kertas kerja pertandingan keceriaan kelas

8
Kertas Kerja Pertandingan Keceriaan Kelas KERTAS KERJA CADANGAN PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS SK ALOR PASIR 2014 1.0 TAJUK Pertandingan Keceriaan Kelas SK ALOR PASIR tahun 2014 2.0 PENDAHULUAN Kelas merupakan tempat dan ‘rumah’ bagi pelajar di sekolah. Kelas yang menarik dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di samping merasa teruja untuk menerima ilmu yang baru. Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid dalam kelas tersebut. Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk guru dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas mereka untuk kepuasan diri sendiri dan untuk keselesaan semasa belajar di dalam kelas. Semoga Pertandingan Keceriaan Kelas ini akan dapat mencapai objektifnya untuk menceriakan kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru dan lebih kondusif. 3.0 OBJEKTIF 1) Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria. 2) Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan ceria. 3) Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan tolong- menolong.

Upload: mlukmanj

Post on 23-Nov-2015

92 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Kertas Kerja Pertandingan Keceriaan Kelas

KERTAS KERJA CADANGANPERTANDINGAN KECERIAAN KELASSK ALOR PASIR 2014

1.0 TAJUKPertandingan Keceriaan Kelas SK ALOR PASIR tahun 2014

2.0 PENDAHULUANKelas merupakan tempat dan rumah bagi pelajar di sekolah. Kelas yang menarik dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di samping merasa teruja untuk menerima ilmu yang baru.Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid dalam kelas tersebut. Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk guru dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas mereka untuk kepuasan diri sendiri dan untuk keselesaan semasa belajar di dalam kelas.Semoga Pertandingan Keceriaan Kelas ini akan dapat mencapai objektifnya untuk menceriakan kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru dan lebih kondusif.

3.0 OBJEKTIF1) Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.2) Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan ceria.3) Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan tolong-menolong.4) menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbangkepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.5) membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

4.0 MATLAMAT1) Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.2) Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.3) Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang lebih kondusif.

5.0 PENGANJURGuru Pelatih yang sedang menjalani Program Internship PISMP selama sebulan.

6.0 PELAKSANAAN1) Minggu 1 ( 2-6 Julai 2012 ) Pengumuman rasmi pertandingan dan syarat-syarat pertandingan serta persiapan kelas.2) Minggu 2 ( 9-11 Julai 2012 ) Persiapan terakhir setiap kelas.3) Minggu 2 ( 12&13 Julai 2012 ) Pra-penilaian oleh Juri Khas.4) Minggu 3 ( 16-19 Julai 2012 ) Penilaian oleh Juri.5) Minggu 3 ( 20 Julai 2012 ) Pengumuman keputusan pertandingan & penyampaian hadiah.

7.0 PESERTA PERTANDINGANSemua kelas daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6 tanpa sebarang pengecualian.

8.0 JANGKA MASA PERTANDINGAN2 Julai 2012 sehingga 19 Julai 20129.0 SENARAI JAWATANKUASA & JURI PENILAIRujuk lampiran 1

10.0 ANGGARAN PERBELANJAANRujuk lampiran 2

11.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGANRujuk lampiran 3

12.0 HADIAH PERTANDINGANRujuk lampiran 4

13.0 JADUAL PELAKSANAANRujuk lampiran 5

14.0 BORANG PEMARKAHANRujuk lampiran 6

15.0 HAL SURAT MENYURATRujuk lampiran 7

16.0 PENUTUPPertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masapanjang penganjur. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui pertandingan ini juga diharap objektif penganjur untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang lebih kondusif dan menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama semuapihak.

