majlis pelancaran aplikasi mobile ‘sihat … kesihatan/fokus kesihatan june2015.pdf · satu lagi...

12
Bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015, Kementerian Kesihatan telah melancarkan sebuah aplikasi telefon bimbit ‘Sihat Tanpa Rokok’ (STaR) pada 3 Jun 2015, bertempat di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan. Pelancaran aplikasi mobile ini adalah merupakan satu lagi inisitif baru kementerian ini di mana pengguna telefon bimbit boleh menggunakan aplikasi ini sebagai kaedah utama untuk memperolehi maklumat mengenai bahaya merokok serta bantuan dan langkah-langkah untuk berhenti merokok secara mudah-alih (mobile). Antara lain aplikasi ini juga dihasratkan agar dapat meningkatkan kesedaran orang ramai, terutama sekali para perokok, mengenai cara-cara berhenti merokok melalui penggunaan aplikasi telefon bimbit. Ianya juga bertujuan untuk memudahkan dan mempelbagaikan akses orang ramai kepada bantuan untuk berhenti merokok. Selain itu ianya boleh dijadikan sebagai salah Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam www.moh.gov.bn • JUN 2015 • BILANGAN 168 MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT TANPA ROKOK’ (STaR) satu landasan untuk berhubung secara interaktif di antara profesional kesihatan dan pengguna-pengguna aplikasi khususnya perokok-perokok yang ingin berhenti merokok. Aplikasi STaR ini boleh dimuat turun melalui ‘Google Play Store’ bagi pengguna android mulai dari 1 Jun 2015 dan ‘appstore’ bagi pengguna Iphone bermula 10 Jun 2015. Aplikasi ini juga boleh diakses melalui laman sesawang: www.mystar.goodbarber.com bagi software yang lain seperti Windows, OSX, Linux, IOS. Bagi sebarang pertanyaan mengenai aplikasi ini, orang ramai bolehlah menghubungi Healthline 145 atau 8882005. Hari Keluarga Penderma Darah dan Kempen Derma Darah Besar-Besaran Sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2015 Majlis Ceramah Menjelang Bulan Ramadhan 1436H/2015M Majlis Bertadarus Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam (PIHM), Temburong Maklumat dan Panduan Menderma Darah Info Kesihatan ms.10 Berita ms.2 Berita ms.3 Berita ms.8

Upload: dodieu

Post on 06-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

Bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015, Kementerian Kesihatan telah melancarkan sebuah aplikasi telefon bimbit ‘Sihat Tanpa Rokok’ (STaR) pada 3 Jun 2015, bertempat di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Pelancaran aplikasi mobile ini adalah merupakan satu lagi inisitif baru kementerian ini di mana pengguna telefon bimbit boleh menggunakan aplikasi ini sebagai kaedah utama untuk memperolehi maklumat mengenai bahaya merokok serta bantuan dan langkah-langkah untuk berhenti merokok secara mudah-alih (mobile).

Antara lain aplikasi ini juga dihasratkan agar dapat meningkatkan kesedaran orang ramai, terutama sekali para perokok, mengenai cara-cara berhenti merokok melalui penggunaan aplikasi telefon bimbit. Ianya juga bertujuan untuk memudahkan dan mempelbagaikan akses orang ramai kepada bantuan untuk berhenti merokok. Selain itu ianya boleh dijadikan sebagai salah

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

www.moh.gov.bn• JUN 2015 • BILANGAN 168

MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT TANPA ROKOK’ (STaR)

satu landasan untuk berhubung secara interaktif di antara profesional kesihatan dan pengguna-pengguna aplikasi khususnya perokok-perokok yang ingin berhenti merokok.

Aplikasi STaR ini boleh dimuat turun melalui ‘Google Play Store’ bagi pengguna android mulai dari 1 Jun 2015 dan ‘appstore’ bagi pengguna Iphone bermula 10 Jun 2015. Aplikasi ini juga boleh diakses melalui laman sesawang: www.mystar.goodbarber.com bagi software yang lain seperti Windows, OSX, Linux, IOS. Bagi sebarang pertanyaan mengenai aplikasi ini, orang ramai bolehlah menghubungi Healthline 145 atau 8882005.

