menaiktaraf sistem komputer

21
LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER MENAIKTARAF SISTEM KOMPUTER 1. Kenal pasti komponen – komponen yang hendak ditukar bagi menaik taraf sistem komputer. 2. Diantara aspek – aspek yang perlu di ambil perhatian sewaktu menaik taraf Sistem komputer ialah : Kelajuan Grafik Suara Ingatan Sistem operasi Perisian aplikasi Anti virus KELAJUAN Ada beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian dalam menambah kelajuan penghantaraan data sewaktu pemprosesan di jalankan. Diantara komponen – komponen yang mempermainkan peranan penting ialah : Papan induk ( motherboard ) Mikro pemproses ( cpu ) Kad ingatan capaian rawak ( ram ) MENAIK TARAF PAPAN INDUK 1. Buka penutup casing dan letakkannya secara mendatar. 2. Kenal pasti papan induk dari aspek : Soket mikro pemproses Cache Bios jenis

Upload: faizul-haslan-abu-hassan

Post on 25-Jul-2015

593 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

MENAIKTARAF SISTEM KOMPUTER

1. Kenal pasti komponen – komponen yang hendak ditukar bagi menaik taraf sistem komputer.

2. Diantara aspek – aspek yang perlu di ambil perhatian sewaktu menaik taraf Sistem komputer ialah :

Kelajuan Grafik Suara Ingatan Sistem operasi Perisian aplikasi Anti virus

KELAJUAN

Ada beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian dalam menambah kelajuan penghantaraan data sewaktu pemprosesan di jalankan.

Diantara komponen – komponen yang mempermainkan peranan penting ialah : Papan induk ( motherboard ) Mikro pemproses ( cpu ) Kad ingatan capaian rawak ( ram )

MENAIK TARAF PAPAN INDUK

1. Buka penutup casing dan letakkannya secara mendatar.

2. Kenal pasti papan induk dari aspek : Soket mikro pemproses Cache Bios jenis Kesesuaian meletakkan perkakasan komponen terkini Slot ram

3. Sekiranya papan induk tersebut tidak mampu untuk menyokong komponen tersebut, papan induk tersebut perlulah ditukar dengan papan induk terkini ( rujuk katalog yang terdapat di kedai – kedai computer )

4. Kenal pasti lubang yang terdapat pada papan induk untuk mencabut skru yang

terlekat padanya.

5. Putar skru dengan perlahan.Cabut talian kuasa yang terlekat pada papan induk.

Page 2: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

6. Pakai sarung tangan atau gelang tangan penyisih statik pada tangan anda.

7. Keluarkannya dengan mengangkat papan induk secara perlahan dan letakkannya ke dalam plastik yang terdapat didalam papan induk.

8. Rujuk buku panduan papan induk terlebih dahulu.Anda di kehendaki membaca dan mengenal pasti komponen terbaru yang terdapat pada papan induk tersebut.

9. Setelah selesai membacanya ,pakai sarung tangan atau gelang tangan penyisih statik pada tangan anda.

10. Buka kotak papan induk dengan berhati – hati.

11. .Keluarkan peralatan yang tidak berguna. Ia adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak di ingini semasa pengaliran.

12. Pasangkan papan induk ke dalam casing .Tempatkan papan induk di tempat atau arah pasangan yang betul dan berpadanan dengan lubang skru.Muka sambungan papan induk mesti dihalakan ke tempat yang sesuai di lakukan ke atasnya.

13. Stabilkan papan induk.Papan induk di stabilkan dengan menggunakan pemutar skru dan skru.Setelah papan induk diletak pada tempat yang sesuai dalam casing.

14. Pasangkan talian bekalan kuasa pada papan induk.

15. Pasangkan suis talian bekalan kuasa pada muka casing di papan induk.Cari perkataan ‘Power Sw’ pada talian bekalan kuasa di muka casing,kemudian sambungkan ke kaki pin yang mempunyai perkataan yang sama seperti yang tercatat pada talian bekalan kuasa tadi.Seterusnya pasangkan talian ke atas papan induk dengan mengikut kutub “+”dan “ –’’.