Disediakan bersama oleh,

______________________ _________________( MICHAEL BETI TUANG) ( ALEXZANDA NGU)SETIAUSAHA I SETIAUSAHA II PERTANDINGAN KECERIAAAN PERTANDINGAN KECERIAANKELAS 2012 KELAS 2012SK ST. AMBROSE, PANCHOR SK ST. AMBROSE, PANCHOR

Disahkan Oleh,

_____________________( JUNERASON ANYEW )PENASIHATPERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2012SK ST. AMBROSE, PANCHOR

Lampiran 1

JAWATANKUASA INDUKPERTANDINGAN KECERIAAN KELASSK ST. AMBROSE, PANCHOR 2012

PENGERUSI : ENCIK JUNERASON ANYEW ( GURU BESAR )NAIB PENGERUSI : ENCIK DARI BIN TRONDOL ( MENTOR )SETIAUSAHA I : ENCIK MICHAEL BETI TUANGSETIAUSAHA II : ENCIK ALEXZANDA NGUBENDAHARI : ENCIK MOHAMMAD SYAIFUL FADLI BIN JAMIAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA

GURU KELAS TAHUN 1 : ENCIK MOHAMMAD SYAIFUL FADLI BIN JAMIANGURU KELAS TAHUN 2 : CIK NURHANI BINTI MOHAMMAD FAUZIGURU KELAS TAHUN 3 : ENCIK GARVLIN GURU KELAS TAHUN 4 : ENCIK ADE GEORGE KELANA AK RUMUNGURU KELAS TAHUN 5 : CIK SITI ZULWINA MOHAMMAD SIRONGURU KELAS TAHUN 6 : ENCIK DARI BIN TRONDOL

PANEL / JURI PENILAIJURI PRA-PENYELIAAN1. ENCIK JUNERASON ANYEW ( GURU BESAR )2. ENCIK KELBIN AK JULA ( PK 1 )3. PUAN ANNA AK AUS ( PK HEM )4. CIK VICTORIA ROBIN ( PKKK )

JURI PENYELIAAN1. ENCIK MICHAEL BETI TUANG2. ENCIK ALEXZANDA NGU

Lampiran 2

BILBARANG BARANG / INVENTORIKUANTITIHARGA SEUNITHARGA KESELURUHAN

1PINGAT :JOHANNAIB JOHANTEMPAT KETIGASAGUHATI

1113

RM 50.00RM 40.00RM 30.00 RM 20RM 50.00RM 40.00RM 30.00RM 60.00

2PIALA PUSINGAN

RM 50.00RM 50.00

ANGGARAN KESELURUHANRM 230.00

Lampiran 3

Syarat-Syarat Pertandingani. Pertandingan melibatkan semua kelas.ii. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:-a. Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding.b. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah) dan papan kenyataan belakang: ( visi dan misi / peraturan kelas / jadual waktu / pelan kebakaran / jadual bertugas sudut mata pelajaran / carta organisasi / senarai pelajar )c. Hiasan dan kata-kata motivasid. Susun atur perabot (kerusi, meja, almari) termasuk semasa dan selepas waktu persekolahan.

Lampiran 4

Hadiah Pertandingan

Tempat Pertama : Piala Pusingan dan Hamper Bernilai RM50Tempat Kedua : Hamper Bernilai RM40Tempat Ketiga : Hamper Bernilai RM30 Saguhati : Hamper Bernilai RM20 X 3

Lampiran 5

Jadual Perlaksanaan

MingguTarikhAktiviti

12-6 Julai 2012Pengumuman rasmi pertandingan dan syarat-syarat pertandingan serta persiapan kelas.

29-11 Julai 2012

Persiapan terakhir setiap kelas.

312&13 Julai 2012

Pra-penilaian oleh Juri Khas.

416-19 Julai 2012

Penilaian oleh Juri.

520 Julai 2012Pengumuman keputusan pertandingan & penyampaian hadiah.

Lampiran 6

Borang PemarkahanTarikh :Masa Menilai : KelasKebersihanMaklumat PendidikanKekemasanJUMLAHKEDUDUKAN

LantaiDindingKoridorTingkapSudut Mata PelajaranSudut BacaanInformasi KelasSusunan meja/ Kerusi/ PerabotHiasan/ Kreativiti

15 m15 m15 m15 m10 m15 m15 m100 m

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

Tandatangan Ketua Juri,

___________________________( )