172980521 kertas kerja perniagaan restoran

49
kertas kerja perniagaan restoran 1.0 PENGENALAN Syarikat INS MAJU KLASIK ( M ) SDN. BHD.( IMK ) telah diperbadankan dengan rasminya pada 04.04.2008 . Syarikat ini ditubuhkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad. Syarikat ini menjalankan perniagaan dengan rangkaian pertamanya ( francaisi ) menggunakan jenama Ani Sup Utara yang sudah popular di beberapa buah negeri di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Perniagaan Ani Sup Utara ini akan beroperasi di suatu tempat yang strategik di No 18, Persiaran Seksyen 4/8, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Pihak syarikat berminat dengan perniagaan makanan sebagai satu cabang perniagaan yang berdaya saing dan dijangkakan akan mendapat sambutan hebat di kalangan penduduk sekitar. Restoran ini telah dibuka pada 02. Julai 2008 yang lalu. . Aktiviti utama adalah penjualan produk berasaskan sup di restoran milik syarikat . Selain itu, pihak syarikat juga akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pengusaha katerer untuk membekalkan makanan bersup untuk pelanggan mereka . Pihak syarikat juga bersedia menerima tempahan daripada badan kerajaan dan swasta serta orang perseorangan untuk sebarang majlis yang ingin diadakan . Walaupun Syarikat IMK baru sahaja didaftarkan secara rasmi, namun pemiliknya telah pun mempunyai pengalaman dalam perniagaan selama 12 tahun melalui perniagaan butik pakaian yang didaftarkan di atas nama EDARAN SUTERA TRADING ( EST ) yang telah beroperasi di Bandar Kepala Batas. EST didaftarkan atas nama isteri pada tahun 1995, namun jatuh bangun EST adalah di bawah pengetahuan dan pemantauan pemilik. Melalui pengalaman perniagaan tersebut, pemilik IMK sekali lagi mengorak langkah menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad bagi menyahut seruan kerajaan ke arah memartabatkan usahawan bumiputera setanding dengan usahawan bukan bumiputera. Pihak syarikat bercadang mempelbagaikan jenis perniagaan melalui syarikat ini. Sebagai langkah pertamanya pihak syarikat telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan tradisional iaitu makanan berasaskan sup dengan menjadi mentee

Upload: mohamad-azizi

Post on 17-Sep-2015

624 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

fdgd

TRANSCRIPT

kertas kerja perniagaan restoran

1.0 PENGENALAN

Syarikat INS MAJU KLASIK ( M ) SDN. BHD.( IMK ) telah diperbadankan dengan rasminya pada 04.04.2008 .Syarikat ini ditubuhkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad. Syarikat ini menjalankan perniagaan dengan rangkaian pertamanya ( francaisi ) menggunakan jenama Ani Sup Utara yang sudah popular di beberapa buah negeri di bahagian tengah SemenanjungMalaysia. Perniagaan Ani Sup Utara ini akan beroperasi di suatu tempat yang strategik di No 18, Persiaran Seksyen 4/8, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pihak syarikat berminat dengan perniagaan makanan sebagai satu cabang perniagaan yang berdaya saing dan dijangkakan akan mendapat sambutan hebat di kalangan penduduk sekitar. Restoran ini telah dibuka pada 02.Julai 2008 yang lalu. . Aktiviti utama adalah penjualan produk berasaskan sup di restoran milik syarikat .Selain itu, pihak syarikat juga akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pengusaha katerer untuk membekalkan makanan bersup untuk pelanggan mereka . Pihak syarikat juga bersedia menerima tempahan daripada badan kerajaan dan swasta serta orang perseorangan untuk sebarang majlis yang ingin diadakan .

Walaupun Syarikat IMK baru sahaja didaftarkan secara rasmi, namun pemiliknya telah pun mempunyai pengalaman dalam perniagaan selama 12 tahun melalui perniagaan butik pakaian yang didaftarkan di atas nama EDARAN SUTERA TRADING ( EST ) yang telah beroperasi di Bandar Kepala Batas. EST didaftarkan atas nama isteri pada tahun 1995, namun jatuh bangun EST adalah di bawah pengetahuan dan pemantauan pemilik. Melalui pengalaman perniagaan tersebut, pemilik IMK sekali lagi mengorak langkah menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad bagi menyahut seruan kerajaan ke arah memartabatkan usahawan bumiputera setanding dengan usahawan bukan bumiputera. Pihak syarikat bercadang mempelbagaikan jenis perniagaan melalui syarikat ini. Sebagai langkah pertamanya pihak syarikat telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan tradisional iaitu makanan berasaskan sup dengan menjadi mentee kepada Syarikat Little Cash ( M ) Sdn. Bhd.yang menggunakan jenama ANI SUP UTARA2.0TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan pihak syarikat menyediakan kertas kerja ini adalah sebagai panduan dalam perniagaan serta untuk membentangkan perancangan perniagaan syarikat,meliputi aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA untuk memohon pembiayaan berjumlah RM185 000.00 sahaja ( Ringgit MalaysiaSatu Ratus Lapan PuluhLimaRibu Sahaja ).Tempoh pembiayaan yang dipohon oleh pihak syarikat adalah selama 7 tahun dan pihak syarikat jugaturut memohon tempoh bernafas selama 3 bulan. Kos Pelaburan Projek adalah sebanyak RM292 730.00 di mana sebanyak RM89 098.90 dibiayai dengan wang pemilik sendiri sementara baki RM185 000.00 adalah melalui pembiayaan yang dipohon ini. Tujuan pembiayaan adalah untuk membeli aset tetap dan juga sebagai modal pusingan.

Penggiraan Pembiayaan:Nilai Pembiayaan : RM185 000.00 Tempoh : 7 tahunKadar Keuntungan : 4% setahunKeuntungan Pembiayaan : RM185 000 x 4 % x 7 tahun = RM51 800.00 / 84 bulan = RM616.00 sebulan Jumlah Pembiayaan : RM185 000.00 + RM 51 800.00 = RM236 800.00Bayaran Balik Bulanan : RM185 000.00/ 84 bulan=RM2 202.38 + RM616.67Bayaran Bulanan :RM2 819.05 sebulan

3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Perniagaan : INS MAJU KLASIK ( M ) SDN. BHD.( Francaisi kepada Syarikat LITTLE CASH( M ) SDN. BHD. )

Alamat Berdaftar : No. 33, Persiaran Seksyen 5/12,Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Alamat Operasi/Kedai : No. 18, Persiaran Seksyen 4/8, BandarPutra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang .

No. Telefon : 013-4572840

No. Daftar Perniagaan : 812446 - M

Tarikh Pendaftaran : 04 . 04 . 2008

Francaisor : LITTLE CASH ( M ) SDN. BHD.( Jenama ANI SUP UTARA )

Alamat Francaisor : No. 15, Jln. Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, 40100 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan .

