5 tips untuk menceriakan diri di tempat kerja

3
KAPSUL PSIKOLOGI 18.12.2014 5 TIPS UNTUK CERIA DI TEMPAT KERJA 1. Ketepikan Masalah Peribadi Jangan biarkan emosi anda terjejas hanya kerana masalah peribadi. Sebaiknya elakkan pemindahan perasaan atau emosi negatif kepada rakan sekerja. 2. Cipta dan hias Tempat Kerja Seperti Rumah Anda Hiasi tempat kerja anda supaya kelihatan menarik dan kemas. Pastikan tempat kerja anda mempunyai suasana yang selesa untuk meningkatkan motivasi dan kualiti untuk anda melaksanakan kerja. 3. Bina Sistem Sokongan Eratkan hubungan antara anda dengan rakan sekerja. Ingat! Rakan sekerja merupakan individu yang anda temui setiap hari. Oleh itu, pembinaan sistem sokongan ini amat penting bagi membantu anda untuk berkongsi pendapat dan emosi untuk mengurangkan tekanan yang dialami.

Upload: chuck-bravo

Post on 10-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kapsul Psikologi

TRANSCRIPT

Page 1: 5 Tips Untuk Menceriakan Diri Di Tempat Kerja

KAPSUL PSIKOLOGI 18.12.2014

5 TIPS UNTUK CERIA DI TEMPAT KERJA

1. Ketepikan Masalah PeribadiJangan biarkan emosi anda terjejas hanya kerana masalah peribadi. Sebaiknya elakkan pemindahan perasaan atau emosi negatif kepada rakan sekerja.

2. Cipta dan hias Tempat Kerja Seperti Rumah AndaHiasi tempat kerja anda supaya kelihatan menarik dan kemas. Pastikan tempat kerja anda mempunyai suasana yang selesa untuk meningkatkan motivasi dan kualiti untuk anda melaksanakan kerja.

3. Bina Sistem SokonganEratkan hubungan antara anda dengan rakan sekerja. Ingat! Rakan sekerja merupakan individu yang anda temui setiap hari. Oleh itu, pembinaan sistem sokongan ini amat penting bagi membantu anda untuk berkongsi pendapat dan emosi untuk mengurangkan tekanan yang dialami.

Page 2: 5 Tips Untuk Menceriakan Diri Di Tempat Kerja

4. Lakukan Senaman Ringan Lakukan senaman ringan dan mudah sekiranya anda sudah lama berada dalam posisi yang sama. Alihkan perhatian anda dari skrin komputer setiap 30 minit. Dengan melakukan pergerakan badan dapat meningkatkan pengaliran darah dan akan membantu otak anda untuk terus fokus. Pergerakan yang kerap juga bagus untuk tulang belakang dan juga mata anda kerana ketegangan pada bahagian-bahagian ini boleh menyumbang kepada stress.

5. Bersikap PositifAmalkan sikap positif di tempat kerja dan berikan senyuman anda kepada sekeliling bagi menimbulkan semangat dan keakraban. Di samping itu, dapat membina suasana kerja yang lebih menyeronakkan.

Sila klik link di bawah untuk menonton video :https://www.youtube.com/watch?v=Q-GLuydiMe4

SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAFPEJABAT PENDAFTARUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA03-89471557