aturan urusan mesyuarat - parlimen.gov.my · litar lumba motosikal berkuasa rendah yang melibatkan...

14
, MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARIISNIN, 6 OKTOBER, 2003 PUKUL 10.00 PAGI Bil. 49 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN (PM #34282 v1) 1. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor] minta MENTERI PERUSAHAAN UTAMA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan bantuan tanaman semula kepada pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit seperti yang telah dilaksanakan oleh R!SDA yang mana dana ke atas bar.tuan tanaman semuln dipmolehi melalui peruntukkan Ses (cess) yang telah Kerajaan berikan kepada industri tanaman kelapa sawit. (PM #34759 v1) 2. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-Iangkah yang diambil dalam menghadapi fenomena terkini yang berkaitan jenayah dan pembunuhan kejam yang sedang menular dan mengancam keselamatan serta membimbangkan rakyat. (PM #34707 v1) 3. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:- (a) sejauh manakah langkah-Iangkah keselamatan di negara ini telah dipertingkatkan untuk mengawal keselamatan di sekitar persisiran pantai negara ini; dan (b) apakah langkah-Iangkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi mengekang kegiatan pengganas di negara ini. 1

Upload: tranminh

Post on 19-Aug-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

, MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARIISNIN, 6 OKTOBER, 2003 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 49

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN

(PM #34282 v1) 1. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor] minta MENTERI

PERUSAHAAN UTAMA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan bantuan tanaman semula kepada pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit seperti yang telah dilaksanakan oleh R!SDA yang mana dana ke atas bar.tuan tanaman semuln dipmolehi melalui peruntukkan Ses (cess) yang telah Kerajaan berikan kepada industri tanaman kelapa sawit.

(PM #34759 v1) 2. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan apakah langkah-Iangkah yang diambil dalam menghadapi fenomena terkini yang berkaitan jenayah dan pembunuhan kejam yang sedang menular dan mengancam keselamatan serta membimbangkan rakyat.

(PM #34707 v1) 3. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan:-

(a) sejauh manakah langkah-Iangkah keselamatan di negara ini telah dipertingkatkan untuk mengawal keselamatan di sekitar persisiran pantai negara ini; dan

(b) apakah langkah-Iangkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi mengekang kegiatan pengganas di negara ini.

1

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

2 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1)

(PM # 34551 v1) 4. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah] minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan apakah rasionalnya cadangan Timbalan Menteri Pengangkutan meminta semua Kerajaan Negeri mewujudkan Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas 4-6 hektar dan adakah Kementerian bercadang menyalurkan peruntukan ke negeri-negeri yang melaksanakannya.

(PM #34109 v1) 5. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara] minta MENTERI

PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan memandangkan kadar jenayah dalam negara semakin meningkat dan serius adakah Kementerian akan memulakan semula Skim Rukun Tetangga yang menjalankan rondaan pad a waktu malam.

(PM #34488 v1 ) 6. Tuan liow Tiong Lai [Bentong] minta MENTERI TENAGA,

KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah caruman yang telah diberi ke tabung Universal Service Provision-USP dan apakah langkah-Iangkah yang telah diambil untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tabung USP oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

(PM # 34567 v1) 7. Tuan Liew Teck Chan [Gaya] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan sama ada Kementerian ini telah merancang untuk menaik tarat jalan raya Persekutuan di Sabah yang masih dalam keadaan dait ataupun telah mengalami kerosakan teruk.

(PM #34801 v1) 8. Tuan Richard Riot ak. Jaem [Serian] minta MENTERI PEMBANGUNAN

LUAR BAN DAR menyatakan rancangan Kementeriannya agar kesemua 6,000 buah kampung dan rumah panjang di seluruh negeri Sarawak dapat menikmati bekalan elektrik menjelang tahun 2020.

(PM #34629 v1 ) 9. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan pemohon penduduk tetap yang diluluskan oleh Kementerian sepanjang tempoh 5 tahun lalu, kategori setiap pemohon, negara asal, sebab diluluskan dan jumlah yang tidak berjaya.