16. Pasangkan talian sisitem pembesar suara pada papan induk.Sambungkan kepala sambungan yang mempunyai perkataan”Speaker” yang terdapat pada muka casing ke kaki sambungan yang mempunyai perkataan yang sama dengannya di papan induk.Jenis kutub boleh di abaikan semasa sambungan.

17. Pasangkan suis “Reset” pada papan induk.Sambungkan kepala sambungan yang Mempunyai perkataan”Reset sw” di muka casing ke kaki sambungan yang Mempunyai perkataan yang sama dengan papan induk.

18. Pasangkan lampu isyarat cakera keras ke atas papan induk.Caranya juga sama dengan langkah yang tersebut di atas.Cari kepala sambungan dengan perkataan”HDD LED”, kemudian sambungkannya ke kaki sambungan yang sama perkataan dengannya pada papan induk.

Page 3: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

19. Pasangkan lampu isyarat bekalan kuasa pada papan induk.Sambungkan kepala dengan perkataan “Power Led”ke kaki sambungan yang sama dengan papan induk.

MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

1.Kenal pasti komponen yang hendak di tukar bagi menaik taraf sistem computer.

2.Diantara aspek-aspek yang diperlu di ambil perhatian sewaktu menaik taraf Sistem computer ialah:

Kelajuan Grafik Suara (sound) Ingatan Sistem operasi Perisian aplikasi Antivirus

KELAJUAN

Ada beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian dalam menambah kelajuan penghantaran data sewaktu pemprosesan di jalankan.

Diantara komponen-komponen yang mempermainkan peranan penting ialah:

Papan induk (MOTHERBOARD) Mikro pemproses (CPU) Kad ingatan capaian rawak (RAM)

MENAIK TARAF PAPAN INDUK

1. Buka penutup casing dan letakkannya secara mendatar.

2. Kenal pasti papan induk itu dari aspek:

Soket mikro pemproses Cache Bios Jenis Kesesuaian meletakkan perkakasan komponen terkini Slot RAM

3. Sekiranya papan induk tersebut tidak mampu untuk menyokong komponen

Page 4: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

tersebut, papan induk tersebut perlulah ditukar dengan papan induk terkini (Rujuk Katalog yang terdapat di kedai-kedai computer).

4. Kenal pasti lubang yang terdapat pada papan induk untuk mencabut skru yang terlekat padanya.

5. Putar skru dengan perlahan.Cabut talian kuasa yang terlekat pada papan induk.

6. Pakai sarung tangan atau gelang tangan penyisih statik pada tangan anda.

7. Keluarkannya dengan mengangkat papan induk secara perlahan dan letakkannya ke dalam plastic anti statik yang terdapat di dalam kotak papan induk.

8. Rujuk buku panduan papan induk telebih dahulu.Anda di kehendaki membaca dan mengenal pasti komponen terbaru yang terdapat pada papan induk tersebut.

9. Setelah selesai membacanya,pakai sarung tangan atau gelang tangan statik pada tangan anda.

10. Buka kotak papan induk dengan berhati-hati.

11. Keluarkan peralatan yang tidak berguna.Ia adalah untuk mengelakkan daripada Berlakunya kejadian yang tidak diingini semasa pengaliran elektrik.

12. Pasangkan papan induk ke dalam casing.Tempatkan papan induk di tempat atau Arah pasanganyang betul dan berpadanan dengan lubang skru.Muka sambungan Papan induk mesti di halakan ke tempat atau arah papan pengadang.Pastikan Perubahan tempat yang sesuai dilakukan ke atasnya.

13. Stabilkan papan induk.Papan induk distabilkan dengan menggunakan pemutar Skru dan skru setelah papan induk di letak pada tempat yang sesuai dalam casing.

14. Pasangkan talian bekalan kuasa pada papan induk.

15. Pasangkan suis talian bekalan kuasa pada muka casing di papan induk.Cari Perkataan “Power SW"pada talian bekalan kuasa di muka casing,kemudian Sambungkan ke kaki pin yang mempunyai perkataan yang sama seperti yang Tercatat pada talian bekalan kuasa tadi.Seterusnya pasangkan ke atas papan induk Dengan mengikut kutub “+”dan “- “.

