kertas kerja minggu matematik

Upload: nora-zura

Post on 09-Jul-2015

1.309 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PROGRAM MINGGU MATEMATIK ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SK TAMAN NIRWANA 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU MATEMATIK 2011TARIKH : 18-22 JULAI 2011 ANJURAN: PANITIA MATEMATIK SK TAMAN NIRWANA 2011

PROGRAM MINGGU MATEMATIK ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU MATEMATIK SK TAMAN NIRWANA

1. PENDAHULUAN Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti, Panitia Matematik SK Taman Nirwana mengambil inisiatif menganjurkan program Minggu Matematik yang melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini dirangka untuk mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap Matematik melalui pelbagai aktiviti matematik yang menarik dan menyeronokkan. Seterusnya program ini diharap dapat membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.

2. RASONAL Program Minggu Matematik ini merupakan satu program yang dijalankan untuk meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik yang sering dianggap subjek yang membebankan dan susah untuk dikuasai, terutamanya dikalangan murid Melayu dan India di Sekolah Kebangsaan. Program ini dirancang ekoran keputusan peperiksaan lalu yang kurang memuaskan, khasnya mata pelajaran Matematik. Berdasarkan analisa dan pemerhatian yang dilakukan, didapati kebanyakan murid tidak mempunyai asas yang kukuh dalam penguasaan fakta asas matematik ( tambah, tolak, darab dan bahagi). Masalah ini, memberi kesan kepada murid untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik. Lantaran itu, Panitia Matematik merancang untuk menjalankan program Minggu Matematik agar timbul kesedaran dikalangan murid bahawa belajar Matematik adalah menyeronokkan seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik. Diharap program ini memberi impak yang positif pada pencapaian murid dalam peperiksaan akan datang.

PROGRAM MINGGU MATEMATIK ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. MATLAMAT Program Minggu Matematik adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik, meningkatkan pemahaman dan mengaplikasi segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada program ini agar prestasi pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik meningkat. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi dikalangan guru-guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berbentuk akademik yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan murid-murid yang lebih seimbang pada masa akan datang.

4. OBJEKTIF

Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam Matematik Mensasarkan peningkatan peratus dan gred purata bagi mata pelajaran Matematik pada ujian dan peperiksaan akan datang.

Menimbulkan minat murid dalam Matematik dan membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian.

Menguji kemahiran murid dalam Matematik.

5. Teras PIPP : Teras 2- Membina Modal Insan

6. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua SK Taman Nirwana.

7. PELAKSANAAN Tarikh Hari Tempat : 18 Hingga 22 Julai 2011 : Isnin hingga Jumaat : SK Taman Nirwana

PROGRAM MINGGU MATEMATIK ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MINGGU MATEMATIK

Penasihat Pengerusi 1 Pengerusi 2 Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Penyelaras Pen. Penyelaras Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa

: Pn. Shahar Fadzilah Bt. Mohamed Daud., AMP. (Guru Besar) : Pn. Aliza Bt. Mohamad Ngasari (GPK Kurikulum) : Pn. Hjh Saharah bt Janor ( Penyelia Petang) : Pn. Norisan Bt. Ali (GPK Hal Ehwal Murid) : Pn. Melor Bt. Othman (GPK Ko-Kurikulum) : Pn. Zaleha bt Mat Zain ( Penolong Penyelia Petang) : En. Fuziah bt Mohamad (Ketua Panitia Matematik) : Pn. Norazurah bt Ahmad : Pn. Norhashimah bt Ismail : Pn. Wan Zaliha bt. Wan Mohamed : Semua Guru Matematik