Aktiviti Perniagaan : Menjalankan perniagaan restoran berasaskan sup. Membekalkan makanan bersup kepada katerer, pejabat kerajaan & swasta serta orang perseorangan.

Bentuk Perniagaan : Sendirian Berhad

Modal Dibayar : RM 2.00

Setiausaha Syarikat : Omar bin Abdullah LS 007250

Bank Berurusan : Bank IslamMalaysiaBerhad, Cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang. No. Akaun : 07043011019165Nama Pengarah : En. Ismail bin Abdullah Pn. Saripah Farhiyah binti Syed AhmadNo. K/P : 640419-07-5753 650130-02-5498

Milikan : 100 % bumiputera

Peratus Syer : 50 % / 50 %

No. K/P : 640419-07-5753 650130-02-5498Lampiran 1 : Salinan Daftar Perniagaan , Borang 24 & Borang 49 .

4.0 LATAR BELAKANG LEMBAGA PENGARAH

4.1Pengarah 1 Nama : En. Ismail bin Abdullah Jawatan : Pengarah UrusanAlamat Tetap : No. 33 , Persiaran Seksyen 5/12 ,Bandar Putra Bertam , 13200 Kepala Batas, P. Pinang. Telefon : 013-4572840 No. Kad Pengenalan : 640419-07-5753 Tarikh Lahir : 19.04.1964 Bangsa/Agama : Melayu/Islam Taraf Perkahwinan : Berkahwin Kelulusan Akademik : SPM , STPM , Diploma PerguruanPengalaman Kerja : 18 Tahun Jawatan : GuruMajikan : Guru Besar , Sek. Keb. TamanSenangan ,Butterworth , P. Pinang.Kursus Dihadiri : Latihan Asas PerniagaanTarikh : Bil.19/2007 17 hingga 22 Jun 2007Kursus Skim latihan Galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan dari 15hb April 2008 hingga 14 Ogos, 2008.Penganjur : MECD dengan kerjasama INSKENdan MARA.

4.2Pengarah 2Nama : Pn. Saripah Farhiyah binti Syed Ahmad Jawatan : Pengarah OperasiAlamat Tetap : No. 33 , Persiaran Seksyen 5/12 ,Bandar Putra Bertam , 13200 Kepala Batas, P. Pinang. Telefon : 017-5411700 No. Kad Pengenalan : 650130-02-5498 Tarikh Lahir : 30.01.1965 Bangsa/Agama : Melayu/Islam Taraf Perkahwinan : Berkahwin Kelulusan Akademik : Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM )Pengalaman Berniaga : 12 Tahun Jawatan : PengurusNama Perniagaan : Edaran Sutera Trading

Lampiran 2 : Salinan Sijil Kursus, Salinan Kad Pengenalan Pengarah 1 & 2 .

5.0 SKOP PERNIAGAAN

5.1Aktiviti Perniagaan

Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh pihak syarikat adalah :

Menjual minuman dan makanan yang berasaskan sup di restoran.

Membekalkan makanan bersup kepada katerer, tempahan badan kerajaan dan swasta serta orang perseorangan.

Francaisi kepada Ani Sup Utara. 5.2Produk / Perkhidmatan yang ditawarkan

Di antara produk yang ditawarkan oleh Ani Sup Utara adalah seperti berikut:

Bihun supMi supKuey-teow supBubur nasi bersupNasi ayamNasi putih bersupSotoSup ayamSup dagingSup tulangSup ekorSup lidahSup gear boxPelbagai minuman

Perkhidmatan yang ditawarkan pula adalah :

Konsep caf.Menghidang makanan yang dipesan.Khidmat penghantaran untuk kawasan dalam lingkungan sekitar 5 km dari restoran ( minima penghantaran 5 bungkus / RM20.00 )Tempahan makanan oleh katerer, jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan.Kemudahan melayari internet.

5.3 Potensi Perniagaan

5.3.1 Berdasarkan kepada analisa dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang di sekitar 8 % hingga 15 % setahun. Walaupun perniagaan masih di peringkat awal, namun perkembangannya begitu memberangsangkan dan mempunyai potensi cukup besar untuk berkembang di masa hadapan.

5.3.2 Usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak syarikat kini semakin mendapat tempat di hati pelanggan kerana kualiti makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa berada pada tahap yang amat baik. Lokasi kedai yang terletak di tepi jalan utama di Putrajaya merupakan laluan yang cukup strategik dan memberi kelebihan kepada MASYHUR OLDSKOOL BAKERY untuk berkembang kerana pelanggan dapat mengunjunginya dengan mudah. Selain itu, kedudukannya yang berada di laluan menuju ke Lebuhraya Utara Selatan juga memberikan impak yang cukup baik untuk perniagaan itu berkembang.

5.3.4 Industri makanan kurang terjejas walaupun keadaan ekonomi tidak begitu baik kerana makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Keadaan ini akan memberi kelebihan kepada pihak syarikat untuk menempatkan diri di dalam pasaran dan seterusnya memenangi hati pelanggan kerana majoriti penduduk bandar ini dan kawasan sekitarnya adalah bumiputera.

5.3.5 Melalui pertambahan modal pusingan yang lebih besar, pihak syarikatamat berharap akan dapat menjana modal tersebut untuk memberikan perkhidmatan , suasana restoran yang lebih selesa dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelanggan.

5.4.6 Melalui jalinan tawaran perkhidmatan dan produk yang pelbagai ini, MASYHUR OLDSKOOL BAKERY mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya di masa hadapan.Ia juga turut mampu menjadi pembekal utama makanan berasaskan sup di kawasan tersebut.

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN

6.1Struktur Organisasi

Struktur organisasi yang dibentuk oleh syarikat INS MAJU KLASIK ( M ) SDN. BHD. di bawah jenama Restoran Ani Sup Utara adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya, struktur organisasinya adalah seperti berikut :

INS MAJU KLASIK ( M ) SDN.BHD

Carta 1 : Organisasi SyarikatNota : Bahagian pemasaran dilaksanakan sendiri oleh Pengarah Urusan syarikat dengan dibantu oleh penyelia.6.2Fungsi dan Tanggungjawab

Pihak syarikattelah menyusun fungsi dan tanggungjawab setiap pekerja syarikat bagi melancarkan sistem pengurusan perniagaan. Berikut adalah fungsi dan tanggungjawab setiap pekerja syarikat :

