kerja kursus perniagaan

32
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama : SHERLY JEWINLY Angka Giliran Pelajar : Tajuk Tugasan : TUGASAN 1 Pensyarah : PN ARFAH ABD. KARIM EN KHIR JOHARI Subjek / Kursus : RBT3103 - PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN Tarikh Diterima: Pengakuan Pelajar Saya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru ( Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999. Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :____________________________ Tarikh :_______________________ ( ) Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa Moderator Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Upload: sherly-jewinly

Post on 17-Jan-2017

473 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Perniagaan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEKBORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : SHERLY JEWINLY Angka Giliran Pelajar :Tajuk Tugasan : TUGASAN 1Pensyarah : PN ARFAH ABD. KARIM EN KHIR JOHARI

Subjek / Kursus : RBT3103 - PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Tarikh Diterima:

Pengakuan PelajarSaya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru ( Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999.

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :____________________________ Tarikh :_______________________ ( )

Perincian Maklum Balas TugasanPemeriksa ModeratorKekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh:Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

Page 2: Kerja Kursus Perniagaan

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIIPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama & No. Kad Pengenalan Sherly Jewinly

Kod & Nama Kursus RBT 3103 Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan

Nama Pensyarah Pembimbing

Puan Arfah Binti Abdul KarimEncik Khir Johari

Deskripsi Tugasan Tugasan Individu

“Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.

Dengan ini saya akui tugasan ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya dijelaskan sumbernya”.

Tanda tangan pelajar :_____________________ Tarikh:_________________

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar:_______/_______/_______ Diterima oleh : _____________________

Tarikh disemak : :_______/_______/_______ Dinilai oleh : _____________________

Markah :

Page 3: Kerja Kursus Perniagaan

BIODATA

Page 4: Kerja Kursus Perniagaan

ISI KANDUNGAN

NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Biodata 1

2 Isi Kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Soalan

5 Tugasan 1

6 Dapatan/Lampiran

7 Refleksi

8 Rujukan

Page 5: Kerja Kursus Perniagaan

PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang

dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

kursus Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan saya, Puan Arfah binti Abdul Karim dan

Encik Khir Johari kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka, membuka ruang

untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya

yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya

berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan

menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih

Page 6: Kerja Kursus Perniagaan

SOALAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA PELAJAR:

TAJUK KURSUS : RBT3103 Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan

SEMESTER/TAHUN: 1/2016(Ambilan Jun 2014)

TARIKH MULA 22.2.2016 TARIKH HANTAR 28.3.2016

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Merekod, mengepos dan mengklasifikasi data kewangan dalam proses penyediaan

Penyata Kewangan bagi perniagaan berskala kecil dan sederhana.

2. Meramal trenda pasaran dan belanja pemasaran bagi melengkapkan strategi pemasaran

untuk perniagaan berskala kecil dan sederhana.

3. Menyediakan laman web untuk memasarkan produk perniagaan berskala kecil dan

sederhana serta menganalisis dimensi dan faedah jaringan usahawanan.

4. Mengaplikasi kemahiran pedagogi dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan dan

bermakna.

5. Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali yang dilaksanakan.

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4 dan 5

Objektif ProjekPelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. Menghasilkan satu penulisan ilmiah pembinaan prototaip laman web bagi meningkatkan

daya saing satu perniagaan berskala kecil/sederhana.

Page 7: Kerja Kursus Perniagaan

2. Membentang aplikasi pembelajaran berkesan dalam menerapkan elemen keusahawanan

bagi satu tajuk dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah rendah.

3. Menjawab soalan berkaitan meramal trenda pasaran dan belanja pemasaran bagi

melengkapkan strategi pemasaran untuk perniagaan berskala kecil dan sederhana – iaitu

topik pemasaran, perakaunan kewangan, langkah memulakan e-dagang dan pelaksanaan

e-dagang bagi perniagaan berskala kecil.

