kertas kerja penganjuran

25
KERTAS KERJA PENGANJURAN KARNIVAL OLAHRAGA & BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 ANJURAN KPLI (SK) BAHASA INGGERIS (AMBILAN JUN 2010) TARIKH 2 OKTOBER 2010 (SABTU) TEMPAT PADANG IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR Disediakan Oleh: MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD ABUL AZ ABU JAMIL FIRDAUS ABDULLAH MOHD. FARHAN HUSIN MOHD. HAFIZ MOHAMAD (KPLI (SK) BIMTMO JUN 2010)

Upload: abul-az-abu-jamil

Post on 23-Jun-2015

895 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA PENGANJURAN

KERTAS KERJA PENGANJURAN KARNIVAL OLAHRAGA & BALAPAN ANTARA KPLI

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010

ANJURAN KPLI (SK) BAHASA INGGERIS

(AMBILAN JUN 2010)

TARIKH 2 OKTOBER 2010 (SABTU)

TEMPAT

PADANG IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

Disediakan Oleh:

MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD

ABUL AZ ABU JAMIL FIRDAUS ABDULLAH

MOHD. FARHAN HUSIN

MOHD. HAFIZ MOHAMAD

(KPLI (SK) BIMTMO JUN 2010)

Page 2: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  2  

1.0 PENDAHULUAN

 Kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk memohon kebenaran daripada pihak

IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor bagi menganjurkan sebuah karnival

olahraga dan balapan, khusus untuk para guru pelatih Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Jun 2010.

Selain itu, kertas kerja ini turut memuatkan segala maklumat yang diperlukan

berkenaan karnival ini seperti Ahli Jawatankuasa, program-program berserta

implikasi kewangan dan sebagainya untuk memudahkan pihak IPG membuat

pertimbangan yang sewajarnya.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM Olahraga merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh setiap guru

pelatih KPLI untuk melengkapkan kursus ini. Dalam subjek ini para guru

pelatih bukan sahaja mempelajari mengenai asas olahraga, malahan ilmu

kepegawaian serta penganjuran sesebuah pertandingan baik secara teori

mahupun praktikal. Pengetahuan yang diperolehi ini bakal menjadi aset

berguna apabila mereka mengajar di sekolah nanti.

Justeru, kumpulan guru-guru pelatih KPLI (SK) Bahasa Inggeris ambilan Jun

2010 telah bersepakat untuk menganjurkan sebuah program iaitu Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim,

Johor 2010.

Melalui karnival ini, semua yang terlibat akan dapat mengaplikasikan segala

pengetahuan yang dipelajari dalam keadaan sebenar bagaimana sesebuah

pertandingan olahraga dan balapan diadakan.

Page 3: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  3  

Selain itu, penganjuran karnival ini juga adalah sebagai satu usaha daripada

pihak IPG umumnya untuk menyahut seruan Kerajaan bagi mewujudkan

masyarakat Malaysia yang sihat dan sejahtera, dan dalam konteks ini, guru-

gurulah yang akan menjadi pemangkin dan penggerak ke arah usaha

merealisasikan hasrat ini.

3.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Objektif dan matlamat karnival ini diadakan adalah untuk:

a) Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk mendapat pendedahan

awal yang diperlukan sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar di

sekolah nanti.

b) Membuka ruang kepada guru-guru pelatih untuk menyumbang tenaga bagi

menjayakan karnival ini mengikut minat dan kebolehan yang dimiliki.

c) Menjadi wadah kepada guru-guru pelatih untuk mengaplikasi segala teori

dan

praktikal yang telah dipelajari sepanjang berada di IPG.

d) Menjadikan IPG bukan sekadar institusi yang melatih bakal-bakal

pendidik, tetapi turut mendokong dan melaksana dasar-dasar Kerajaan

demi kesejahteraan seluruh warganegara.

4.0 TEMA

Tema yang dicadangkan bagi karnival tahun ini ialah “Olahraga dan Balapan Pemangkin Bangsa Sihat Sejahtera”.

Page 4: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  4  

Secara ringkas, apa yang dapat dihuraikan melalui tema ini ialah sukan

olahraga bukanlah semata-mata sukan yang dapat memupuk gaya hidup

sihat dan mengutamakan kesihatan. Malahan melalui penyertaan oleh

pelbagai bangsa, ia mampu menjadi wadah perpaduan ke arah mewujudkan

negara yang memiliki rakyat yang sihat sejahtera, selaras dengan aspirasi

dan semangat gagasan 1Malaysia.

