pengurusan pameran khazanah kampung cina iaitu … pameran khazanah...kajian penyelidikan tahun...

24
PENGURUSAN PAMERAN KHAZANAH KAMPUNG CINA IAITU KEBAYA CINA OLEH MUZIUM TERENGGANU NURHISYAM SYAFIQ BIN MAT LOPA (32340) Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2014

Upload: truongliem

Post on 12-Aug-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN PAMERAN KHAZANAH KAMPUNG CINA IAITU

KEBAYA CINA OLEH MUZIUM TERENGGANU

NURHISYAM SYAFIQ BIN MAT LOPA

(32340)

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

2014

PENGURUSAN PAMERAN KHAZANAH KAMPUNG CINA IAITU KEBAYA CINA

OLEH MUZIUM TERENGGANU

NURHISYAM SYAFIQ BIN MAT LOPA

(32340)

Penyelidikan ini merupakan salah satu keperluan untuk memperoleh Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(2014)

Encik Alexander Ak Chelum

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ()

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ……………..day of……………..2014.

Student’s Declaration:

I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------------------------

- (PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare

that the work entitled …………………………………………………………………………………….is my

original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except

where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been

written for me by another person.

___________________ _______________________________

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I …………………………………….... (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the work

entitled…………………………………………………………………………………… (TITLE) was prepared

by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *

partial/full fulfillment for the conferment of ……………………………………………….......................

………………………………. (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to

the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by: Encik Alexander Ak Chelum Date: 20 June 2014

(Name of the supervisor)

NURHISYAM SYAFIQ BIN MAT LOPA, 32340, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE

ARTS

20 June

PENGURUSAN PAMERAN KHAZANAH KAMPUNG CINA IAITU

KEBAYA CINA OLEH MUZIUM TERENGGANU

2014

NURHISYAM SYAFIQ BIN MAT

LOPA (32340)

BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS

PENGURUSAN PAMERAN KHAZANAH KAMPUNG CINA IAITU KEBAYA

CINA OLEH MUZIUM TERENGGANU

(ARTS MANAGEMENT)

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall

be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and

rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the

purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the

content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this

Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be

distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS

permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________

( 20 June 2014 ) ( 20 June 2014 )

Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as

annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and

restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

1431 KAMPUNG ALOR PEROI 22300 KUALA BESUT, BESUT ,TERENGGANU

i

PENGAKUAN PENYELIDIK

Penyelidikan yang bertajuk “ Pengurusan Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu Kebaya Cina

oleh Muzium Terengganu” ini telah disediakan oleh Nurhisyam Syafiq Bin Mat Lopa dan telah

disenaraikan kepada fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Pengurusan Seni)

Diterima untuk diperiksa oleh:

......................................................

(En. Alexander Ak Chelum)

Tarikh:

……………………………….

ii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Bersyukur saya kehadrat iIlahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan

kajian Penyelidikan Tahun Akhir Pengurusan Seni. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada En. Alexander Ak Chelum sebagai penyelia yang telah banyak

membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang penyelidikan ini dilakukan. Beliau juga banyak

berkongsi ilmu serta mengambil berat terhadap perkembangan tesis saya.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Muzium Terengganu dan

Koperasi Kampung Cina Terengganu Berhad yang banyak memberi informasi berkenaan dengan

kajian yang dijalankan.

Akhir sekali, Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada

sahabat yang banyak membantu terhadap perkembangan pengajian saya. Mereka juga banyak

memberi motivasi, pandangan dan teguran tanpa jemu kepada diri saya sepanjang proses

pencarian ilmu.

Terima Kasih

Nurhisyam Syafiq Bin Mat Lopa

iii

ISI KANDUNGAN

PENGAKUAN……………………………………………….…………………………….i

PENGHARGAAN………………………………………………………………………… ii

ISI KANDUNGAN………………………………………………………………..........iii-vi

SENARAI PETA……………………………………………………………......................vi

SENARAI FOTO…………………………………………………………………………..vi

SENARAI CARTA………………………………………………………………………..vi

SENARAI SINGKATAN………………………………………………………… ……...vii

ABSTRAK……………………………………………………………………...................viii

ABSTRACT………………………………………………………………………………. xi

BAB 1 : PENGENALAN

1.0 Pengenalan…………………………………………………………………………. 1

1.1 Latar Belakang Kajian……………………………………………………………... 2

1.1.1 Sejarah Kampung Cina Terengganu…………………………………………2-3

1.1.2 Sejarah Penubuhan Muzium Terengganu……………………………………5-6

1.2 Permasalahan Kajian……………………………………………………………….. 8

1.3 Objektif Kajian……………………………………………………………………...9

1.4 Persoalan Kajian……………………………………………………………………10

1.5 Skop Kajian………………………………………………………………………....11

iv

1.6 Kepentingan Kajian………………………………………………………………....12

1.7 Hipotesis Kajian……………………………………………………………….…12-13

1.9 Kesimpulan.…………………………………………………………………………13

BAB 2 : SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan…………………………………………………………………………. 14

