kertas kerja perniagaan

38
PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN (GTN 311) RANCANGAN PERNIAGAAN JUICIA CORNER (JC) TARIKH DISIAPKAN: 10 MEI – 12 MEI 2012

Upload: adid-punya

Post on 27-Oct-2015

5.973 views

Category:

Documents


454 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Perniagaan

PENGURUSAN PERKHIDMATAN

MAKANAN (GTN 311)

RANCANGAN

PERNIAGAAN

JUICIA CORNER

(JC)

TARIKH DISIAPKAN: 10 MEI – 12 MEI 2012

Page 2: Kertas Kerja Perniagaan

KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

5.0 SKOP PERNIAGAAN

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN

7.0 RANCANGAN TEKNIKAL DAN PENGELUARAN

Sharifah Suraya bt Syed Mustaffa 105178

Salasiah bt Muhamed Puji 105177

Nurul Nadia bt Yusof 105174

Anis Ellyanna bt Mansor 105161

Nabila bt Shahman 105169

Page 3: Kertas Kerja Perniagaan

8.0 PEMASARAN

9.0 ASPEK KEWANGAN

10.0 SANITASI DAN KESELAMATAN

11.0 JUSTIFIKASI dan PENUTUP

LAMPIRAN

1.0 – PENGENALAN

1.1 Industri minuman berkhasiat dan konfeksioneri (confectionery) merupakan

bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan ini

semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan keperluan dan

gaya hidup mereka yang semakin mementingkan pemakanan yang sihat,

dan penjagaan kesihatan.

1.2 Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan jus buah

buah-buahan, dan makanan berbentuk pastri (tart buah-buahan), disusuli

dengan permintaan yang semakin meningkat, kami telah membuat

keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya

bercadang untuk menubuhkan Juicia Corner (JC) serta akan

mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada Jun 2012.

1.3 Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di kawasan universiti

atau pusat pengajian, dimana terdapatnya komuniti pelajar yang besar.

Peluang ini membolehkan kami mempromosi dan menjual produk kami

dengan lebih berkesan. Pemilik premis ini bakal menyediakan khidmat

penjualan dan tempahan untuk cafeteria dan kantin kawasan sekitarnya.

Page 4: Kertas Kerja Perniagaan

1.4 Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai

usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, Juicia

Corner (JC) berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju,

seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.

2.0 – TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

2.1 Tujuan kertas kerja ini disediakn adalah untuk membentangkan

perancangan perniagaan Juicia Corner (JC) yang menjalankan

perusahaan minuman jus buah-buahan, dan konfeksioneri (tart buah-

buahan) memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan

kewangan syarikat kepada pihak MARA, seterusnya untuk memohon

pembiayaan berjumlah RM 60,000.

2.2 Tempoh pembiayaan adalah selama 5 (LIMA) tahun dan pemohon turut

memohon tempoh bernafas selama 2 (DUA) bulan. Kos pelaburan projek

adalah sebanyak R M60,000 merangkumi sebanyak RM 5,100 adalah

modal awal pemohon manakala bakinya yang perlu dimohon melalui

permohonan pembiayaan perniagaan ini.

2.3 Tujuan pembiayaan ini untuk kos disenaraikan seperti berikut:

- Pembelian mesin dan alat kelengkapan

- Pengubahsuaian kedai

- Pembayaran gaji pekerja untuk bulan pertama

Page 5: Kertas Kerja Perniagaan

2.4 Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang

adalah sebanyak RM500.00 (Rgt LIMA RATUS) sebulan selama 5 (LIMA)

tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). Butir-butir

terperinci adalah seperti berikut:

2.4.1 Nilai Pembiayaan : RM60,000.00

2.4.2 Kadar Keuntungan : 5%

2.4.3 Keuntungan Pembiayaan : RM3,000.00 setahun

2.4.4 Jumlah Pembiayaan : RM12,000.00 setahun

2.4.5 Bayaran Balik Bulanan : RM1000.00 sebulan

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN3.1 Nama Syarikat : Juicia Corner (JC)

3.2 Alamat Syarikat : No. 3 Jalan Hj. Mustaffa Raja Kamala,

35900 Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan.

3.3 Alamat Operasi : No. 3 Jalan Hj. Mustaffa Raja Kamala,

35900 Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan.