Hari Keluarga Penderma Darah dan Kempen Derma Darah Besar-Besaran Sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2015

Majlis Ceramah Menjelang Bulan Ramadhan 1436H/2015M

Majlis Bertadarus Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam

(PIHM), Temburong

Maklumat dan Panduan Menderma Darah

Info Kesihatan ms.10Berita ms.2 Berita ms.3 Berita ms.8

Page 2: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

2 FOKUSKesihatan Jun 2015 Bilangan 168

BERITA

Sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2015 Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha mengadakan Hari Keluarga Penderma Darah pada hari Ahad, 14 Jun 2015, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Sesuai dengan Tema Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia pada tahun ini ‘Thank you for Saving My Life’, Hari Keluarga Penderma Darah ini diadakan sebagai salah satu penghormatan dan penghargaan kepada setiap penderma darah dalam mengenang sumbangan dan jasa mereka yang tiada ternilai harganya membantu menyelamatkan banyak nyawa pesakit di Negara ini melalui darah yang telah mereka dermakan.

HARI KELUARGA PENDERMA DARAH DAN KEMPEN DERMA DARAH BESAR-BESARAN SEMPENA HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2015

Acara dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Yang Mulia Dr. Haji Osmali bin Haji Osman, Pengarah Perkhidmatan Makmal, selaku Pengerusi Bersama Majlis dan seterusnya diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat majlis, Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang kemudiannya merasmikan Hari Keluarga Penderma Darah. Acara disusuli dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penaja-penaja dan wakil-wakil sukarelawan yang menyertai aktiviti hari tersebut dan seterusnya diikuti dengan aktiviti Zumba dan Walkaton.

Antara aktiviti dan permainan yang juga diadakan ialah seperti gerai-gerai menjual makanan, minuman dan barang-barangan, Car Boot Sales, Reptile Show, Haunted House, Flying Fox, Pony Ride, Face Painting, Henna, Colouring Competition, Spelling Bee dan banyak lagi.

Page 3: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

3FOKUSKesihatanJun 2015Bilangan 168

BERITA

Sempena menjelang bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini, satu ceramah diadakan pada 26 Sya’aban 1435 Hijrah bersamaan 13 Jun 2015 Masihi, bertempat di Surau, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Ceramah Ugama mengenai ‘Ramadhan Oh Ramadhan Kehadiranmu Dinanti’ oleh Ustaz Adi Asmat bin Lamat, Pelajar jurusan Sejarah dan Temadun Islam dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), selaku penceramah undangan. Seterusnya, majlis diikuti dengan majlis tahlil beramai-ramai dan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah.

Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada 29 Jun 2015 bersamaan 12 Ramadhan 1436 di Surau Nuurul ‘Inayah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan, hadir selaku tetamu kehormat majlis yang juga telah memimpin bacaan Surah Al-Fatihah untuk memulakan majlis tersebut.

Peserta khatam adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan dan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diselajurkan dengan bacaan Bacaan Doa Khatam, Bacaan Doa Arwah, Bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Dikir Marhaban.

Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim warga Kementerian Kesihatan iaitu seramai 68 orang dan kepada 15 orang pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan di bawah pemantauan Bahagian Kebajikan Perubatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Sumbangan ini adalah daripada warga Kementerian Kesihatan, individu-individu persendirian dan juga Dana Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap, Yang Mulia Haji Mahrub bin Haji Murni, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

MAJLIS CERAMAH MENJELANG BULAN RAMADHAN 1436H/2015M

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KEMENTERIAN KESIHATANSEMPENA BULAN RAMADHAN 1436H / 2015M

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abd Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah berserta dengan pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan.

Page 4: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

4 FOKUSKesihatan Jun 2015 Bilangan 168

IntI SarI tekS Ucapan MenterI keSIhatan JUn 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pihak penganjur khususnya Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dengan kerjasama Persatuan Saintis Makmal Perubatan Brunei Darussalam (BAMLS) kerana telah berjaya secara berterusan mengungkayahkan Majlis ini diikuti dengan pelbagai aktiviti kempen menderma darah khususnya kempen menderma darah secara besar-besaran yang akan diadakan pada 15 – 16 Jun 2015.