2.1 Definisi Pengurusan…………………………………………………....…...........15-16

2.2 Definisi Muzium……………………………………………………………………..16

2.3 Kaitan Kajian Dengan Pameran……………………………………………….…16-18

2.4 Kaitan Dengan Aspek Pengurusan……………………………………………….18-20

2.5 Kaitan Kajian Dengan Pakaian Melayu…………………………………………..20-22

2.6 Kaitan Kajian Dengan Pengurusan Organisasi…………………………………...22-26

2.7 Kesimpulan…………………………………………………………………………..26

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan…….……………………………………………………………………..27-28

3.1 Lokasi Kajian…………………………….………………………………………..…….28

3.2 Kaedah Kajian…………………….…………………………………..…………………28

3.3 Data…………………………………………………………………….………………..29

3.3.1 Data Primer…………………………………………………………29-30

v

3.3.2 Data Sekunder………………………………………………………….30

3.4 Populasi…………………………………………………...………………………………31

3.5 Persampelan……………………………………………………………………………….32

3.6 Instrumen Kajian………………………………………………………………………….33

3.7 Batasan Kajian………………………………………………………………..……….34-35

3.8 Kesimpulan………………………………………………………………………………..35

BAB 4 : ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan………………………………………………………………………………..36

4.1 Menganalisa Kaedah Pengurusan Program Pameran…………………………………37-42

4.2 Mengetahui Perjalanan Program Pameran……………………………………………42-46

4.3 Mengetahui Keberkesanan Program Pameran………………………………………...46-49

4.4 Hasil Pemerhatian……………………………………………………………………..54-55

4.5 Kesimpulan………………………………………………………………….....................55

BAB 5 : CADANGAN DAN RUMUSAN

5.0 Pengenalan………………………………………………………………………………56

5.1 Cadangan Kepada Muzium Terengganu…………………………………………..…56-57

5.2 Cadangan Untuk Pengkaji Akan Datang………………………………………..…...57-58

5.3 Rumusan Bab………………………………………………………………..……….58-60

vi

5.4 Kesimpulan…………………………………………………………………..…………..60

RUJUKAN.......…………………………………………………………...……………….61-62

LAMPIRAN……………………………………………………………….……………….63

Lampiran A : …………………………………………………………………….63-67

Lampiran B : ………………………….…………………………………………68-69

Lampiran C : …………………………….………………………………………70-71

SENARAI PETA………………………………………………………………………..

Peta 1………………….………………………………………………………........................4

Peta 2………………………………………………………………………………………….7

SENARAI FOTO……………………………………………………………………..

Foto 4.1……………………………………………………………………………………...50

Foto 4.2……………………………………………………………………………………...52

SENARAI CARTA…………………………………………………………………..

Carta 4.1..…………………………………………………………………………………...51

Carta 4.2…………………………………………………………………………………….53

vii

SENARAI SINGKATAN

UNIMAS Universiti Malaysia Sarawak

PKMA Pusat Khidmat Maklumat Akademik

viii

ABSTRAK

Kajian diskriptif ini merupakan kajian pengurusan Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu

Kebaya Cina oleh Muzium Terengganu. Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini

adalah (i) menganalisa kaedah pengurusan program Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu

Kebaya Cina di Muzium Terengganu, (ii) mengetahui perjalanan program Pameran Khazanah

Kampung Cina iaitu Kebaya Cina oleh Muzium Terengganu, (iii) mengetahui keberkesanan

pengurusan program Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu Kebaya Cina oleh Muzium

Terengganu. Kajian ini menggunakan data kualitatif dan kaedah yang digunakan untuk

mendapatkan data adalah kaedah temubual dan Pemerhatian. Pengkaji telah menemubual

seramai 5 orang informan bagi membantu dalam mendapatkan data kajian. Dapatan kajian

menunjukkan pengurusan yang berkesan telah digunakan oleh pihak muzium dalam

menjayakan program Pameran Khazanah Kampung Cina sepanjang tempoh pameran tersebut

dijalankan iaitu selama 2 bulan kerana tidak mengalami sebarang masalah dan berjalan dengan

lancar. Sehubungan dengan itu, pihak muzium juga telah berjaya mewujudkan hubungan dua

hala dengan pihak koperasi Kampung Cina sebelum, semasa dan selepas pameran khazanah

Kampung Cina iaitu kebaya dijalankan di samping berjaya mewujudkan kerjasama yang baik.

