kertas kerja perkhemahan pd

17
SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA TAMAN MAWAR, BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN. KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA 2012 TEMPAT : PUSAT PENYELIDIKAN SAINS MARIN, BATU 7.5 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN TARIKH : 13 dan 14 OKTOBER 2012 (SABTU DAN AHAD) ANJURAN :

Upload: salhawatiy

Post on 24-Dec-2015

251 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Contoh Kertas Kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Perkhemahan PD

SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA

TAMAN MAWAR, BANDAR BARU SALAK TINGGI,

43900 SEPANG,

SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PERDANA

SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA

2012

TEMPAT :

PUSAT PENYELIDIKAN SAINS MARIN,

BATU 7.5 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

TARIKH :

13 dan 14 OKTOBER 2012

(SABTU DAN AHAD)

ANJURAN :

UNIT KOKURIKULUM SK KLIA

1.0 PENGENALAN

Page 2: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan

luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk

masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid

percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-

aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu

persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat

keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Pada tahun ini, Unit

Kokurikulum SK KLIA sekali lagi diberi mandat untuk mengelolakan

perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahun empat, lima

dan enam. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program

ini akan mencapai objektifnya. Selain itu, adalah sangat diharapkan agar

perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid

menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman,

perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama

murid dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM

Perkhemahan Perdana SK KLIA, Sepang.

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

3.1 Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta

berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan guru.

3.2 Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di sekolah bersama-

sama unit masing-masing semasa perkhemahan.

3.3 Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang

berfaedah.

3.4 Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

3.5 Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran

matang.

4.0 OBJEKTIF

2

Page 3: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

Pada akhir program ini, peserta program dapat :

4.1 Didedahkan dengan pengalaman baru di dalam suasana perkhemahan.

4.2 Mewujudkan kerjasama dan tolong menolong di kalangan murid serta

guru di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

4.3 Memberi peluang kepada murid untuk mengasah dan menonjolkan

bakat serta kebolehan yang dimiliki.

4.4 Mewujudkan persaingan yang sihat antara murid.

4.5 Memberi peluang kepada murid agar lebih berani dan yakin akan diri

sendiri.

4.6 Merapatkan hubungan silaturrahim di antara murid dan guru-guru.

5.0 SASARAN PENYERTAAN

120 orang murid Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) yang

mewakili setiap unit uniform iaitu :

i. 30 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak (PKK)

ii. 30 orang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

iii. 30 orang ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

iv. 30 orang ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

6.0 PELAKSANAAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 14 dan 15 Oktober 2012

Hari : Sabtu dan Ahad

Tempat : Pusat Penyelidikan Sains Marin,

Batu 7.5 Port Dickson,

Negeri Sembilan.

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

3

Page 4: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

Jawatankuasa Induk

Program Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

Penasihat: Puan Rumiah Bt Abd Jalil (Guru Besar SK KLIA)

Pengerusi: Encik Idris Bin Abd Rahman (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi: Puan Nooriah Bt Kasah (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi: Puan Anida Bt Salehuddin (GPK Hal Ehwal Murid)

Setiausaha: Puan Salhawati Bt Yusof

Kem Komandan: Puan Rodziah Bt Zainal

Pen. Kem Komandan : 1. Puan Norlia Bt Nasir

2. Puan Nariah Bt Mat Ali

3. Puan Marina Bt Md Yusof

Jawatankuasa Kecil :

Makanan Dan Minuman

1. Pn. Norlia Bt Nasir

Keselamatan Dan Kecemasan

1. Pn Nariah Bt Mat Ali

Hadiah Dan Sijil

1. Pn. Marina Bt Md Yusof

Kerohanian

1. Pn.Salhawati Yusof

Hakim Pertandingan

1. Guru Besar

2. GPK Pentadbiran

Dokumentasi

1. Pn Rodziah Bt Zainal

Penyelaras Aktiviti /Persiapan

Alatan Pertandingan :

1. Pn. Norlia Bt Nasir (khemah)

2. Pn. Rodziah Bt Zainal (Ikatan)

3. Pn. Nariah Bt Mat Ali (Aktiviti

Air)

4. Pn. Salhawati Yusof (Malam

Kebudayaan)

5. Pn. Marina Bt Md Yusof (LDK)

Riadah :

1. Puan Salhawati Yusof

4

Page 5: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

8.0 ATUR CARA PROGRAM

Cadangan aktiviti program adalah seperti berikut :

Hari Pertama – 13 Okt 2012

(Sabtu)

Hari Kedua – 14 Okt 2012 (Ahad)

8.00 pagi: Pendaftaran Peserta

8.30 petang : Taklimat Perkhemahan

9.00 petang : Mendirikan khemah

Demonstrasi mendirikan

khemah, susun atur

tapak khemah.