16. Pasangkan talian sistem pembesar suara pada papan induk.Sambungkan kepala Sambungan yang mempunyai perkataan ‘speaker’ yang terdapat pada muka casing ke kaki sambungan yang mempunyai perkataan yang sama dengannya di papan induk .Jenis kutub boleh di abaikan semasa sambungan.

17. Pasangkan suis ‘reset’ pada papan induk .Sambungkan kepala sambungan yang

Page 5: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

mempunyai perkataan ‘ reset sw ‘ di muka casing ke kaki sambungan yang mempunyai perkataan yang sama dengan papan induk.

18. Pasangkan lampu isyarat cakera keras ke atas papan induk . Caranya juga sama dengan langkah di atas.Cari kepala sambungan dengan perkataan ‘ hdd led ‘ kemudian sambungkannya ke kaki sambungan yang sama perkataan dengannya pada papan induk.

19. Pasangkan lampu isyarat bekalan kuasa pada papan induk.Sambungkan kepala sambungan dengan perkataan ‘ power led ‘ ke kaki sambungan yang sama dengan papan induk.

MENAIKTARAF MIKRO PEMPROSES ( CPU )

1. Buka penutup casing dan letakkannya secara mendatar.

2. Kenal pasti papan induk itu dari aspek soket mikro pemproses.

3. Pastikan ia sesuai dengan reka bentuk mikro pemproses terkini. Rujuk buku panduan sekiranya anda tidak mengetahui bahawa papan induk tersebut menyokong mikro pemproses terkini.

4. Sekirnya ia menyokong reka bentuk mikro pemproses terkini, pakai sarung tangan atau gelang tangan penyisih statik pada tangan anda.

5. Keluarkannya dengan mengangkat papan induk secara perlahan dan letakkannya ke atas plastik anti statik.

6. Tanggalkan talian bekalan kuasa kipas pada papan induk.

7. Cabut kipas papan induk dengan menggunakan tekanan yang seimbang pada klip kipas tersebut.Tekan sehingga tercabut.

8. Angkat kipas mikro pemproses dengan perlahan – lahan.

9. Angkat tuas yang terdapat pada soket mikro pemproses dengan perlahan bagi menanggalkan mikro pemproses tersebut.

10. Pegang dengan berhati – hati dan letakkannya di atas plastik anti statik.

11. Ambil mikro pemproses yang terkini dan sesuaikan dengan papan induk.

12. Rujuk kepada buku panduan papan induk atau petunjuk pada papan induk, dapatkan peralatan yang menggunakan nilai tetap pemulihan bios.Keluarkan jumper dalam masa satu saat dan letak semula jumper itu ke tempat asal. Dengan

Page 6: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

demikian bios akan telah memulihkan nilai tetapnya pada masa ia di keluarkan dari kilang.

13. Teliti buku panduan atau isyarat pada papan induk dan dapatkan peralatan formal exernal clock cpu.Selepas itu,dapatkan cara format yang berkenaan.Akhirnya , rujuk kepada buku panduan dan selesaikan masalah format pada peralatan format papan induk .Walaupun cpu telah membuat format dengan sendiri dan anda boleh mengabaikan langkah ini, anda dinasihatkan supaya menyemak semula format itu untuk mengelakkan masalah lain berlaku.

14. Teliti buku panduan atau petunjuk pada papan induk dan dapatkan peralatan format external clock cpu.Selepas itu,dapatkan cara format yang berkenaan.Akhirnya ,rujuk kepada buku kepada buku panduan dan selesaikan format pada peralatan papan induk.

15. Cari soket cpu pada papan induk.Letakkan slot sistem pengaliran haba di lubang skru yang ditetapkan dan pasangkan skru itu dengan ketat

16. Letakkan cpu secara mendatar di atas meja.Adalah di sarankan anda menggunakan pelapik kapas sebagai pengalas untuk melindungi pin cpu.Sapukan satu lapisan gel penebat haba secara perlahan dan sama rata dengan menggunakan putik kapas.

