kertas kerja pengucapan awam

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA KERTAS KERJA CADANGAN BENGKEL PENGUCAPAN AWAM TARIKH: 22 JULAI 2015 (RABU) TEMPAT: DEWAN SRI KANDI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU ANJURAN: JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016 DENGAN KERJASAMA: JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Upload: noor-shaiera

Post on 05-Nov-2015

746 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

KERTAS KERJA CADANGANBENGKEL PENGUCAPAN AWAM

TARIKH:22 JULAI 2015 (RABU)TEMPAT:DEWAN SRI KANDI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYUANJURAN:JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016DENGAN KERJASAMA:JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

1.0 PENDAHULUANProgram bengkel pengucapan awam ini amat diperlukan untuk melahirkan guru pelatih yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta keberanian dan petah bercakap dalam memberi ucapan atau berpidato dengan lebih baik. Dengan adanya pendedahan ini dapat membina keyakinan guru pelatih untuk berhadapan dengan sesebuah majlis seperti pengacaraan, menjadi penceramah dan menjadi fasilitator yang memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.

2.0 RASIONALBengkel pengucapan awam ini adalah satu program yang dirangka untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang betapa pentingnya menguasai teknik dan cara pengucapan yang baik. Oleh itu, guru pelatih perlu mengetahui tatacara dan teknik penyampaian ucapan yang baik dan berkesan supaya dapat membina keyakinan diri dan keberanian yang tinggi. Dengan adanya maklumat dan pengetahuan dalam bidang ini, guru pelatih dapat membina keyakinan diri untuk lebih berani dalam melahirkan pandangan dan pendapat sendiri serta dapat menyampaikan sesuatu ucapan dan ceramah dengan baik apabila diberi tugas sebagai pengacara majlis, penceramah atau pemidato.

3.0 MATLAMATProgram ini bermatlamat untuk memberi informasi, pengetahuan dan maklumat serta pendedahan mengenai teknik pengucapan awam kepada guru pelatih supaya dapat menimbulkan minat, keyakinan dan keberanian yang tinggi untuk berucap di khalayak ramai dengan ucapan yang baik dan berkesan.

4.0 OBJEKTIFi. Untuk melahirkan guru pelatih yang mempunyai keterampilan diri dan sahsiah yang tinggi, berdisplin, rajin, kreatif, kritis dan berinovatif.ii. Membimbing guru pelatih untuk mengenali bakat dan potensi diri yang ada pada diri mereka bagi menjana minda dalam mencapai wawasan kecemerlangan.iii. Membentuk sikap dan nilai positif murid dan bermatlamat tinggi kearah penonjolan imej kendiri yang bersesuaian.iv. Memberi kesedaran kepada guru pelatih bahawa mereka berpotensi untuk menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan.

5.0 BUTIRAN PROGRAMProgram ini akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 22 Julai 2015Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petangTempat: Dewan Sri Kandi

6.0 KUMPULAN SASARANBengkel pengucapan awam ini mensasarkan semua guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAANBILPERKARAJUMLAH

1. Cenderamata2

JUMLAH2

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa IndukPenaung: Cik Siti Norkiah Binti Idris (Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu)Penasihat: Pn. Zamrah Binti Bongsu (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu)Pengerusi: En. Mohd Azizi Bin Yahaya (Timb. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu)Timbalan Pengerusi: En. Hamzah Bin Dolah (Pensyarah Penasihat Exco Protokol dan Logistik JPP 2015/2016)

Jawatankuasa PelaksanaPengarah Program: Noor Shaiera Binti HassanTimb. Pengarah Program: Nor Zaihanis Binti ZulkifliSetiausaha : Munirah Binti Md SofiBendahari: Nurul Hafidzah Binti Nasrudin

AJK DOKUMENTASIDG Rafidah Binti PiutNadzirah Binti Osman

AJK CENDERAMATA Nurul Iffah Binti AzmanSiti Aishah Binti SafieeSiti Aisyah Binti Nasarudin

AJK PERSIAPAN TEMPAT Nik Husniah Binti Nik HusinNorehan Binti OthmanTengku Zainab Binti Tengku Md Fauzi

AJK MAKANAN Siti Fatimah Binti HusainiNur Dini Binti Mohd Supian

AJK TUGAS-TUGAS KHASSyafiqah Izzati Binti SuhaimiNur Izzati Binti Ahmad Izudin

AJK PENDAFTARANSyafiqah Binti HasramNurhidayah Binti MuhamadNur Anis Zafirah Binti Mhd Zain

AJK PERALATAN DAN TEKNIKNoor Shaiera Binti HassanNor Zaihanis Binti Zulkifli

9.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKHMASAATUR CARA

22 Julai 20152.00 petangKetibaan pelajar dan pensyarah

2.10 petangBacaan doa

2.20 petangSlot 1 : Ceramah mengenai pengucapan awam

3.30 petangSlot 2 : Uji bakat

4.50 petangMajlis penutup

5.00 petangBersurai

10.0 PENUTUPBesarlah harapan penganjur agar program ini akan dapat mencapai segala objektifnya dan segala kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak amat diharapkan dan amat dihargai. Semoga program ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.

Disediakan Oleh: NOOR SHAIERA BINTI HASSANPengerusi,Exco Protokol dan Logistik,IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Disemak Oleh:EN. HAMZAH BIN DOLLAHPensyarah Penasihat,Exco Protokol dan Logistik JPP 2015/2016,Jabatan Teknologi Pendidikan,IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Disahkan Oleh:PN. ZAMRAH BINTI BONGSUKetua Jabatan,Jabatan Hal Ehwal Pelajar,IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

ULASAN KU KP/ PEK

ULASAN PENGARAHLULUS/ TIDAK LULUSCIK SITI NORKIAH BINTI IDRISPengarah,IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.