6.2.1Pengarah Urusan

Pengarah Urusan akan bertanggungjawab terhadap segala perancangan dan pengendalian urusan yang berkaitan dengan syarikat. Di antara fungsi Pengarah Urusan ialah :

i.Menumpukan kepada aspek pentadbiran dan kewangan perniagaan.ii.Merancang penggunaan dan keperluan kewangan syarikat.iii.Merancang dan mengenal pasti sumber kewangan yang boleh diperolehi melalui peluang-peluang baru bagi menambah pendapatan syarikat.iv.Mengawal perakaunan / kewangan syarikat.v.Memantau pekerja-pekerja di setiap bahagian.vi.Bertanggungjawab di dalam membuat belian bekalan dan kawalan stok.vii.Merancang pemasaran dan mencari peluang-peluang di pasaran baru.viii.Memastikan operasi dan perkembangan perniagaan berjalan lancar dan mengikut jadual perancangan.ix.Mempastikan susun atur jadual dan aktiviti perniagaan dalam keadaan baik, teratur serta mengikut perancangan.x.Mengawal perbelanjaan dan pendapatan harian termasuk kos operasi dan overheadxi.Mempastikan peralatan dan stok bahan mentah mencukupi dari masa ke masa.xii.Menganalisa dan memperluaskan skop peluang pemasaran.xiii.Mengkaji dan menyusun strategi promosi produk dan perkhidmatan.xiv.Menguruskan perihal kebajikan dan disiplin semua kakitangan syarikat dengan bijaksana / berhemah

6.2.2Bahagian Pentadbiran / Kewangan

Bahagian ini akan dikawalselia secara langsung oleh Pengarah Urusan dan akan dibantu oleh 2 orang juruwang.

Juruwangi.Menerima wang daripada pelanggan yang berurusan di kaunter.ii.Membuat pesanan pembelian stok barangan denganpersetujuan Pengarah Urusan.iii.Merekodkan setiap urusniaga wang tunai kecil RM300.00.iv.Menguruskan bil pesanan / bayaranv.Menyediakan laporan jualan harianvi.Bertanggungjawab di atas segala transaksi wang keluar / masuk diAni Sup Utara .

6.2.3Bahagian Pemasaran

Tanggungjawab bahagian ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengarah Urusan dengan dibantu oleh penyelia. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memasarkan perkhidmatan dan produk yang dijual. Di samping itu, pengurus juga bertanggungjawab mencari pasaran baru terutamanya pasaran industri . Pengarah Urusan juga bertanggungjawab merancang dengan teliti kaedah pemasaran dengan membuat kerjasama dengan pelbagai pihak . Pengarah Urusan juga perlu bijak merancang pelbagai pendekatan promosi untuk melariskan jualan produk syarikat.

6.2.4Bahagian Perkhidmatan dan Operasi

Bahagian ini adalah bahagian yang terpenting dalam syarikat. Oleh itu , bahagian ini perlu diberi perhatian yang utama. Pekerja-pekerja di bahagian ini akan terlibat secara langsung di dalam memberikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Perniagaan ini beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 11.00 malam. Perniagaan dijalankan dalam dua syif iaitu pukul 7.00 pagi 3.00 petang dan pukul 3.00 petang 11.00 malam. Bahagian ini akan diketuai oleh seorang penyelia dengan dibantu oleh 2 orang tukang masak, 4 orang pembantu dapur, 2 orang pembancuh air dan 4 orang pelayan.

Berikut adalah fungsi setiap pekerjaan yang dinyatakan di atas.

Penyelia

i.Membantu Pengarah Urusan memantau aktiviti pekerja-pekerja yang bekerja dalam syarikat.ii.Bertanggungjawab terhadap tugasan kakitangan terutama tentang kehadiran dan semasa menjalankan tugas harian.iii.Mengambil alih tugas pengurusan semasa ketiadaan Pengarah Urusan di restoran .

Tukang masak

i. Bekerjasama dengan Pengarah Urusan dalam merancang dan menyelaras kerja-kerja di dapur.ii. Memastikan susun atur peralatan dan stok bahan mentahsentiasa kemas dan bersih di dapur.iv.Bertanggungjawab menyediakan masakan seperti yang diarahkan.v.Memastikan segala tugasan ( masakan ) mengikut kualiti dan citarasa yang ditetapkan.vi.Memastikan segala tugasan mengikut jadual dan ketetapan masa yang diberikan.vii.Bertanggungjawab terus kepada Penyelia.

Pembantu Dapur

i. Menyediakan semua bahan mentah yang hendak dimasak oleh tukang masak.ii.Membantu menyediakan hiasan semua jenis masakan sebelum dihidangkan.iii.Menyusun atur serta menyelaras masakan yang hendak dihidangkan mengikut pesanan.iv.Mencuci peralatan serta dapur selepas digunakan.v.Semua bahan mentah disimpan dengan baik dan ditempatkan di tempat yang selamat setelah digunakan.Pembancuh Air

i. Mahir di dalam penyediaan minuman panas dan sejuk.ii. Memastikan minuman mengikut kualiti yang ditetapkan.iii. Memastikan stok bahan mentah ( minuman ) sentiasa mencukupi.iv Memastikan kawasan operasi termasuk peralatannya sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan selamat.v. Bertanggungjawab terus kepada Penyelia.

Pelayan

i.Memberi layanan kepada pelanggan termasuk mengambil dan menghantar pesanan.ii Menyusun atur dan mengurus setiap sudut hadapan premis termasuk kerusi / meja yang telah digunakan supaya sentiasa kemas dan bersih.iii.Memastikan pinggan /mangkuk/ gelas yang telah digunakan tidak berada di atas meja ruang hadapan .iv.Memastikan keadaan lantai dan meja sentiasa bersih.v.Pelayan juga perlu menghantar pesanan kepada pelanggan sekitar 5 km bagi minimum order 5 bungkus.

6.3Gaji dan Ganjaran

Pihak syarikat menyediakan pakej gaji yang berpatutan kepada semuakakitangan.Gaji dan ganjaran kakitangan adalah seperti jadual di bawah.

JawatanGaji / ElaunKWSPPERKESOJumlah

(RM)(RM)(RM)(RM)

1. Pengarah Urusan2,000.002,000.00

2. Penyelia800.0096.0016.00912.00

3. Juruwang ( 1 )650.0078.0013.00741.00

4. Juruwang ( 2 )650.0078.0013.00741.00

5. Tukang Masak ( 1 )700.0084.0014.00798.00

6. Tukang Masak ( 2 )700.0084.0014.00798.00

7. Pembantu dapur ( 1 )650.0078.0013.00741.00

8. Pembantu dapur ( 2 )650.0078.0013.00741.00

9. Pembantu dapur ( 3 )650.0078.0013.00741.00

10. Pembantu dapur ( 4 )650.0078.0013.00741.00

11. Pembancuh air ( 1 )600.0072.0012.00684.00

12. Pembancuh air ( 2 )600.0072.0012.00684.00

13. Pelayan ( 1 )550.0066.0011.00627.00

14. Pelayan ( 2 )550.0066.0011.00627.00

15. Pelayan ( 3 )550.0066.0011.00627.00

16. Pelayan ( 4 )550.0066.0011.00627.00

JUMLAH11,500.001,140.00190.0012,830.00

Jadual 1 : Anggaran gaji dan ganjaran sebulan

6.4Belanja Pengurusan

Bagi tujuan pengurusan, pihak syarikat menganggarkan perbelanjaan dalamsebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah sepertiberikut.