Elemen keusahawanan dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah rendah bertujuan untuk menerapkan ciri keusahawanan, pemikiran keusahawanan, pengurusan perniagaan, aplikasi teknologi dan vokasional dalam keusahawanan serta nilai moral dan etika keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam kehidupan. Justeru guru RBT perlu meningkatkan pengalaman dan meneroka bidang keusahawanan agar mampu memberikan bimbingan optimum dan berkesan kepada murid.

Tugasan 1: Penulisan Ilmiah – Pembinaan Prototaip Laman sesawang bagi Perniagaan Kecil/Sederhana (60%)

Secara individu:

Hasilkan satu penulisan ilmiah berkaitan prototaip laman sesawang yang anda bina bagi satu

perniagaan berskala kecil/sederhana yang memberi fokus kepada:

Isu dan masalah

Batasan masalah

Tujuan

Methodologi

Analisis dan dapatan fasa-fasa pembinaan prototaip laman sesawang

Visual laman sesawang yang terhasil – kekuatan dan kelemahan

Cadangan penambahbaikan

Tugasan 2: Pembentangan Aplikasi Pembelajaran Berkesan (20%)Secara berpasangan:

Page 8: Kerja Kursus Perniagaan

Anda dikehendaki membuat pembentangan berbantukan power point, aplikasi pembelajaran

berkesan yang menerapkan elemen keusahawanan bagi satu topik dalam mata pelajaran Reka

Bentuk dan Teknologi sekolah rendah. Tempoh pembentangan adalah 20 - 30 minit dan tarikh

tentatif pembentangan adalah pada minggu ke 12.

Hantar bahan-bahan hardcopy dan salinan soft copy power point pada hari pembentangan.

Tugasan 3: Kuiz (20%)Secara individu

Anda dikehendaki menjawab soalan kuiz -10 soalan objektif dan 2 soalan struktur yang

disediakan untuk tempoh 30 minit. Tarikh tentatif kuiz adalah pada minggu ke 9.

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan 1 (Individu)a. Kenal pasti perniagaan yang boleh dibantu dalam meningkatkan daya saing

melalui pembinaan laman sesawang. Buat analisis isu dan masalah perniagaan

tersebut serta kenal pasti limitasi/batasan bantuan yang anda sediakan.

b. Tentukan methodologi tindakan yang diambil dalam membina ptototaip laman

sesawang dan laksanakan tindakan berdasarkan methodologi yang anda pilih.

c. Bina prototaip laman sesawang.

d. Buat analisis dapatan pembinaan prototaip laman sesawang.

e. Bersandarkan prototaip laman sesawang – buat analisis kekuatan dan kelemahan

prototaip yang dibina.

f. Berikan cadangan penambahbaikan.

g. Persembahkan maklumat projek pembinaan laman sesawang yang anda bina

melalui penulisan ilmiah dalam anggaran 1000 patah perkataan dengan

menyusun maklumat mengikut urutan berikut:

Pendahuluan

Tinjauan Literatur

Page 9: Kerja Kursus Perniagaan

Analisis dan Dapatan

Kesimpulan

2. Tugasan 2 (kumpulan/berpasangan)

a. Rujuk DSKP mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah rendah.

Bersandarkan satu tajuk dan objektif kandungan rancang hasil pembelajaran

yang menerapkan elemen keusahawanan.

b. Rancang strategi dan teknik pembelajaran yang menepati pendekatan/kaedah

pembelajaran yang anda pilih disamping mampu mengoptimumkan ’engaged time’

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

c. Sediakan power point serta bahan-bahan sokongan dan bentang di dalam kelas

bagaimana anda melaksanakan PdP menggunakan pendekatan/kaedah yang

anda pilih. Tarikh tentatif pembentangan adalah pada minggu 12.

d. Hantar hardcopy dan softcopy serta bahan-bahan sokongan pada hari

pembentangan.

3. Tugasan 3 (indvidu)

a. Secara individu menjawab 10 soalan objektif dan 2 soalan struktur satu kuiz yang

dirancang akan diadakan pada minggu ke 9. Tempoh kuiz adalah 30 minit.

4. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

5. Format tugasan bertulis adalah seperti berikut:

a. Fon Arial

b. Saiz huruf adalah 11

c. Langkau 1.5 baris

d. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

7. Kerja Kursus ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

Page 10: Kerja Kursus Perniagaan

2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:

a. Penulisan lmiah pembinaan prototaip laman sesawang perniagaan dalam

lingkungan 1000 patah perkataan tdak termasuk lampiran.

b. Pembentangan berbantukan power point berkaitan pelaksanakan PdP

menggunakan strategi dan teknik yanga menepati pendekatan/kaedah yang dipilih

disamping mampu mengoptimumkan ’engaged time’ semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran (PdP).

3. Anda juga akan menjawab soalan kuiz untuk tempoh 30 minit.

4. Bukti-bukti dan bahan yang dapat menyokong aliran pemikiran anda hendaklah

dikemukakan.

5. Keseluruhan output dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian.

6. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren.

7. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai, dan tiada

kesalahan ejaan dan kematangan.

8. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan

(sekurang-kurangnya sumber dari 2 buah buku, 2 internet, 2 bahan bercetak yang lain)

Kriteria PemarkahanTugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang dilampirkan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________

( ) ( )

Pakar Bidang SME: RBT

Jabatan RBT

Disahkan oleh:

_________________

Page 11: Kerja Kursus Perniagaan

(Pn. Jamilah Idris)

Ketua Jabatan RBT

Jabatan RBT

IPGK Pendidikan Teknik

Page 12: Kerja Kursus Perniagaan

1.0 Pendahuluan

Bagi tugasan pertama kerja kursus Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan ini, kami

dikehendaki untuk membantu peniaga membina satu prototaip laman sesawang bagi satu

perniagaan berskala kecil atau sederhana bagi membantu peniaga memudahkan lagi

perniagaan mereka. Kami dikehendaki untuk mengenal pasti perniagaan yang boleh dibantu

dalam meningkatkan daya saing melalui pembinaan laman sesawang seterusnya muat analisis

isu dan masalah perniagaan tersebut serta mengenal pasti limitasi atau batasan bantuan yang

anda sediakan. Seterusnya kami diminta untuk mentukan methodologi tindakan yang diambil

dalam membina ptototaip laman sesawang dan melaksanakan tindakan berdasarkan

methodologi yang kami pilih diikuti dengan pembinaan prototaip laman sesawang. Setelah itu,

kami dikehendaki untuk membuat analisis dapatan pembinaan prototaip laman sesawang dan

bersandarkan prototaip laman sesawang kami haruslah membuat analisis kekuatan dan

kelemahan prototaip yang dibina. Kemudian, kami haruslah memberi cadangan

penambahbaikan dan kami dikehendaki untuk mempersembahkan maklumat projek pembinaan

laman sesawang yang anda bina melalui penulisan ilmiah.

Internet adalah hasil gabungan kecanggihan komputer dan teknologi komunikasi yang

digabungkan dalam satu jaringan yang meliputi seluruh dunia. Tujuan utama rangkaian kerja

(network) global ini ialah memudahkan pertukaran dan perkongsian maklumat serta

perhubungan dalam pelbagai bidang. Capaian internet dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat

tanpa mengira batasan geografi dan budaya. Pelbagai aplikasi Internet seperti emel, internet

relay chat (IRC), on-line forum, laman web, papan buletin, pangkalan data dan komunikasi

masa nyata (real time) digunakan menerusi rangkaian Internet. Oleh itu, pengalaman dalam

penggunaan IT dan internet dalam kehidupan harian seharusnya diintegrasikan kepada dunia

perniagaan bagi menyediakan kemudahan perniagaan era baru. Ciri interaktif dan fleksibel

yang disediakan menjadi pilihan utama kenapa laman sesawang dilihat sebagai alternatif terkini

dalam perniagaan. Peniaga boleh meniaga dengan mudah menggunakan internet kerana pada

masa kini, hampir semua orang mempunyai capaian internet dan mampu mengakses internet

dengan mudah dan sesuai untuk semua tahap umur (Liaw, 2001).