17. Kembali ke soket cpu papan induk , buka pemegang soket.

18. Pegang cpu yang telah di sapukan dengan gel penebat haba dengan teliti dan alirkannya ke atas soket cpu papan induk.Putarkan cpu sehingga sampai ke sudut yang sesuai dan pastikan ia berada di tempat yang betul.Masukkan cpu ke dalam soket dengan teliti.

19. Setelah cpu di pasangkan ke dalam ,tutup pemegang pada pada sisi soket.

20. Ambil sistem pengalir haba ( termasuk kepingan logam pengalir haba dan kipas pengalir haba ), dan alihkannya ke atas soket cpu.Setelah meletakkannya dengan tepat pada tempat slot sistem pengalir haba,tekan cpu itu secara perlahan dan pastikan ia melekat pada soket.Jangan tekan cpu dengan kuat kerana ini akan merosakkan cpu dan anda akan mengalami kerugian yang besar.

21. Sambungan talian elektrik kipas pengalir haba pada papan induk yang terdapat pada plug bekalan elektrik.

MENAIKTARAF KAD INGATAN CAPAI RAWAK (RAM)

Page 7: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

1. Buka penutup casing dan letakkanya secara mendatar.

2. Kenal pasti papan induk itu dari aspek slot ram

3. Pastikan ia sesuai dengan reka bentuk ram terkini.Rujuk buku panduan sekiranya anda tidak mengetahui bahawa papan induk tersebut.

4. Pakai sarung tangan atau gelang tangan penyisih statik pada tangan anda.

5. Tolak pencuci kad ke tepi dengan menggunakan kedua – dua.

6. Keluarkannya dengan mengangkat ram secara perlahan dan letakkannya ke atas plastik anti statik.

7. Ambil kad ram yang terkini dan sesuaikan dengan papan induk.

8. Pasangkan kepingan logam pengalir haba pada kad ingatan capaian rawak.

9. Cari soket yang sepadan dengan kaki pin pada kad ingatan capaian rawak, kemudian buka pemegang kad ingatan rawak di dua tepi soket berdasarkan buku panduan papan induk.

10. Pastikan kaki pin kad ingatan capaian rawak yang melengkung sepadan dengan soket kepala kad ingatan capaian rawak yang menonjol , kemudian betulkannya supaya mereka di sepadankan dengan palam yang tepat.

11. Masukkan kad ingatan capaian rawak dengan menggunakan tekanan yang seimbang pada kedua – dua belah tangan ke atas dua sisi permukaan kad ingatan capaian rawak.

12. Pastikan pemasangan kad ingatan capaian rawak di sempurnakan dan di pegang kuat oleh pemegang kad ingatan capaian rawak.

GRAFIK

Ada beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian dalam membentuk grafik yang berkualiti sewaktu pemprosesan dijalankan.

Diantara komponen – komponen yang mempermainkan peranan penting ialah kad paparan dan papan induk.

Kebiasaannya grafik yang dihasilkan oleh kad paparan lebih berkualiti berbanding papan induk.

Page 8: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

MENAIKTARAF GRAFIK KOMPUTER

1. Buka penutup casing dan letakkannya sedara mendatar.

2. Kenal pasti papan induk itu dari aspek slot yang di beri.

3. Sekiranya papan induk tersebut tidak mampu untuk menyediakan slot yang membolehkan ia menyokong kad paparan, papan induk tersebut perlulah ditukar dengan papan induk terkini (rujuk catalog yang terdapat di kedai – kedai computer)

4. Keluarkan kad paparan dengan mengangkatnya secara perlahan dan letakkannya ke atas plastik anti statik yang terdapat di dalam kotaknya. Pastikan driver disediakan.

