kertas kerja menceriakan kawasan sekolah

2
KERTAS KERJA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH DEFINISI Projek ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid serta pengalaman baru kepada mereka tentang keceriaan sekolah dan kepentingannya serta memfokuskan kepada program membina taman yang dipanggil Astana Sivik. MATLAMAT Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, cantik dan tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan murid bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek. OBJEKTIF Memupuk murid bagi mewujudkan kawasan yang lebih ceria dan harmonis. Mendidik murid bagi memupuk sikap bertanggungjawab terhadap sekolah. Memupuk murid mewujudkan sikap kerjasama di antara warga sekolah. Mendidik murid menjadikan sekolah selesa. KUMPULAN SASARAN Murid-murid tahap 2. TEMPOH PERLAKSANAAN Tarikh : 25 Julai 5 Ogos 2012 Masa : 5.00 petang 6.00 petang, waktu rehat, waktu P&P Tempat : Kawasan Sekolah PENUTUP Semoga projek yang dijalankan ini akan dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan keceriaan sekolah bagi meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang tenang, ceria dan selesa.Adalah menjadi harapan kami agar projek Astana Sivik ini diterima dan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan Sekolahku, rumahku .

Upload: noraini-razali

Post on 20-Dec-2015

103 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sekadar perkongsian

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Menceriakan Kawasan Sekolah

KERTAS KERJA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

DEFINISI Projek ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid serta pengalaman baru kepada mereka tentang keceriaan sekolah dan kepentingannya serta memfokuskan kepada program membina taman yang dipanggil Astana Sivik.

MATLAMAT Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, cantik dan tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan murid bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek. 

OBJEKTIF

Memupuk murid bagi mewujudkan kawasan yang lebih ceria dan harmonis.  Mendidik murid bagi memupuk sikap bertanggungjawab terhadap sekolah. 

Memupuk murid mewujudkan sikap kerjasama di antara warga sekolah. 

Mendidik murid menjadikan sekolah selesa. 

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahap 2.

TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh : 25 Julai – 5 Ogos 2012

Masa : 5.00 petang – 6.00 petang, waktu rehat, waktu P&P

Tempat : Kawasan Sekolah

PENUTUP

Semoga projek yang dijalankan ini akan dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan keceriaan sekolah bagi meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang tenang, ceria dan selesa.Adalah menjadi harapan kami agar projek “Astana Sivik” ini diterima dan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan “Sekolahku, rumahku”.