kertas kerja pembangunan pusat sumber (1) pdf

16
KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS 1 RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1.0 RASIONAL Pelajar masa kini merupakan aset yang penting untuk kemajuan negara dan cermin kepimpinan masa akan datang. Oleh itu Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan salah satu agen yang diharapkan dapat membantu ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan selaras dengan keperluan pendidikan. Di samping itu, PSS perlu menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Untuk tujuan itu, setiap sekolah perlu mempunyai sebuah pusat sumber yang lengkap supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya serta bermanfaat kepada semua pihak terutamanya para pelajar. Pelbagai maklumat terkini serta kemajuan teknologi maklumat (ICT dalam P&P) dapat disalurkan kepada para pelajar. Hal ini dapat memberi peluang kepada murid-murid yang kurang berkemampuan menikmati dan melalui pelbagai situasi P&P yang menarik, serba canggih dan bermaklumat. Sekiranya PSS berada dalam keadaan yang serba kekurangan, sudah tentu objektifnya serta pengujudannya tidak dapat dicapai. Apa yang menyedihkan lagi peranannya sebagai pembantu dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, beilmu pengetahuan, berketerampilan, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan buah fikiran tidak dapat dilaksanakan.

Upload: hannahkeisha

Post on 15-Dec-2015

1.729 views

Category:

Documents


183 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

1

RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 RASIONAL Pelajar masa kini merupakan aset yang penting untuk kemajuan negara dan

cermin kepimpinan masa akan datang. Oleh itu Pusat Sumber Sekolah (PSS)

merupakan salah satu agen yang diharapkan dapat membantu ke arah mencapai

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan selaras dengan keperluan pendidikan.

Di samping itu, PSS perlu menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk

membantu proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang

selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya.

Untuk tujuan itu, setiap sekolah perlu mempunyai sebuah pusat sumber yang

lengkap supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya serta bermanfaat kepada

semua pihak terutamanya para pelajar. Pelbagai maklumat terkini serta kemajuan

teknologi maklumat (ICT dalam P&P) dapat disalurkan kepada para pelajar. Hal ini

dapat memberi peluang kepada murid-murid yang kurang berkemampuan menikmati

dan melalui pelbagai situasi P&P yang menarik, serba canggih dan bermaklumat.

Sekiranya PSS berada dalam keadaan yang serba kekurangan, sudah tentu

objektifnya serta pengujudannya tidak dapat dicapai. Apa yang menyedihkan lagi

peranannya sebagai pembantu dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi

rohani dan jasmani, beilmu pengetahuan, berketerampilan, berkeupayaan mencapai

kesejahteraan dan memberi sumbangan buah fikiran tidak dapat dilaksanakan.

Page 2: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

2

2.0 MATLAMAT Menambah baik keadaan fizikal dan mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah

khusus Bilik Alat Pandang Dengar (APD) sedia ada yang boleh menjadikan sebuah bilik

yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif

proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) selaras dengan Perancangan Strategik

Pusat Sumber SMK Three Rivers 2014-2018 dan kehendak Pusat Sumber Pendidikan

(PSPN) serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0 OBJKETIF

3.1 Mengadakan sebuah Bilik APD yang lengkap dengan beberapa kemudahan

asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya disamping

lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.

3.2 Menambah bilangan peralatan Audio Visual selaras dengan kemajuan teknologi

maklumat (ICT dalam P&P) serta kehendak Kementerian Pendidikan supaya

guru-guru dapat mewujudkan situasi dan teknik P&P yang pelbagai dan

menarik.

3.3 Menyediakan kerusi dan meja sebagai persediaan tempat P&P dan aktiviti yang

dijalankan.

3.4 Menyediakan sudut bacaan selaras dengan fungsinya sebagai teras

perkembangan ilmu kepada guru-guru dan murid-murid.