BilJenis PerbelanjaanJumlah (RM)

1Elaun Pengurus 2,000.00

2Gaji dan Elaun Pekerja 9,500.00

3KWSP dan PERKESO 1,330.00

4Sewa Lot Perniagaan2 300.00

5Air & Elektrik1 000.00

6Telefon & Faks250.00

7Alatulis50.00

8Yuran Setiausaha Syarikat350.00

9Perjalanan & Pengangkutan350.0

10Senggaraan Kedai200.00

11Keraian dan Promosi300.00

12Belanja Pelbagai200.00

JUMLAH17 830.00

Jadual 2 : Anggaran perbelanjaan pengurusan sebulan

6.5 Strategi Pengurusan

Kaedah pengurusan perniagaan yang sistematik , kakitangan yang baik dan bertanggungjawab amat mustahak di dalam usaha memajukan syarikat. Untuk meningkatkan produktiviti , beberapa strategi telah disusun bagi memantapkan lagi operasi pengurusan . Oleh itu, pihak syarikat telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut :

6.5.1 Menerapkan semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan untuk faedah bersama.6.5.2 Memberi bimbingan kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik serta bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.6.5.3Setiap pihak samada para pekerja atau pihak pengurusan sentiasa berbincang dan memberi pendapat serta cadangan yang terbaik untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap dan sistematik.6.5.4Menyediakan satu jadual tugasan yang perlu dipatuhi oleh semua pekerja.6.5.5Memastikan setiap kakitangan mengetahui matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh syarikat.6.5.6Memastikan kakitangan sentiasa berdisiplin untuk menghasilkan kerja yang lebih efektif.6.5.7Menjalinkan hubungan baik antara majikan dan pekerja serta hubungan majikan dengan pelanggan.6.5.8Mencari jalan meningkatkan keuntungan dengan meminimakan kos operasi.6.5.9Menunjukkan sikap mesra terhadap pelanggan agar pelanggan rasa dihormati dan dihargai.

7.0 RANCANGAN OPERASI / PERKHIDMATAN7.1Lokasi Premis

Kepala Batas adalah sebuah bandar yang begitu pesat membangun. Syarikat akan beroperasi di sebuah kawasan perumahan iaitu Bandar Putra Bertam yang mengandungi kira-kira 2 560 buah rumah dan 240 buah kedai pejabat

Gambar 1 : Premis yang dijadikan restoran

Bandar Putra Bertam ini berada di laluan utama di antara bandar Kepala Batas dengan Pekan Tasek Gelugor iaitu melalui Jalan Kubang Menderung. Lokasi restoran ini berada di laluan utama ke Lebuh Raya Utara Selatan dan laluan keluarnya melalui Tol Bertam. Jauhnya Bandar Putra Bertam dari bandar Kepala Batas ialah kira-kira 7 km .

7.2Maklumat Premis Syarikat

Nama Syarikat : INS MAJU KLASIK (M) SDN. BHD( Ani Sup Utara )Alamat : No. 18 , Persiaran Seksyen 4/8 ,BandarPutra Bertam,13200Kepala Batas , P. Pinang.Bentuk bangunan : Bangunan Kedai Pejabat 2 tingkat ,Lottepi . ( bangunan kekal )Keluasan : Dalam bangunan - 1100 kaki persegiLuar bangunan - 1000 kaki persegiPemilik Premis : Lee Khean WangTempoh Sewaan : 2 tahun + 2 tahunNilai Sewaan Bulanan : RM2 300.00

Lampiran 3 : Salinan Perjanjian Sewa Premis

7.3 Kemudahan Asas

Premis IMK memiliki segala kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan telefon. Premis perniagaan terletak di tepi jalan utama dari bandar Kepala Batas ke Tasek Gelugor . Kawasan ini merupakan kawasan komersial baru di bandar Kepala Batas. Premis ini juga luas dan selesa kerana kedudukannya berada di lot tepi dan mempunyai ruang yang luas . Ini akan dapat memberikan keselesaan kepada para pelanggan yang datang berkunjung sambil bersantai. Di antara kelebihan-kelebihan lain lokasi premis ini ialah :

i.Jaringan jalanraya yang komprehensif.ii.Sistem telekomunikasi.iii.Bekalan air mencukupi.iv.Bekalan elektrikv.Tempat letak kereta yang luas.vi.Berhampiran dengan jabatan-jabatan kerajaan.vii.Berhampiran dengan institusi pengajian tinggi.viii.Berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan.ix.Berhampiran beberapa buah taman perumahan.

7.4 Harta Tetap dan Peralatan Yang Dimiliki

Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan oleh pihak syarikat secara sederhana sejak sebulan lepas, maka pihak syarikat telah memiliki beberapa aset tetap dan peralatan yang dibeli berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan ketika itu. Aset tetap dan kelengkapan kedai yang dimiliki adalah seperti jadual di bawah.

BilPerkaraNilai (RM)

1Frezeer 150liter750.00

2Notebook Acer2 400.00

3Printer Lenmax340.00

4.Freezer 300liter1 080.00

5Showcase Workbench1 350.00

6Drink Counter1 000.00

7Work Bench450.00

8Work Bench680.00

9Soup Boiler450.00

10.Wall Shelving180.00

11.Wall Shelving120.00

12Chillers 4 doors upright2 900.00

13Show Case Chicken Display300.00

14Bowl sinks850.00

15Grease Trap400.00

16Commercial rise Cooker 2 unit x RM380760.00

17Rice Stand 3 unit x RM150450.00

18TV & Astro2 459.00

19Pinggan mangkuk, gelas , periuk dll3 108.90

19Pembakar Ayam Apollo1 400.00

20Panasonic Blender105.00

21Panasonic Juicer160.00

22PensonicT/Fan55.00

23Ubahsuai11 500

JUMLAH33 247.90

Jadual 4 : Senarai aset tetap yang dimiliki

Harta tetap yang dimiliki oleh syarikat seperti kerusi dan meja disewakan oleh pihak francaisor dengan harga RM1 600.00, manakala signboard adalah dipinjamkan oleh pihak francaisor kepada francaisi. Oleh itu, apabila kerusidan meja serta signboard yang baru telah dibeli, maka peralatan milik francaisor mestilah dipulangkan.

