolej Keris Mas Sesi 2013/2014 merancang untuk menganjurkan program Pesta Silang Budaya untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysi yang berbilang kaum

melalui aktiviti kebudayaan.

Program ini bertujuan untuk menekankan kepentingan persefahaman kebudayaan mahasiswa-

mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya warga Kolej Keris Mas. Melalui program

tersebut, mahasiswa-mahasiswi akan lebih menyedari kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum

dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Selain itu, program ini dapat memperkuatkan kerjasama pelbagai etnik dalam

aspek bantuan sepanjang program ini dilaksanakan.

3.0 MISI

Sebagai pihak penganjur, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kelancaran

program ini dan berjanji:

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia supaya dapat membentuk mahasiswa-mahasiswi yang berketrampilan.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang dirancang.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sapanjang dan selepas pelaksanaan program. 3.4 Menjalin hubungan silaturahim yang rapat dan kukuh dalam kalangan warga Kolej Keris Mas

agar menyedari kepentingan saling menghormati dan tolenrasi sebagai kriteria utama

dalammenjamin keharmonian di sekitar kolej kediaman.

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa kami telah menetapkan beberapa matlamat penganjuran program iaitu:

4.1 Membentuk dan menerapkan perpaduan dan hormat-menghormati dalam kalangan mahasiswa-

mahasiswi. 4.2 Mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi Universiti

Kebangsaan Malaysia terutamanya dalam kalangan warga Kolej Keris Mas.

Page 3: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 3

4.3 Menyemai rasa cinta terhadap Universiti Kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

4.4 Melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berketrampilan dalam kesukarelaan, kepimpinan,

transformasi idea dan sebagainya.

5.0 OBJEKTIF

Pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai:

5.1 Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dengan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam palajaran, sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti supaya bekerjasama dalam

suasana pelbagai budaya.

5.2 Kemahiran kumunikasi yang ditunjukkan semasa menjalankan pemasaran, perbincangan dan

perjumpaan dengan semua ahli jawatankuasa. Setiap urusetia menyampaikan idea dengan jelas

dan tersusun serta menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi. Kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh, nada suara dan hubungan mata) yang berkesan,

mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan menggunakan bahasa kebangsaan

dan bahasa antarabangsa.

5.3 Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dengan sentiasa

memounyai strategi untuk medapatkan bahan-bahan, menganalisis masalah secara kendiri,

mencari, mengumpul dan menggunakan maklumat yang sesuai. Urusetia juga membuat keputusan yang rasional dan merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan

kemahiran, meneroka masalah, mencari penyelesaiannya dengan mengumpul dan mengurus

maklumat, memastikan pelaksanaan tugasan yang konsisten dan sistematik dengan perancangan

yang kukuh serta mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan.

5.4 Kemahiran membina nilai, sikap, etika dan profesionalisme dengan menunjukkan integriti

antara perbezaan kaum dalam barisan urusetia supaya sedia memberi pertolongan dan bantuan secara sukarela. Selain itu, setiap urusetia dapat melaksanakan tanggungjawab dengan integriti

dan menunjukkan sikap kesukarelaan untuk melakukan kerja dengan penuh amanah.

5.5 Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik dengan

mengenal pasti masalah yang dihadapi sepanjang masa persediaan program ini. Urusetia harus

mengenal pasti hubungan pelengkap yang diperlukan untuk mensintesis masalah. Keputusan

diklasifikasikan sebagai bukti terbaik dalam konteksnya dan dipertimbangkan dengan sempurna berdasarkan maklumat yang tepat dan memberikan perhatian yang mendalam terlebih dahulu

terhadap sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

5.6 Kepimpinan dan kerja berpasukan dengan menunjukkan daya kepimpinan dan kerjasama berpasukan yang sangat berkesan dan mudah membantu rakan-rakan secara proaktif tanpa

mengira bangsa dan agama demi mementingkan integrasi dan perpaduan kaum. Perpaduan

antara kerja berpasukan untukmencapai matlamat yang disepakati dapat membantu menyelesaikan satu tugasan.

5.7 Kemahiran pengurusan dan keusahawanan dengan sentiasa mempamerkan keupayaan

merancang aktiviti secara sistematik dan berupaya mengagihkan tugasan kepada ahli jawatankuasa serta sentiasa berupaya melaksanakan aktiviti untuk mencapai objektif.

5.8 Kemahiran kreatif dan inovatif dengan dapat mempamerkan kebolehan mencadangkan idea yang baru dan sentiasa merebut peluang dalam semua aspek kerja seperti pemasaran dan hiasan

pentas. Tambahan pula, urusetia dapat sentiasa merentas halangan, berani meneroka idea yang

baru, mengemukakan cadangan penyelesaian yang sesuai dan bersedia untuk menerima

perubahan.

Page 4: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 4

6.0 TEMA

“ Budaya Dipamerkan, Perpaduan Diutuhkan”

Seiring dengan objektif pelaksanaan program, pihak urusetia telah memilih tema “Budaya Dipamerkan, Perpaduan Diutuhkan” sebagai tema program. Pihak penganjur berhasrat dapat

memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi

Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya warga Kolej Keris Mas melalui aktiviti kebudayaan.