Selain itu, keberkesanan program pameran khazanah Kampung Cina iaitu kebaya dapat dilihat

dengan jelas berdasarkan catatan pengunjung yang mencapai 8490 orang pengunjung selama

tempoh 2 bulan pameran tersebut dijalankan. Daripada dapatan kajian pihak muzium

seharusnya mengadakan pameran khazanah Kampung Cina iaitu kebaya cina ke peringkat

lebih tinggi dengan mengadakan pameran di negeri-negeri lain mahupun ke peringkat

antarabangsa supaya dapat mengenegahkan budaya dan warisan yang terdapat di negeri

Terengganu. Rentetan itu, pameran ini juga dapat memberi peluang kepada pihak Muzium

Terengganu dalam memberi penjelasan tentang asal usul kaum peranakan Terengganu yang

telah wujud sejak sekian lama dahulu. selain itu, pihak Muzium Terengganu mestilah

memperkenalkan budaya-budaya lain yang diwarisi oleh kaum peranakan Terengganu seperti

budaya makanan dan lain-lain.

ix

ABSTRACT

This descriptive study is the study of the management of the Chinese Village Treasures

Exhibition of Chinese Kebaya by Terengganu Museum. Among the desired objectives of this

study were (i) to identify ways or methods of program management Treasures Exhibition of

Kebaya Chinese, Chinese village in Terengganu Museum, (ii) find traveling exhibition Treasures

program of Kebaya Chinese, Chinese village by the Terengganu Museum, (iii) find out the

effectiveness of program management of Treasures Exhibition of Kebaya Chinese, Chinese

village by the Terengganu Museum. This study used qualitative data and methods used to

obtain the data were structured interview and observation. The researcher has interviewed a

total of 5 people informant for help in obtaining the data. The result shows that effective

management has been used by the museum to the success of the Chinese Village Treasures

Exhibition program for two months for not having any problems and running smoothly.

Accordingly, the museum also has managed to create a two-way relationship with the Chinese

village society before, during and after the exhibition of the treasures of Chinese Village kebaya

successful run in addition to establishing good cooperation. Moreover, the effectiveness of the

Chinese village treasures exhibition of kebaya is clearly visible on entry of visitors who reach

8490 visitors over the past 2 months the exhibition run. The study also showed the museum

should exhibit the treasures of Chinese Village which is chinese blouse to a higher level with an

exhibition in other states or internationally in order to pinpoint the culture and heritage in the

state. String, this exhibition will also provide an opportunity for the Museum of the City in

explaining the origins of aboriginal Rajasthan that has been around for a long time. Besides that,

the Terengganu Museum must introduce other cultures inherited by the Terengganu Peranakan

culture and other food.

[1]

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif

kajian, persoalan kajian, skop kajian, kepentingan kajian, hipotesis kajian dan rumusan. Latar

belakang kajian pengkaji menceritakan tentang pameran yang dilakukan oleh pihak Muzium

Terengganu, sejarah Muzium Terengganu dan objektif Muzium Terengganu. Permasalahan

kajian yang terdapat dalam kajian ini menyebabkan pengkaji menetapkan beberapa objektif

kajian dalam kajian ini. Objektif kajian pengkaji adalah matlamat utama yang ingin dicapai

dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Soalan kajian amat penting dalam meneruskan kajian

ini ke peringkat seterusnya. Skop kajian juga penting untuk pengkaji mengspesifikkan hala tuju

penyelidikan. Kepentingan kajian adalah hasil daripada dapatan kajian yang memberi

kepentingan kepada pengkaji sendiri, masyarakat dan pihak Muzium Terengganu. Rumusan

menceritakan keseluruhan yang terdapat dalam bab 1.