(PM # 34891 v1) 10. Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah pusat latihan perisikan di negara ini bagi memantapkan lagi tugas risikan sekali gus meningkat keselamatan negara.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

3 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1)

(PM #34945 v1 ) 11. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok] minta MENTERI

PERT ANIAN menyatakan apakah langkah-Iangkah yang akan dilakukan untuk mengatasi hakisan pantai akibat dari masalah "global warming".

(PM #34997 v1 ) 12. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI PERTANIAN menyatakan

apakah bantuan termasuk bantuan dari segi teknikal dan pengurusan yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha udang di Sabah supaya perindustrian ini dapat dikembangkan.

(PM #35086 v1 ) 13. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan kedudukan hasil siasatan kes yang melibatkan perampasan komputer-komputer kepunyaan Malaysiakini.com untuk siasatan.

(PM # 35050 v1 ) 14. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta PERDANA MENTERI

menyatakan projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Bukit Mertajam bagi tahun 2002 dan 2003 dengan butiran jenis projek, lokasi dan kos setiap projek.

(PM #34156 v1) 15. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta MENTERI BEllA

DAN SUKAN menyatakan apakah ganjaran lumayan atau gelaran yang bersesuaian seperti "Kesateria Negara" yang pihak Kerajaan boleh berikan kepada ahli-ahli sukan di negara ini yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

(PM #35161 v1) 16. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] minta MENTERI BEllA DAN

SUKAN menyatakan:-

(a) siapakah pihak penaja dan pembiaya program menawan gunung Everest, mengelilingi dunia dengan kapal layar, dan yang terbaru menawan selat Inggeris oleh Malik Maidin, berapakah jum,lah perbelanjaan untuk menjayakan program­program tersebut; dan

(b) apakah hasil dan kesan positif program-program tersebut itu dari segi ekonomi negara dan personel yang terlibat selain daripada mengharumkan nama negara.

(PM #34978 v1) 17. Dato' Mustafa @ Hassan bin Ali [Dungun] minta MENTERI

PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan ke manakah pelajar-pelajar dua MRSM yang ditutup dipindahkan dan berapakah jumlah pelajar­pelajar Terengganu yang mendapat 5A yang mendapat tempat di sekolah berasrama penuh di Malaysia bagi tahun 2001-2002.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

4 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1 )

(PM#35101 v1) 18. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan alasan-alasan mengapa pegangan Khazanah dalam Bank Muamalat dijual kepada Bukhary Capital Sdn. Bhd.

(PM #34465 v1) 19. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerluh] minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sudahkah Malaysia mengambil langkah-Iangkah untuk memastikan barangan yang masuk ke Malaysia dari negara ASEAN memenuhi syarat­syarat AFT A.

(PM #34503 v1 ) 20. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan keuntungan dan layanan yang diberi kepada bekas perajurit yang tidak berpangkat di luar bandar oleh koperasi dan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Tabung Angkatan Tentera.

(PM # 34363 v1) 21. Tuan Ronald Kiandee [Beluran] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan tahap kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar Sabah. Apakah usaha Kementerian untuk mempertingkatkan kemudahan­kemudahan ini.

(PM #34270 v1) 22. Tuan Thong Fah Chong [Ipoh Timur] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan adakah "Centre For Disease Control" (CDC) yang ak8n ditubuhkan dl bawah Instltut Penyeiidikan Penyal<it untuk menyelidik dan mengawal penyakit berjangkit akan mempunyai cawangan-cawangan di bandar-bandar utama seluruh negara bagi memantapkan lagi operasi kawalan penyakit berjangkit pad a masa akan datang.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

5 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1 )

'ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung semula Pertimbangan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2004 (DR 44/2003) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2004 seperti berikut:

"Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih tiga puluh satu bilion sembilan ratus enam puluh juta ringgit (RM31,960,000,ooO) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2004, bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (liP") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2004 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2003 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan."

Dalam Jawatankuasa sebuah .. buah Majlis (Hari Kedua Diuntukkan)

2. (DR 45/2003)· Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan· Bacaan Kali

3.

4.

5.

6.

7.

Raya (Pindaan) 2003 Yang Kedua

(DR 46/2003) Rang Undang-undang Pilihan Raya (Pindaan) 2003

(DR 43/2003) Rang Undang-undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2003

(DR 40/2003) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003

(DR 41/2003) Rang Undang-undang Pengubahan Wang Haram (Pindaan) 2003

(DR 39/2003) Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2003

II

..