3.4 Alamat E-mel : [email protected]

3.5 No. Tel / Fax : 05-4552525

3.6 No. Daftar Perniagaan : Jun 2012 [cadangan]

3.7 Tarikh Daftar Niaga : Jun 2012 [cadangan]

Page 6: Kertas Kerja Perniagaan

3.8 Aktiviti Perniagaan : Produk minuman jus buah-buahan,

dan makanan konfeksioneri

(tart buah-buahan)

3.9 Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera )

3.10 Modal Permulaan : RM 60,000.00

3.11 Bank Berurusan : Maybank [cadangan]

3.12 Alamat Bank : Tanjung Malim [cadangan]

3.13 No Akaun Bank : [cadangan]

3.14 Pelan lokasi : rujuk lampiran 1

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

4.1 Nama Pemilik : Sharifah Suraya binti Syed Mustaffa

4.2 Jawatan : Pengurus

4.3 Alamat : No. 3 Jalan Hj Mustaffa Raja Kamala

35900 Tanjong Malim

Perak Darul Ridzuan

4.4 Telefon : 010-8112233

4.5 E-mel : [email protected]

4.6 No. Kad Pengenalan : 901101-08-5332

4.7 Tarikh Lahir : 01 November 1990

4.8 Bangsa : Melayu

4.9 Agama : Islam

Page 7: Kertas Kerja Perniagaan

4.10 Taraf Perkahwinan : Bujang

4.11 Kelulusan Akademik : Ijazah Sains Kesihatan (Dietetik), USM

4.12 Pengalaman Kerja : i) Pegawai Dietetik

ii) Pembantu Restoran

4.13 Kursus Dihadiri : i) Asas Usahawan

ii) Skim Latihan Galakan

Perniagaan 2011

5.0 SKOP PERNIAGAAN5.1Aktiviti Perniagaan

5.1.1 Mempromosi dan menjual minuman (jus buah-buahan segar) dan

makanan konfeksioneri (tart buah-buahan) sebagai jualan utama di

premis perniagaan

5.1.2 Menyediakan tempahan tart buah-buahan untuk kawasan dalam

lingkungan 25 km meliputi kawasan perumahan, sekolah,

university, kolej, pejabat/syarikat, cafe dan restoran serta kedai

stesen minyak.

5.2Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan

5.2.1 Kafe Juicia Corner ini menawarkan produk seperti berikut:

a) Pembuatan jus buah-buahan

b) Pembuatan tart buah-buahan

5.2.2 Manakala perkhidmatan adalah seperti

a) Menerima tempahan untuk majlis keramaian seperti majlis hari

jadi dan majlis makan.

Page 8: Kertas Kerja Perniagaan

b) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau

syarikat untuk tart buah-buahan bagi jamuan mesyuarat, fórum

kecil, perjumpaan minum petang dan sebagainya.

5.3Potensi Perniagaan

5.3.1 Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat,

perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk

dikembangkan khususnya di sekitar kawasan Tanjung Malim

daerah Batang Padang. Ini kerana Tanjung Malim merupakan

Bandar kecil yang berdekatan sempadan Selangor, Ulu Bernam

dan Rawang.

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN6.0Struktur Organisasi

6.1Fungsi dan Tangggungjawab

6.1.1 Pemilik / Pengurus

a) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi

dan kewangan syarikat dari semua aspek.

b) Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.

c) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur

yang telah ditetapkan.

d) Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.

Pemasaran

Pembuatan

Page 9: Kertas Kerja Perniagaan

6.1.2 Bahagian Pemasaran

a) Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan

pemasaran.

b) Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan

di lingkungan kawasan sasaran.

c) Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan

maklum balas pengguna terhadap kualiti produk.

d) Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi

untuk diperkenalkan kepada pelanggan.

e) Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan

dan syarikat dapat menjalinkan suatu hubungan yang

berkekalan.

6.1.3 Bahagian Pembuatan

a) Terdiri daripada pekerja sambil diseliakan oleh penyelia.

b) Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan

pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang

ditetapkan.

c) Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan

berada pada tahap yang terbaik.

d) Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa

diselenggara dengan baik dan selamat digunakan.

e) Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.

6.1.4 Bahagian Jualan

a) Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai

sentiasa mencukupi dan memenuhi kehendak pelanggan

apabila diminta.