TUGASAN 1

Page 13: Kerja Kursus Perniagaan

2.0 Tinjauan Literatur

Internet

Internet merupakan rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan

pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara dengan yang lain dan mencapai

maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. menginternetkan memasukkan data, maklumat

dan sebagainya ke dalam rangkaian Internet dan menyebarkannya melalui Internet. (Kamus

Dewan Edisi Ke-4)

Jaringan Laman Sesawang

World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web ataupun sesawang

merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmatan

yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej

grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali

sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu

protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan

HyperText Transfer Protocol. Laman web yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet,

dengan menyediakan kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri-

ciri nya dalam Internet (Dictionary.com,2007).

E-commerce

E-commerce adalah electronic commerce yang merupakan jenis teknologi, aplikasi, dan

perniagaan yang menghubungkan perusahaan atau perseorangan sebagai pengguna untuk

melakukan transaksi elektronik, pertukaran barang, dan pertukaran informasi melalui internet

atau television , laman sesawang atau jaringan komputer lain.

Kegiatan e-commerce ini merupakan aplikasi dan penerapan dari e-bisnes (e-business) yang

berhubungan dengan transaksi komersial, misalnya pemindahan dana secara elektronik, SCM

(supply chain management), pertukaran data elektronik (electronic data interchange /EDI),

pemasaran online (online marketing), atau e-pemasaran (e-marketing) dam pemrosesan

transaksi online (online transaction processing) (Arfigo,2012).

Page 14: Kerja Kursus Perniagaan

3.0 Isu Dan Masalah Yang Dihadapi

Saya telah memilih untuk membantu seorang peniaga pakaian wanita yang berskala

kecil iaitu Cik Hanna James. Cik Hanna James telah memulakan perniagaan beliau sejak 3

bulan lalu. Nama perniagaan beliau ialah Beau Monde yang membawa maksud fesyen

kelas atasan. Beliau menjual pakaian-pakaian wanita kepada orang ramai di pasar malam

dan beliau tidak mempunyai premis. Cik Hanna memutuskan untuk tidak menyewa premis

kerana beliau belum mempunyai modal yang mencukupi untuk membayar sewa

pendahuluan bangunan kedai yang agak mahal. Beliau hanya menjual pakaian-pakaian

wanita setiap hari jumaat di pasar malam yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Oleh

kerana pasar malam hanya beroperasi selama setengah hari pada hari jumaat setiap

minggu di kawasan beliau, beliau mendapati agak sukar untuk beliau mendapat pulangan

modal dan untung kerana beliau hanya mampu berniaga setengah hari sahaja. Selain itu,

Cik Hanna James juga menyatakan bahawa tidak ramai orang yang mengetahui akan

kewujudan perniagaannya tersebut.

4.0 Batasan Masalah

Saya memutuskan untuk membantu Cik Hanna James membina laman sesawang untuk

butik pakaian wanita atas talian yang bertema minimalis kerana dengan berniaga di pasar

malam, beliau hanya dapat berniaga sekali dalam seminggu. Perkara tersebut

meminimumkan pendapatan beliau. Selain itu, tidak ramai orang yang mengetahui dan

menyedari kewujudan perniagaannya dan ini juga mengehadkan jumlah pelanggan yang

secara langsungnya meminimumkan pendapatan beliau.

5.0 Tujuan

Tujuan pembinaan laman sesawang untuk butik pakaian wanita Beau Monde ini

adalah untuk memaksimumkan pendapatan Cik Hanna James dengan membolehkan Cik

Hanna James berniaga atas talian dan memastikan beliau dapat berniaga 7 hari seminggu

tanpa hanya perlu menunggu hari pasar malam sahaja dengan wujudnya laman sesawang

tersebut dan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kewujudan butik pakaian

Page 15: Kerja Kursus Perniagaan

wanita atas talian, Beau Monde yang berpotensi meningkatkan kadar lawatan pelanggan ke

dalam laman sesawang butik Beau Monde yang secara tidak langsung mampu

meningkatkan jumlah penjualan produk kepada pelanggan.

