kertas kerja pameran seni

13
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KHAY HWA, SUNGAI KERANG KERTAS KERJA PAMERAN KARYA PELAJAR SENI VISUAL 2015 ANJURAN: SJK (C) KHAY HWA TARIKH: 07/ 07/ 2015

Upload: siti-noorazah-jamil

Post on 03-Dec-2015

3.681 views

Category:

Documents


294 download

DESCRIPTION

Contoh kertas kerja untuk pameran seni murid tahun 6, 2016.

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pameran Seni

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KHAY HWA, SUNGAI KERANG

KERTAS KERJAPAMERAN KARYA PELAJAR SENI VISUAL

2015

ANJURAN:

SJK (C) KHAY HWA

TARIKH:

07/ 07/ 2015

TEMPAT:

DEWAN SJK(C) KHAY HWA

Page 2: Kertas Kerja Pameran Seni

1. PENDAHULUAN :

Aktiviti pameran ini secara amnya bertujuan untuk mendedahkan tentang hasil karya seni

kepada murid-murid, guru-guru dan juga warga sekolah. Seni mungkin seringkali dipandang sepi

terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya pendedahan

tentangnya. Dengan adanya pameran sebegini ia menjadi satu platform bagi menaikkan lagi martabat

mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat terhadap

mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kalangan murid-murid. Melalui projek pameran

ini juga kreativiti murid-murid dapat ditingkatkan melalui pelbagai garapan idea penghasilan seni

daripada karya yang dipamerkan. Ia secara langsung akan mendorong minat murid untuk

menghasilkan karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan

bakat yang terpendam dalam kalangan murid-murid.

2. RASIONAL :

Penganjuran program Kebangkitan Minat Seni ini merupakan satu wadah bagi semua warga

Sekolah Kebangsaan Cina Khay Hwa ( SJK(C) Khay Hwa ) khasnya murid-murid dalam

meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya - karya

yangdipamerkan adalah dari hasil karya murid. Oleh itu, dengan melihat pameran ini, minat murid

terhadap Pendidikan Seni Visual dapat ditingkatkan. Murid-murid juga akan memperoleh idea baru

dalam penghasilan karya seni melalui karya-karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia secara langsung akan

dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid dan juga warga SJK(C) Khay Hwa serta

dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid.

3. MATLAMAT

3.1 Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek PendidikanSeni Visual.

3.2 Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan karya seni.

3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid disamping menambah

pengetahuan tentang seni visual.

Page 3: Kertas Kerja Pameran Seni

4. OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui karya yang dipamerkan.

4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni dalam empat bidang

mengikut sukatan pelajaran.

4.3 Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada karya yang dipamerkan.

4.4 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam melalui pameran dan

aktiviti pertandingan yang dijalankan.

4.5 Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameranyang dilaksanakan.

4.6 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

5. TARIKH PERLAKSANAAN :

18 September 2015 ( Jumaat )

6. TEMPAT :

Dewan SJK(C) Khay Hwa, Sungai Kerang.

7. ANJURAN :

Panitia Pendidikan Seni Visual

8. TEMA :

‘ KEBANGKITAN MINAT SENI ‘

Tema ini dipilih bertepatan dengan objektif pameran ini iaitu untuk meningkatkan minat dan

juga kreativiti murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kebangkitan secara amnya

bermaksud membangun, sedar, dan lain -lain. Oleh itu, tema ini dipilih bertepatan dengan tujuan

Page 4: Kertas Kerja Pameran Seni

pameran ini dilaksanakan iaitu bertujuan untuk membangunkan minat, meningkatkan kreativiti melalui

idea daripada karya-karya yang dipamerkan serta mencungkil bakat seni yang terpendam dalam

kalangan murid.

9. KUMPULAN SASARAN :

Semua warga Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khay Hwa

10. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PAMERAN “KEBANGKITAN SENI”.

PENAUNG

Pn. Phoon Meow Cheng

Guru Besar SJK(C) Khay Hwa.

PENASIHAT

En. Khishamudin bin Manap

(GPK 1)

PENGERUSI

Mohd Jamil Bin Yang

NAIB PENGERUSI

Muhamad Bin Zainal Abidin

SETIAUSAHA

Ong Chai Fei

BENDAHARI

Lim Kim Seng

Page 5: Kertas Kerja Pameran Seni

AHLI JAWATANKUASA KECIL

1. KURATOR PAMERAN

Tan Wen Ni

2. JAWATANKUASA HADIAH

Rashidi Bin Mohd Rashid

3. URUSETIA

Semua guru Pendidikan Seni Visual.

11. BELANJAWAN :

Rujuk lampiran 1

12. TENTATIF PROGRAM :

Rujuk lampiran 2

Page 6: Kertas Kerja Pameran Seni

13. PENUTUP

Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khay

Hwa menyokong penuh pelaksanaan pameran ini. Hal ini penting bagi memberi peluang kepada warga

SJK(C) Khay Hwa terutamanya murid-murid dalam meneroka pengalaman baru melalui pameran ini.

Semoga dengan penganjuran pameran ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada warga

SJK(C) Khay Hwa dan juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan murid

seterusnya dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan murid dan warga SJK(C)

Khay Hwa. Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat diperlukan bagi

memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas kerjasama dan perhatian daripada semua pihak

didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………

( EN. ONG CHAI FEI)

Setiausaha, Program Kebangkitan Seni 2015 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khay Hwa

Disahkan oleh,

………………………….

(PN. PHOON MEOW CHEN)

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pedas

Page 7: Kertas Kerja Pameran Seni
Page 8: Kertas Kerja Pameran Seni
Page 9: Kertas Kerja Pameran Seni

Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM PAMERAN KEBANGKITAN SENI

Tarikh : 18 September 2015 (Jumaat) Tempat : Dewan SJK(C) Khay Hwa

Masa Aktiviti

8:00 a.m Pameran Bermula

9:00 a.m Pertandingan Murid (Tahun 1 & 4)

- Membuat Boneka

- Membuat Penanda Buku

10:00 a.m Pertandingan Murid (Tahun 5& 6)

- Membuat Boneka

- Ikat dan celupan

11:00a.m Pameran

12:30p.m Pameran Selesai