kertas kerja pertandingan menulis esei 2012

8
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MALAYSIA  Anjuran Panitia Bahasa Malaysia 1.0 Pengenalan Panitia Bahasa Malaysia adalah merupakan panitia yang menjalankan aktiviti- aktiviti berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia. Di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat beberapa komponen yang penting seperti pemahaman, penulisan, tatabahasa dan kesusateraan. Panitia Bahasa Malaysia berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan harapan untuk memupuk rasa kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar di dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bahasa. 2.0 Matlamat Matlamat aktiviti ini adalah sebagai pengisian rancangan tahunan bagi Panitia Bahasa Malaysia. Melalui aktiviti ini, guru-guru secara tidak langsung akan dapat menguasai ilmu pengetahuan menerusi pengalaman kontekstual yang diperolehi. Bukan itu saja, melalui aktiviti ini nanti guru juga dapat menghayati kemahiran dan nilai keguruan dan mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Guru juga akan dapat menghasilkan ilmu binaan yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional keguruan.

Upload: arynie-johari

Post on 09-Oct-2015

769 views

Category:

Documents


36 download

DESCRIPTION

panitia bm

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PELAKSANAAN AKTIVITI BAHASA MELAYU

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PERTANDINGAN MENULIS ESEIBAHASA MALAYSIAAnjuranPanitia Bahasa Malaysia

1.0 PengenalanPanitia Bahasa Malaysia adalah merupakan panitia yang menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia. Di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat beberapa komponen yang penting seperti pemahaman, penulisan, tatabahasa dan kesusateraan. Panitia Bahasa Malaysia berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan harapan untuk memupuk rasa kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar di dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bahasa.

2.0 Matlamat

Matlamat aktiviti ini adalah sebagai pengisian rancangan tahunan bagi Panitia Bahasa Malaysia. Melalui aktiviti ini, guru-guru secara tidak langsung akan dapat menguasai ilmu pengetahuan menerusi pengalaman kontekstual yang diperolehi. Bukan itu saja, melalui aktiviti ini nanti guru juga dapat menghayati kemahiran dan nilai keguruan dan mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Guru juga akan dapat menghasilkan ilmu binaan yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional keguruan.

3.0 Objektif

Pelaksanaan aktiviti penulisan esei Bahasa Malaysia adalah untuk :3.1 Memenuhi aktiviti tahunan panitia.3.2 Mencungkil bakat murid dalam pengetahuan dan kemahiran mereka berbahasa. 3.3 Mendedahkan murid-murid supaya mengembangkan idea mereka dan memperkayakan kosa kata bahasa Malaysia.

4.0 Pelaksanaan

5.0 Tarikh dan Masa

Tarikh: 20 Julai 2012 (Jumaat)Masa: 9.50 hingga 11.20 pagi.

6.0 Tempat / LokasiPerpustakaan

7.0Syarat-syarat Pertandingan 1- Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap II.2- Para peserta akan bertanding mengikut kategori iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.3- Setiap kelas diminta untuk menghantar tiga (2) orang wakil.4- Penulisan esei tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif seperti agama dan politik. 5- Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam 15 minit. 6- Peserta akan diadili dari segi: i) Pendahuluan (10%) ii) Isi (30%) iii) Huraian (15%) iv) Contoh (15%) v) Tatabahasa (20%) vi) Penutup (10%) 9- Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD dan markah peserta tidak akan diumumkan.

8.0 Kumpulan sasaran Kumpulan sasaran untuk pertandingan menulis esei adalah murid-murid Tahap 2. 9.0Senarai Nama Jawatankuasa Pelaksanaan ProjekSila rujuk Lampiran A

10.0PeralatanBILPERALATANKUANTITI

1Peralatan Aktiviti Kertas kajang Jam randik Kerusi Meja6 set120 buah20 buah

11.0Anggaran Kos PerbelanjaanBIL

PERKARA

JUMLAH

1Hadiah Dan Cenderahati

Hadiah Alat tulis (3 set untuk setiap kategori pertandingan) Sijil penyertaan (untuk semua peserta)

3 set (kuantiti sama)

*tertakluk kepada jumlah penyertaan.

JUMLAH KESELURUHAN ( ANGGARAN )

12.0PenutupSecara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti penulisan esei bahasa Malaysia ini merupakan salah satu pengisian panitia Bahasa Malaysia di sekolah. Melalui projek yang diadakan ini juga pelajar dapat mengembangkan idea mereka dalam penulisan esei yang lebih kreatif. Di samping itu juga, aktiviti ini boleh melatih pelajar untuk mempelbagaikan kosa kata dan pemilihan kata yang gramatis dan indah.

LAMPIRAN AJAWATANKUASA PELAKSANAAN UNTUK PERTANDINGAN MENULIS ESEISEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG

PENASIHATEn. Umar bin Ali

PENGERUSI Puan Siti Hasmah Suhaili

SETIAUSAHACik Arynie Binti Johari

BENDAHARICik Nur Syahidah Binti Abdullah

PERALATAN DAN FOTOGRAFI:En. Mohamad Fairul Rizam Bin HarunEn. Adenan Bin AmitHADIAH / CENDERAMATA:Puan Hajijah Binti SulaimanCik Bibi Hismak Binti Ismail

HAKIM:Puan Dayang Ibun Binti ItamCik Asmayati Binti GhazaliCik Azlina HassanPuan Hajjah Robiah binti NayanPENDAFTARAN:Puan Noriah Binti MohamadPuan Norsiah Binti Tahir

Disediakan oleh: ..................................... (ARYNIE BINTI JOHARI) Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Menulis Esei Sekolah Kebangsaan Limbang 2012

Disahkan oleh: .......................................(PUAN SITI HASMAH BINTI SUHAILI) Pengerusi,Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Menulis Esei Sekolah Kebangsaan Limbang 2012

Diluluskan oleh: ..................................(EN. UMAR BIN ALI) Penasihat, Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Menulis Esei Sekolah Kebangsaan Limbang 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG,LIMBANG, SARAWAK

KERTAS KERJAPELAKSANAAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI2012

PANITIA BAHASA MALAYSIA