5. Kenal pasti slot yang digunakan untuk memasang kad paparan. Kebiasaanya, slot AGP akan digunakan.

6. Tanggalkan pengadang soket AGP pada belakang kad paparan.

7. Sapukan gel penebat haba ke atas chip set kad paparan tersebut.

8. Pasangkan perkakasan pengalir haba yang lain pada kad paparan.

9. Cari slot AGP berdasarkan buku panduan papan induk.

10. Masukkan kad paparan ke dalam slot yang disediakan.

11. Stabilkannya dengan mengetatkan skru dan sambungkan penyambung skrin pada kad paparan tersebut.

12. Install driver pada computer.

SUARA

Ada beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian dalam membentuk suara yang berkualiti sewaktu pemprosesan dijalankan.

Diantara komponen – komponen yang mempermainkan peranan penting ialah kad bunyi dan papan induk.

Kebiasaannya grafik yang dihasilkan oleh kad bunyi lebih berkualiti berbanding papan induk.

Page 9: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

MENAIKTARAF BUNYI KOMPUTER

1. Buka penutup casing dan letakkannya secara mendatar.

2. Kenal pasti papan induk itu dari aspek slot yang diberi.

3. Sekiranya papan induk tersebut tidak mampu untuk menyediakan slot yang membolehkan ia menyokong kad bunyi, papan induk tersebut perlulah ditukar dengan papan induk terkini (rujuk catalog yang terdapat di kedai – kedai computer)

4. Keluarkan kad bunyi dengan mengangkatnya secara perlahan dan letakkannya ke atas plastic anti statik yang terdapat di dalam kotaknya. Pastikan driver disediakan.

5. Kenal pasti slot yang digunakan untuk memasang kad paparan. Kebiasaannya. Slot PCI akan digunakan.

6. Tanggalkan pengadang soket PCI pada belakang casing.

7. Sapukan gel penebat haba ke atas chip set kad bunyi tersebut.

8. Pasangkan perkakasan pengalir haba yang lain pada kad bunyi tersebut.

9. Cari slot PCI berdasarkan buku panduan papan induk.

10. Masukkan kad bunyi ke dalam slot yang di sediakan.

11. Stabilkannya dengan mengetatkan skru dan sambungkan penyambung skrin pada kad bunyi tersebut.

12. Install driver pada computer.

INGATAN

Ada beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian dalam membentuk ingatan yang besar sewaktu pemprosesan dijalankan.

Diantara komponen – komponen yang mempermainkan peranan penting ialah cakera keras.

Kebiasaannya, ingatan yang sesuai bagi computer melebihi 2GB.

Page 10: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

MENAIKTARAF INGATAN KOMPUTER

1. Buka penutup casing dan letakkannya secara mendatar.

2. Kenal pasti cakera keras yang terdapat di dalam computer.

3. Tanggalkan cakera keras dengan mencabut skru pada kedua – dua belah cakera keras.

4. Keluarkannya dengan mengangkat cakera keras secara perlahan dan letakkannya ke atas plastik anti statik.

5. Angkat cakera keras yang baru tanpa memegang litarnya. Pastikan format jumper di tetapkan sebagai master.

6. Masukkan cakera keras ke dalam pemegangnya.

7. Ketatkan cakera keras tersebut dengan menggunakan skru yang telah disediakan.

8. Sambungkan kabel penyambung cakera keras dan pastikan arahnya tepat.

9. Sambungkan tali pintal berbentuk heksagon. Sambungkannya dengan penyambung tali pintal cakera keras dengan tepat.

SISTEM OPERASI

Ada beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian dalam membentuk sistem operasi yang tercanggih sewaktu pemprosesan di jalankan.

Diantara perisian yang mempermainkan peranan penting ialah cd sistem operasi dan cd driver.

Kebiasaannya sistem operasi yang terbaru lebih berkualiti berbanding sebelumnya.

MENAIKTARAF SISTEM OPERASI TERBARU PADA KOMPUTER

1. Sediakan satu cakera keras yang di formatkan sebagai slave.

2. Pasangkan pada computer yang memerlukan sistem operasi terbaru.

3. Hidupkan komputer dan pastikan komputer dapat mengesan cakera keras yang di formatkan sebagai slave tadi.

4. Cut segala dokumen yang terdapat di dalam cakera keras yang diformatkan sebagai master. Paste pada cakera keras yang di format sebagai slave.

