kertas kerja majlis khatam al-quran 2014 [induk]

7
Sekolah Kebangsaan Temin 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur KERTAS KERJA Majlis Khatam Al-Quran & Penyerahan Duit Raya TARIKH : 25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435 (Jumaat) MASA : 09:00 pagi LOKASI : Dewan Terbuka, SK Pulau Mansok

Upload: muhd-azwan-janil

Post on 12-Dec-2015

93 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Majlis Khatam Al-quran 2014 [Induk]

Sekolah Kebangsaan Temin27000 Jerantut,

Pahang Darul Makmur

KERTAS KERJA

Majlis Khatam Al-Quran

&Penyerahan Duit Raya

TARIKH : 25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435 (Jumaat)

MASA : 09:00 pagi

LOKASI : Dewan Terbuka, SK Pulau Mansok

Page 2: Kertas Kerja Majlis Khatam Al-quran 2014 [Induk]

1.0 PENGENALAN

Khatam Al-Quran selain melengkapkan ibadah kita dalam bulan Ramadhan,

juga untuk mentarbiah dan membudayakan generasi muda amnya murid-murid

Islam SK Temin, Jerantut khasnya terhadap menghayati dan memahami isi

kandungan dalam kitab suci Al Quran. Setidak-tidaknya pendidikan formal di

sekolah akan menjadi kesinambungan cinta Al-Quran di kalangan generasi Islam

kita apabila mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat.

2.0 RASIONAL

Pelaksanaan program Tadarus Al-Quran adalah bertujuan untuk meneruskan

konsep dan budaya cinta Al-Quran di kalangan generasi muda. Bulan Ramadhan

menjadi titik permulaan kepada langkah seterusnya mendidik dan melatih murid-

murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran.

Tambahan lagi, perkara ini dapat memupuk kecintaan dan minat murid-murid

terhadap Al-Quran yang merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar

Islam dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kefahaman bacaan Al - Quran.

3.0 MATLAMAT

3.1 Matlamat Am

Menanam tanggungjawab serta rasa cinta terhadap kitab suci Al Quran di

kalangan murid-murid yang beragama Islam di SK Temin, Jerantut.

3.2 Matlamat Khusus

Pernyataan kejayaan murid-murid yang terlibat dalam menamatkan

program tadarus di sekolah;

Membolehkan murid-murid memperdengarkan bacaan mereka dengan

betul.

Page 3: Kertas Kerja Majlis Khatam Al-quran 2014 [Induk]

4.0 OBJEKTIF

1) Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya

dalam kehidupan.

2) Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada

kumpulan murid berkenaan.

3) Menarik minat murid untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran.

4) Melahirkan murid celik Al-Quran.

5) Menanam rasa cinta terhadap Al-Quran.

6) Melancar dan memantapkan bacaan dalam Al-Quran.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435 (Jumaat)

Masa : 09.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Terbuka, SK Temin

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan Pra Sekolah

7.0 TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi : Murid dan guru berkumpul di dewan

9.00 pagi : Majlis Bermula

Kata aluan pengerusi Majlis

Perarakan masuk peserta khatam al-Quran

Majlis Khatam al-Quran bermula

Bacaan Takhtim dan Doa khatam Quran

Tazkirah

Ucapan Guru Besar

Penyampaian cenderamata, pulut dan duit raya kepada

peserta Khatam Al-Quran

Penyampaian duit raya

Bersurai

Page 4: Kertas Kerja Majlis Khatam Al-quran 2014 [Induk]

8.0 JAWATANKUASA KERJA

Penaung: Encik Hamidon Bin Abu Bakar, AMP., AMN (Guru Besar)

Pengerusi: Puan Rohaiza (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1: Puan Rosniza (GPK HEM)

Naib Pengerusi 2: Encik Junaidi(GPK Kokurikulum)

Setiausaha: Encik Khairi Hadzwan Johari

Naib setiausaha: Puan Salwana

Bendahari: Encik Muhammad Azwan Janil

Naib Bendahari: Puan Che Sharifah

Jawatankuasa Kerja

Juruacara: Encik Abdul Raqib Bin Md Hanipah

Encik Muhammad Najmi Bin Jali

Bacaan doa: Encik Luqman

Buku Program: Puan Zainun Binti Ibrahim Puan Hartini Binti Ab Rani

Persiapan Dewan: Puan Nur Ilyani Binti Abd RazakEncik Jazimin Bin AwangPuan Nor Aizan Binti Fee

Penyediaan Sijil: Puan Rosniza Binti Abu Bakar

Penyediaan Cenderahati: Puan RokiahPuan Zainun

Foto Dan Dokumentasi: Puan Wan SuhailaPuan HananiEncik Abu Ubaidah

Kawalan Murid: Encik IqbalPuan Hanim

Encik Amran

Encik Zainuddin

Page 5: Kertas Kerja Majlis Khatam Al-quran 2014 [Induk]

9.0 BELANJAWAN

9.1 SUMBER KEWANGAN

9.1.1 Sumbangan PIBG = RM400.00

9.1.2 Tabung Kegiatan Agama SKT = RM300

9.2 PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT

(RM)

KUANTITI JUMLAH(RM)

1 Pulut dan rendang 3.00 100 300.002 Sumbangan kepada peserta

Khatam Al-Quran10.00 35 350

3 Bunga telur 50.00JUMLAH KESELURUHAN 700.00

10.0 PENUTUP

Semoga Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini dapat berjalan dengan lancar

sekali gus mencapai objektif yang disenarai dengan jayanya. Dengan adanya

majlis ini juga diharapkan agar mampu memberi kesan positif kepada seluruh

warga sekolah amnya.

Page 6: Kertas Kerja Majlis Khatam Al-quran 2014 [Induk]

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. ..................................................

(MOHD KHAIRI HADZWAN) (PUAN ROHAIZA)

Setiausaha Majlis Khatam Al-Quran Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

SK Temin, SK Temin,

Jerantut Jerantut

Diluluskan oleh,

..................................................

(HAMIDON BIN ABU BAKAR)

Guru Besar,

SK Temin,

Jerantut