7.5Harta Tetap dan Kelengkapan yang Diperlukan

Melalui pembiayaan kewangan yang dipohon ini, pihak syarikat akan membeli aset tetap dan kelengkapan kedai tambahan seperti jadual di bawah.BilJenis/ModelJumlah (RM)

1Ubahsuai 74,900.00

2Perabut 24,000.00

3Peralatan Elektronik / Elektrik 2,800.00

4Peralatan & Barangan Stainless Steel 7,710.00

5Pinggan-mangkuk 4,391.10

6POS System 24,000.00

JUMLAH BESAR137 801.10

Jadual 5 : Anggaran pembelian harta tetap & kelengkapan

Berdasarkan kepada jadual di atas jumlah pembelian harta tetap dan kelengkapan kedai yang memerlukan pembiayaan kewangan MARA adalah sebanyak RM137 801.10.

Lampiran 4 : Pelan Projek Ani Sup Utara Untuk Cawangan Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

7.6 Stok Barang Tambahan Diperlukan

Di samping membeli harta tetap dan kelengkapan kedai, pembiayaan kewangan ini juga akan digunakan untuk membeli stok bekalan tambahan selama sebulan. Anggaran keperluan bekalan tersebut adalah seperti berikut:

BilPerkara/KeteranganHarga/UnitJumlah (RM)

1Stok supRM60.00 x 3 pek x 30 hari5 400.00

2Cli kicap,Sambal Belacan,Cili Nasi Ayam dllRM225 x 4 minggu900.00

3DagingRM10.00 x 20 kg x 7 kali1 400.00

4Ayam10 ekor x RM13.20 x hari3 300.00

JUMLAH11 000.00

Jadual 6 : Anggaran pembelian stok tambahan

7.7 Senarai Pembekal Barang Niaga

Bekalan stok Ani Sup Utaradiperolehi daripada beberapa pembekal yang telah dikenalpasti dapat membekalkan secara berterusan dan dengan harga yang berpatutan.Di antara pembekal yang membekalkan stok barang niaga tersebut adalah seperti jadual di bawah.

BilNama dan AlamatNama pembekalJenis BekalanCara Pembayaran

1LITTLE CASH ( M ) SDN. BHD.No. 15, Jln. Cheong Sam 10/11,Seksyen 10, 40100 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.Pati sup, cili kicap, cili nasi ayam, sambal belacan, cili bubur nasi, dan pati sup ayamTunai

2AA Teguh Sdn. Bhd,No. 7 , Jln .Seri Gedung,Taman Seri Gedung,Sg.Petani, KedahDaging, tulang, gear-boxTunai

3PRODYNAMIC FRESHMART1776, MK. 11, Lahar Yooi,13300 Tasek Gelugor, P. Pinang.AyamTunai

4MASFAUNAENTERPRISEPasar Awam Tasek Gelugor,13300 Tasek Gelugor, P. Pinang.Sayur-sayuranTunai

5GENG BUAH AMRANG-3, Tingkat Bawah,Komplek Dato Kailan,13200 Kepala Batas,P.Pinang.Buah-buahanTunai

6KULIM BURGER `N FROZEN FOOD DISTRIBUTORS,No. 1293 & 1294, Jalan Datuk Hj.Ahmad Badawi, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang .

Bahan mentah beras, gula, bihun, plastik, polisterin (bekas) nasi, plastik pembungkus, tali, getah gelang dll.Tunai

AVERGREEN ICEENTERPRISE650 , Sungai Puyu ,Bagan Lallang ,13400 Butterworth ,P. Pinang .Ais KuibTunai

Jadual 7 : Senarai pembekal barangniaga

7.8 Anggaran Belian

Anggaran yang disediakan di bawah adalah meliputi semua bahan yangbiasa digunakan oleh Restoran Ani Sup Utara untuk Tahun 1 .

BULAN BELIANKOSTEMPAHANJUMLAH BELIAN

Bulan 1 10,500.00 2,450.00 12,950.00

Bulan 2 11,235.00 2,450.00 13,685.00

Bulan 3 11,900.00 3,850.00 15,750.00

Bulan 4 14,350.00 3,850.00 18,200.00

Bulan 5 14,700.00 3,850.00 18,550.00

Bulan 6 15,435.00 3,850.00 19,285.00

Bulan 7 16,205.00 3,850.00 20,055.00

Bulan 8 17,010.00 3,850.00 20,860.00

Bulan 9 17,850.00 3,850.00 21,700.00

Bulan 10 19,075.00 3,850.00 22,925.00

Bulan 11 20,195.00 3,850.00 24,045.00

Bulan 12 21,700.00 3,850.00 25,550.00

JUMLAH 190,155.00 43,400.00 233,555.00

Jadual 8 : Anggaran Belian Tahun 1

7.9Strategi Perkhidmatan

Dalam apa juga jenis perniagaan, soal persaingan tidak dapat dielakkan. Oleh itu beberapa langkah telah diambil oleh pihak syarikat bagi mengatasi persaingan sedia ada . Di antara strategi perkhidmatan yang telah diatur oleh pihak syarikat adalah seperti berikut:

7.9.1Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah dan rungutan pelanggan dengan baik .

7.9.2Memastikan pekerja sentiasa bersopan santun terhadap pelanggan.

7.9.3Sentiasa berbincang dan memberikan khidmat nasihat yang terbaik kepada pelanggan agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan mutu makanan dan perkhidmatan yang diberikan .

7.9.4Etika Khidmat Pelanggan

Memberi Perkhidmatan YangBerkualiti & Layanan Yang IstimewaKepada Para Pelanggan

Mendahului & Memberi Keutamaan Kepada Segala Kehendak Pelanggan

Sentiasa Cekap & Pantas KetikaMengambil Dan Menghantar PesananKepada Pelanggan

Memberi Senyuman Yang Paling Mesra & Mengucap Selamat Kepada Pelanggan Ketika Pelanggan Masuk & Keluar Premis

Meminta Pendapat & Komen Secara Jujur Dari Pelanggan Demi Mutu & Kualiti Produk Serta Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Menangani Segala Masaalah & Rungutan Pelanggan Dengan Tenang & Berhemah

Jadual 9 : Etika Khidmat Pelanggan

7.10 Susun atur Ruang Kedai

Gambar 2 : Susun atur ruang kedai7.11 Penggiraan Kos Untuk Beberapa Hidangan .Bil.Jenis HidanganPengiraan KosKos

1Bihun SupBihun RM0.30Sup - RM0.75Daging RM0.40Ramuan RM0.10

RM1.55

2.Nasi ayamNasi RM0.70Ayam RM1.10Sup RM0.20Ramuan RM0.10

RM2.10

3Nasi putih & set sup ayamNasi putih RM0.50 telur masin RM0.35Ayam RM1.10Sup RM0.75Timun & Sambal Belacan RM0.30

RM3.00

4Sup DagingDaging RM1.00Sup RM0.75Ramuan RM0.10

RM1.85

Jadual 10 : Contoh Pengiraan Kos Hidangan

8.0 RANCANGAN PEMASARAN Dengan menggunakan konsep perniagaan Restoran Ani Sup Utara, pihak syarikat akan mensasarkan jualan produknya kepada pelanggan perseorangan dan keluarga. Selain itu, pihak syarikat juga akan menerima tempahan daripada pihak katerer, jabatan kerajaan dan swasta serta orang perseorangan untuk sebarang majlis. Pihak syarikat juga akan menjalankan khidmat penghantaran kepada pelanggan yang jarak penghantarannya kira-kira 5 km.

