asas rujukan bagi menaiktaraf sistem sismaps ke … · 2015. 6. 7. · asas rujukan bagi...

8
ASAS RUJUKAN BAGI MENAIKTARAF SISTEM SISMAPS KE VERSI 2.0 KE ARAH PEMANTAUAN PEMBANGUNAN YANG LEBIH EFISYEN 1.0 Tujuan Asas Rujukan Asas Rujukan ini adalah bertujuan untuk menaiktaraf SISMAPS versi lama ke Versi 2.0 yang dapat digunakan sebagai alat sokongan bagi aktiviti pentadbiran dan pengurusan JPBDS secara ringkasnya melibatkan analisis yang dipersembahkan di dalam bentuk jadual dan graf, melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan pemantauan bagi pembangunan di Negeri Selangor selaras dengan peranan jabatan sebagai Pusat Maklumat Gunatanah Negeri Selangor. 2.0 Latar Belakang i. SISMAPS merupakan sistem paparan berasaskan spatial yang membantu pengguna membuat sesuatu keputusan. Sesuai dengan fungsi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBDS) merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam bidang perancangan bandar dan desa dan penyediaan rancangan pemajuan di peringkat Negeri Selangor. ii. Kerja- kerja memantau dan menyelaras perancangan guna tanah perlu dijalankan oleh JPBD Selangor supaya kelulusan kebenaran merancang selaras dengan rancangan pemajuan yang diwartakan. iii. SISMAPS telah dibangunkan mengambilkira kelulusan kebenaran merancang, pemantauan rancangan pemajuan, pematuhan pada dasar, garis panduan dan piawaian perancangan yang telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (JPN). iv. Fungsi tambahan seperti penjanaan pelaporan bagi menunjukkan lokasi-lokasi kawasan percanggahan guna tanah, peratusan, graf dan statistik perlu ditambah bagi capaian Pihak Berkuasa Tempatan. v. Paparan Dashboard boleh digunakan oleh JPBDS dalam pembentangan mesyuarat dan capaian secara Mobile dan multi browser. vi. Cabaran utama naiktaraf SISMAPS adalah mengenalpasti mekanisma terbaik dalam memastikan pangkalan data GIS guna tanah semasa sentiasa dikemaskini dan analisis SISMAPS mengambilkira perubahan tersebut setiap kali analisis di buat.

Upload: others

Post on 06-Feb-2021

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ASAS RUJUKAN BAGI MENAIKTARAF SISTEM SISMAPS KE VERSI 2.0

    KE ARAH PEMANTAUAN PEMBANGUNAN YANG LEBIH EFISYEN

    1.0 Tujuan Asas Rujukan Asas Rujukan ini adalah bertujuan untuk menaiktaraf SISMAPS versi lama ke Versi 2.0

    yang dapat digunakan sebagai alat sokongan bagi aktiviti pentadbiran dan pengurusan

    JPBDS secara ringkasnya melibatkan analisis yang dipersembahkan di dalam bentuk

    jadual dan graf, melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan

    pemantauan bagi pembangunan di Negeri Selangor selaras dengan peranan jabatan

    sebagai Pusat Maklumat Gunatanah Negeri Selangor.

    2.0 Latar Belakang i. SISMAPS merupakan sistem paparan berasaskan spatial yang membantu pengguna

    membuat sesuatu keputusan. Sesuai dengan fungsi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBDS) merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam bidang perancangan bandar dan desa dan penyediaan rancangan pemajuan di peringkat Negeri Selangor.

    ii. Kerja- kerja memantau dan menyelaras perancangan guna tanah perlu dijalankan

    oleh JPBD Selangor supaya kelulusan kebenaran merancang selaras dengan rancangan pemajuan yang diwartakan.

    iii. SISMAPS telah dibangunkan mengambilkira kelulusan kebenaran merancang,

    pemantauan rancangan pemajuan, pematuhan pada dasar, garis panduan dan piawaian perancangan yang telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (JPN).

    iv. Fungsi tambahan seperti penjanaan pelaporan bagi menunjukkan lokasi-lokasi

    kawasan percanggahan guna tanah, peratusan, graf dan statistik perlu ditambah bagi capaian Pihak Berkuasa Tempatan.

    v. Paparan Dashboard boleh digunakan oleh JPBDS dalam pembentangan mesyuarat

    dan capaian secara Mobile dan multi browser. vi. Cabaran utama naiktaraf SISMAPS adalah mengenalpasti mekanisma terbaik dalam

    memastikan pangkalan data GIS guna tanah semasa sentiasa dikemaskini dan analisis SISMAPS mengambilkira perubahan tersebut setiap kali analisis di buat.

  • vii. Kegagalan pengemaskinian pangkalan data guna tanah semasa seiring dengan

    kelulusan kebenaran merancang menjadikan keputusan yang dijana SISMAPS mungkin kurang tepat.