7.0 ANJURAN

Eksekutif Integrasi dan Perpaduan

Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia.

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini akan diadakan pada:

Tarikh : 27 Mac 2014

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi – 11.00 malam

9.0 TEMPAT KEJOHANAN

Tempat pelaksanaan program yang dicadangkan ialah Pentas Utama TG2KM, Kolej Keris Mas.

10.0 PUBLISITI

Pihak jawatankuasa mencadangkan publisiti diadakan menggunakan kaedah berikut:

Poster

Facebook

Flyers

11.0 CADANGAN PERASMI

Cadangan perasmi pembukaan dan penutup program:

1. Dr. Ruslin bin Amir Pengetua Kolej Keris Mas

2. Tuan Haji Ishak bin Abdul Rahman Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas

3. Encik Mat Yusop bin Achin Pengurus Kanan Kolej Keris Mas

Page 5: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 5

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

15.1 Jumlah peserta : 250 peserta

15.2 Jumlah urusetia : 50 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Ketibaan Para Hadirin

15.2 Ketibaan Tetamu Kehormat, Felo dan Exco Majlis Eksekutif Pelajar

Tetamu Kehormat, Felo dan Exco MEP akan berarak masuk ke Pentas Utama TG2KM, Kolej

Keris Mas untuk menyaksikan persembahan.

15.3 Nyanyian Lagu Negaraku dan Varsiti Kita

Para hadirin diminta berdiri dan menyanyikan Lagu Negaraku dan Varsiti Kita.

15.4 Ucapan Ketua Pengarah

Ketua Pengarah Pesta Silang Budaya akan menyampaikan ucapan.

15.5 Ucapan Ketua Pengarah TG2KM

Ketua Pengarah TG2KM Sesi 2013/2014 akan menyampaikan sepatah dua kata.

15.6 Ucapan Perasmi

Perasmi majlis akan menyampaikan ucapan kepada para hadirin.

15.7 Majlis Perasmian dan Penyampaian Cenderamata

Selepas perasmi menyampaikan ucapan, beliau akan merasmikan majlis Pesta Silang Budaya

dan pengacara majlis akan mengumumkan majlis Pesta Silang Budaya bermula. Selepas itu,

ketua pengarah Pesta Silang Budaya akan menyampaikan cenderamata kepada perasmi

sebagai tanda penghargaan.

15.8 Tayangan Multimedia

Video multimedia disediakan oleh kumpulan teknikal yang mengandungi detik-detik istimewa

Eksekutif Integrasi dan Perpaduan serta gambar-gambar diambil sepanjang proses persediaan

bagi Pesta Silang Budaya ditayangkan.

15.9 Persembahan Nyanyian dan Kebudayaan

Acara persembahan bagi Pesta Silang Budaya termasuklah tarian tradisional tiga kaum.

15.10 Perarakan Keluar Tetamu Kehormat

Tetamu Kehormat, Felo dan Exco MEP berarak keluar Pentas Utama TG2KM, Kolej Keris

Mas selepas majlis tamat.

Page 6: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 6

15.11 Mengemas

Pihak urusetia akan mengemaskan dan membersihkan Pentas Utama TG2KM.

15.12 Bersurai

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi :

Pejabat Majlis Eksekutif Pelajar,

Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,

Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Siti Nurfatihah Binti Rahman – 014-8009863)

Tel : 03 89214009

Faks : 03 89214009 E-mel : [email protected]

Page 7: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

27 MAC 2014

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 7

18.0 PENUTUP

Dengan segala hormatnya, adalah menjadi harapan besar kami agar permohonan penganjuran

aktiviti dan bantuan kewangan mendapat sokongan dan kelulusan daripada Tuan. Akhir

sekali, semoga program Pesta Silang Budaya Kolej Keris Mas sesi 2013/2014 yang bakal

dijalankan akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya peserta program

ini. Tanggungjawab dan harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan penuh

kesungguhan dan dedikasi agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya demi menjunjung

aspirasi dan citra universiti untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dari

segenap aspek. Segala sokongan daripada Tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan

terima kasih.

Disediakan oleh,

SITI NURFATIHAH BINTI RAHMAN

Ketua Pengarah,

Program Pesta Silang Budaya,

Kolej Keris Mas,

Sesi 2013/2014,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disokong oleh,

NUR FATIN ADILIN BINTI MOHD

ASHRI

Felo Penasihat,

Temasya Gemilang

Kolej Keris Mas,

Sesi 2013/2014,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh,

MOHD ZULFIQAR BIN MOHD NOR

Ketua Pengarah

Temasya Gemilang

Kolej Keris Mas,

Sesi 2013/2014,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh,

YBHG. DR. RUSLIN BIN AMIR

Pengetua,

Kolej Keris Mas,

Sesi 2013/2014,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No. Tel (P) : 03-89214009

(B) : 019-2986865

Page 8: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 8

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

STRUKTUR ORGANISASI

PESTA SILANG BUDAYA

KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014

Penaung Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Binti Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