Di Majlis penuh bermakna dan berkebajikan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Penderma Darah Sedunia khusus kepada penderma darah yang disempenakan dengan Hari Penderma Darah Sedunia yang disambut pada setiap 14 Jun. Tema bagi sambutan Hari Penderma Darah Sedunia pada tahun ini ialah “Thank You For Saving My Life” yang bermakna “Terima Kasih Kerana Menyelamatkan Nyawa Saya”. Tema ini memfokuskan secara khusus untuk memberikan penghormatan dan penghargaan serta terima kasih kepada penderma-penderma darah yang menyelamatkan nyawa setiap hari dengan derma darah mereka. Ianya juga dihasratkan bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan lebih ramai lagi mereka yang berkeadaan sihat dan belum pernah menderma darah di dunia ini termasuk negara kita terhadap kepentingan menderma darah secara sukarela dan berterusan bagi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan darah.

…hari ini adalah merupakan hari istimewa dan penghargaan yang sangat tinggi nilainya kepada

setiap penderma darah. Saya juga sukacita ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga nilainya dan terima kasih atas sumbangan, jasa bakti dan pengorbanan penderma darah yang banyak menyelamatkan nyawa, meningkatkan jangka hayat dan Kualiti hidup kepada mereka yang sangat memerlukannya terutama sekali yang menjalani rawatan perubatan yang berkeadaan kritikal, kompleks dan kronik yang boleh mengancam nyawa mereka.

Produk-produk darah juga sangat diperlukan bagi menjalankan prosedur-prosedur pembedahan yang rumit serta menyelamatkan nyawa bagi pesakit-pesakit yang mengalami komplikasi dan kes-kes kemalangan dan kecederaan di saat-saat kecemasan di mana pesakit banyak kehilangan darah. Darah yang diperlukan juga untuk menstabilkan pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan darah dengan segera atau secara kerap seperti pesakit Thalassaemia, pesakit Hemophilia dan pesakit yang mengalami pendarahan. Bayangkanlah oleh kita semua akan keadaan pesakit-pesakit yang saya maksudkan tersebut jika kita tidak mempunyai stok darah yang mencukupi, apakah akan terjadi dan risiko yang dihadapi oleh mereka tanpa abis kita semua sebagai penderma darah?

Disinilah juga peranan Kementerian Kesihatan khususnya melalui Pusat Pendermaan Darah dan Jabatan Perkhidmatan Makmal sentiasa prihatin dan bertanggungjawab ke atas kebajikan rakyat dan penduduk untuk mempastikan bekalan darah

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWANDATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN

SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOFMENTERI KESIHATAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAMSEMPENA

HARI KELUARGA PENDERMA DARAH DAN KEMPEN DERMA DARAH BESAR-BESARAN SEMPENA HARI PENDERMA DARAH

SEDUNIA 2015

TEMA: “Terima Kasih Kerana Menyelamatkan Nyawa Saya” Ahad, 14 Jun 2015

Page 5: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

5FOKUSKesihatanJun 2015Bilangan 168

IntI SarI tekS Ucapan MenterI keSIhatan JUn 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

sentiasa mencukupi dan juga mengikut standard kualiti serta selamat bagi menjamin keselamatan, kualiti dan kesejahteraan pesakit yang memerlukan darah. Walau bagaimanapun, hasrat ini tidak akan tercapai jika tidak ada sokongan, kerjasama dan komitmen para penderma darah semua yang sentiasa berkesudian secara sukarela untuk menderma darah.

Sehubungan dengan itu, sekali lagi saya dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah yang saya anggap penderma-penderma darah adalah sebagai wira-wira (hero-hero) yang berjasa di atas sumbangan dan khidmat bakti yang tidak ternilai harganya. Hanya Allah Subhanahu Wata’ala sahajalah yang dapat mengetahui betapa tingginya sumbangan dan pengorbanan biskita ini. Bagi semua yang pernah menerimanya dan keluarga mereka sudah setentunya akan mengenang dan menyanjung tinggi atas sumbangan dan pengorbanan hingga ke akhir hayat mereka. Dalam pada itu, marilah kita semua berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala dalam bulan Syaaban ini dan menjelang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan tidak lama lagi, agar wira-wira penderma darah ini akan sentiasa dikurniakan taufik, hidayah, rahmat, ganjaran pahala yang sebaik-baiknya, dilanjutkan usia, sihat wal’afiat dan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

