kertas kerja paintbal utk msnm1

5
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PAINTBALL MSN TUJUAN Tujuan kertas ini ialah untuk mencadangkan penubuhan satu permainan baru untuk ahli Kelab MSN. PENEGNELAN Paintball adalah merupakan satu sukan extreme yang mula diperkenalkan pada tahun 80an dan kini sudah dimain di lebih 140 buah Negara di seluruh dunia dan merupakan antara permainan luar yang paling popular. Permainan ini mengabungkan elemen keseronokan dan peperangan yang boleh memberi berbagai faedah kepada mereka yang menyertainya. Sukan ini berunsur peperangan dan memerlukan kerjasama sepasukan untuk membolehkan mencapai kemenangan. Sesiapa yang paling pintar dan pantas akan memperolehi kemenangan. Objektif permainan paintball ini ialah untuk menawan bendera musuh di kawasannya dan membawanya kembali ke kubu sendiri. PENYERTAAN Permainan ini boleh dimain oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina dan status sosial. Memandangkan sukan attire sukan ini memerlukan seseorang itu menutup sebahagian besar tubuhnya maka ia tidak menjadi halangan dari segi aurat khususnya kepada glongan wanita. Paintball memerlukan semangat kompetitif dan keinginan untuk memperolehi adventure. KESAN DARIPADA PERMAINAN PAINTBALL

Upload: zaharibb

Post on 12-Jun-2015

1.866 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja PAINTBAL Utk MSNM1

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PAINTBALL MSN

TUJUAN

Tujuan kertas ini ialah untuk mencadangkan penubuhan satu permainan baru untuk ahli Kelab MSN.

PENEGNELAN

Paintball adalah merupakan satu sukan extreme yang mula diperkenalkan pada tahun 80an dan kini sudah dimain di lebih 140 buah Negara di seluruh dunia dan merupakan antara permainan luar yang paling popular.

Permainan ini mengabungkan elemen keseronokan dan peperangan yang boleh memberi berbagai faedah kepada mereka yang menyertainya. Sukan ini berunsur peperangan dan memerlukan kerjasama sepasukan untuk membolehkan mencapai kemenangan. Sesiapa yang paling pintar dan pantas akan memperolehi kemenangan.

Objektif permainan paintball ini ialah untuk menawan bendera musuh di kawasannya dan membawanya kembali ke kubu sendiri.

PENYERTAAN

Permainan ini boleh dimain oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina dan status sosial. Memandangkan sukan attire sukan ini memerlukan seseorang itu menutup sebahagian besar tubuhnya maka ia tidak menjadi halangan dari segi aurat khususnya kepada glongan wanita.

Paintball memerlukan semangat kompetitif dan keinginan untuk memperolehi adventure.

KESAN DARIPADA PERMAINAN PAINTBALL

Melalui permainan ini faedah-faedah yang boleh diperolehi ialah:

Menganjurkan kejujuran Membina keberanian dalam keadaan tertekan Membina kekuatan mental Memerlukan kepantasan berfikir dalam keadaan tertekan Membina semangat kerjasama dalam pasukan Mengalakkan pengekalan tahap kecergasan yang tinggi

MENGAPA PAINTBALL

Page 2: Kertas Kerja PAINTBAL Utk MSNM1

Permainan paintball adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk membina karaktor, kemahiran semangat berpasukan, membina daya kepimpinan dan keyakinan diri.

Sukan ini juga menyediakan ruang untuk keseronokan dan kelegaan daripada stress tanpa membahayakan sesiapa.

Syarikat-syarikat besar telah menggunakan sukan ini sebagai aktiviti untuk kakitangan mereka kerana didapati permainan ini meransang morale, meningkatkan semangat setiakawan, menghapuskan halangan antara majikan dan pekerja serta membina dinamika kumpulan.

Peluang untuk menang bagi setiap pemain adalah sama rata. Pemain lelaki dan wanita mempunyai peluang yang sama dan pemain muda tidak mempunyai kelebihan berbanding pemain yang sudah berusia. Pemain paintball yang baik ialah seseorang yang berupaya berfikir dengan pantas dan bertindak tepat. Kemenangan tidak hanya bergantung pada kekuatan dan ketahanan.

MASA DEPAN UNTUK MSN

1. Menggunakan permainan ini sebagai sebahagian persediaan atlet untuk melatih diri dari aspek persediaan mental yang boleh digunakan semasa kem-kem latihan sebagai satu alternative kepada aktiviti yang telah digunakan.

