kertas kerja masakan

8
KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PPKI SMK DATO’ KAMARUDDIN 2015 1.0 PENGENALAN Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat sebagaimana yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyertaaan pelajar Pendidikan Khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, satu projek keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran ini di dalam menguruskan kehidupan seharian. 2.0 PROGRAM MASAKAN DAN KEUSAHAWANAN Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid- murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif. Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan 1

Upload: mohdewe

Post on 06-Dec-2015

1.760 views

Category:

Documents


144 download

DESCRIPTION

KEMAHIRAN HIDUP

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja masakan

KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PPKI SMK DATO’ KAMARUDDIN 2015

1.0 PENGENALAN

Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-

pelajar Pendidikan Khas, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat

sebagaimana yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyertaaan pelajar Pendidikan Khas

sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia

Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, satu projek

keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar

khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran ini di dalam

menguruskan kehidupan seharian.

2.0 PROGRAM MASAKAN DAN KEUSAHAWANAN

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk program

pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di

sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program

percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif. Menyedari

kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih

kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap

pelaksanaannya. Komponen Keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup di

sekolah menengah. Berdasarkan usaha tersebut, Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’

Kamaruddin ingin membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas. Pembudayaan

keusahawanan terus diterapkan melalui mata pelajaran Pravokasional bermula pada tahun 2008.

1

Page 2: Kertas kerja masakan

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin

dan kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas. Ia bertujuan

untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar. Aktiviti, produk

dan modul yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran para

pelajar pendidikan khas dalam menempuh cabaran y ang bakal mendatang.

4.0 OBJEKTIF

i. Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri, dan menyedari potensi ke arah

keusahawanan.

ii. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan

iii.Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama

iv.Mengamalkancara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab

vi. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,masyarakat dan sebagainya.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Aktiviti dijalankan sepanjang tahun bermula Jan 2015

6.0 TEMPAT

Blok baru Pendidikan Khas

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Kelas Pravokasional Masakan

8.0 PRODUK

Antara produk masakan yang dijual ialah :

i. buah potong

ii. rojak buah

iii. muffin pisang dan coklat

2

Page 3: Kertas kerja masakan

iv. pelbagai jenis kuih-muih

v. aiskrim Malaysia

vi. dan lain-lain

9.0 SENARAI JAWATANKUASA

PENASIHAT : Pn. Hjh. Mariam Bt. Abu Bakar

PENGERUSI : En. Ahmad Junaidi B. Sabaruddin

NAIB PENGERUSI : Cik Ida Suzana Bt. Hamzah

SETIAUSAHA : Pn. Zanariah Bt. Zali

BENDAHARI : Pn. Zarina Bt. Mohamed Zain

AHLI JAWATAN KUASA : Pn. Noraini Bt. Mokhtar

En. Mohd Irwan B. Baharudin

En. Jabaruddin B. Mohamed Yaacob

Pn. Noor Azimah Bt. Othaman

10.0 KEKANGAN/ MASALAH YANG DIHADAPI

Antara kekangan yang dihadapi oleh Program Pendidikan Khas untuk melaksanakan projek ini ialah

i. ketiadaan mesin pengadun doh.

ii. alatan memasak terhad

iii. ketuhar gelombang yang tidak sesuai

11.0 SUMBER KEWANGAN

LPBT Pendidikan Khas

12.0 ANGGARAN KOS

BIL NAMA BARANG HARGA (RM)

1 Mesin pengadun doh

2 Ketuhar gelombang

3 Peralatan memasak 1,000.00

3

Page 4: Kertas kerja masakan

I2.0 PENUTUP

Semoga projek keusahawanan ini mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah. Diharapkan

projek ini memberi banyak manfaat kepada seluruh warga Pendidikan Khas SMK Dato’ Kamaruddin.

Disediakan oleh :

………………………….(ZANARIAH BT ZALI) Guru PPKI, SMK Dato’ Kamaruddin,Batu Kurau, Perak.

Disemak oleh :

………………………………………….(AHMAD JUNAIDI B. SABARUDDIN) Penolong Kanan Pendidikan Khas, SMK Dato’ Kamaruddin,Batu Kurau, Perak.

Diluluskan oleh:

………………………………………(HJH. MARIAM BT ABU BAKAR) Pengetua,SMK Dato’ KamaruddinBatu Kurau, Perak.

4

Page 5: Kertas kerja masakan

Lampiran

Cadangan alatan

Mesin pengadun doh

periuk / alatan memasak ketuhar gelombang

5