Mendirikan khemah

Membersihkan kawasan

perkhemahan.

11.00 pagi: Demonstrasi Ikatan

Latihan Ikatan

Pertandingan Ikatan

12.00 t/hari: Makan Tengahari

1.30 petang: Solat Zuhur

2.30 petang : Latihan Dalam

Kumpulan

3.30 petang : Persiapan

Persembahan

Kebudayaan

6.00 petang : Pengurusan diri

Makan malam

7.00 malam : Solat Maghrib

Tazkirah Maghrib

Solat Isyak

9.00 malam: Pertandingan

Persembahan

Kebudayaan

11.00 malam: Minum Malam / Tidur

5.00 pagi : Bangun tidur,

Pengurusan diri

Solat Subuh

Tazkirah Pagi

7.00 pagi : Riadah

8.00 pagi : Sarapan pagi

8.30 pagi : Aktiviti Air

Latihan berenang dan

berkayak.

12.30 tengahari: Makan Tengahari

1.30 petang : Solat Zuhur

2.00 petang : Menurunkan khemah

3.00 petang : Majlis Penutup

Penyampaian Hadiah

dan Sijil.

4.00 petang : Bersurai

5

Page 6: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

9.0 Penutup

Melalui program yang dirancang ini, diharapkan agar para peserta

dapat melibatkan diri dengan penuh bersemangat dalam setiap aktiviti yang

telah dirancang. Semoga mendapat kerjasama dan komitmen daripada

semua pihak.

Disediakan oleh :

(PUAN SALHAWATI BT YUSOF)

Setiausaha,

Program Perkhemahan Perdana 2012,

Sekolah Kebangsaan KLIA

Disemak oleh :

(ENCIK IDRIS BIN ABD RAHMAN)

GPK Kokurikulum,

Sekolah Kebangsaan KLIA.

Disahkan oleh :

(PUAN RUMIAH BINTI ABD JALIL)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan KLIA

6

Page 7: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

LAMPIRAN

1. ANGGARAN PERBELANJAAN

BI

L.

KETERANGAN JUMLAH JUMLAH

1. Makan dan minum murid :

Jumaat : Minum petang - RM RM

7

Page 8: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

2.

3.

4.

2.00 X 120 orang

Makan malam - RM

5.00 X 120 orang

Minum malam - RM

1.00 X 120 orang

Sabtu : Sarapan - RM

2.00 X 120 orang

Minum pagi - RM

1.50 X 120 orang

Makan tengahari - RM

5.00 X 120 orang

Makan dan minum guru :

Jumaat : Minum petang - RM

2.00 X 20 orang

Makan malam - RM

5.00 X 20 orang

Minum malam - RM

1.00 X 20 orang

Sabtu : Sarapan - RM

2.00 X 20 orang

Minum pagi - RM

1.50 X 30 orang

Makan tengahari - RM

5.00 X 30 orang

Hadiah / Cenderahati

i. Kawad Kaki (Johan) - RM 5.00

X 19 orang

Kawad Kaki (Naib Johan) - RM 4.00

X 19 orang

240.00

RM

600.00

RM

120.00

RM

240.00

RM

180.00

RM

600.00

RM

40.00

RM

100.00

RM

20.00

RM

40.00

RM

45.00

RM

150.00

RM

95.00

RM

76.00

RM

1980.00

RM

395.00

RM

171.00

RM

90.00

RM

45.00

RM

54.00

8

Page 9: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

ii. Apresiasi Seni (Johan) - RM 5.00

X 10 orang

Apresiasi Seni (Naib Johan) - RM 4.00

X 10 orang

iii. Masakan Rimba (Johan) - RM 5.00

X 5 orang

Masakan Rimba (Naib Johan) - RM 4.00

X 5 orang

v. Pertolongan Cemas (Johan) - RM

5.00 X 6 orang

Pertolongan Cemas (Naib Johan) - RM 4.00

X 6 orang

v. Johan Keseluruhan

v. Cenderahati pengadil - RM

30.00 X 2 hamper

Keperluan Peralatan :

i ) Pertandingan Memasak :