..

"

..

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

8.

9.

6 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1 )

(DR 38/2003) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2003

(DR 36/2003) Rang Undang-undang Ahli Farmasi (Pindaan) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

"

10. (DR 47/2003) Rang Undang-undang Kewangan 2003 "

11. (DR 28/2003) Rang Undang-undang Perlindungan " Varieti Baru Tumbuhan 2003

12. (DR 35/2003) Rang . Undang-undang Insurans Luar " Pesisir (Pindaan) 2003

13. (DR 34/2003) Rang Undang-undang Fi (Taman Laut " Malaysia) (Pengesahan) 2003

14. (DR 42/2003) Rang Undang-undang Komunikasi dan " Multimedia (Pindaan) 2003

15. (DR 26/2003) Rang Undang-undang Ibu Kota " Persekutuan (Pindaan) 2003

(PM #34742 v1) 16. Data' Seri Haji Abdul Hadi bin Hajl Awang [Marang] akan

mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menyelar keputusan Kerajaan untuk meneruskan projek membina loji insinerator di Broga. Berdasarkan berbagai-bagai fakta yang dikumpul, ternyata teknologi pelupusan yang dicadangkan telah mendatangkan kesan sam ping an yang berbahaya seperti pengeluaran bah an dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

7 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1 )

Teknologi 'gasification' ternyata telah gagal di Jepun dan memerlukan kos yang tinggi untuk diubah sesuai. Persoalannya kenapa syarikat yang ternyatagagal di Jepun iaitu Ebara Corporation, dijemput untuk mengemukakan cadangannya di negara ini. Adakah Kerajaan telah mengenal pasti kemampuan dan 'track record' syarikat ini. Jika OECF dari Jepun pun telah menarik diri dari membiayai cadangan pelaksanaan teknologi yang belum terbukti berjaya ini dan enggan memberi pinjaman mudah, bagaimanakah Malaysia akan membiayainya dan apakah implikasi kewangan kepada negara ini.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan membatalkan hasrat melaksanakan projek ini.

(PM #34214 v1) . 17. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini perlu membahaskan kontroversi dan skandal pembinaan makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh negara. Projek ini berkait rapat dengan rancangan memberi pendidikan komputer kepada pelajar-pelajar sekolah yang memungkinkan mereka menjadi warganegara yang sentiasa relevan dengan tuntutan dunia sains dan teknologi terutamanya teknologi maklumat.

Kegagalan syarikat-syarikat yang dilantik menyiapkan makmal-makmal tersebut mengikut spesifikasi amat memalukan. Terdapat dakwaan bahawa syarikat-syarikat tersebut bukan sya ri kat pembinaan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan pemilihan mereka dibuat tidak secara tender terbuka. Selain daripada itu telah timbul satu lagi keanehan dalam mana JKR tidak dilantik sebagai PMC kepada projt)k tersebut. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dijelaskan oleh Kementerian Pendidikan mengenai projek ini. Akibat gejala ketidaktelusan seperti yang tergambar dalam projek ini menyebabkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan semakin terhakis.

Bahawa Dewan ini amat kesal dengan apa yang berlaku dan penjelasan yang penuh dengan ketelusan amat diperlukan. II .

(PM #34216 v1) 18. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini perlu membahaskan isu mengenai kegagalan pihak pengurusan KWSP mengawal kos pentadbirannya di samping menentukan dividen yang munasabah diberi kepada para pencarum KWSP. Kos operasi tahunan KWSP didapati meningkat sebanyak 80% dari RM194 juta pad a tahun 1998 kepada RM350 juta pad a tahun 2001. Sebaliknya dividen kepada pencarum menjunam melebihi 26% iaitu dari 6.8% kepada 5% untuk tempoh yang sarna dan kini menjadi lebih rendah iaitu 4.25% bagi tahun 2002.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

8 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1 )

Rakyat diberitahu KWSP terpaksa menolak RM5 billion sebagai "kerugian atas kertas" dalam ekuiti dan plnjaman yang meneurigakan dalam tempoh lima tahun dari 1998 ke tahun 2002. KWSP maslh menghadapi "kerugian atas kertas" sebanyak RM10-RM14 billion dalam ekuiti yang memaksanya memberi kadar dlviden yang lebih rendah kepada· pencarum bagi tahun­tahun yang akan datang.