6.2Gaji dan Ganjaran

Page 10: Kertas Kerja Perniagaan

6.2.1 Perniagaan Juici Corner sentiasa memastikan hubungan yang

baik antara pekerja dapat dikekalkan dengan menyediakan

pakej gaji yang berpatutan. Gaji dan ganjaran kakitangan untuk

tahun yang pertama adalah seperti di bawah:

Jawatan Gaji (RM)Socso

(RM)

KWSP

(RM)

Jumlah

(RM)

1. Pengurus

2. Pekerja 1

3. Pekerja 2

4. Pekerja 3

5. Pekerja 4

4,800.00

900.00

900.00

900.00

900.00

55.00

24.00

24.00

15.00

15.00

165.00

86.00

86.00

55.00

55.00

5,000.00

1,000.00

1,000.00

1,000.00

1,000.00

Jumlah sebulan 8,400.00 123.00 447.00 9,000.00

Jumlah setahun 100,800.00 1596.00 5364.00 108,000.00

6.3 Strategi Pengurusan

Page 11: Kertas Kerja Perniagaan

6.3.1 Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang

menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan.

Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan

syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki

prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi

pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:

a) Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau

berpasukan (teamwork) di kalangan para pekerja.

b) Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap

pekerja meliputi aspek latihan pembuatan dan pengeluaran

produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran.

c) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi

perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan

di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan

bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan.

d) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan

berusaha untuk mendapatkan taraf pensijilan ISO dan sebagainya.

Page 12: Kertas Kerja Perniagaan

7.0 RANCANGAN TEKNIKAL & PENGELUARAN

7.1 Kemudahan Asas

7.1.1 Premis perniagaan ini terletak di kawasan universiti di mana

terdapat komuniti para pelajar. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada

meliputi kemudahan mengakses internet (Wifi), bekalan elektrik dan air

telah lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik kerana terletak tidak jauh

dari pusat bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa kolej

dan pejabat-pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang

terhad ia masih dapat memberikan keselesaan kepada pelanggan yang

datang berkunjung. Susun atur peralatan dalam kedai ini masih dapat

memberikan suasana tenang dan sesuai untuk dijadikan persinggahan

sementara untuk menghilangkan penat.

7.2 Harta Tetap dan Peralatan yang Dimiliki

7.2.1 Memandangkan perniagaan ini dijalankan atas konsep minuman,

jadi tidak banyak peralatan dan kelengkapan kedai yang perlu dimiliki.

Antara aset dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah

seperti berikut:

Page 13: Kertas Kerja Perniagaan

7.3 Harta Tetap Kelengkapan yang Diperlukan

7.3.1 Selain peralatan dan kelengkapan asas yang sedia ada,

pertambahan beberapa peralatan yang sesuai dan khusus amat

diperlukan.

7.4 Stok Bekalan Bahan Mentah

7.4.1 Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke

semasa bagi mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-

bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan berkualiti agar

menjamin penghasilan produk yang baik. Bekalan bahan-bahan tidak

menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dalam alat kelengakapan

yang sedia ada.

7.5 Senarai Pembekal Barang

7.5.1 Juicia Corner telahpun mengenalpasti pembekal yang dapat

membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan bahan mentah membuat

jus dan tart. Pembekal tersebut ialah:

No. Nama Syarikat Pembekal Produk Dibekalkan

1. FAMA Agro Bazaar

Plus Highway - R&R Ulu Bernam

Buah-buahan

2. Kasih BakeryNo. 5, Taman Muhibbah ,Jalan Ketoyong,35900 Tanjong Malim,Perak.TEL : 013-3112705

Membekalkan tart

7.6 Susun Atur Premis Niaga

7.6.1 Butiran susun atur premis niaga seperti di Lampiran 2.

Page 14: Kertas Kerja Perniagaan

7.7 Strategi Pengeluaran

7.7.1 Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah

seperti:

a) Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen.

b) Sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan merujuk kepada

maklum balas pelanggan.

c) Memberikan kemudahan yang sesuai dan selesa untuk pelanggan

bersantai.

d) Memberikan banyak pilihan buahan-buahan dan ‘toppings’ untuk pilihan

pelanggan.