8.1 Produk dan Harga yang DitawarkanBil. ProdukRM

1.Bihun supRM4.00

2.Mi SupRM4.00

3.Kuey-teow supRM4.00

4.Moi supRM4.00

5.Nasi ayamRM4.00

6.Set nasi putih bersupRM5.80 RM11.80

7.SotoRM4.00

8.Sup ayamRM4.00

9.Sup dagingRM4.00

10Sup ekorRM10.00

11.Sup tulangRM6.00

12.Sup gear boxRM15.00 RM40.00

13.Pelbagai minumanRM1.20 RM3.50

Jadual 11 : Senarai produk dan harga

Syarikat ini menawarkan harga yang berpatutan dan setanding dengan restoran-restoran yang berada di persekitaran kawasan tersebut.Sila rujuk Lampiran 4 ( menu makanan & minuman )8.2 Kumpulan Sasaran

a) Kumpulan Sasaran Individu/Keluarga.Pihak syarikat mensasarkan jualan produk kepada :Golongan remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT, Kolej dan belia yang bekerja di kawasan sekitar.Golongan dewasa yang berumur dalam lingkungan 30 tahun hingga 60 tahun iaitu penduduk tempatan di kawasan taman perumahan dan kampung berdekatan.Kakitangan kerajaan dan swasta di kawasan sekitar.Pelancong dan pengunjung yang berkunjung ke Kepala Batas.

Penduduk di sekitar kawasan ini yang menjadi sasaran pihak syarikat ialah penduduk setempat , kakitangan kerajaan , pekerja kilang , pekerja swasta yang berpendapatan RM1,000.00 ke atas yang mempunyai kuasa beli yang sederhana bersesuaian dengan harga yang ditawarkan.

Jumlah penduduk = 150 000 orangPekerja / kakitangan kerajaan dan swasta = 5 000 orangPelajar sek. berasrama / institusi pengajian tinggi = 2 605 orang

b) Kumpulan Sasaran IndustriPihak syarikat juga akan mengadakan kerjasama dengan membekalkan produk kepada :

Pihak katerer untuk pelbagai majlisBilangan Katerer = 10 katerer

Jabatan kerajaan dan pihak swasta :Terdapat beberapa jabatan kerajaan seperti Ibu Pejabat Polis, Pejabat Daerah dan Tanah SPU, Hospital Daerah SPU, JKR SPU, Mahkamah, Komplek Sukan MPSP, Bomba dan Penyelamat Daerah , Perpustakaan Awam dan NPC dan Kompleks Budi Penyayang. Di sini juga terdapat pusat pendidikan seperti sekolah rendah dan menengah, ILP , MRSM, Sek. Men. Sains , Institut Pergigian dan Perubatan Termaju USM. Di sini terdapat Hotel Sri Malaysia, Abadeen Resort, Penang Golf Resort dan beberapa hotel kecil. Manakala dianggarkan terdapat 150 pejabat swasta di kawasan sekitar.

8.3Kawasan Pasaran

Pihak syarikat mensasarkan kawasan yang ingin ditembusi adalah di sekitar 5 km hingga 10 km . Di bawah disenaraikan kawasan yang menjadi sasaran pihak syarikat. Di antaranya ialah :

Kawasan Kepala Batas -PinangTunggal- Bertami.TamanBertam Indah ii. Taman Bertam Perdana iii. Bandar Putra Bertam

- Teluk Air Tawar i.TamanTeluk Air Tawarii. Taman Pmtg. Sintok

- Paya Keladi i. Taman Paya Keladi ii. Perkampungan

Kawasan Tasek Gelugor- Permatang Berangani. Taman Sepaduii. Taman Permatang Manggisiii. Perkampungan

- Sungai Dua i. Taman Sungai Dua ii. TamanMerbau iii. Perkampungan

- Permatang Manggis i. Taman Permatang Manggis

Pusat pengajian - Sek. Keb. Paya Keladi- Sek. Keb. Pinang Tunggal- Sek. Keb. Bertam Indah- Sek. Men. Bertam Indah- Sek. Men. Paya Keladi- MRSM- ILP- Kolej Perubatan

BILSEK/ INSTITUSIJUMLAHPELAJARJUMLAHGURUJUMLAHBESAR

4Sek. Men. Bertam Indah675 Orang55 Orang730 Orang

5Sek. Men. Paya Keladi876 Orang68 Orang944 Orang

6MRSM220 0rang35 Orang255 Orang

7ILP378 Orang28 Orang406 Orang

8Kolej Perubatan250 Orang20 Orang270 Orang

JUMLAH BESAR2399 Orang206 Orang2605 Orang

Jadual 12 : Bilangan Pelajar & Guru Sek/Institusi

Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat beberapa taman perumahan fasa baru yang sedang dan akan dibina di Bandar Putra Bertam iaitu sekitar 8 000 unit dan Taman Bertam Perdana sekitar 6 807 unit .Selain itu , terdapat beberapa pusat pengajian tinggi dan industri berteknologi tinggi yang akan dibina. Di antaranya ialah :

i.Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinangii.Kolej Kejururawataniii.Sek. Men. Sains Kepala Batasiv.UiTMv.USMvi.Armstrong Auto Partsvii.Kilang NAZA

Adalah dijangkakan penduduk di sekitar kawasan tersebut akan berkunjung ke kawasan di mana letaknya Restoran Ani Sup Utara kerana kawasan tersebut adalah di laluan utama ke lebuh raya.8.4Saiz Pasaran

Mengikut kajian pihak syarikat, kuasa beli di kalangan penduduk di sini adalah sederhana. Anggaran penduduk di sini ialah 150 000 orang. Dianggarkan 30 % penduduk akan berbelanja di restoran-restoran sekitar.