Dewan yang mulla ini perlu diberi penjelasan mengenal perkara yang sangat penting ini. Pencarum-pencarum KWSP selama ini meletakkan seluruh kepercayaan kepada pengurusan KWSP dan menolak sarna sekali sebarang tindakan yang merugikan mereka.

(PM #34217 v1) 19. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini perlu membahaskan isu mengenai saham-saham amanah tajaan Kerajaan-kerajaan negeri. Rakyat mengetahui jumlah kerugian yang begitu besar yang ditanggung oleh pelabur-pelabur keeilan khasnya rakyat jelata berikutan dengan susutan harga saham ketika ini jika dibandingkan dengan harga tawaran asa!. .

Pelabur-pelabur keeilan ini menggunakan wang tabungan dan pinjaman daripada syarikat-syarikat kewangan untuk turut sarna melabur. Mereka terpedaya dengan janji manis khususnya pimpinan tertinggi negeri-negeri yang terlibat sewaktu melancarkanamanah-amanah saham tersebut. Kini pelabur-pelabur keeil tersebut terpaksa menghadapi kehidupan penuh

. gawat aklbat peltlburan yang merugikan itll.

Sehingga inl Kerajaan belum mengumumkan tindakan yang akan diambil bagi membaiki keadaan dan seterusnyamembela pelabur-pelabur marhaen ini.

Bahawa Dewan ini perlu diberi maklum mengenai kedudukan sebenar perkara ini di samping mengurang dan· menghapuskan kegelisahan di kalangan mereka yang. terlibat.

(PM #34307 v1 ) 20. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini akan membincangkan dan membahas berhubung dengan pertubuhan Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM).

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar satu Kertas Putih dikeluarkan untuk diperbahaskan di Dewan yang mulla inl.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

..

9 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1 )

(PM #34308 v1) 21. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO Terengganu mendesak Kerajaan sehingga Menteri Pembangunan Usahawan mengaku di Dewan yang Mulia ini be/iau bertanggungjawab menutup dua buah MRSM di Terengganu.

Bahawa Dewan ini menyedari perlunya peluang pendidikan yang lebih luas disediakan bagi menampung pelajar-pelajar yang cemerlang hasil dari permuafakatan semua pihak sehingga Terengganu muncul antara keputusan UPSR terbaik di Malaysia ..

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan janji politik Kerajaan untuk membuka semula dua Pusat Pendidikan MRSM di Terengganu sekiranya Barisan Nasional me nang di dalam pilihan raya akan datang.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan tidak menjadikan isu pendidikan sebagai alat politik UMNO dan Barisan Nasional.

(PM #34782 v1) . 22. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah membantah sekeras-kerasnya sikap Kerajaan yang cuba berJepas tangan dalam isu pemberian kontrak pembinaan makmal komputer. Pemberian kontrak pembinaan komputer yang dilakukan oIeh I{ementerian Kewangan tidak dilal~.ukan secara telus sebaliknya diberikan atas merit politik dan kroni.

Dewan ini hendaklah mengutuk tindakan Menteri Kewangan yang memberikan kontrak tersebut kepada syarikat pembekal komputer tidak kepada kontraktor binaan yang menjadi punca utama dalam isu penyelewengan pembinaan makmal komputer. Syarikat tersebut seperti Pintar Teknologi Bumi Asia Sdn. Bhd. (Zon Utara). Perkhldmatan Rundingan Industri Malaysia Berhad (Zan Tengah). CS TECH Vanture Sdn. Bhd. (Zan Selatan). Bellgrand Sdn. Bhd. (Zan Timur). Timecomm Holding Berhad (Zon Sabah) dan Telekom Smart School. Bhd (Zan Sarawak).

Dewan ini menuntut supaya suatu penyiasatan dilakukan ke atas Menteri Kewangan di atas penyelewengan ini yang telah mengakibatkan bebanan kewangan ditanggung oleh rakyat serta keselamatan pelajar dan guru diancam maut akibat perbuatan Menteri Kewangan yang tidak bertanggungjawab.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

10 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1)

(PM #34783 v1) 23. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah membincangkan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO untuk menempatkan 24,470 orang pelajar Bumiputera lepasan STPM dan matrikulasi ke IPTA untuk kemasukan 2003.

