kertas kerja menaiktaraf sistem bekalan air di smk bukit sentosa 2

3
KERTAS KERJA MENAIKTARAF SISTEM BEKALAN AIR DI SMK BUKIT SENTOSA 2 PENGENALAN SMK Bukit Sentosa 2 telah dibuka secara rasminya pada 16 September 2009 dengan jumlah pelajar yang pertama hanyalah berjumlah 600 orang. Pada permulaan sekolah di buka memang tidak ada masalah air kerana warga sekolah yang tidak ramai. Kini dengan jumlah warga sekolah mencecah 2000 orang masalah ini makin kerap di alami dan aduan-aduan mengenai masalah tersebut juga makin banyak diterima Dari segi bekalan air, kawasan sekolah menerima air dari sungai Selangor secara graviti. Ini bermakna tidak ada pam air atau apa-apa mekanisme tertentu yang digunakan untuk mengisi tangki air yang terletak di bawah bumbung setiap bangunan. Air mengalir dari Empangan Sungai Selangor terus ke tangki-tangki servis di setiap blok sekolah kerana perbezaan keupayaan graviti. Secara amnya kaedah ini cukup untuk menampung air dengan kegunaan biasa. Masalah mula berlaku dalam tahun 2010 bila murid telah mencecah lebih 1500 orang. Masalah ini juga hanya tertumpu di blok akademik iaitu tempat dimana semua pelajar ditempatkan. KAEDAH MENANGANI MASALAH Beberapa pendekatan telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Pada tahun 2011 satu keputusan telah diambil untuk membina tangki pengumpulan dan pam luar untuk membantu menyalurkan air dari paip bekalan ke tangki servis di blok akademik. Walau bagaimanapun kerana kekurangan peruntukan spesifikasi pam adalah tidak cukup besar iaitu hanya 1 kuasa kuda dengan pengeluaran maksima hanya 75 liter setiap minit dan ketinggian maksima 42m Oleh kerana kapasiti pam yang kecil, paip pengeluaran dari pam bekalan ke tangki servis juga terpaksa dikurangkan dari paip 2 inci yang sedia ada ke paip 1½ inci Dalam keadaan tanpa kegunaan air seperti di masa cuti sekolah pam tersebut memerlukan masa sehingga 3 hari untuk memenuhkan tangki

Upload: chezdin

Post on 13-Sep-2015

321 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

Contoh Kertas Kerja Naiktaraf Sistem Bekalan Air

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA MENAIKTARAF SISTEM BEKALAN AIR DI SMK BUKIT SENTOSA 2

PENGENALANSMK Bukit Sentosa 2 telah dibuka secara rasminya pada 16 September 2009 dengan jumlah pelajar yang pertama hanyalah berjumlah 600 orang. Pada permulaan sekolah di buka memang tidak ada masalah air kerana warga sekolah yang tidak ramai. Kini dengan jumlah warga sekolah mencecah 2000 orang masalah ini makin kerap di alami dan aduan-aduan mengenai masalah tersebut juga makin banyak diterimaDari segi bekalan air, kawasan sekolah menerima air dari sungai Selangor secara graviti. Ini bermakna tidak ada pam air atau apa-apa mekanisme tertentu yang digunakan untuk mengisi tangki air yang terletak di bawah bumbung setiap bangunan. Air mengalir dari Empangan Sungai Selangor terus ke tangki-tangki servis di setiap blok sekolah kerana perbezaan keupayaan graviti.Secara amnya kaedah ini cukup untuk menampung air dengan kegunaan biasa. Masalah mula berlaku dalam tahun 2010 bila murid telah mencecah lebih 1500 orang. Masalah ini juga hanya tertumpu di blok akademik iaitu tempat dimana semua pelajar ditempatkan.KAEDAH MENANGANI MASALAHBeberapa pendekatan telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Pada tahun 2011 satu keputusan telah diambil untuk membina tangki pengumpulan dan pam luar untuk membantu menyalurkan air dari paip bekalan ke tangki servis di blok akademik. Walau bagaimanapun kerana kekurangan peruntukan spesifikasi pam adalah tidak cukup besar iaitu hanya 1 kuasa kuda dengan pengeluaran maksima hanya 75 liter setiap minit dan ketinggian maksima 42mOleh kerana kapasiti pam yang kecil, paip pengeluaran dari pam bekalan ke tangki servis juga terpaksa dikurangkan dari paip 2 inci yang sedia ada ke paip 1 inciDalam keadaan tanpa kegunaan air seperti di masa cuti sekolah pam tersebut memerlukan masa sehingga 3 hari untuk memenuhkan tangki servis. Ini bermakna di hari-hari persekolahan biasa pam tersebut tidak akan berhenti bekerja dan tangki servis tidak mungkin penuh. Dalam keadaan tersebut pam juga seringkali rosak kerana terpaksa beroperasi tanpa henti setiap hari. Untuk mengatasi masalah tersebut pada tahun 2014 pihak sekolah telah meminta PIBG untuk membiayai kos menambah satu lagi pam untuk membolehkan beban kerja pam dikurangkan. Ini membolehkan pam tersebut beroperasi selama 4 jam sebelum diambil alih oleh pam kedua dan seterusnya pam-pam tersebut akan beroperasi secara silih ganti dan ini secara keseluruhannya dapat mengurangkan risiko kerosakan pada pam. Walau bagaimana pun masalah air ini masih belum dapat di atasi sepenuhnya terutama nya di waktu kemuncak iaitu semasa penggunaan air semasa solat asar dan musim kering iaitu bila paras air di empangan berkurangCADANGAN PENAMBAHBAIKANMasalah ini akan dapat diatasi sekiranya beberapa penambahbaikan dapat dilakukan kepada sistem sedia ada. Setelah beberapa perbincangan dijalankan dengan pakar-pakar tertentu beberapa cadangan kaedah yang praktikal ialah seperti dibawahi)Menambah kuasa pam sedia ada dari 1HP ke sekurang-kurangnya 2.5HPii)Menambah tangki pengumpulan dari 20000 liter yang ada sekarang ke 40000 literiii)Menukar kembali paip pengeluaran dari 1 inci ke 2 inciANGGARAN PERBELANJAAN Berikut adalah anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk menjalankan cadangan penambahbaikan tersebutItemDeskripsiKuantitiHarga anggaran

1Membekal dan memasang tambahan Tangki poly sedia ada2RM2500.00

2Membekal dan memasang pam air dengan kuasa 2.5 kk2RM3500.00

3Membekal dan memasang system kawalan automatic1RM2500.00

4Membekal dan memasang paip air berukuran 2 beserta aksesori-aksesori lain1RM1500.00

5Membongkar rumah pam lama dan membina rumah pam baru yang sesuai dan alat-alat perlu di rumah pam baru seperti papan kawalan , pagar dawai 1RM3500.00

6Membekal dan memasang kabel dan sub DB dari DB sedia ada untuk punca kuasa elektrik pam air 50mRM1500.00

JUMLAH BESARRM15000.00

Sekian.Disediakan olehDisahkan Oleh..Che Zainudin bin Che Mohd NoorPK HEM SMK Bukit Sentosa 248300 Rawang