5.0 TEMPAT

Oleh kerana penyertaan karnival olahraga dan balapan adalah terdiri

daripada guru-guru pelatih KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

sahaja maka adalah dirasakan amat wajar jika ia diadakan di Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

Ia secara tidak langsung akan memudahkan segala urusan berkaitan

terutamanya dari aspek logistik dan peralatan. Selain itu, dengan memilih

lokasi tersebut, adalah diharapkan ia akan dapat memberi kesan positif

terhadap implikasi kewangan karnival ini.

6.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Karnival ini akan berlangsung selama sehari iaitu pada 2 Oktober 2010 (Sabtu), bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Upacara perasmian penutup akan berlangsung pada hari yang sama iaitu

pada pada jam 4.45 petang.

7.0 DIF PERASMIAN

Dif perasmi yang dipilih untuk merasmikan festival ini ialah YB. Dr. Mohd. Puad. Zarkashi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Page 5: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  5  

Bagaimanapun, jika beliau tidak dapat menghadirkan diri, maka Exco Belia

dan Sukan Negeri Johor akan dijemput sebagai ganti.

8.0 BILANGAN PENYERTAAN DAN KATEGORI Karnival ini akan disertai oleh guru-guru pelatih dari enam (6) opsyen KPLI

iaitu:

i) KPLI Bahasa Inggeris (SK)

ii) KPLI Bahasa Melayu (SRJKC)

iii) KPLI Pra-Sekolah

iv) KPLI Pendidikan Jasmani (SK)

v) KPLI Muzik (SK)

vi) KPLI (SM) Program Pelajar Cemerlang (PPC)

Setiap opsyen dikehendaki menghantar maksimum tiga (3) orang peserta

bagi setiap acara yang dipertandingkan. Setiap acara juga akan dibahagikan

kepada dua (2) kategori iaitu Lelaki dan Wanita.

Berikut adalah senarai acara-acara yang akan dipertandingkan.

BIL ACARA KATEGORI PESERTA

1. Lari Jarak Dekat (Pecut)

100 meter 200 meter 400 meter

Lelaki / Wanita

2. Lari Jarak Sederhana

800 meter 1500 meter

Lelaki / Wanita  

3. Lari Jarak Jauh

3000 meter 5000 meter

Lelaki  

4. Lari Berpagar

100 meter 110 meter 400 meter

Lelaki / Wanita  

Page 6: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  6  

5. Lari Berganti-Ganti

4 x 100 meter 4 x 400 meter

Lelaki / Wanita  

6. Berjalan Kaki 5000 meter Lelaki / Wanita  

7. Lontar Peluru Terbuka Lelaki / Wanita  

8. Lompat Tinggi Terbuka   Lelaki / Wanita  9. Lompat Jauh Terbuka   Lelaki / Wanita  

9.0 YURAN PENYERTAAN Setiap peserta dikehendaki membayar sebanyak RM5.00 bagi setiap acara

yang disertai.

Selain itu setiap opsyen juga diminta untuk memberi sumbangan sebanyak

RM200.00 untuk menampung perbelanjaan penganjuran karnival.

10.0 PENAJAAN Bagi menampung pelbagai perbelanjaan lain, pihak penganjur juga telah

menjalankan inisiatif memohon penajaan dari badan korporat seperti Nestle

Malaysia untuk menyumbang minuman sepanjang karnival berlangsung.

Penajaan berbentuk bantuan kewangan sebanyak RM3,000.00 juga telah

diberikan oleh Pejabat Exco Belia dan Sukan Negeri Johor.

11.0 JAWATANKUASA KERJA Bagi memastikan segala perancangan yang dilakukan dapat dilaksanakan

dengan lancar dan sempurna, sebuah Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan.

Senarai penuh Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:

Page 7: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  7  

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KERJA KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010

PENSYARAH : Madam Ong Siu Gek

PENASIHAT Cik Nenny Djuhara Johari

PENGERUSI : Abul Az Bin Abu Jamil

NAIB PENGERUSI : Firdaus Bin Abdullah

SETIAUSAHA : Mohd. Ridhaudin Bin Mahmood

NAIB SETIAUSAHA : Mohd. Farhan Husin

BENDAHARI : Mohd. Hafiz Mohamad

NAIB BENDAHARI : Dayarau R.