- Tepung - RM 3.00 X 8 kg

- Bawang - RM 2.50 X 2

kg

- Telur - 30 biji

- Buluh - 4 batang

ii) Pertandingan Pertolongan Cemas

- Kain anduh - RM 8.00 X 5

helai

iii) Bateri 24 biji

iv) Runcit

RM

50.00

RM

40.00

RM

25.00

RM

20.00

RM

30.00

RM

24.00

RM 24.00

RM 5.00

RM 12.00

RM 10.00

RM 40.00

RM 10.00

RM 20.00

RM

120.00

RM

60.00

RM

51.00

RM

70.00

JUMLAH KESELURUHAN RM

9

Page 10: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

3066.00

Sumber Kewangan :

i. Makan dan minum murid - RM1980.00 (Bantuan Kokurikulum)

ii. Makan dan minum guru - RM 395.00 (Sumbangan PIBG)

iii. Hadiah / Cenderahati - RM540.00 (Sumbangan PIBG)

iv. Keperluan Peralatan - RM121.00 (Bantuan Kokurikulum)

__________

JUMLAH KESELURUHAN RM 3066.00

2. CADANGAN AKTIVITI PERTANDINGAN

JENIS

AKTIVITI

TEMPOH

MASA

BILANGAN

PESERTA

CATATAN

Ikatan 30 minit - Semua

unit

terlibat.

- Rujuk Panduan Kawad yang

disediakan.

- Pertandingan dijalankan di

10

Page 11: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

- 18 orang

peserta

bagi setiap

unit.

tapak perhimpunan.

- Disiplin, kekuatan suara dan

keseragaman merupakan

antara aspek utama yang

dinilai.

Persembaha

n

Kebudayaan

60 minit Maksimum

10 orang

bagi setiap

unit.

- Jenis persembahan adalah

bebas.

- Setiap persembahan boleh

menggunakan alat sokongan.

- Kreativiti persembahan dan

daya tarikan persembahan

diutamakan.

- Persembahan yang melebihi

masa yang ditetapkan akan

ditolak markah.

- Persembahan diadakan di

Dewan Terbuka sekolah.

Berenang 60 minit 5 orang

peserta bagi

setiap unit.

- Pertandingan dijalankan di

dewan terbuka.

- Menunjukkan simulasi 4/5 jenis

balutan berdasarkan situasi

yang diberikan.

i. Balutan kepala

ii. Balutan kaki

iii. Balutan tangan

iv. Balutan dada

4. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA TERLIBAT

Urusetia / Persiapan Tempat

1. Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan

11

Page 12: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

2. Menyelaras perjalanan aktiviti dan pertandingan.

3. Sentiasa menghebah segala maklumat terkini.

Pendaftaran / Buku Program :

1. Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru

bertugas.

Makanan dan minuman

1. Merancang dan menentukan menu makanan

2. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

3. Memastikan makanan dan minuman yang disediakan mencukupi dengan

jumlah kehadiran peserta.

4. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih

Penyelaras Aktiviti / Persiapan Pertandingan

1. menyediakan tempat dan peralatan untuk pertandingan sekiranya perlu.

2. memastikan pertandingan berjalan mengikut masa yang ditetapkan.

3. Berada di tempat pertandingan semasa aktiviti dijalankan.

Ibadah / Kerohanian

1. Menyediakan Imam para peserta solat berjemaah.

2. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.

3. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.

Keselamatan / Kecemasan

1. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.

2. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti.

3. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

Hadiah / Sijil

12

Page 13: Kertas Kerja Perkhemahan PD

Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

1. Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang

dijalankan.

2. Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata sekiranya ada.

3. Mengurus majlis penyampaian hadiah.

AJK Riadah

1. Mengendalikan aktiviti riadah dan senaman pagi sepanjang tempoh

perkhemahan berlangsung.

Hakim Pertandingan

1. Memastikan borang markah disediakan.

2. Berada di kawasan pertandingan pada masa yang ditetapkan.

3. Memberi markah berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut

pertandingan masing-masing.

Penyelaras Peserta

1. Menyediakan peserta untuk setiap acara yang dipertandingkan.

2. Memastikan peserta berada di kawasan pertandingan pada masa yang

ditetapkan.

3. Memastikan peserta sentiasa berdisiplin dan menepati masa.

Keselamatan Dan Kecemasan

1. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas.

2. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap

aktiviti yang dijalankan.

13