6.0 Metodologi

Terdapat 3 fasa yang terlibat dalam tugasan ini.

Fasa Pertama: Pengumpulan Maklumat

Fasa ini melibatkan pengumpulan maklumat bagi mengenalpasti isu dan masalah yang

dihadapi oleh Cik Hanna James dan juga semasa mengenalpasti jenis laman sesawang

yang diingi oleh beliau. Saya telah berjumpa dengan Cik Hanna James secara personal dan

saya telah menemu bual beliau untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang sepatutnya.

Fasa Kedua : Rekabentuk dan Pembangunan Laman Sesawang

Saya telah menggunakan laman Wix.com untuk membina butik atas talian Beau

Monde. Laman Wix.com telah menyediakan templat siap yang hanya perlu diedit mengikut

cita rasa peniaga. Cik Hanna James menginginkan butik atas talian bertema minimalis dan

ringkas. Oleh itu, saya telah memilih templat yang paling ringkas seterusnya mengubah

nama templat asal kepada Beau Monde iaitu nama perniagaan Cik Hanna James.

Kemudian, saya mengubah gambar latarbelakang bagi templat tersebut kepada gambar

yang telah dipilih oleh Cik Hanna James. Seterusnya saya mengisi butir-butir mengenai

perniagaan Beau Monde ke dalam templat dan menambahkan gambar-gambar produk yang

dijual oleh Cik Hanna James ke dalam templat. Kemudian, saya memasukkan data-data

akaun agar pembeli boleh membayar secara dalam talian. Laman sesawang perniagaan

Beau Monde dibangunkan berdasarkan dapatan temubual yang dijalankan dan hasil rujukan

serta berdasarkan pembacaan.

Fasa Ketiga : Penilaian

Fasa ini adalah penilaian laman sesawang. Butik atas talian Beau Monde dinilai oleh

pemiliknya sendiri iaitu Cik Hanna James. Setelah Cik Hanna menggunakan laman sesawang

tersebut, saya menemubual beliau semua untuk mendapatkan maklumat dari segi kelebihan

Page 16: Kerja Kursus Perniagaan

dan kekurangan laman sesawang yang telah dibina. Pendapat beliau juga akan diambilkira bagi

memastikan laman sesawang yang dibina dapat memenuhi keperluannya. Sementara itu,

pendapat dan komen pensyarah akan diambilkira dari segi kesesuaian induk laman sesawang

yang digunakan untuk mencipta butik atas talian Beau Monde. Seterusnya, saya mengadakan

sesi soal selidik dengan beberapa orang pengguna laman sesawang Beau Monde untuk

memastikan laman sesawang dapat ditambah baik. Soal selidik dijalankan berasaskan kepada

rekabentuk antaramuka,rekabentuk interaksi dan cadangan serta komen (Majid Konting, 2000).

7.0 Analisis dan Dapatan Fasa-fasa Pembinaan Prototaip Laman sesawang

Gambar 1: Gambar 1 menunjukkan muka depan ataupun “home page” laman sesawang Beau Monde.

Gambar 2: Gambar 2 menunjukkan laman jualan bagi laman sesawang Beau Monde.

Page 17: Kerja Kursus Perniagaan

Gambar 3: Gambar 3 menunjukkan salah satu produk bagi laman sesawang Beau Monde.

Page 18: Kerja Kursus Perniagaan

Gambar 4: Gambar 4 menunjukkan talian pelanggan dan juga polisi pengembalian produk bagi

laman sesawang Beau Monde.

Gambar 5: Gambar 5 menunjukkan jawapan bagi soalan yang kerap ditanyakan oleh pelanggan

Page 19: Kerja Kursus Perniagaan

8.0 Visual Laman Sesawang Yang Terhasil : Kekuatan Dan Kelemahan

Setelah menemubual semula Cik Hanna James dan beberapa orang pengguna laman

sesawang Beau Monde, saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan

laman sesawang tersebut.