Di anggarkan penduduk kawasan ini adalah seramai 150 000 orang. Unit keluarga = 150 000 orang / 5= 30 000 keluargaMengikut kajian, 30% daripada keluarga tersebut akan makan di restoran-restoran yang ada di sekitar dan membelanjakan sebanyak RM120 sebulan .Potensi pelanggan = 30 000 keluarga x 30 %=9 000keluarga yang akan berbelanja

Saiz pasaran = 9 000 keluarga x RM120 = RM1,080,000.00Kajian juga menunjukkan terdapat kakitangan kerajaan dan swasta serta pelajar di sini. Sebanyak 50 % daripada mereka akan berbelanja di restoran sekitar. Mereka akan berbelanja sekitar RM260 sebulan.Potensi Pelanggan = 7 605 x 50 % = 3 803 orang

Saiz Pasaran = 3 803 orang x RM260 = RM988 780.00

b) SAIZ PASARAN INDUSTRI

Pihak syarikat juga akan bekerjasama dengan pengusaha katering untuk membekalkan makanan. Terdapat 20 katerer yang berada di kawasan sektar tetapi hanya 10 katerer yang bersetuju akan bekerjasama dengan pihak syarikat.Setiap katerer membelanjakan RM200.00 untuk setiap tempahan.

Setiap katerer menerima 3 tempahan untuk setiap bulan.Ini bermakna :

10 katerer x 3 tempahan sebulan = 30 tempahan30 tempahan x RM200 = RM6 000Sasaran seterusnya ialah tempahan terus daripada pihak kerajaan dan swasta serta orang perseorangan untuk pelbagai majlis. Adalah dianggarkan seperti berikut :

10 tempahan sebulan x RM 500 setiap tempahan = RM5 000

Pakej tempahan : Bihun/mi Buah - setiap set = RM5.00 Air

Oleh itu , jumlah saiz pasaran = RM1 080 000.00 + RM988 780.00 =RM 2 068 780.00

Manakala, saiz pasaran industri adalah dianggap sebagai sasaran eksklusif pihak syarikat iaitu sebanyak RM6 000.00 + RM5 000.00 =RM11 000.00 8.5Analisis Pesaing

Mengikut pemerhatian pihak syarikat terdapat 12 restoran utama di sini.Pihak syarikat telah mengenalpasti setiap pesaing melalui mencuba resipi masakan dan pemerhatian yang dilakukan. Berikut adalah di antara pesaing-pesaing yang telah dikenalpasti :

NAMA RESTORANKEKUATANKELEMAHAN

Restoran RZ KlasikLokasi strategik ,sedap & cepat, menjual pelbagai jenis menu masakan,harganya berpatutanPerkhidmatan kurang memuaskan.

Restoran AnggerikHarganya berpatutan .

Kurang strategik , Kurang tenaga kerja .

RestoranBertam SeafoodSudah dikenali , lokasi strategik, perkhidmatan memuaskan.Harga agak mahal

Restoran Nasi Kandar BertamLokasi strategik -CornerLot, Harga berpatutan.Perkhidmatan kurang menonjol

Restoran BuluhDikenali dan banyak pilihan, Harga berpatutan, perkhidmatan memuaskan.Kurang strategik,Kurang bersih

Restoran Nasi Ayam Periuk BesarStrategik - Jalan utama, Nama sudah dikenali, harga berpatutan, perkhidmatan memuaskan.Menu terhad

Secret RecipeTempat Strategik Sudah dikenali ramaHarga mahal

Restoran Simpang Maju JayTempat Strategik

Perkhidmatan kurang menonjol

NBN SeafoodTempat Strategik , SedapAgak Mahal

NZ RASA KAMPUNGTempat Strategik

Belum dikenali

Food CoardTempat Strategik , Banyak PilihanKurang Bersih

Nasi Kandar An- NurTempat Strategik , Harga berpatutanKurang bersih

Ani Sup UtaraTempat Strategik, Makanan Sedap, Harga Berpatutan, Sudah dikenaliLayanan kurang memuaskan

Jadual 13 : Nama-nama pesaing kekuatan dan kelemahan

8.6Syer Pasaran

Syer pasaran yang dijangkakan oleh pihak syarikat adalah seperti berikut.RM2 068 780.00 x 3 % = RM 62 063.40

Syer pasaran keseluruhan adalah sebanyak = RM 62 063.40 + 11 000.00 =RM 73 063.40

8.7Anggaran Jualan/Pendapatan Tahun Pertama

Berikut adalah jadual yang menunjukkan jualan dan tempahan katering bulanan untuk tahun pertama.

BULANJUALANTEMPAHAN KATERINGJUMLAH

Bulan 1 30,000.00 7,000.00 37,000.00

Bulan 2 32,100.00 7,000.00 39,100.00

Bulan 3 36,000.00 11,000.00 47,000.00

Bulan 4 41,000.00 11,000.00 52,000.00

Bulan 5 42,000.00 11,000.00 53,000.00

Bulan 6 44,100.00 11,000.00 55,100.00

Bulan 7 46,300.00 11,000.00 57,300.00

Bulan 8 48,600.00 11,000.00 59,600.00

Bulan 9 51,000.00 11,000.00 62,000.00

Bulan 10 54,500.00 11,000.00 65,500.00

Bulan 11 57,700.00 11,000.00 68,700.00

Bulan 12 62,000.00 11,000.00 73,000.00

JUMLAH 545,300.00 124,000.00 669,300.00

Jadual 14 : Anggaran Jualan

8.8Strategi Pemasaran

8.8.1Promosi

Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh pihak syarikat bagi menawarkan produk dan memperkenalkan perkhidmatannya ialah:Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.Memberikan profil perniagaan dan kad bisnes kepada bakal-bakal pelanggan.Mengedarkan pamplet dan broser secara berkalaMemberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan tepat pada masa yang telah ditetapkan.Oleh kerana syarikat menawarkan konsep restoran bersantai dan kemudahan melayari internet, adalah dijangkakan ramai pengguna IT akan berkunjung ke sini untuk menjamu selera sambil melayari internet.Mengadakan majlis perasmian dengan memberi satu hari makan pada kadar RM2.00 kepada pelanggan untuk makanan terpilih.Mengadakan pakej berbuka puasa dan pakej hari lahir.Menjalankan kerjasama dengan pengusaha agensi pelancongan.Menghadiahkan pelanggan kek hari lahir apabila sambutan hari lahir diadakan di restoran syarikat.

8.8.2Lokasi

Lokasi restoran yang terletak di laluan jalan utama di antara Kepala Batas dan Tasek Gelugor merupakan lokasi yang strategik untuk perniagaan yang dijalankan oleh pihak syarikat. Laluan itu juga adalah laluan untuk memasuki lebuh raya Utara-Selatan.

8.8.3Harga

Penetapan dan penentuan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan seperti yang ditetapkan oleh pihak franchisor.