9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Kertas Kerja Hadiah

: Pn. Norazurah bt Ahmad : Pn. Norazurah bt Hassan Pn. Wan Zaliha bt Wan Mohamed

Juruacara

: En. Muhd Hafiz En. Jamaluddin b. Othman

Persiapan Tempat

: En. Syed Mohd Aziz b. Syed Ismail En. Mohd Suharimi

Hakim Pertandingan : Pn. Zuraidah bt. Musa ( Tahap 1) En. Anuarsadat b. Rashid ( Tahap 2) Dokumentasi : En. Ahmad Zamri b. Isa En. Azaharuddin b. Mohamed Kawalan Disiplin : : En. Anuarsadat b. Rashid Pn. Khoirunnisyah bt Abd Wahab :

PROGRAM MINGGU MATEMATIK ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10. JADUAL PELAKSANAANTARIKH/HARI MASA AKTIVITI TINDAKAN TEMPAT

18 JULAI 2011 ( ISNIN )

Majlis Pelancaran 7.45 8.15 pg 6.00- 6.30 ptg Taklimat tentang minggu Matematik Pn. Fuziah bt Mohamad

Tapak perhimpunan

Bengkel Bijak Sifir (Jadual19 JULAI 2011 ( SELASA ) 11.00pg-1.00 ptg & 4.30- 6.30 ptg Pelbagai Guna) ( Tahun 2,3,4,5 & 6)

Pn. Nur Rosbadariah bt Azhari Pn. Norazura bt Hassan

Bilik Darjah

Bengkel Bijak Angka(Tahun 1)

Bengkel Fakta Asas M320 JULAI 2011 ( RABU ) 11.00pg-1.00 ptg & 4.30- 6.30 ptg (Tambah,Tolak,Darab dan Bahagi ) Pn. Zuhijjah bt Che May En. Syed Mohd Aziz b. Syed Ismail Pn. Norazurah bt Kuiz & Rekreasi Matematik Ahmad En. Azaharuddin b. Mohamad Mathematics Clever 22 JULAI 2011 ( JUMAAT ) (Tahap 1) 8.00pg- 11.55 pg 2.30- 6.30 ptg Mathematic Explorace (Tahap 2) Majlis Penutupan * Aktiviti dijalankan selepas waktu rehat. En. Ibni Arabi En. Anuarsadat Semua Guru matematik

Bilik darjah

21 JULAI 2011 ( KHAMIS )

11.00pg-1.00 ptg & 4.30- 6.30 ptg

Sekitar Sekolah & Dewan

Tapak perhimpunan

PROGRAM MINGGU MATEMATIK ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

11. SUMBER KEWANGAN

PCG Panitia Matematik

12. ANGGARAN KOS Bil Perkara Kos Perbelanjaan

1.

Hadiah Pertandingan Kuiz dan Rekreasi Matematik

Tahun 1 : 9 orang x RM 3 = RM 27.00 Tahun 2 : 8 orang x RM 3 = RM 24.00 Tahun 3 : 8 orang x RM 3 = RM 24.00 Tahun 4 : 8 orang x RM 3 = RM 24.00 Tahun 5 : 8 orang x RM 3 = RM 24.00 Tahun 6 : 9 orang x RM 3 = RM 27.00

2.

Hadiah Explorace Mathematics & Clever Math

Tempat Pertama : 6 orang x RM 5 = RM 30.00 Tempat Kedua Tempat Ketiga : 6 orang x RM 4 = RM 24.00 : 6 orang x RM 3 = RM 18.00

3.

Dokumentasi JUMLAH

= RM 50.00 = RM272.00

13. Penutup

PROGRAM MINGGU MATEMATIK ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan untuk kecemerlangan murid.

Disediakan Oleh ,

__________________________ ( PN. NORAZURAH BT AHMAD) Penolong Ketua Panitia Matematik SK TAMAN NIRWANA

Disemak oleh,

__________________________ ( PN. FUZIAH BT MOHAMAD ) Ketua Panitia Matematik SK TAMAN NIRWANA

Disahkan Oleh, ____________________ (PN. SHAHAR FADZILAH BT MOHAMED DAUD., AMP ) Guru Besar, SK TAMAN NIRWANA.