    3.0 Matlamat Menaiktaraf sistem SISMAPS sedia ada ke arah pemantauan pembangunan tanah yang

    lebih efisyen dengan sokongan sistem bagi membantu membuat keputusan dan dikenali

    sebagai versi 2.0

    4.0 Objektif Objektif pembangunan menaiktaraf adalah seperti berikut;

    i. Menyediakan pangkalan data GIS bagi keperluan aplikasi melibatkan aktiviti pengumpulan dan penterjemahan maklumat berlandaskan sumber data Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Tempatan Pengubahan dan kajian-kajian lain.

    ii. Memastikan pihak JPBDS bersedia dan mampu untuk menyediakan/membekalkan maklumat yang tepat dalam bentuk spatial diperingkat dalaman atau pihak luar selaras dengan peranan JPBDS sebagai Pusat Maklumat Geospatial Negeri Selangor.

    iii. Menjadikan paparan ‘dashboard’ mudah, ringkas dan padat.

    iv. Membangunkan modul penglibatan awam dimana orang awam boleh turut serta membantu dalam mengemaskini gunatanah semasa kerana mereka lebih mahir dengan kawasan mereka diami.

    v. Migrasi daripada teknologi lama (flex) kepada yang baru (Java Seript) di mana fungsi seperti pertindihan maklumat dengan ‘google maps’ dapat dilakukan.

    vi. Dalam arus teknologi terkini pihak JPBDS mencadangkan untuk membina aplikasi SISMAPS di dalam Telefon pintar ‘Smart Phone’ ianya lebih memudahkan pengguna membuat semakan gunatanah bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

  • 5.0 Konsep Naiktaraf SISMPAS

    6.0 Skop Pembangunan SISMAPS 2.0

    6.1 Penilaian dan penambahbaikan Data

    6.1.1 Penambahan menu ‘archive’

    SISMAPS sediada tidak mempunyai satu kemudahan simpanan data

    arkib. Ini bermaksud tiada asas rujukan bagi semakan semula perubahan

    data. Oleh yang demikian penambahan simpanan arkib adalah

    berdasarkan beberapa kelas dan status sesuatu Rancangan Pemajuan.

  • A. Zoning Cadangan Gunatanah

    Ia dikelaskan mengikut pewartaan sesuatu Rancangan Pemajuan

    mengikut Pihak Berkuasa Tempatan.

    Rancangan Tempatan (Pengubahan 2) *paparan merujuk kepada lot‐lot yang terlibat dalam pengubahan sahaja 

    Rancangan Tempatan (Pengubahan 1) *paparan merujuk kepada lot‐lot yang terlibat dalam pengubahan sahaja 

    Rancangan Tempatan *Peta asas rujukan 

    B. Zoning Semasa dan Zoning Komited

    Ia dikelaskan mengikut tahun semasa data dikemaskini.

    Tujuan utama adalah untuk melihat perkembangan dan perubahan data

    dari masa ke semasa. Ia berguna dalam membuat analisis perbandingan

    terhadap sesuatu rancangan pemajuan dengan keadaan semasa/komited

    di sesuatu kawasan pemajuan itu.

    Z. Semasa/Z. Komited tahun C *paparan merujuk kepada lot‐lot yang terlibat dalam pengubahan sahaja  Z. Semasa/Z. Komited tahun B *paparan merujuk kepada lot‐lot yang terlibat dalam pengubahan sahaja  Z. Semasa/Z. Komited tahun A *Peta asas rujukan 

  • 6.1.2 Penyenaraian carian berdasarkan UPI Bagi tujuan carian di dalam SISMAPS, ia menggunapakai carian

    berasaskan nombor lot. Ini akan menghasilkan satu carian yang kurang

    tepat. Bagi menangani permasalahan ini, SISMAPS 2.0 akan membuat

    carian berdasarkan kod UPI. Ini dilihat lebih relevan dan tepat.

    Carian akan merujuk kepada kod UPI bagi Daerah dan Mukim. Bagi PBT merujuk kepada koding yang disediakan 

    6.1.3 Semakan dan penyusunan semula data

    Pangkalan data SISMAPS 1.0 mempunyai pelbagai attribut. Didapati

    terdapat beberapa data yang bertindih dan mengelirukan.Oleh yang

    demikian adalah perlu pangkalan data di dalam SISMAPS 2.0 disemak,

    dan mengenalpasti akan kewujudan data yang bertindih dalam pangkalan

    data tersebut.

    Attribute di dalam data juga perlu diolah semula mengikut format

    metadata yang terkini dikeluarkan oleh JPBD Semenanjung Malaysia.

    6.1.4 Pindaan/tambahan maklumat secara online

    SISMAPS 2.0 juga akan menyediakan satu platform simpanan data

    pengemaskinian data oleh pengguna awam secara atas talian.