8.0 PEMASARAN

8.1 Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan

8.1.1 Syarikat menyediakan pelbagai jenis minuman dan pastri tart.

Senarai produk disenaraikan seperti di bawah:

No Jenis Buah Kuantiti

1 Tembikai 1/18

2 Tembikai susu 1/6

3 Mangga 1/2

4 Nenas 1/6

5 Pisang 1

6 Jambu 1/6

7 Buah naga 1/8

8 Oren 1

9 Epal 1

10 Kiwi 1/2

11 Anggur 100g

Page 15: Kertas Kerja Perniagaan

12 Strawberi 1

No. Jenis Topings

1 Aiskrim Vanila

2 Coklat ‘sprinkle’

3 Ceri

4 ‘Cocktail’ Del monte

5 Perasa strawberi

6 Coklat chips

Jenis Belian

NO. Jenis Harga

1. JUS 1 1 jenis buah RM 4.00

2. JUS 2 2 jenis buah RM 7.00

3. JUS 3 3 jenis buah RM 10.00

Jenis Jumlah Harga

Topings 1 jenis ‘topings’ RM 1.00

NO. Jenis Harga

1 Tart kiwi RM 3.50

2. Tart strawberi RM 3.50

Page 16: Kertas Kerja Perniagaan

3. Tart anggur RM 3.50

8.2 Kumpulan Sasaran

8.2.1 Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada

pelanggan meliputi:

a) Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi (UPSI).

b) Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.

c) Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah

menengah di sekitarnya.

d) Pelanggan restoran.

e) Internet (Laman Web).

8.3 Kawasan Pasaran

8.3.1 Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi

kawasan berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometer persegi atau dalam

radius 5 (LIMA) kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi:

a) Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar

daerah batang padang.

b) Kawasan kantin dan di UPSI.

c) Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar.

d) Kawasan restoran dan di sekitarnya.

e) Stesen minyak yang berhampiran.

f) Masjid dan surau di sekitar.

Page 17: Kertas Kerja Perniagaan

8.4 Pesaing

8.4.1 Di kawasan perumahan Tg. Malim ini sendiri telah terdapat beberapa

pengusaha kecil kecilan yang mengusahakan perniagaan yang berlainan

konsep. Namun begitu, mereka mengusahakan perniagaan yang lebih

merangkumi pelbagai menu seperti makanan dan minuman. Kelainan yang kami

bawa adalah jus buah yang disediakan adalah berlainan daripada jus di gerai

kebiasaanya. Di antara pesaing tersebut ialah:

Nama perniagaan

Produk ditawarkan

Kekuatan Kelemahan

1.Perniagaann Frozen Food Lot Penjaja

Roti,frozen food(karipap dansamosa), kek danlain-lain

-Terletakberhadapandengan jalan utama-Terletak sebarisdengan kedai-kedaimakan- Merupakan tempatkunjungan pelajaruniversiti

-Nama perniagaanyang tidak jelas- Tiada promosi- Baru beroperasi- Kedai yang tidakmenarik

2.Azimah Roti Roti danpastri

- Premis perniagaanyang strategik.- Baru beroperasi- Pilihan jenis rotimasih terhad

- Baru beroperasi- Pilihan jenis rotimasih terhad

3. Coffee Cafe Minuman pelbagai kopi dan aneka donut

-Terletak di hujung simpang jalan-Dikenali penduduk

-Sudah lama beroperasi -Tidak dapat sambutan -Tiada aneka menu

8.5 Saiz Pasaran

8.5.1 Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan

kumpulan sasaran, dianggarkan daripada 10 (SEPULUH) orang pelanggan, 2

(DUA) orang atau dengan kata lain 20% (DUA PULUH PERATUS) daripada

jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi.