3.5 Menambah pelbagai Bahan Bantu Belajar yang berkualiti, mudah digunakan,

mudah disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai

dengan sukatan pelajaran masa kini.

3.5 Menyediakan keceriaan Bilik APD supaya lebih selesa dan menarik agar dapat

dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid di

samping mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di

bilik darjah.

3.6 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai, selamat, bersih serta

selesa di samping peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra

pengguna). \

Page 3: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

3

4.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. RANCANGAN JANGKA PENDEK

A. Penyediaan Koleksi Bahan

BIL PERANCANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Membeli pelbagai bahan bacaan dan rujukan untuk

kegunaan guru dan murid.

(Karya agung, rujukan dan latihan)

RM 5 000.00

2. Membeli dan membina pelbagai bahan bantu

mengajar.

(bahan berbentuk carta, model serta alatan yang

berkaiatan dengan P&P)

RM 1 500.00

3. Membeli CD berkaitan sukatan pelajaran terkini dan

P&P.

RM 500.00

4. Membeli sebuah komputer dan printer RM 2 500.00

5. Memberi LCD Projektor RM 1 500.00

6. Membaikpulih penggunaan TV/Kampus ASTRO RM 400.00

7. Peralatan Audio Visual/Pembesar Suara/Speaker RM 2 000.00

8. Menyediakan Radio RM 1 000.00

B. Pembangunan Fizikal

BIL PERANCANGAN ANGGARAB BELANJAWAN

1. Membeli dan menempah langsir RM 1 000.00

2. Menempah alas meja dan “skirting” untuk meja RM 300.00

3. Menyediakan papan kenyataan

- Dalam Bilik APD

- Luar Bilik APD

RM 700.00

4. Membaikpulih dan menambah alat penghawa dingin RM5 000.00

5. Membaik pulih lampu RM200.00

6. Membaik pulih pintu/kunci RM200.00

7. Membaikpulih tingkap RM1 500.00

8. Menyediakan meja panjang RM1 500.00

Page 4: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

4

C. Aktiviti dan Program Bilik APD

BIL PERANCANGAN ANGGARAN BELANJAWAN

1. Melengkapkan Bilik APD dan perpustakaan dengan

kerusi dan meja yang boleh menampung sekurang-

kurangnya 50 orang murid dalam satu masa.

RM 5 000.00

2. Melengkapkan laluan ilmu di koridor Bilik APD untuk

projek mengindahkan sekolah.

RM 500.00

3. Mengecat Bilik APD RM 1 400.00

4. Membeli pasu dan bunga hiasan RM 400.00

5. Membeli tikar getah untuk alas lantai RM 1 500.00

6. Membeli almari dan rak RM 2 000.00

2. RANCANGAN JANGKA PANJANG

A. Penambahan Koleksi Bahan

BIL PERANCANGAN ANGGARAN BELANJAWAN

1. Membeli satu unit peti televisyen 42”. RM 2 500.00

2. Mendapatkan enam buah komputer. RM 12 000.00

3. Membeli kamera video khas untuk merakamkan

sebarang kegiatan anjuran PSS dan Sekolah.

RM 3 000.00

4. Mencapai target nisbah pelajar dan buku 1 : 50 (lebih

kurang 20000 buah buku)

RM 15 000.00

5. Membeli buku-buku rujukan ilmiah seperti buku

rujukan peperiksaan, latihan dan sebagainya mengikut

keperluan murid yang semakin meningkat.

RM 10 000.00

Page 5: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

5

B. Pembangunan Fizikal

BIL PERANCANGAN ANGGARAN BELANJAWAN

1. Membina 3 buah pondok bacaan . RM 10 000.00

2. Membaik pulih penghadang koridor perpustakaan

yang susah reput.

RM 1 000.00

3. Memasang owning (atap) di dalam perpustakaan bagi

mengelakkan air hujan tiris.

RM 2000.00

4. Mewujudkan taman sumber yang lengkap bagi tujuan

P&P dan mengindahkan lagi kawasan sekolah.