Antara kelebihan laman sesawang Beau Monde ialah ianya ringkas dan tidak sukar

untuk digunakan. Pengguna mudah mencari apa yang mereka mahukan. Selain itu,

pelanggan juga mudah untuk berhubung dengan peniaga dengan adanya kotak talian

pelanggan yang disediakan di mana pelanggan boleh terus berhubung dengan peniaga

tanpa perlu keluar dari pada laman sesawang Beau Monde untuk menggunakan aplikasi

lain untuk menulis email kepada peniaga. Selain itu, susunan ‘layout’ gambar-gambar

produk yang dipaparkan dengan kemas dan tersusun memudahkan pelanggan untuk

melihat dan memilih produk-produk yang dijual. Peniaga juga memberi maklum balas baik

tentang mudahnya untuk menambah produk-produk baru dan memadam produk-produk

yang telah habis daripada inventori. Peniaga juga berpuas hati dengan kemudahan yang

ada untuk peniaga meletakkan potongan harga. Seterusnya, reka bentuk laman sesawang

yang moden dan cantik juga memberikan tanggapan yang baik kepada pelanggan serta

menarik minat mereka untuk meneroka laman sesawang ini. Urusan jual beli dan tempahan

produk juga mudah dilakukan. Laman sesawang ini juga boleh diakses pada bila-bila masa

sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Peniaga juga boleh berniaga sepanjang hari

kerana perniagaan atas talian ini tidak ada masa tutupnya. Laman sesawang ini juga

memudahkan peniaga menguruskan jual beli produk tanpa perlu bersemuka dengan

pelanggan. Ini akan menjimatkan masa dan kos kedua-dua pihak kerana tiada kos minyak

mahupun sewa kedai dilibatkan dalam perniagaan butik atas talian ini. Selain itu, pelanggan

juga mudah membuat pilihan kerana mereka mampu melihat semua produk yang dijual

dalam masa yang singkat. Pelanggan yang malu untuk membeli produk yang dijual secara

langsung di kedai juga boleh membeli produk secara atas talian dalam laman sesawang

Beau Monde ini. Laman sesawang ini juga boleh dipromosikan di mana-mana laman

sesawang kerana adanya tersedia ‘widget’ yang boleh dipaparkan di laman seperti

Facebook, Blogspot, dan Wordpress.

Page 20: Kerja Kursus Perniagaan

Seterusnya, antara kekurangan laman sesawang ini ialah laman sesawang ini tidak

muncul pada carian teratas di dalam ‘search engine’ kerana ianya dibuat secara percuma.

Hal ini akan menyukarkan pengguna untuk mencari butik atas talian Beau Monde jika

mereka tidak memasuki laman Beau Monde melalui ‘widget’ yang dipaparkan di laman

sesawang lain. Selain itu, laman sesawang ini juga tidak mempunya laman ataupun ‘page’

yang spesifik seperti laman ‘sale’ dan laman ini juga tidak mempunyai butang untuk

mengklasifikasikan produk-produk seperti butang “baru ke lama” ataupun “murah ke mahal”.

Oleh itu ia menyukarkan pelanggan untuk melihat produk mengikut turutan harga. Laman

sesawang ini juga tidak mempunyai kemudahan carian produk secara automatic dan juga

butang “search”. Oleh itu, ianya agak memakan masa untuk pelanggan mencari produk

yang spesifik. Selain itu, laman sesawang ini juga tidak menyediakan kemudahan tapisan

ataupun “filter” dan ini turut menyukarkan pengguna untuk menapis produk-produk tertentu

yang mereka tidak ingin lihat.