[2]

1.1 Latar Belakang

Kajian ini berkenaan dengan pengurusan Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu

Kebaya Cina yang diuruskan oleh pihak Muzium Terengganu. Pameran tersebut berlangsung

selama 2 bulan iaitu bermula pada 5 Febuari hingga 5 April 2013 bertempat di Dewan Mandalika

Muzium Negeri Terengganu. Pameran tersebut mula dibuka seawal pukul9.00 pagi hingga

pukul5 petang. Pameran Khazanah Kampung Cina telah memaparkan koleksi kebaya dari kaum

Peranakan Terengganu yang bermula daripada era 30-an hingga 80-an. Pameran ini juga telah

dikendalikan oleh bahagian etnologi Muzium Terengganu.

1.1.1 Sejarah Kampung Cina Terengganu

Kampung Cina yang terletak di Kuala Terengganu merupakan perkampungan pedagang

Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu sejak awal abad ke 15.

Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara Kerajaan

China dan Kerajaan Terengganu. Perkataan ’Teng Ya Nu’ ada disebut dalam buku sejarah China

seperti ’Ling Wai Tai Ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178 dan buku ’Cu fan Cih’ karangan Cao-

Ju-Kua tahun 1225. Chao Ju Kua dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebut

’Teng Ya Nong‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di

persisiran pantai timur Tanah Melayu.

Perkataan tersebut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk

Kerajaan Seri Wijaya (San-fo-Cih) pada kurun ke 2. Ptolemy, seorang ahli kaji bintang Greek

[3]

telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu iaitu

Primula dan Kole. Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.

Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah negeri

yang dinamakan ’Tan Tan’ yang menghantar ufti ke China dan Paul Wheatley merumuskan

negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berkerajaan di Kuala Besut atau

Kuala Terengganu. Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang

merupakan pusat perniagaan utama di Asia Tenggara pada abad ke 12. Sungai Terengganu

merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Pedagang

barangan seperti Kayu Gaharu, Kayu Laka, Gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan

Emas dan Perak.

Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan

Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433. Pada abad ke 19, pelayar

terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah di Kuala Terengganu mencatatkan kaum Cina pada

zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.

Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara

Kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Bagaimanapun, pengaruhnya sebagai pelabuhan

terutama di kawasan Asia Tenggara merosot selepas ditakluk Empayar Melaka. Ini disebabkan

kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan

antara China, India dan Asia Tenggara.

[4]

Peta. 1

Lokasi Ke Kampung Cina, Terengganu

Sumber :https://www.google.com/search?q=peta+ke+kampung+cina+terengganu

[5]

1.1.2 Sejarah Penubuhan Muzium Terengganu

Muzium Negeri Terengganu ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9

Tahun 1976 dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976, berkuatkuasa

pada 1 November 1977. Bermula dengan sejarah jumpaan Batu Bersurat Terengganu di

Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902.

Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar

Raffles pada tahun 1923. Pada 3 Februari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal

ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk.

Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan usaha pengumpulan bahan bersejarah telah

dipergiatkan pada tahun 1979. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui

Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan

Pengarah.

Pada Julai 1992, Batu Bersurat telah diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri

Terengganu dari Muzium Negara. Pada bulan April 1994, segala urusan pentadbiran, pengurusan

dan pameran telah berpindah ke ‘ rumah baru ‘, iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu

yang terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.

Penubuhan Muzium Negeri adalah berlandaskan kepada beberapa objektif tertentu

sebagai garispandu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti . Di antaranya adalah:-

[6]

1. Untuk menyelamatkan warisan sejarah dan budaya dengan cara memungut, memelihara,

menyimpan dan mempamerkan barang-barang lama dan baru yang mempunyai nilai-nilai

sejarah dan budaya tradisi bercorak Negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan Malaysia

amnya.

2. Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian di dalam beberapa cabang kebudayaan negeri

khasnya supaya penerangan mengenainya dapat disebarkan kepada orang ramai sebagai

bahan pengetahuan dan mendidik serta menyemai semangat cintakan sejarah dan budaya

sendiri.

3. Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian persejarahan negeri dan pemuliharaan

terhadap kesan-kesan sejarah yang terdapat di seluruh negeri dengan matlamat

meletakkan pandangan sejarah negatif pada perspektif yang sewajarnnya menurut nilai-

nilai yang sebenarnya tanpa pengaruh asing. Segenap lapisan masyarakat akan digalakkan

menggunakan kemudahan di Muzium untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran.

4. Untuk menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan terhadap fauna, flora dan batu-batan

yang terdapat di negeri ini.