2. Melalui sukan ini atlet melatih dirinya untuk terus cekal bersaing dan ingin mencapai kejayaan walaupun dalam keadaan tertekan apabila sedang diserang bertalu-talu oleh pasukan lawan.

3. Mengujudkan pasukan paintball MSN bagi membolehkan mengambil bahagian dalam liga-liga paintball seperti My-NPL (Liga Paintball Kebangsaan) , MPOC (Malaysian Paintball Official Circuit) dan juga paintball MAKSAK disamping kejohanan-kejohanan terbuka yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

IMPLIKASI KEWANGAN

LATAR BELAKANG

Sukan ini adalah merupakan satu sukan yang memerlukan kos yang agak tinggi bagi individu pada peringkat awalnya khususnya dari segi penyediaan peralatan seperti membeli marker dan pakaiannya. Satu-satu sesi laihan boleh memakan belanja lebih kurang RM 100 seorang yang meliputi penyewaan house marker, google, yuran padang dan pellet (paintball). Satu kotak pellet mengandungi 2000 biji berharga lebih kurang RM200.

Page 3: Kertas Kerja PAINTBAL Utk MSNM1

Bagi seorang pemain baru (Young Gunners ) digalakkan untuk menggunakan house marker kerana ia berfungsi secara manual. Walau bagaimanapun sekiranya ia serius ia bolehlah melabur dengan membeli e-marker yang berharga antara RM 2,000 hingga Rm 4,000 se unit. Setelah pemain memilikki peralatan sendiri, kosnya menjadi lebih murah kerana hanya memerlukan membayar yuran sewaan gelanggang dan membeli pellet sahaja sewaktu latihan.

LANGKAH PENUBUHAN

Sebagai langkah awal penubuhan dan meninjau minat di kalangan ahli kelab, saya ingin mencadangkan diadakan sesi demonstrasi secara teori permainan paintball oleh kelab paintball yang sudah establish seperti dari Xtionpaintball (Extreme Park Bukit Jalil), DeltaRovers (yang telah mewakili Negara ke kejohanan antarabangsa) ataupun Malaysian Paintball Academy di Petaling Jaya.

Langkah seterusnya menganjurkan pertandingan paintball antara Cawangan bagi membolehkan mereka merasakan sendiri keseronokan permainan ini. Pertandingan ini boleh diadakan di Xtionpaintball di Extreme Park Bukit Jalil atau membawa pengusaha gelanggang permainan ini ke MSN sendiri.

Seterusnya mencari ahli yang ingin bermain secara serius untuk menganggotai Kelab Paintball MSN.

Pada peringkat awal pertandingan dalam mana-mana liga sama ada My-NPL atau MPOC, semua pemain baru akan bermain dalam Division 4 (Young gunners) sebelum dinaikkan ke Div 3, Div 3 dan seterusnya Div 1. Apabila dinaikkan ke Div 1, mereka berpeluang untuk mewakili Negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa jika dapat menjuarai Div 1 dan semua perbelanjaan ditanggung oleh penganjur liga. PENGURUSAN KELAB

Sekiranya cadangan ini dipersetujui maka bagi tidak membebankan tabung kelab, dan memberi faedah kepada ahli, saya ingin mencadangkan perkara-perkara berikut:

1. Kelab hanya membiayai kos beberapa sesi latihan dan kos untuk menyertai pertandingan sahaja khususnya dari segi yuran penyertaan dan pembelian pellet serta lain-lain kos yang difikirkan oleh perlu.

2. Pinjaman kepada ahli untuk membeli e-marker/google ataupun pakaian

paintball sendiri dan dibayar balik secara potongan gaji. Melalui cara ini semua ahli yang terlibat akan memilikki marker sendiri untuk berlatih dan menyertai kejohanan-kejohanan khususnya apabila mereka dinaikkan ke Div 3 ke atas. Ia juga tidak melibatkan Kelab MSN mengeluarkan kos yang banyak menyediakan peralatan.

3.

Page 4: Kertas Kerja PAINTBAL Utk MSNM1

PENUTUP

Sehubungan dengan ini saya ingin mencadangkan ditubuhkan Kelab Paintball MSN untuk memberi peluang kepada ahli mengambil bahagian dalam sukan extrim dan membina karaktor mereka melaluinya.