AJK PENGANGKUTAN : Izani Bin Selamat

AJK PERALATAN : Md. Sharifuddin Bin Sirat

AJK KESELAMATAN : Shalihin Bin Mohad Mahfuz

AJK PROMOSI : Norasyikin Bt. Badri

AJK MAKANAN : Siti Hazwani Bt. Mohd. Khalili

AJK PERASMIAN : Sri Devi A/P Krishnan

AJK KEBAJIKAN : Angeline Thomas A/P Manogal

AJK TUGASAN KHAS : Safura Bt. Shuib

Mohd. Rashid Bin Abu Hasan

Mohd. Firdauz Bin Ibrahim

12.0 KEWANGAN

Setelah mengambil kira segala perbelanjaan yang perlu bagi melaksanakan

karnival ini, implikasi kewangannya adalah seperti yang berikut:

Page 8: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  8  

PEROLEHAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1.

2.

3.

Sumbangan Setiap Opsyen 6 opsyen x RM200.00

Yuran Penyertaan

17 acara x 136 penyertaan x RM5.00 x 2 kategori

Sumbangan Pejabat Exco Belia dan Sukan Negeri

Johor

1,200.00

1,360.00

3,000.00

Jumlah Besar 5,560.00

PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT (RM)

JUMLAH (RM)

1.

2.

Sewa Peralatan (Majlis Perasmian) i) Dewan Astaka

ii) Khemah (20’ x 20’)

iii) Kerusi

iv) Meja

Sewa Peralatan (Acara Sukan) i) Padang

1 unit

4 unit

50 unit

5 unit

1 hari

300.00

150.00

1.00

15.00

300.00

300.00

600.00

50.00

75.00

300.00

Page 9: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  9  

3.

4.

5.

i) Set Kelengkapan Acara

Lompat Tinggi (Tilam &

Palang)

iii) Baton

iv) Starting Block

v) Jam Randik

Makanan / Minuman i) Sarapan Urusetia

ii) Makan Tengahari Urusetia

iii) Air Mineral Peserta

iv) Makanan VIP Perasmi

Promosi / Seranta

i) Banner (4’ x 10’)

ii) Bunting (6’ x 2’)

iii) Backdrop (8’ x 15’)

iv) Buku Aturcara

Lain-Lain i) Pengangkutan

ii) Hadiah

iii) Elaun Petugas

vi) Kit Kecemasan

v) Cenderahati Perasmi

1 set

8 unit

8 unit

5 unit

30 unit

30 unit

100 unit

20 unit

3 unit

10 unit

1 unit

50 unit

2 hari

60 unit

30 orang

2 unit

1 unit

100.00

2.00

5.00

2.50

3.00

5.00

0.50

10.00

80.00

40.00

300.00

6.00

250.00

10.00

25.00

40.00

100.00

100.00

16.00

40.00

12.50

90.00

150.00

50.00

200.00

240.00

400.00

300.00

300.00

250.00

600.00

750.00

80.00

100.00

Jumlah Besar 5,003.50

Page 10: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  10  

13.0 PENUTUP Adalah diharapkan melalui kertas kerja ini pihak IPG Kampus Temenggong

Ibrahim, Johor akan mendapat gambaran keseluruhan mengenai Karnival

Olahraga dan Balapan yang ingin dijalankan serta membuat pertimbangan

yang sewajarnya. Semoga karnival yang bakal diadakan ini akan dapat

mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan, seterusnya memberi

manfaat kepada semua yang terlibat.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan kami dahului dengan

ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh:

……………………………..

Mohd. Ridhaudin Bin Mahmood

Setiausaha

Disemak oleh:

……………………………..

Madam Ong Siu Gek Pensyarah Penasihat

Disemak oleh:

……………………………..

Cik Nenny Djuhara Johari Pensyarah Penasihat

Page 11: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  11  

ATURCARA TENTATIF KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010

BIL PERKARA MASA TEMPAT

1.

2.

3.

4.

Pendaftaran Peserta Acara Saringan: i) Lari Jarak Dekat (Pecut) (L/P)

ii) Lari Jarak Sederhana (L/P)

iii) Lari Jarak Jauh (L/P)

iv) Lari Berpagar (L/P)

v) Lari Berganti-Ganti (L/P)

vi) Berjalan Kaki (L/P)

vii) Lontar Peluru (L/P)

viii) Lompat Tinggi (L/P)

ix) Lompat Jauh (L/P)

Rehat / Makan Tengahari Pertandingan Akhir

i) Lari Jarak Dekat (Pecut) (L/P)

ii) Lari Jarak Sederhana (L/P)

iii) Lari Jarak Jauh (L/P)

iv) Lari Berpagar (L/P)

v) Lari Berganti-Ganti (L/P)

vi) Berjalan Kaki (L/P)

vii) Lontar Peluru (L/P)

viii) Lompat Tinggi (L/P)

8.30 - 8.50 pagi

9.00 - 12.30 tengahari

12.30 - 2.20 petang

2.30 - 4.15 petang

Astaka

Padang IPG

Astaka / Padang IPG

Padang IPG

Page 12: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  12  

BIL PERKARA MASA TEMPAT

5.