9.0 Kesimpulan

Butik atas talian Beau Monde ini sememangnya memudahkan lagi aktiviti perniagaan

Cik Hanna James kerana kini, beliau sudah mampu berniaga selama 7 hari seminggu tanpa

perlu menunggu hari pasar malam. Cik Hanna James juga telah berjaya menjual beberapa

produk dalam masa beberapa hari menggunakan laman sesawang ini kerana beliau berjaya

mempromosikan butik atas talian beliau dengan meletakkan ‘widget’ pada laman blog dan

Facebook beliau. Walaupun demikian, terdapat juga beberapa penambahbaikan yang perlu

dilakukan untuk laman sesawang ini iaitu Cik Hanna James perlu membayar ‘Search

Engine’ yang popular agar butik Beau Monde muncul pada carian teratas apabila kata kunci

tertentu seperti ‘Cheap Fashionable Clothes in Malaysia’. Dengan penambahbaikan itu,

ianya akan menjadi mudah bagi pengguna untuk mencari dan melayari laman sesawang

Beau Monde dan urus niaga juga akan dapat dilakukan. Seterusnya, muka ataupun ‘page’

yang spesifik seperti muka ‘sale’ perlu dibina di dalam butik atas talian Beau Monde agar

masa pengguna dapat dijimatkan untuk melihat produk-produk yang mempunyai potongan

harga. Kemudian, ‘search button’ juga perlu dibina untuk memudahkan pelanggan mencari

sesuatu produk spesifik tanpa perlu melihat semua produk. Butang klasifikasi dan butang

filter juga perlu dibina agar pelanggan lebih mudah mengklasifikasikan produk-produk yang

terdapat di dalam butik Beau Monde.

Page 21: Kerja Kursus Perniagaan

Pertama sekali saya sangat bersyukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan

ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan

ini, apa yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya

hadapi sama ada dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi

penerangan daripada pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan

kerja kursus ini dan ia memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk

melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya

dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami.

Sebagai contoh, sebelum ini, pemahaman saya mengenai e-commerce sangatlah

kurang. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini dapat memahami

dengan baik mengenai e-commerce.

Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan rakan-

rakan secara lisan dengan betul semasa berbincang dengan mereka untuk bertukar-

tukar pendapat dan idea bagi menjawab kehendak soalan tugasan 1. Sebelum ini,

kemahiran berkomunikasi saya agak kurang namun, setelah melaksanakan kerja

kursus Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan, saya dapat menguasai kemahiran

tersebut dengan baik. Semasa melaksanakan kerja kursus ini juga, saya dapat

menguasai komunikasi lisan dengan baik dan berkesan semasa berbincang dan

bertukar-tukar pendapat dengan pensyarah saya dan ini merupakan salah satu perkara

yang harus saya banggakan kerana sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya

kurang berkomunikasi secara lisan dengan pensyarah saya disebabkan oleh kurangnya

keyakinan komunikasi kerana di rumah saya dan ahli keluarga saya bertutur dalam

bahasa Dusun iaitu bahasa ibunda kaum saya.

Seterusnya, dalam usaha melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini, saya

kini lebih memahami tajuk-tajuk yang kami pelajari bagi kursus Pendidikan Perniagaan

dan Keusahawanan. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, lebih yakin dan lebih

mengingati topik-topik yang dibincangkan semasa kuliah berlangsung kerana saya

dapat melakukan lebih banyak bacaan dan kajian mengenai topik-topik yang dipelajari

dalam kelas semasa kuliah berlangsung. Selain itu, saya juga tidak pernah menambil

kisah mengenai kursus Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan. Namun, dalam

REFLEKSI

Page 22: Kerja Kursus Perniagaan

masa melaksanakan kerja kursus ini, saya telah membaca sebuah artikel mengenai

perniagaan di dalam premis kedai yang mengalami kerugian dan terpaksa menutup

kedai namun pemilik perniagaan tersebut tidak berputus asa dan telah meneruskan

perniagaan atas talian dan beliau memperoleh untung dua kali ganda berbanding

meniaga di dalam kedai. Kini , saya sangat tertarik dan berminat untuk lebih mendalami

kursus ini kerana saya tidak menyangka bahawa kursus ini sebenarnya menarik.

