kertas kerja pertandingan persahabatan

6
SMK SERI SETIA Jalan Setia Raja, Kuching Sarawak KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERSAHABATAN (BOLA JARING) TEMPAT: PADANG BOLA JARING SMK SERI SETIA TARIKH: 12 MAC 2015 (Khamis) ANJURAN:

Upload: azhaida

Post on 24-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kertas kerja pertandingan persahabatan bagi 18tkb.

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pertandingan Persahabatan

SMK SERI SETIA

Jalan Setia Raja, Kuching Sarawak

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PERSAHABATAN

(BOLA JARING)

TEMPAT:

PADANG BOLA JARING

SMK SERI SETIA

TARIKH:

12 MAC 2015

(Khamis)

ANJURAN:

SUKAN & PERMAINAN

BOLA JARING

Page 2: Kertas Kerja Pertandingan Persahabatan

PERTANDINGAN PERSAHABATAN

BOLA JARING

SMK SERI SETIA VS SMKA SHOAW

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Bola Jaring ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang

dianjurkan oleh Sukan dan Permainan, Bola Jaring SMK Seri Setia. Program ini

hanya disertai oleh pelajar perempuan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan

Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan

tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.

Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti permainan bola jaring ini bakal

diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan

dan teknik permainan bola jaring. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri

serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga

dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk

modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang

mampan.

Page 3: Kertas Kerja Pertandingan Persahabatan

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam

Pertandingan Bola Jaring.

3.2 Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan

diri dalam pelbagai situasi.

3.3 Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan

menghargai kesihatan tubuh badan.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai

pertandingan yang disediakan.

3.5 Melahirkan murid yang berpengetahuan dalam permainan bola jaring.

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis

sikap mementingkan diri sendiri.

3.7 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 12 Mac 2015.

4.2 Dilaksanakan bermula dari jam 2.30 petang dan dijangka tamat pada

jam 4.00 petang.

4.3 Aturcara pertandingan adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Pemain bola jaring kategori 18 tahun ke bawah.

Page 4: Kertas Kerja Pertandingan Persahabatan

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : Pn. Salbiah Binti Hj Seman (Pengetua)

Pengerusi : En. Julius Ak Mundor

(Penolong Kanan Kokurikulum)

AHLI JAWATANKUASA

Ketua Teknik Pertandingan : Pn. Azhaida Binti Muhammad

Pengadil :

Bantuan Kecemasan : Pn. Marhaizan Binti Abd Hadi

Persediaan Tempat dan : Pn. Norizan Bt Ghani

Siaraya

AJK Cenderamata : Pn. Yushazlinda Binti Yusoff

AJK Makanan : Pn. Azhaida Binti Muhammad

7.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam

aktiviti pertandingan bola jaring ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian

mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan

terbilang.

Page 5: Kertas Kerja Pertandingan Persahabatan

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ..................................................

(Pn. Azhaida Binti Muhammad) (En. Julius Ak Mundor)

Guru Penasihat Bola Jaring, PK Kokurikulum,

SMK Seri Setia. SMK Seri Setia.

Disahkan oleh,

…………………………………….

(Pn. Salbiah Bt Hj Seman)

Pengetua

SMK Seri Setia

Page 6: Kertas Kerja Pertandingan Persahabatan

LAMPIRAN 1

ATURCARA PERTANDINGAN PERSAHABATAN BOLA JARING

SMK SERI SETIA VS SMKA SHOAW

2.30 petang : Pendaftaran peserta.

2.50 petang : Taklimat kepada peserta.

3.00 petang : Pertandingan di mulakan :

SMK SERI SETIA vs SMKA SHOAW

4.00 petang : Penyampaian cenderamata dan bersurai.