Mengikut catatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 108 juta kutipan pek darah dibuat setiap tahun secara global yang mana 50% daripada jumlah ini dikutip di negara-negara yang berpendapatan tinggi. Manakala di negara-negara yang berpendapatan rendah, 65% daripada jumlah pemindahan darah diberi kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun.Di negara kita Brunei Darussalam, menurut laporan daripada Pusat Pendermaan Darah, pada tahun 2014, sebanyak 15,130 kutipan darah telah dibuat berbanding dengan 14,259 kutipan pada tahun 2013. Ini adalah peningkatan yang sangat memberangsangkan iaitu pada kadar 6.1%. Di negara kita kadar kutipan pendermaan darah bagi setiap 1,000 orang penduduk ialah 34.8 kutipan, bebranding dengan kadar yang direkodkan oleh Pertubahan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mana kadar kutipan di negara-negara

berpendapatan tinggi ialah 36.8 kutipan bagi setiap 1,000 orang penduduk; manakala 11.7 kutipan bagi negara-negara berpendapatan sederhana dan 3,9 kutipan bagi negara-negara berpendapatan rendah. Ini menunjukkan kadar kutipan darah di negara ini adalah hampir sama dengan kadar kutipan di negara-negara berpendapatan tinggi.

… Mengikut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebanyak 60 buah negara di dunia ini yang dikategorikan sebagai 100% perndermaan darah merupakan pendermaan sukarela termasuk negara kita Negara Brunei Darussalam. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada abis kita semua kerana negara kita diiktiraf sebagai salah satu negara yang dikategorikan pendermaan darah secara sukarela 100%. Apa yang diharapkan budaya yang murni lagi terpuji ini haruslah diserapkan di kalangan masyarakat kita di negara ini. Justeru itu, pencapaian ini harus kita sama-sama pertahankan dan sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada penderma-penderma darah sekalian yang juga menjadi role model di negara ini. Ini adalah kerana mengikut yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bahawa penderma darah secara sukarela merupakan sumber darah yang paling selamat dari segi jangkitan. Disamping itu ini sekaligus membuktikan masyarakat di negara ini masyarakat yang penyayang dan suka membantu kepada orang yang memerlukan.

Alhamdulillah, pada tahun 2014 di Daerah Brunei-Muara sahaja telah mencatatkan seramai 11,298 orang penderma telah menderma secara sukarela dan dari jumlah ini, seramai 3,636 orang adalah terdiri daripada penderma-penderma baru. Ini merupakan peningkatan sebanyak 27.3% berbanding dengan jumlah 2,857 penderma baru pada tahun 2013. Peningkatan ini juga adalah hasil daripada kaedah penggunaan kriteria-kriteria baru yang telah dikuatkuasakan di Negara Brunei Darussalam pada tahun lepas (2014) bagi pengambilan penderma-penderma baru, iaitu seperti kriteria umur sekurang-kurangnya 17 tahun berbanding 18 tahun sebelumnya. Kriteria ini memerlukan kebenaran (consent) dari pihak ibu-bapa atau penjaga. Kriteria berat badan juga telah dikurangkan daripada 50kg ke atas kepada 45kg ke atas. Kekerapan menderma juga telah dikurangkan dari 3 bulan kepada 2 bulan.

Page 6: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

6 FOKUSKesihatan Jun 2015 Bilangan 168

AKTIVITI BULAN JUN 2015LAWATAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN KE PUSAT-PUSAT

KESIHATAN DI DAERAH TUTONG8 Jun 2015 / 21 Sya’ban 1436

MESYUARAT JAWATANKUASA KEBANGSAAN KAWALAN TEMBAKAU KALI KE 1/2015

10 Jun 2015 / 23 Sya’ban 1436

Page 7: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

7FOKUSKesihatanJun 2015Bilangan 168

BERITAAKTIVITI BULAN JUN 2015KUNJUNGAN MUHIBAH

TUAN YANG TERUTAMA MEYNARDO LB MONTEALEGRE, DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK FILIPINA KE NEGARA BRUNEI

DARUSSALAM YANG BARU 11 Jun 2015 / 23 Sya’ban 1436

MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA BAGI KEMENTERIAN KESIHATAN 23 Jun 2015 / 6 Ramadhan 1436

Page 8: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

8 FOKUSKesihatan Jun 2015 Bilangan 168

BERITA

Dalam sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan 1436H pada tahun ini, Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya memulakan siri Majlis Bertadarus Al-Qur’an di Hospital-Hospital Negara Brunei Darussalam pada 20 Jun 2015 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1436 di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam (PIHM), Temburong.