Dewan ini sangat kecewa dengan kegagalan ini kerana 24,470 pelajar ini telah mencapai syarat kelayakan untuk ditempatkan di I PTA. Kegagalan ini berpunca dari perubahan dasar kemasukan ke JPTA berdasarkan emosi kerana peJajar Bumiputera dikatakan tidak mendukung aspirasi Barisan Nasional.

Dewan juga sang at kesal dengan kegagalan ini kerana ia akan menyebabkan hasrat untuk meningkatkan jumJah rakyat yang beJajar di IPTA khususnya di kaJangan Bumiputera tidak tercapai. Dewan juga kecewa dengan kegagalan Kerajaan Barisan NasionaJ khususnya Kementerian Pendidikan untuk membuat unjuran jumlah kursus yang ditawarkan oleh IPTA berbanding jumlah pelajar yang mengambiJ STPM dan matrikulasi yang menyebabkan negara telah kerugian jutaan ringgit apabiJa 24,470 pelajar gagal ditempatkan di IPTA.

Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan memastikan dengan apa cara sekali pun supaya 24,470 orang pelajar bumiputera tersebut dapat di tempatkan di IPTA.

(PM #34935 v1 ) 24. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terburu-buru Kerajaan menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu baru-baru ini."

Bahawa Dewan ini menyedari bahawa tindakan ini dilakukan kerana amalan politik 'sempit serta balas dendam' UMNO yang tidak dapat menerima hakikat penolakan rakyat Terengganu terhadap mereka di dalam pilihan raya yang lalu.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruah rakyat Terengganu yang sedang tercabar dan cuba dihancurkan oleh tindakan politik kotor beberapa kalangan pemimpin UMNO yang tidak rasional, beremosi serta mengkhianati masa depan orang-orang Melayu khususnya rakyat di negeri Terengganu.

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

" 11 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1) -

(PM #34936 v1 ) 25. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentuk terroris rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang" tidak berdosa terkorban serta beribu-ribu lagi mengalami kecederaan".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap 'double standard' kuasa-kuasa besar Barat khususnya Amerika Syarikat yang melindungi serta membisu terhadap kekejaman rejim Zion is ini terutamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terroris' dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestin secara zalim.

Malahan tindakan Zion is Israel menceroboh serta membunuh ratusan umat Islam di kern pelarian yang di bawah jagaan PBB adalah amat dikesali. Rejim ini juga tidak pernah menghormati sebarang resolusi yang dibuat oleh PBB terus berselindung di sebalik 'sokongan kuat Amerika Syarikat' bagi mengetepikan segala bantahan antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka.

Dewan ini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kota Baitulmuqaddis eli mana t€.\rletaknya Masjirt Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta maruah umat Islam yang sedang tercabar ini.

(PM #34937 v1 ) 26. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan in! mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik pembantu tadbir sambilan dari kalangan ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO yang jelas melanggar prinsip 'ketelusan serta kebebasan' pihak SPR sendiri".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap serta tindakan tidak beretika SPR ini yang menjejaskan reputasi SPR sebagai sebuah badan bebas bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini.

Maka dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan serta mengembalikan keadilan dan ketelusan SPR dari terus dinodai oleh etika kerja tidak bermaruah UMNO/BN.

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

12 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1)

(PM #34938 v1) 27. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak Kementerian DalamNegeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak membenarkan anggota polis wan ita beruniform beragama Islam menutup aurat semasa menjalankan tugas harian sarna ada di pejabat atau di luar pejabat".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan larangan sedemikian yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta etika. kerja yang sebenarnya.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar pihak Kementerian serta PDRM mengkaji kembali larangan menutup aurat ini agar prinsip Islam dapat ditegakkan di kalangan anggota PDRM di dalam menjalankan tugas mereka.

(PM #35103 v1) 28. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini harus membincangkan keperluan penangguhan penguatkuasaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 di mana programnya dilaporkan akan dijalankan pada Februari tahun memandangkan banyak perkara di dalamnya masih belum diputuskan oleh Kementerian Pertahanan ketika ia diluluskan di P~~rlimen.