5. Sebagai aset dan destinasi pelancongan utama disamping membantu serta menggalakkan

perkembangan industri pelancongan negeri khasnya dan Malaysia amnya.membantu serta

menggalakkan perkembangan industri pelancongan negeri Terengganu.

[7]

Peta 2:

Lokasi ke Muzium Negeri Terengganu

Sumber: https://www.google.com.my/search?q=peta+terengganu&espv

[8]

1.2 Permasalahan Kajian

Menurut Chua Yan Piaw (2006), masalah kajian merupakan isu yang timbul, yang

menarik perhatian atau menjadi penggerak serta dorongan untuk melakukan kajian ke atasnya.

Menurutnya lagi, dalam penulisan cadangan penyelidikan, masalah amat penting kerana ianya

merupakan faktor pertimbangan utama sama ada kajian perlu dilakukan ataupun tidak.

Pengurusan dalam sesebuah pameran amat penting dalam menjayakan sesuatu pameran

bagi mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan. Oleh itu, penting bagi pengkaji untuk

memgetahui kaedah-kaedah pengurusan yang digunakan dalam mengurusi Pameran Khazanah

Kampung Cina. Hal ini kerana, dalam mengurusi sesebuah pameran, pengurusan yang teratur dan

sistematik memainkan peranan yang penting.

Perjalanan program Pameran khazanah Kampung Cina iaitu Kebaya Cina telah diuruskan

oleh bahagian etnologi bagi tujuan untuk menghidupkan dan menanam semula minat dan

kecintaan seni warisan bangsa ini terutamanya kepada golongan muda agar ia tidak pupus atau

dilupakan. Perjalanan aktiviti sepanjang pameran diadakan dititiberatkan kerana ia menunjukkan

sama ada aktitivi pameran ini berjalan dengan lancar atau tidak.

Keberkesanan sesebuah kaedah pengurusan bergantung kepada organisasi sama ada

menggunakan teknik pengurusan yang betul atau tidak. Sekiranya, terdapat kelemahan dalam

sistem pengurusan dalam mengendalikan pameran tersebut sudah tentu boleh memberikan kesan

kepada tujuan asal pameran tersebut dijalankan. Penyelidikan yang terperinci dalam sistem

pengurusan yang digunakan oleh pihak Muzium Terengganu akan dijalankan bagi mengenalpasti

kaedah pengurusan yang digunakannya.

[9]

1.3 Objektif Kajian

Dalam penyelidikan ini iaitu “pengurusan Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu

Kebaya Cina oleh Muzium Terengganu”, pengkaji menetapkan tiga objektif penyelidikan dalam

mengetahui hasil di akhir penyelidikan:

1. Menganalisa kaedah pengurusan program Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu

Kebaya Cina di Muzium Terengganu.

2. Mengetahui perjalanan program Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu Kebaya Cina di

Muzium Terengganu.

3. Mengetahui keberkesanan pengurusan program Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu

Kebaya Cina di Muzium Terengganu.

[10]

1.4 Persoalan Kajian

Dalam penyelidikan ini, pengkaji meletakkan tiga persoalan kajian. Antara persoalan

kajian ialah seperti berikut:

1. Apakah kaedah pengurusan program Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu Kebaya

Cina yang dijalankan oleh Muzium Terengganu?

2. Bagaimanakah perjalanan dan perlaksanaan program Pameran Khazanah Kampung

Cina iaitu Kebaya Cina yang dijalankan oleh pihak Muzium Terengganu?

3. Adakah pengurusan program Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu Kebaya Cina

yang dijalankan oleh pihak Muzium Terengganu berkesan?

[11]

1.5 Skop Kajian

Skop kajian merupakan bidang kajian yang hendak dikaji dalam melakukan penyelidikan.

Dalam kajian ini, pengkaji akan membuat penyelidikan dalam bidang pengurusan program

Pameran Khazanah Kampung Cina iaitu Kebaya Cina melalui pendekatan pengurusan yang

dilakukan oleh pihak Muzium Terengganu dalam mempamerkan khazanah masyarakat cina iaitu

kebaya.

Oleh hal yang demikian, pengkaji akan meneliti kaedah pengurusan iaitu cara yang

digunakan oleh pihak Muzium Terengganu dalam mempamerkan Pameran Khazanah Kampung

Cina iaitu Kebaya Cina.

Selain itu, pengkaji juga melihat keberkesanan perlaksanaan yang digunakan oleh pihak

muzium dalam mempamerkan khazanah masyarakat cina iaitu kebaya.