8.8.4Produk

Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti, sedap dan bersih setanding dengan harganya. Pihak syarikat juga sentiasa mengikuti kehendak pelanggan yang pelbagai agar produk dan perkhidmatannya sentiasa kekal kompetatif dan diterima di hati pelanggan samada pelanggan tetap atau pelanggan baru.

8.8.5Perhubungan Pelanggan

Pekhidmatan yang cepat seperti mengambil menu sebelum pelanggan duduk.Memberi diskaun kepada pelanggan yang menyambut harijadi pada hari tersebut.Syarikat akan memberi kek percuma kepada pelanggan yang menyambut harijadi di restoran.

9.0 ASPEK KEWANGAN

9.1 Kos Pelaburan ProjekBerdasarkan perancangan untuk membesarkan kapasiti perniagaan dan memohon pembiayaan ini, pihak syarikattelah menganggarkan kos pelaburan seperti berikut berdasarkan jadual di bawah.

PERKARA / MODELJUMLAHJUMLAH BESAR

A) BELANJA PERMULAAN

Daftar Syarikat2,350.00

Lesen Majlis400.00

Deposit Kedai4,600.00

Deposit Utiliti500.00

Guaman450.00

Yuran Francias25,000.00

Sewa Terkumpul20,700.00

Majlis Perasmian500.00

Insuran5,000.0059,500.00

B) PEMBELIAN ASET TETAP

Ubahsuai114,900.00

Perabut24,000.00

Peralatan Elektronik / Elektrik8,000.00

Peralatan & Barangan Stainless Steel19,000.00

Pinggan-mangkuk7,500.00

POS System24,000.00197,400.00

C) MODAL PUSINGAN

Promosi dan Pengiklanan5,000.00

Bekalan / Stok Tambahan11,000.00

Gaji/Elaun Pengurus2,000.00

Gaji dan Elaun Pekerja9,500.00

KWSP dan PERKESO1,330.00

Sewa Kedai2,300.00

Air & Elektrik1,000.00

Telefon & Faks250.00

Promosi dan Pengiklanan300.00

Yuran Setiausaha Syarikat350.00

Yuran Audit2,000.00

Alat Tulis50.00

Senggaraan Kedai200.00

Pengangkutan350.00

Belanja Pelbagai200.0035,830.00

JUMLAHKOSPELABURAN PROJEK292,730.00

Jadual 15 :KosPelaburan Projek

9.2 Sumber Pembiayaan Projek Daripada jumlah keseluruhan di atas, pecahan sumber pembiayaan projek yang telah dirancang adalah seperti berikut:

PERKARA / MODELJUMLAHMODAL SENDIRIPEMBIAYAAN

A) BELANJA PERMULAAN

Daftar Syarikat 2,350.00 2,350.00

Lesen Majlis 400.00 400.00

Deposit Kedai 4,600.00 4,600.00

Deposit Utiliti 500.00 500.00

Guaman 450.00 450.00

Yuran Francias 25,000.00 25,000.00

Sewa Terkumpul 20,700.00 20,700.00

Majlis Perasmian 500.00 500.00

Insuran 5,000.00 5,000.00

-

B) PEMBELIAN ASET TETAP -

Ubahsuai 114,900.00 40,000.00 74,900.00

Perabut 24,000.00 24,000.00

Peralatan Elektronik / Elektrik 8,000.00 5,200.00 2,800.00

Peralatan & Barangan Stainless Steel 19,000.00 11,290.00 7,710.00

Pinggan-mangkuk 7,500.00 3,108.90 4,391.10

POS System 24,000.00 24,000.00

- -

C) MODAL PUSINGAN - -

Promosi dan Pengiklanan 5,000.00 5,000.00

Bekalan / Stok Tambahan 11,000.00 - 11,000.00

Gaji/Elaun Pengurus 2,000.00

Gaji dan Elaun Pekerja 9,500.00

KWSP dan PERKESO 1,330.00

Sewa Kedai 2,300.00

Air & Elektrik 1,000.00

Telefon & Faks 250.00

Promosi dan Pengiklanan 300.00

Yuran Setiausaha Syarikat 350.00

Yuran Audit 2,000.00

Alat Tulis 50.00

Senggaraan Kedai 200.00

Pengangkutan 350.00

Belanja Pelbagai 200.00

JUMLAH 292,730.00 89,098.90 183,801.10

Jadual 16 :KosPembiayaan Projek

Sumber kewangan yang diperlukan akan diperolehi daripada pembiayaan sendiri adalah sebanyak RM89 098.90, manakala bakinya iaitu sebanyak RM183 801.10 lagi akan diperolehi daripada pihak MARA.

9.3Anggaran Aliran Wang Tunai ( Sebelum dan Selepas Pembiayaan ).

9.3.1Anggaran Aliran Wang Tunai sebelum pembiayaan bagi ( 1 ) Tahun adalah seperti diLampiran 5yang di kembarkan.9.3.2Anggaran Aliran Wang Tunai selepas pembiayaan bagi ( 3 ) Tahun berturut-turut adalah seperti diLampiran 5yang dikepilkan .

9.4Penyata Pendapatan (Untung dan Rugi)

Penyata Pendapatan ( Untung Rugi ) disediakan untuk (3 ) Tahun Selepas Pembiayaan adalah seperti diLampiran 5yang dikepilkan.

9.5Anggaran Kunci Kira-Kira

Anggaran kunci kira-kira disediakan bagi memperlihatkan kedudukan Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik di setiap hujung tahun untuk ( 3 ) tahun seperti dalamLampiran 5yang dikepilkan .

10.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, pihak syarikat amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang menguntungkan dan setimpal dengan usaha serta pelaburan yang dilakukan. Ini adalah berdasarkan kepada pembentangan dan unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan sehinggalah tahun yang ketiga.

Pihak syarikat telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian syarikat amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan memandangkan beberapa faktor seperti faktor pertumbuhan penduduk, peningkatan dalam sektor ekonomi dan kepesatan pembangunan setempat. Secara tidak langsung faktor-faktor ini akan dapat menyumbang dan menambahkan lagi saiz pasaran dan kuasa beli pengguna terutamanya penduduk di sekitar Kepala Batas. Selain itu, IMK telah menjalankan operasi selama 1 bulan dan mendapati sambutan yang diberikan amat menggalakkan kerana sup merupakan satu resepi utama masyarakat utara.

Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak MARA. Pihak syarikat amat berharap agar pembentangan ini dapat memuaskan hati pihak-pihak berkenaan kerana melalui cara ini sahajalah perniagaan pihak syarikat dapat dikembangkan. Pihak syarikat amat berharap agar diberikan peluang untuk turut sama bergerak ke arah memaju dan menjayakan hasrat kerajaan meningkatkan golongan usahawan bumiputera seganding dengan usahawan bukan bumiputera.