  • 6.2 Penambahbaikan paparan muka dan Modul 6.2.1 Menambahbaik paparan muka SISMAPS untuk menjadikannya lebih

    terkini (uptodate), mudah digunakan dan mesra pengguna.

    Paparan muka SISMAPS Cadangan Paparan muka

    SISMAPS 2.0

    6.2.2 Modul awam Modul pengguna awam sediada adalah merujuk kepada gunatanah

    zoning sahaja. Bagi menaiktaraf SISMAPS modul pengguna awam akan

    di tambah kepada gunatanah semasa dimana terdapat satu fungsi di

    mana pengguna awam terlibat di dalam memberi maklumat kepada

    gunatanah semasa. Ia adalah dimana pengguna awam dapat menanda

    menggunakan polygon, point dan polyline. Poligon untuk menanda

    poligon gunatanah yang tidak betul di dalam SISMAPS, point digunakan

    untuk menanda POI (place of interest) dan polyline pula bagi menanda

    jalan atau sungai yang tidak terdapat di dalam peta.

    6.2.3 Modul RT Online

    Bagi modul RT Online olahan data perlu di lakukan, sebagai contoh

    Gunatanah DRT perlu dimansuhkan kerana itu adalah draf yang telah

    diwartakan menjadi Rancangan Tempatan. Modul RT Online juga perlu

    dimigrasikan daripada flex kepada java. Ini bagi mengelakkan berlaku

    gangguan kepada flex jika terdapat updating bagi flash.

  • 6.3 Penambahan Modul baru

    6.3.1 Penambahbaikan dari cara penyampaian dengan mengambilkira pengguna capai secara mobile (smartphone).

    a. Modul Penilaian Pencapaian Modul penilaian pencapaian

    membenarkan pengguna mendapatkan peratusan dan keluasan guna

    tanah yang diperuntukkan berbanding yang dibangunkan. Melalui

    penilaian dalam tempoh tertentu suatu tren pencapaian dapat

    disimpulkan melalui laporan yang dihasilkan dalam bentuk jadual

    pencapaian.

    b. Modul Penilaian Pematuhan Modul Penilaian Pematuhan memberi

    maklumat kepada pengguna berkaitan penggunaan guna tanah

    semasa yang patuh atau sebaliknya mengikut kelas guna tanah yang

    dizon dalam gambar rajah utama RT. Matrik pematuhan akan

    dihasilkan bagi menilai kelas guna tanah semasa berbanding dengan

    guna tanah cadangan. Fungsi penjanaan laporan disediakan bagi

    memudahkan pengguna mendapatkan maklumat hasil penilaian dalam

    bentuk hard copy.

    7.0 Jangkamasa Pembangunan Pembangunan SISMAPS Versi 2 ini perlu dijalankan dalam masa 6 Bulan ( setelah fungsi sistem diperakui dan dipersetujui jawtankuasa). Perunding juga perlu bersetuju

    untuk tempoh lanjutan sekiranya perlu iaitu 2 minggu selepas tempoh kajian 6 bulan berakhir.

    Pembangunan sistem berasaskan pemetaan memerlukan sekurang-kurangnya 2 fasa

    pembangunan. Fasa pertama lebih kepada jangkaan pengguna kepada keperluan

    fungsi sistem. Sepanjang pembangunan, pengguna akan lebih mahir dalam mengenal

    pasti fungsi yang diperlukan. Manakal fasa kedua menjadi final sistem design, yang

    mana rekabentuk ini kekal untuk jangka masa tertentu penggunaannya. Namun begitu

    terpulang kepada pengguna bagi menetapkan bilangan fasa pembangunan.

  • 8.0 Fasa Pembayaran i. Pecahan Pembayaran

    Bil Peringkat Pecahan Bayaran

    1 Laporan Awal Pendekatan Sistem 20% 2 Serahan Awal Laporan Draf SISMAPS 2.0 40% 3 Serahan Akhir Sistem dan Laporan Akhir SISMAPS 2.0 30% 4 Pengujian Penerimaan Sistem SISMAPS 2.0 10%

    TEMPOH

    SKOP PROJEK

    BULAN

    1 2 3 4 5 6

    Pengumpulan Data dan Maklumat

    Pembentukan Storan Data Khusus

    Aktiviti Semakan Data Kemaskini dan Pembaikan Data

    Verifikasi dan Pengesahan,dan penyelarasan data dan serahan projek

    Pengujian Penerimaan Sistem SISMAPS 2.0

    Laporan Pendekatan Sistem 

    Serahan awal Draf Sistem dan Laporan Draf SISMAPS 

    2.0 

    Serahan akhir sistem dan Laporan SISMAPS 2.0 

    Pengujian Penerimaan Sistem