YBhg. Prof. Ir. Dato’ Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Hj. Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Penasihat Utama YBhg. Dr. Ruslin Bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas, UKM

Penasihat Tuan Hj. Ishak Bin Abdul Rahman

Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas, UKM

Encik Mat Yusop Bin Achin

Pengurus Kanan Kolej Keris Mas, UKM

Encik Mahadi Bin Long Penolong Pengurus Kolej Keris Mas

Izazi Azzahidah Binti Amin Felo Penasihat

Eksekutif Integrasi dan Perpaduan

Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Pemantau Lovina A/P Yogarajan

Eksekutif Integrasi dan Perpaduan I,

Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 9: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 9

Leow Gaen Bein

Eksekutif Integrasi dan Perpaduan II, Majlis Eksekutif Pelajar

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketua Pengarah

Siti Nurfatihah binti Rahman 013-3673133

FST/1

A145691

Timbalan Ketua Pengarah

Divyamalar A/P Lenganathan

016-4063751 FKAB/1

A144063

Setiausaha

Rubie Atul Adawiah Binti Ibrahim

013-9129593 FST/1

A145968

Bendahari Munirah Binti Mohamed

011-29428142

FST/1 A145962

Pengarah Program : Vinothini A/P Geneson FEP/1 A145558

AJK Program : Cinthu A/P Selvarao FEP/1 A143341

Siti Maizatul Syafinaz Binti Mohd Shahadin FST/1 A145677

Pengarah Protokol : Tee Siok Kian FUU/1 A146433

AJK Protokol : Tham Yong Wen FUU/1 A146480

Woi Pui Teen FUU/1 A146471

Pengarah Teknikal : Kaviinnaa a/p Unni Krishnan FEP/1 A143153

AJK Teknikal : Adeline Shoba FEP/1 A146865

Hephzibah Ruth A/P Kunasekar Palras FEP/1 A143238

Pengarah Jamuan : Tan Kong Ying FEP/1 A143399

AJK Jamuan : Lee Siew Yong FEP/1 A143533

Chong Shing Tong FEP/1 A143397

Pengarah Tugas-Tugas Khas : Ooi Ong Kit FUU/1 A146434

AJK Tugas-Tugas Khas : Lam Katie FEP/1 A143524

Pengarah Sijil dan Cenderamata : Aliffia Rachman FEP/1 A146582

AJK Sijil dan Cenderamata : Nurul Hidayati FST/1 A142432

Nor Elly Amira Binti Zainuddin FSSK/1 A142386

Page 10: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 10

Pengarah Pemasaran : Iva Lee Ke Ting FSSK/1 A145460

AJK Pemasaran : Wong Shi Yi FEP/1 A146845

Chan Qin Mi FSSK/1 A145175

Pengarah Pameran : Pavitra Sharma A/L Ragawah FKAB/1 A144070

AJK Pameran : Shakthiswary A/P Raja FEP/1 A145378

Noor Asdayanti Binti Abu Bakar FST/1 A145710

Page 11: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 11

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

PESTA SILANG BUDAYA

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

27 Mac 2014 (Khamis)

9.00 pagi

Pameran Kebudayaan

Kolej Keris Mas

8.30 malam Ketibaan Tetamu Kehormat, Felo Dan Exco MEP

9.00 malam Nyanyian Lagu Negaraku dan Varsiti Kita

9.05 malam Ucapan Ketua Pengarah

9.10 malam Ucapan Ketua Pengarah TG2KM

9.15 malam Ucapan Perasmi Pentas Utama TG2KM

9.20 malam Majlis Perasmian Dan Penyampaian Cenderamata

9.25 malam Tayangan Multimedia

9.30 malam Persembahan Nyanyian Dan Kebudayaan

10.30 malam Perarakan Keluar Tetamu Kehormat

10.35 malam Mengemas

11.30 malam Bersurai

*Aturcara program tertakluk kepada perubahan semasa

Page 12: KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada ... mahasiswi terhadap

PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 12

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM

1 Tabung Pengetua 2500.00

2 Peruntukan Jabatan Perkhidmatan Pelajar 1000.00

3 Sumbangan

- Pihak Penaja Rasmi

- Penaja Bersama

1250.00

1000.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 5,750.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM JUMLAH (RM)

1 Pengurusan

1.1 Alat-alat tulis

1.2 Kertas A4

20.00

50.00

1.3 Cetakan & Fotokopi 130.00 200.00

2 Pameran dan Hiasan Pentas 2.1 Backdrop 150.00

2.2 Cat Pelaka 300.00 450.00

3 Publisiti

3.1 Buku Cenderamata 200.00

3.2 Poster A3

3.3 Poster A4

300.00

250.00 750.00

4 Teknikal 4.1 Cakera Padat Video dan Gambar 150.00

4.2 Peralatan Teknikal 250.00 400.00

5 Program

5.1 Persembahan 2000.00 2000.00

6 Jamuan 6.1 Tetamu Jemputan 700.00 700.00

7 Cenderamata 7.1 Cenderamata Perasmi 250.00 250.00

8 Pakaian Rasmi 1000.00 1000.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 5750.00