Stereotaip saya bahawa kursus ini membosankan dan sukar ternyata silap kerana ia

sebenarnya seronok untuk dipelajari.

Saya juga kurang memahami soalan kerja kursus yang telah diberikan. Namun,

atas tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat berharga daripada pensyarah kesayangan

kami iaitu Puan Arfah dan Encik Khir serta rakan-rakan sekelas saya, saya berjaya

memahami soalan dan dapat menyiapkan tugasan 1 kerja kursus ini dengan senang

hati dan gembira. Selain itu, pengalaman yang saya perolehi semasa mengumpul

maklumat-maklumat tentang tugasan yang diberi, sedikit sebanyak telah membantu

saya menambah pengetahuan dalam kursus ini disamping ingin menyiapkan kerja

kursus. Saya kini juga menyedari akan betapa pentingnya untuk menguasai kursus ini

untuk digunakan dalam kehidupan seharian dan apabila saya menjadi guru kelak.

Pengetahuan-pengetahuan ini amat penting untuk diaplikasikan ketika saya keluar

mengajar nanti. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa

berkorban masa, tenaga, dan sebagainya ,saya tetap berpuas hati kerana dengan hasil

kerja keras saya dapat juga tugasan ini disiapkan.

Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini

terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan

tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk membuat

tugasan yang agak sukar. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai sumber

seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi

ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku dan bahan

rujukan kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada

kami adalah agak terhad dan saya datang ke perpustakaan agak lambat berbanding

rakan-rakan sekelas saya dan ini menyebabkan saya sukar mendapat bahan rujukan

Page 23: Kerja Kursus Perniagaan

yang sepatutnya.Selain itu, saya juga mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak

untuk memikirkan idea-idea yang mantap bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil

daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik

peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan

sekelas semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu

sama lain terutamanya dalam perbincangan kami semasa menyiapkan kerja kursus ini.

Kami saling bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat antara satu sama lain bagi

menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga saling bekerjasama dalam bertukar-tukar

sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan

seperjuangan juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung.

Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak

pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu

dalam memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini

dengan jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah

yang membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Page 24: Kerja Kursus Perniagaan

Beau Monde. (2016, 3 10). Retrieved 3 17, 2016, from Wix.com:

http://sherlyjewinly.wix.com/beaumonde

Azwana, A. (2015, 8 15). DocSlide. Retrieved 3 10, 2016, from Pengenalan E- Dangang:

http://documents.tips/documents/bab-o1-pengenalan-e-dagang.html

Baharuddin, A. (2001). Sistem Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Mohamad, Z. (2016). Keberkesanan Kajian Pembelajaran Berbantu Komputer (Penggunaan

Internet – Virtual Field Trips) Terhadap Penguasaan Konsep Sains – Siratan Makanan.

Keberkesanan Kajian Pembelajaran Berbantu Komputer, 558-591.

Noor Azman, Mokhtar Pot, Mohammad Asri, & Rafidah Manap. (2015). Pengajian Perniagaan.

Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Sharani, A. (2016). Pembanguan dan Penilaian Pembelajaran Menerusi Web Bagi Sub Topik

'Membina Laman Web' Berasaskan Pendekatan Kolaboratif. Pembelajaran Menerusi

Web, 737-742.

Timo, K. (2009). Online Business Productivity. Los Angeles : CreateSpace Independent

Publishing Platform.

Zahar, A. (2010). Empayar Perniagaan Internet. Kuala Lumpur: Jootawan Publication .

RUJUKAN

Page 25: Kerja Kursus Perniagaan

Gambar 3: Gambar 3 menunjukkan keadaan perniagaan Cik Hanna James di Pasar Malam

DAPATAN / LAMPIRAN

Page 26: Kerja Kursus Perniagaan

Gambar 4: Gambar 4 butik atas talian, Beau Monde yang telah siap dicipta. Laman ini boleh dilayari melalui “link” berikut: http://sherlyjewinly.wix.com/beaumonde