Page 18: Kertas Kerja Perniagaan

8.6. Formula andaian saiz pasaran adalah seperti berikut di bawah:

Saiz Pasaran = Angka berpotensi(%) X Bilangan penduduk

Maka saiz pasarannya ialah;

Saiz pasaran = 20% X 68,300 = 13,660 u

8.6 Kuasa Beli Pelanggan

8.6.1 Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis

perniagaan, pejabat, sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kira-

kira 68,300 (ENAM PULUH LAPAN RIBU dan TIGA RATUS) orang penduduk di

kawasan perumahan Tg. Malim dan sekitarnya. Sejumlah 20% (DUA PULUH

PERATUS) angka tersebut adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang

berjumlah 13,660 (TIGABELAS RIBU ENAM RATUS dan ENAM PULUH) u. Ini

akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan sebanyak RM124,400.00 (Rgt

SATU RATUS DUA PULUH EMPAT RIBU dan EMPAT RATUS) sebulan. Butir-

butir kuasa membeli disenaraikan seperti di bawah:

Kumpulan Sasaran

Bilanganpenduduk

Saiz (20%)

Kuasa Beli Jumlah(RM)

1.Penduduk Tmn Seri Malim

65,000 13,000 RM4 x 2 kalisebulan x13,000

104,000.00

2.Pekerja di pejabat dan pasaraya

500 100 RM5 x 12 kalisebulan x 100

6,000.00

3.Penduduk sekitar Taman

800 160 RM5 x 8 kalisebulan x 160

6,400.00

4.Sekolah - 2 buah

2000 400 RM2 x 10 kalisebulan x 400

8,000.00

Jumlah 68,300 13,660 124,400.00

Page 19: Kertas Kerja Perniagaan

8.7 Syer Pasaran

8.7.1 Berdasarkan kepada analisis pesaing (rujuk 8.4), didapati peratusnya

adalah rendah untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain

perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan yang juga mempunyai lingkungan

kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun

pengusaha kecil-kecilan daripada rumah dan sebagainya. Oleh itu sasaran syer

pasaran dianggarkan sekitar 20% (DUA PULUH PERATUS).

8.8 Anggaran Jualan

8.8.1 Bagi memperoleh angka anggaran jualan sebulan, kita merujuk kepada

formula:

Jumlah anggaran = Syer pasaran(%) X Kuasa beli

= 20% X RM124,400.00 = RM24,880.00

Maka itu menjadikan, RM24,880.00 sebagai anggaran jualan sebulan.

8.9 Strategi Pemasaran

8.9.1 Promosi

Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Juicia Corner bagi

memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:

a) Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan

mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.

b) Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar seperti

syarikat -syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.

c) Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan

strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen bas, kolej-kolej

dan sebagainya. (rujuk lampiran 3)

Page 20: Kertas Kerja Perniagaan

d) Memasang banner sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran /

pembukaan kiosk. (rujuk lampiran 3)

e) Mempromosikan kedai di saluran mediamassa seperti internet dengan

menyediakan akaun ‘facebook’ dan ‘twitter’ untuk tujuan pemasarn.

f) Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.

g) Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja

sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik

kepada pelanggan.

8.9.2 Lokasi

Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan

besar UPSI, berdekatan dengan pasaraya, bank, sekolah, pejabat swasta dan

sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan

kawasan ini sebagai tumpuan\ pelanggan dan menjadikannya lokasi yang

strategik. (rujuk lampiran 1)

8.9.3 Harga

Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang

ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’

atau harga pasaran\ iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan

pesaing-pesaing lain.

8.9.4 Produk

Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara

dengan harganya. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa

ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal

kompetitif dan diterima pelanggan.

Page 21: Kertas Kerja Perniagaan

9.0 BELANJA, MODAL DAN PENGURUSAN

Butir – butir yang terkandung dalam di dalam perbelanjaan mengurus Juicia Corner adalah seperti berikut:

Jenis perbelanjaan 1 bulan pertama (RM)

Gaji dan elaun pengurus 5000.00

Gaji pekerja 4000.00

Utiliti- Bil air- Bil elektrik- Gas memasak

50.00100.0080.00

Alat tulis dan belanja pejabat 50.00

Iklan dan promosi 500.00

Penempahan Tart 1200.00

Insurans kedaiInsurans pekerja

300.001000.00

Jumlah 1 bulan 12,280.00

Modal buka perniagaan (Bulan pertama)

Page 22: Kertas Kerja Perniagaan

No. Perkara Jumlah (RM)

1. Lesen PBT/ROB 500.00

2. Deposit dan sewa premis 2800.00

3. Iklan dan promosi 500.00

4. Insurans

- Kedai- Pekerja (5 X RM 200)

300.001000.00

Jumlah 5100.00

Modal membeli bahan mentah (2 hari)

No. Bahan Harga seunit(RM)