Page 11: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

5. Matikan computer. Keluarkan cakera keras yang di format sebagai slave.

6. Hidupkan semula komputer. Apabila computer dihidupkan dan bios menjalankan semakan, tekan kekunci (DEL) dan masuk ke paparan penetapan bios.

7. Dalam paparan utama bios, item (ADVANCED BIOS FEATURES) dipilih dan tekan kekunci (ENTER) dan masuk ke paparan tersebut.

8. Pindah kursor ke item (FIRST BOOT DEVICE). Tekan kekunci (PAGE UP) sehingga nilai penetapannya bertukar menjadi cd – rom. Selepas itu, tekan kekunci (ESC) dan kembali kepada paparan utama bios.

9. Pindah item (SAVE & EXIT) dan tekan kekunci (ENTER). Dalam paparan seterusnya, tekan kekunci (Y) dan tekan (ENTER). Keputusan penetapan bios akan disimpan dan diundur dari mod penetapan bios.

10. Masukkan cakera padat sistem operasi windows yang terkini ke dalam pemacu cd rom.

11. Pastikan penetapan ‘FIRST BOOT DEVICE’ didalam bios berada pada cd rom.

12. Pastikan maklumatbios disimpan.

13. Hidupkan semula komputer selepas penetapan bios ditetapkan.

14. Tekan sebarang kekunci setelah tertera ‘PRESS ANY KEY TO BOOT FROM CD…..

15. Aturcara pemasangan dijalankan secara automatic dan semakan akan dapat di lihat.

16. Tekan kekunci [ENTER] setelah tertera perkataan ‘WELCOME TO SETUP’

17. Surat perjanjian akan muncul di skrin. Tekan [F8] untuk meneruskan pemasangan windows.

18. Aturcara pemasangan akan mengeluarkan ruangan di mana cakera keras pernah di format. Tekan [ESC] untuk memasang windows baru.

19. Aturcara pemasangan akan mengeluarkan ruangan pembahagian cakera keras.

20. Tekan [C] sekiranya anda ingin membuat pembahagian cakera keras.

21. Jumlah ruangan pembahagian akan tertera pada skrin.

Page 12: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

22. Masukkan jumlah pembahagian byte pada pembahagian tersebut. Anda juga boleh menekan [ENTER] untuk meneruskan pemasangan.

23. Pilih cara sistem fail diformatkan. Anda disarankan untuk memilih sistem fail NTFS.

24. Cakera keras akan diformat dengan sistem fail NTFS.

25. Isyarat pemasangan akan diberi dan ia mengatakan bahawa penetapan sistem fail cakera keras telah selesai.

26. Tekan kekunci [ENTER] untuk menghidupkan semula computer.

27. Paparan langkah pemasangan windows akan muncul apabila komputer dihidupkan semula.

28. Anda hanya perlu menunggu sehingga paparan WINDOWS XP PROFESSIONAL setup muncul.

29. Anda hanya perlu menggerakkan tetikus untuk memilih ‘NEXT’

30. Masukkan nama, dan nama syarikat anda ke dalam petak yang disediakan. Klik ‘NEXT’

31. Masukkan no. siri kedalam petak yang disediakan. Klik ‘NEXT’

32. Namakan computer dengan sebarang nama ke dalam ruang yang disediakan. Sekiranya perlu masukkan kata laluannya untuk mengunci sistem operasi setelah pemasangan selesai.

33. Tetapkan tarikh, masa dan zon waktu. Seterusnya klik ‘NEXT’

34. Pilih item [TYPI CAL SETTINGS] dan klik ‘NEXT’

35. Pilih [NO, THIS COMPUTER IS NOT A NETWORK….] dan klik ‘NEXT’ pemasang akan diteruskan.

36. Setelah menunggu, komputer akan dihidupkan semula secara automatic dan apabila paparan WINDOWS XP telah pun selesai.

37. Install driver pada komputer.

Page 13: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

PERISIAN KOMPUTER

Ada beberapa aspek yang perlu diambil perhatian dalam membentuk perisian aplikasi yang tercanggih sewaktu pemprosesan dijalankan.