RM 3000.00

5. Membaik pulih alat penghawa dingi Perpustakaan RM 5 000.00

C. Aktiviti dan program PSS

BIL PERANCANGAN ANGGARAN BELANJAWAN

1. Mengadakan majlis penganugerahan lencana kepada

Rakan Pembaca NILAM, anugerah NILAM dan

sebagainya.

RM 500.00

2. Menyediakan satu galeri sejarah yang menempatkan

barang-barang lama dan sejarah-sejarah kawasan

setempat.

RM 3 000.00

3. Mewujudkan “RADIO SEKOLAH” yan berfungsi

menyampaikan segala maklumat yang berkaitan

kepada semua warga sekolah

RM 3 000.00

4. Laluan Ilmu RM4 400.00

Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek pembangunan Pusat Sumber Sekolah adalah RM 110, 000.00

Page 6: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

6

5.0 SUMBER KEWANGAN

1. Wang Sekolah (Peruntukan Geran Per kapita)

2. Wang SUWA

3. Lebihan Perbelanjaan Berulang Tahun (LPBT)

4. Sumbangan PIBG

5. Peruntukan Geran Perkapita Bagi Panitia Mata pelajaran

6. Sumbangan pembekal sekolah

6.0 PERMOHONAN DERMA DAN SUMBANGAN

1. Ibu bapa dan penjaga murid

2. Kelab Guru

3. Koperasi Sekolah

4. Orang ramai

5. Wakil Rakyat dan Wakil Parlimen

6. Menteri Besar

7. Syarikat-syarikat swasta

8. Badan-badan berkanun

9. Bahagian Pembangunan Daerah dan Negeri

10. Jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia

11. Aktiviti jualan (kad pinjaman, penanda buku kad ucapan dan Program PSS)

7.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

Adalah diharapkan segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan serta

tercapai objektifnya dalam tempoh masa dari Tahun 2014 – Tahun 2018 nanti.

Page 7: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

7

8.0 TENAGA KERJA

1. Pihak pentadbir sekolah

2. Jawatan kuasa kerja PSS

3. Panitia-Panitia Mata pelajaran

4. Persatuan Ibu bapa dan Guru

5. Pengawas Perpustakaan

6. Murid-urid

7. Pekerja sekolah

9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

1. Membuat dan membincangkan beberapa cadangan rancangan pembangunan

PSS bersama-sama Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Induk.

2. Membuat anggaran perbelanjaan yang diperlukan berdasarkan kos semasa.

3. Membentangkan Rancangan Pembangunan PSS kepada pihak pengurusan

dalam sesi perbincangan.

4. Merancang aktiviti dan sasaran untuk mendapatkan sumber kewangan.

5. Membuat agihan tugas yang menyeluruh.

6. Melaksanakan aktiviti dan tindakan mengikut kesesuaian berdasarkan

perancangan yang telah dibuat.

7. Memantau perlaksanaan dari segi pengurusan dan kelancaran (terancang dan

berterusan)

8. Mengenal pasti masalah-masalah atau kekangan yang timbul daripada

perancangan yang telah, sedang atau belum dilaksanakan.

9. Mencari jalan penyelesaian dan membuat persediaan bagi mengatasi masalah

dan sebarang kemungkinan yang timbul.

10. Menilai perlaksanaan Rancangan Pembangunan dari segi keutamaan, keperluan

dan keberkesanan.

11. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti dan perlaksanaan Rancangan

Pembangunan yang dipantau atau dinilai.