Harga per kilo (RM)

Unit Kos

1. Tembikai 2.00 2 4.002. Tembikai susu 4.00 2 8.003. Mangga 1.00 3.00 5 15.004. Nenas 1.50 5 7.505. Pisang 2.50 2 5.006. Jambu batu 2.00 4 8.007. Buah naga 6.00 3 18.008. Oren 8.00 3 24.009. Epal merah 1.00 24 24.0010. Epal hijau 1.50 24 36.0011. Kiwi 1.33 10 13.3312. Anggur 14.00 2 28.0013. Strawberi 1.00 40 40.0014. Ais 4.00 5 20.0017. Aiskrim vanilla 8.00 3 24.0018. Ceri 5.00 2 10.0019. Egg tart 0.80 100 80.00

Jumlah 364.83

Modal membeli bahan kering (2 hari)

No. Bahan Harga seunit (RM)

Harga per kilo (RM)

Unit Kos

Page 23: Kertas Kerja Perniagaan

1. Gula 2.20 3 6.602. Cocktail Del monte 10.00 5 50.003. Coklat chips 6.00 2 12.004. Coklat sprinkle 4.50 2 9.005. Perasa strawberi 11.00 3 33.006. Susu segar Dutch lady 5.60 10 56.007. Bekas minuman plastic 0.50 100 50.008. Straw saiz M 5.00 2 10.009. Tisu 0.10 100 10.0010. Beg plastic 0.10 100 10.0011. Kotak tart 0.50 50 25.00

Jumlah 271.60

Senarai Mesin, Alat Kelengkapan, Perabot, Peralatan Kebersihan dan Lantai

Jenis Harga Seunit

(RM)

Bil Jumlah

(RM)

MESIN

Mesin pengisar Philips HR2707

ALAT KELENGKAPAN

Dapur gas

Tart chiller/display (3 kaki)

Fruit chiller/display (6 kaki)

Chiller display cabinet

Penapis air (Bio-Aura)

Kabinet dapur berbentuk “L” siap sinki

Rak pinggan

Mangkuk buah

Tray besi

Papan pemotong buah

Pisau Chef jenama Kiwi

119.00

115.00

850.00

3095.00

2445.00

650.00

4130.00

116.00

4.50

8.90

6.50

4.30

5

1

1

1

1

2

1

1

13

13

7

7

595.00

115.00

850.00

3095.00

2445.00

1300.00

4130.00

116.00

58.50

115.70

45.50

30.10

Page 24: Kertas Kerja Perniagaan

Pisau pemotong buah

Dulang plastik

Balang kaca isi topping

Sudu besi

Senduk kecil

Penyepit

Measuring spoon

Piring

Periuk bertangkai saiz besar

Periuk bertangkai saiz kecil

Pemanas air elektrik

PERABOT

Kerusi makan

Meja makan

Meja bar

Lampu dinding

Lampu gantung

Air-conditioner York

LG LCD TV 42”

Meja pengurus

Kerusi pengurus

Cermin solek

PERALATAN KEBERSIHAN

Tong sampah kecil

Tong sampah hitam saiz besar

Mop

Baldi mop

2.00

3.50

15.00

0.50

1.00

2.50

1.50

2.00

150.00

85.00

95.00

65.00

105.00

215.00

75.00

79.00

1600.00

1450.00

105.00

75.00

65.00

17.90

12.90

9.50

5.90

3

20

7

10

7

15

6

20

1

1

1

6

3

2

2

1

3

1

1

1

1

3

2

2

2

6.00

70.00

105.00

5.00

7.00

37.50

9.00

40

150.00

85.00

95.00

390.00

315.00

430.00

150.00

79.00

4800.00

1450.00

105.00

75.00

65.00

53.70

25.80

19

11.80

Page 25: Kertas Kerja Perniagaan

Baldi

Penyapu

Kain lap Good Morning

LANTAI DAN PINTU

Lantai dapur &ruang hadapan

(23.1 ft X 16.5 ft)

Dinding ruang hadapan ( 13.2 ft X 5 ft)

Dinding ruang dapur

13.2 ft X 10 ft

9.9 ft X 10 ft

Dinding kaca (10 ft X 10 ft)

Pintu (7 ft X 3.3 ft)

Pintu kayu

CAT

cat

3.90

6.90

1.50

7.50

6

6

6

40

40

100

2

2

10

382

132

264

198

1

1

5

7.80

13.80

15.00

2860

792

1584

1188

4000

924

500

Jumlah 1172 33,359.20

Page 26: Kertas Kerja Perniagaan

10.0 SANITASI DAN KESELAMATAN10.1 Kebersihan makanan

- Makanan yang dijual perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan dan diperolehi oleh pengguna dalam keadaan yang bebas dari kontaminasi, penyingkiran atau penambahan atau tidak diperlukan.