Diantara perisian yang mempermainkan peranan penting ialah cd perisian aplikasi yang terbaru.

Kebiasaannya sistem operasi yang terbaru lebih berkualiti berbanding sebelumnya.

MENAIKTARAF PERISIAN APLIKASI TERBARU PADA KOMPUTER

1. Hidupkan komputer.

2. Klik pada [START]. Tekan pada [CONTROL PANEL]

3. Klik pada [ADD OR REMOVE PROGRAMS]. Komputer akan mengeluarkan senarai perisian yang telah diinstall.

4. Klik pada perisian aplikasi yang hendak dinaiktaraf. Klik [REMOVE] pada senarai tersebut.

5. Komputer akan mula membuang semua data – data yang berkaitan. Klik [FINISH] pada [INSTALL SHEID WIZARD].

6. Hidupkan semula komputer.

7. Masukkan cakera padat perisian aplikasi ke dalam pemacu cakera padat.

8. Klik pada [MY COMPUTER]

9. Klik pada [09PRMCD01(D:)]. Proses pemasangan akan bermula.

10. Tekan [NEXT] untuk meneruskan pemasangan.

11. Masukkan nama, nama singkatan dan nama syarikat ke dalam petak yang disediakan. Klik [NEXT] dan pemasangan akan di teruskan.

12. Surat perjanjian akan dipaparkan. Pilih [I ACCEPT THIS LICIENSE AGREEMENT]. Tekan [NEXT].

13. Pilih [INSTALL NOW] untuk memasang MICROSOFT OFFICE 2000 kedalam cakera keras yang lain dengan memilih [CUSTOMIZE].

14. Anda hanya perlu menunggu semasa proses pemasangan di jalankan.

Page 14: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

15. Satu paparan kenyataan pemasangan komponen perisian aplikasi telah berjaya akan muncul setelah pemasangan selesai.

PERISIAN ANTIVIRUS

Ada beberapa aspek yang perlu diambil perhatian dalam membentuk perisian anti virus yang tercanggih sewaktu pemprosesan dijalankan.

Diantara perisian yang mempermainkan peranan penting ialah cd perisian anti virus yang terkini.

Kebiasaannya sistem operasi yang terkini dapat mengesan lebih banyak virus berbanding sebelumnya.

MENAIKTARAF PERISIAN ANTI VIRUS PADA KOMPUTER

1. Hidupkan komputer

2. Klik pada [START]. Tekan pada [CONTROL PANEL]

3. Klik pada [ADD OR REMOVE PROGRAMS]. Komputer akan mengeluarkan senarai perisian yamg telah diinstall.

4. Klik pada perisian antivirus aplikasi yang hendak mengeluarkan senarai perisian yang telah diinstall.

5. Komputer akan mula membuang semua data – data yang berkaitan. Klik [FINISH] pada [INSTALL SHEILD WIZARD].

6. Hidupkan semula computer.

7. Masukkan cakera padat perisian antivirus yang terkini ke dalam pemacu cakera padat.

8. Klik pada [MY COMPUTER]

9. Klik pada [(D:)]. Proses pemasangan akan bermula.

10. Tekan [NEXT] untuk meneruskan pemasangan.

11. Masukkan nama, nama singkatan dan nama syarikat ke dalam petak yang disediakan. Klik [NEXT] dan pemasangan akan diteruskan.

12. Surat perjanjian akan dipaparkan. Pilih [I ACCEPT THIS LICIENSE AGREEMENT] . Tekan [NEXT]

Page 15: Menaiktaraf Sistem Komputer

LAPORAN MENAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

13. Pilih [INSTALL NOW] untuk memasang perisian anti virus ke dalam (C:) . Anda juga boleh memasang antivirus ke dalam cakera keras yang lain dengan memilih [BROWSE…]

14. Anda hanya perlu menunggu semasa proses pemasangan di jalankan.

15. Satu paparan kenyataan pemasangan komponen perisian anti virus telah berjaya akan muncul setelah pemasangan selesai.