12. Mengekal dan menambah baik perancangan yang telah dibuat.

Page 8: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

8

10.0 PENUTUP Besarlah harapan kami warga SMK Three Rivers, Mukah agar kertas kerja ini

mendapat perhatian dari pihak Datuk/Tuan/Puan demi mencapai kecemerlangan

Akademik, sahsiah, Jasmani dan rohani pelajar-pelajar Kami juga ingin menikmati

pembaharuan dan pembangunan yang dirancang supaya tidak ketinggalan dalam arus

pemodenan dan ke arah pembentukan pembestarian sekolah Ini juga menyahut slogan

kerajaan “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”. Segala

keprihatinan dari pihak Datuk/Tuan/Puan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh,

___________________________

MOHD SALAHUDDIN BIN MUHAMMAD

Guru Perpustakaan dan Media

SMK Three Rivers, Mukah.

Disahkan oleh,

___________________________

ASENG KUMAN

Pengetua

SMK Three Rivers, Mukah.

Page 9: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

9

Lampiran 1

Cadangan Pelan Susun Atur Bilik APD

KOD KEDUDUKAN KOD KEDUDUKAN

A Meja guru E Rak BBB

B Kerusi meja murid F Skrin layar

C Rak G Meja TV

D Sofa H Meja perlaatan

E

B

A

D

F G

H1 H2

C2

C1

C3

KORIDOR

LUAR

BILIK

APD

I

Page 10: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

10

Lampiran 2

Contoh keperluan kemudahan fizikal dan bahan di Bilik APD

Foto 1: Susun atur meja dan kerusi di

dalam Bilik APD

Foto 2: Ruang tayangan

Foto 3: Kabinet Bahan Bantu Belajar

(BBB)

Foto 4: Bahan Bantu Belajar (BBB)

Page 11: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

11

Foto 5: Bahan Digital

Foto 6: Waist Amplifier

Foto 7: Radio dan Pemain CD

Foto 8: Bahan Bantu Belajar (BBB)

Digital

Foto 9: Glob

Foto 10: Koleksi Bahan Bercetak

Page 12: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

12

Foto 11: Komputer P&P

Foto 12: TV Kampus Astro

Foto 13: Alat penjilid buku

Foto 14: Mesin laminasi

Foto 16: CD Pembelajaran

Foto 15: Alat geometri

Page 13: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

13

Foto 17: Mesin penghancur kertas

Foto 19: LCD Projektor

Foto 18: Kabinet Bahan Bantu Belajar (BBB)

Foto 20: Skrin LCD Projektor

Foto 21: Papan kenyataan

Foto 22: Bahan promosi dan galakan

Page 14: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

14

Foto 24: Laluan ilmu/Taman Sumber

Foto 23: Sudut pameran

Page 15: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

15

Lampiran 3

Anggaran Perbelanjaan Mengecat Bilik APD

BIL PERIHAL BARANG KUANTITI HARGA UNIT

(RM) ANGGARAN HARGA

(RM)

1. Nippon Eco u/coat 5L 1 tin RM58.00 RM58.00

2. Nippon Eco u/coat 20L 1 tong RM198.00 RM198.00

3. Nippon Kayu Yellow Green (462) 5L 3 tin Rm115.00 RM345.00

4. Nippon Kayu Green Grape (463) 5L 1 tin Rm125.00 RM125.00

5. Nippon Kayu Robust Red (222A) 5L 2 tin Rm120.00 Rm240.00

6. Nippon Kayu Prairie Dust (4111P) 5L 4 tin Rm115.00 Rm460.00

7. Roller 4’’ 2 unit RM4.80 RM9.60

8. Refill roller 4’’ 1 paket RM25.00 RM25.00

9. Thinner 3L 1 tin RM17.00 RM17.00

10. Tray cat 2 unit RM4.80 RM9.60

11. Masking tape 4 unit RM2.50 RM10.00

JUMLAH BESAR: RM1 497.20

Page 16: Kertas Kerja Pembangunan Pusat Sumber (1) PDF

KERTAS KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SMK THREE RIVERS

16

A. WARNA CAT DALAM BILIK APD

B. WARNA CAT LUAR BILIK APD

Green Grape

Green Grape

Yellow Green Yellow Green

Prairie Dust

Robust Red