- Memastikan bahan basah dan kering diperiksa setiap hari untuk pantauan kualiti.

- Memastikan segala bahan disimpan pada tempat dan suhu yangs sesuai.

- Mengelakkan buah-buahan dan tart terdedah di luar/ suhu bilik terlalu lama untuk mengekalkan kesegarannya.

- Menggunakan penyepit, sudu dan sarung tangan ketika terlibat dengan penyediaan makanan.

10.2 Kebersihan peralatan

- Elakkan persentuhan dengan makanan yang sudah dibersihkan dan menggunakan peralatan yang sesuai.

Page 27: Kertas Kerja Perniagaan

- Kesemua peralatan yang digunakan untuk memasak dan menyediakan makanan hendaklah sentiasa dicuci, dilap, dikerigkan dan disimpan di tempat yang sepatutnya.

10.3 Kebersihan pekerja

- Memastikan pengendali makanan tidak mengidap sebarang penyakit ketika bekerja (mendapatka suntikan kesihatan).

- Memastikan pakaian pekerja bersih setiap hari, sesuai, dan memakai penutup kepala apabila mengendalikan makanan.

10.4 Kebersihan persekitaran

- Menyediakan ‘dispenser area’ di suatu sudut dalam kedai, dimana pekerja akan membuang segala sisa dalam kedai ke sana.

- Menyediakan tong sampah besar di luar kedai, dan memastikan pekerja akan membuang sampah ke tong tersebut setiap hari sebelum tamat waktu kerja.

- memastikan kebersihan tandas, sinki dan surau supaya tidak berbau dan bebas kuman.

- Memastikan kesemua ruang dan barangan didalam restoran dijaga dan dibersihkan dengan baik dan terkawal.

10.5 Prosedur pelupusan makanan

10.5.1 Makanan (jus dan tart) yang tidak habis dijual biasanya akan diberikan secara percuma kepada pekerja.

10.5.2 Sisa makanan (tart), bekas minuman, tisu dan plastik yang kotor serta buah-buahan yang buruk, busuk dan lembik tidak akan melalui longkang, tetapi diasingkan dan diletakkan di dalam plastik sampah yang khas (polyethylene).

Page 28: Kertas Kerja Perniagaan

10.5.3 Plastik sampah yang mengandungi sisa makanan tadi akan dibuang ke dalam tong sampah besar yang disediakan di belakang kedai sebelum dikutip oleh Majlis Perbandaran Tanjong Malim dan dilupuskan di pusat pelupusan sampah.

10.5.4 Longkang dan kawasan belakang akan diperiksa. Jikan terdapat sebarang sisa makanan yang tertinggal atau terjatuh, ia akan dibersihkan dengan segera untuk mengelakkan daripada tersumbat atau berbau.

11.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUPOleh kerana kedai kami terletak di kawasan insititut pengajian dan

berhampiran pelbagai kemudahan lain seperti bank dan perhentian bas, kami yakin kedai kami mampu bertahan dan menjadi pilihan pelanggan. Walaupun terdapat beberapa persaingan disana, tetapi kedai kami merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan menu ringkas dengan suasana santai, dan dapat memberi kelainan kepada pengunjung. Diharapkan, kedai kami ini akan terus maju dan berkembang pesat di masa akan datang.

Page 29: Kertas Kerja Perniagaan

LAMPIRAN 1 (Pelan Lokasi)

LAMPIRAN 2 (Susun Atur Kedai)

Page 30: Kertas Kerja Perniagaan

Keluasan kedai = 7m x 5m

Tempat penyimpanan bahan mentah

Page 31: Kertas Kerja Perniagaan

LAMPIRAN 3 (Promosi)

Page 32: Kertas Kerja Perniagaan