Upacara Perasmian Penutup dan

Penyampaian Hadiah

Bersurai

4.15 - 5.15 petang

Astaka

Page 13: KERTAS KERJA PENGANJURAN

  13  

ATURCARA TENTATIF PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

JOHOR 2010

4.15 petang - Para peserta berkumpul di Astaka

- Kehadiran para jemputan dan dif-dif kehormat

4.20 petang - Ketibaan YBhg. Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran

Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim,

Johor

4.25 petang - Ketibaan YB. Dr. Mohd. Puad Bin Zarkashi

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

4.30 petang - Nyanyian lagu:

Negaraku

Bangsa Johor

Semaian Subur

Bacaan Doa

4.40 petang - Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran Ucapan Perasmian Penutup oleh YB. Dr. Mohd. Puad Bin Zarkashi

5.00 petang - Upacara Penyampaian Hadiah kepada Para

Pemenang

5.15 petang - Jamuan Ringan

Majlis Bersurai

Page 14: KERTAS KERJA PENGANJURAN

Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (1)  

Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran 8 OGOS 2010  Pengarah,  Institut Pendidikan Guru Malaysia,  Kampus Temenggong Ibrahim,  Jalan Datin Halimah,  80350 Johor Bahru,  Johor. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN KARNIVAL OLAHRAGA & BALAPAN SELURUH KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar.

3. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi kebenaran dan seterusnya menjadi penaung kepada karnival yang telah kami rancang ini. Program sehari ini bakal berlangsung pada 2 Oktober 2010. Sila rujuk kertas kerja yang dilampirkan untuk perincian tentang program ini. 4. Adalah diharapkan dengan kelulusan dan sokongan tuan, program yang dirancangkan ini dapat membantu pelatih-pelatih guru lebih mendalami pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului ucapan terima kasih.

Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang Menjalankan Tugas,

(MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD)

Setiausaha

Page 15: KERTAS KERJA PENGANJURAN

s.k : 1. Pensyarah Penasihat 2. Fail Setiausaha.

Page 16: KERTAS KERJA PENGANJURAN

Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (2)  

Md. Sharifuddin Bin Sirat 8 OGOS 2010 C4-07-06, Jalan Idaman Utama, Taman Larkin Idaman 80350, Johor Bahru Johor Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari yang akan berlangsung pada 2 Oktober 2010 ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar. 3. Sehubungan itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk melantik tuan sebagai Ahli Jawatankuasa yang akan menguruskan peralatan semasa karnival ini berlangsung. Senarai penuh adalah seperti di lampiran. 4. Adalah diharapkan dengan kehadiran tuan kita akan dapat bersama-sama berganding bahu ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului ucapan terima kasih.

Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang Menjalankan Tugas,

(MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD) Setiausaha

s.k : 1. Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim 2. Pensyarah Penasihat 3. Fail Persatuan

Page 17: KERTAS KERJA PENGANJURAN

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010

PENGERUSI : Abul Az Bin Abu Jamil

NAIB PENGERUSI : Firdaus Bin Abdullah

SETIAUSAHA : Mohd. Ridhaudin Bin Mahmood

NAIB SETIAUSAHA : Mohd. Farhan Husin

BENDAHARI : Mohd. Hafiz Mohamad

NAIB BENDAHARI : Dayarau R.

AJK PENGANGKUTAN : Izani Bin Selamat

AJK PERALATAN : Md. Sharifuddin Bin Sirat

AJK KESELAMATAN : Shalihin Bin Mohad Mahfuz

AJK PROMOSI : Norasyikin Bt. Badri

AJK MAKANAN : Siti Hazwani Bt. Mohd. Khalili

AJK PROGRAM : Sri Devi A/P Krishnan

AJK KEBAJIKAN : Angeline Thomas A/P Manogal

AJK TUGASAN KHAS : Safura Bt. Shuib

Mohd. Rashid Bin Abu Hasan

Mohd. Firdauz Bin Ibrahim

Page 18: KERTAS KERJA PENGANJURAN

Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (3) Ketua Unit Kokurikulum, 8 OGOS 2010  Institut Pendidikan Guru Malaysia,  Kampus Temenggong Ibrahim,  Jalan Datin Halimah,  80350 Johor Bahru,  Johor. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PADANG, BALAPAN DAN PERALATAN SUKAN UNTUK KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar.

3. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi kebenaran penggunaan padang dan segala peralatan yang berkaitan dengan program tersebut yang akan diadakan bermula pada 2 Oktober 2010. Berserta ini juga dilampirkan senarai keperluan alatan-alatan yang hendak digunakan. 4. Adalah diharapkan dengan kebenaran dan sokongan tuan, program yang dirancangkan ini dapat membantu pelatih-pelatih guru lebih mendalami pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului ucapan terima kasih.

Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang Menjalankan Tugas,

(MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD)

Setiausaha

s.k : 1. Pengarah IPGM Kampus Temenggung Ibrahim. 1. Pensyarah Penasihat. 2. Fail Setiausaha.

Page 19: KERTAS KERJA PENGANJURAN

Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (4)  Pengerusi 8 OGOS 2010 Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Johor Bahru Johor

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KECEMASAN SEMASA   KARNIVAL OLAHRAGA & BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar.

3. Sehubungan itu, kami ingin mengemukakan permohonan agar pihak tuan dapat memberikan bantuan kecemasan sepanjang karnival tersebut yang akan diadakan pada 2 Oktober 2010 di padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim jam 9.00 pagi. Pihak tuan dimohon untuk memaklumkan persetujuan kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 2 September 2010. 4. Adalah diharapkan dengan kerjasama pihak tuan karnival tersebut dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Yang Menjalankan Tugas,

(MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD) Setiausaha

Page 20: KERTAS KERJA PENGANJURAN

s.k : 1. Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim 2. Pensyarah Penasihat 3. Fail Persatuan  

Page 21: KERTAS KERJA PENGANJURAN

Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (7) Tn. Hj. Mohd Ghani Bin Mohd Yusof, 8 OGOS 2010 Pengarah, Pejabat Exco Belia Dan Sukan Johor Tingkat 3, Blok B Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek 80000 Johor Bahru, Johor. Tuan, MEMOHON PENAJAAN KEWANGAN BAGI PENGANJURAN KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini yang akan berlangsung pada 2 Oktober 2010 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar. 3. Sehubungan itu, kami ingin memohon jasa baik dari pihak tuan untuk menyumbangkan tajaan kewangan sebanyak RM3,000.00 bagi menampung perbelanjaan menganjurkan karnival ini. Adalah diharapkan dengan penajaan yang diberikan akan dapat memeriahkan lagi karnival ini ke arah mewujudkan masyarakat yang cintakan sukan dan gaya hidup sihat. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang Menjalankan Tugas, (MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD) Setiausaha

Page 22: KERTAS KERJA PENGANJURAN

s.k : 1. Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim 2. Pensyarah Penasihat 3. Fail Persatuan

Page 23: KERTAS KERJA PENGANJURAN

Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (5) YB. Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi 8 OGOS 2010 Timbalan Menteri Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia Tingkat 13, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya Yang Berhormat Tuan, JEMPUTAN MERASMIKAN KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini yang akan berlangsung pada 2 Oktober 2010 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar. 3. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati ingin menjemput Yang Berhormat Tuan untuk merasmikan majlis perasmian penutup karnival ini pada 2 Oktober 2010 jam 4.15 petang. Bersama ini disertakan aturcara majlis sebagai rujukan Yang Berhormat Tuan. Adalah diharapkan dengan penajaan yang diberikan akan dapat memeriahkan lagi karnival ini ke arah mewujudkan masyarakat yang cintakan sukan dan gaya hidup sihat. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Yang Menjalankan Tugas, (MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD) Setiausaha

Page 24: KERTAS KERJA PENGANJURAN

s.k : 1. Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim 2. Pensyarah Penasihat 3. Fail Persatuan

Page 25: KERTAS KERJA PENGANJURAN

ATURCARA PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010

4.15 petang - Para peserta berkumpul di Astaka

- Kehadiran para jemputan dan dif-dif kehormat

4.20 petang - Ketibaan YBhg. Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran

Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim,

Johor

4.25 petang - Ketibaan YB. Dr. Mohd. Puad Bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

4.30 petang - Nyanyian lagu:

Negaraku

Bangsa Johor

Semaian Subur

Bacaan Doa

4.40 petang - Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran

Ucapan Perasmian Penutup oleh YB. Dr. Mohd. Puad Bin Zarkashi

5.00 petang - Upacara Penyampaian Hadiah kepada Para

Pemenang

5.15 petang - Jamuan Ringan

Majlis Bersurai