Jika objektifnya yang begitu penting sekali iaitu untuk memupuk semangat patriotism perpaduan serta pembentukan perwatakan positif generasi muda. rang Undang-undang ini harus ditangguhkan penguatkuasaannya agar pandangan orang ramai yang lebih sempurna serta komprehensif diambil. Dengan demikian, ia' bukan seta kat dapat memastikan kejayaannya objektif penting Program berkenaan tetapi tidak berlaku pembaziran wang raky~t yang beratus juta ringgit.

Rang Undang-undang ini turut telah diluluskan dalam keadaan tergesa­gesa tanpa pemberian maklumat yang mencukupi untuk orang ramai memberi maklum balas berkenaannya.

Ini terbukti apabiJa organisasi-organisasi serta orang ramai telah meluahkan kerisauan terhadap program ekoran ketiadaan maklumat berkenaan kandungan Program dan Rang Undang-undang tersebut sehingga ada di antaranya terpaksa mengadakan temu janji dengan Menteri.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

-I,

13 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1 )

Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen, seharusnya melibatkan pandangan orang ramai yang lebih menyeluruh pad a mulanya proses penggubalan Rang Undang-undang terse but dan adalah tidak mencukupi jika pihak Kerajaan setakat menyuarakan kerelaan berunding dan menerima pandangan selepas sesuatu Rang Undang-undang diluluskan di parlimen.

Oleh itu, jika Akta Latihan Khidmat Negara ini berterusan di kuatkuasakan, adalah dikhuatiri bukan sahaja objektifnya tidak akan tercapai, pembaziran wang rakyat akan berlaku tetapi juga kesan-kesan negatif ke atas remaja kita yang dipaksa menghadiri program tersebut jika mereka terpilih.

(PM #35105 v1) 29. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

Dewan ini harus mengutuk sikap Kementerian Pendidikan yang menghendaki tujuh orang pelajar (ISA 7) yang terdiri daripada Rafzan Ramli, Helma Sanudin, Khairul Amal Mahmood, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, Nik Noorhafizi Nik Ismail dan Zulkifli Idris dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Mara meminta maaf kepada Kementerian sebagai syarat penempatan mereka semula di universiti bagi menyambung pendidikan masing-masing oleh Kementerian Pendidikan.

Tujuh orang pelajar ini hanya menyuarakan pandangan mereka terhadap undang-undang kejam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di mana ia adalah satu kebebasan bersuara dan berkumpul yang merupakan satu bentuk hak asasi man usia. Tindakan Kementerian menyokong penggantungan mereka daripada meneruskan pendidikan di universiti sebelum mahkamah memulakan perbincangan kes dan menjatuhkan hukuman salah ke atas mereka adalah bercanggah dengan prinsip bahawa "one is innocent until proven guilty". Tindakan tersebut turut mencabul hak kepada pendidikan pelajar-pelajar ini.

Bahawa Dewan ini harus menyuarakan bantahan terhadap tindakan Kementerian sedemikian dan pelajar-pelajar ini harus dibenarkan menyambungkan pendidikan mereka di universiti dengan serta-merta. Akta Universiti dam Kolej Universiti juga harus dimansuhkan agar negara kita dapat melahirkan graduan muda yang berdaya kreativiti, dan berfikiran analytical serta berani bersuara untuk keadilan demi kebaikan negara dan masyarakat.

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Litar Lumba Motosikal berkuasa rendah yang melibatkan kawasan seluas ... yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 ... berdaftar dengan

14 AUM DR 06/10/2003 (PM #35238 v1)

(PM #35202 v1) 30. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:~

"Bahawa Dewan ini membahaskan cara~cara yang berkesan untuk menjamin keselamatan negara daripada serangan pengganas seperti yang berlaku di Bali dan Jakarta, Indonesia. Dewan membincangkan faktor~faktor yang menyebabkan wujudnya Federal Special Forces of Malaysia (FSFM), Pasukan Khas Persekutuan Malaysia). Dewan ini juga akan mendebatkan bagaimana Pasukan pOlis Diraja Malaysia dapat menambah lebih 21,000 anggota yang terlatih untuk melegakan kekurangan anggotanya bagi menghadapi cabaran-cabarannya.