Rombongan bertadarus tersebut telah diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Haji Merussin serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

Majlis tadarus membaca ayat-ayat suci Al-Quran didahului oleh Yang Berhormat Pehin diikuti oleh para peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kementerian, pegawai dan kakitangan Hospital PIHM serta para jemputan. Majlis diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh Guru Agama Hospital PIHM, Awang Salim bin Haji Tuah.

Satu lagi Majlis Bertadarus yang diselajurkan dengan Tahlil dan Doa Arwah serta Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah diadakan pada 22 Jun 2015 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1436 di ruang legar Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) Tutong.

Mengetuai rombongan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato

MAJLIS BERTADARUS HOSPITAL PENGIRAN ISTERI HAJAH MARIAM (PIHM), TEMBURONG

MAJLIS BERTADARUSHOSPITAL PENGIRAN MUDA MAHKOTA

PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH (PMMPMHAMB) TUTONG

Di samping sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan berkat ini, majlis juga dihasratkan majlis ini dapat mengeratkan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dengan para pegawai dan kakitangan Hospital PIHM. Di majlis ini juga lima pesakit di bawah pengawasan kesihatan Hospital PIHM turut menerima sumbangan berupa barang keperluan asasi dan wang tunai yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin sebelum menunaikan sembahyang fardu Asar berjemaah di Surau Hospital PIHM.

Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof.

Majlis bertadarus ini merupakan kesinambungan bagi kunjungan rombongan Kementerian Kesihatan di keempat-empat hospital kerajaan di Negara Brunei Darussalam secara bergilir pada sepanjang bulan Ramadan bagi tahun ini yang juga merupakan salah satu antara acara-acara tahunan Kementerian Kesihatan dalam usaha untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh rahmat ini disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dan warga hospital berkenaan.

Antara atur cara yang dimuatkan dalam majlis tersebut ialah penyampaian derma kepada sembilan orang anak yatim warga perkhidmatan hospital tersebut dan Pusat-Pusat Kesihatan di Daerah Tutong serta pengagihan sumbangan kepada 10 pesakit-pesakit di bawah pengendalian Unit Kebajikan Perubatan Hospital PMMPMHAMB, Tutong.

Page 9: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

9FOKUSKesihatanJun 2015Bilangan 168

BERITA

Majlis Tadarus Kementerian Kesihatan ke hospital-hospital di seluruh negara diteruskan lagi dan diadakan di Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait pada 28 Jun 2015 bersamaan dengan 11 Ramadhan 1436.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan mengetuai rombongan pada majlis tersebut.

Majlis yang diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah serta sembahyang fardu Maghrib berjemaah ini diselajurkan dengan penyampaian derma kepada seramai 14 orang anak yatim warga perkhidmatan hospital berkenaan serta

Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan 15 Tahun Disentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi anjuran Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah diadakan pada 8 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 25 Jun 2015 bertempat di Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Gadong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Antara aturcara yang dimuatkan dalam majlis tersebut ialah bacaan Takhtim dan tahlil serta Dikir Marhaban beramai-ramai. Majlis seterusnya diselajurkan dengan acara berbuka puasa bersama-sama dan diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.

Bermula 1 Jun 2000, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi, yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Pesakit

MAJLIS BERTADARUSHOSPITAL SURI SERI BEGAWAN (SSB), KUALA BELAIT

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN 15 TAHUN DISENTRALISASI PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN ASASI

Luar, telah berpindah keluar dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) kepada tujuh buah pusat kesihatan berasingan di Daerah Brunei Muara. Projek disentralisasi ini telah dilaratkan kepada 16 buah pusat kesihatan di daerah Brunei dan Muara, Belait dan Tutong. Berikutan dengan disentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi, perkhidmatan-perkhidmatan tambahan telah diperkenalkan seperti Klinik Flu, Klinik Penyakit Kronik, Klinik Kesihatan Ibu-Ibu dan Kanak-Kanak, Perkhidmatan Doktor Penerbangan, Klinik Bergerak, Perkhidmatan Contoh Darah, Perkhidmatan Farmasi, Perkhidmatan Pergigian, perkhidmatan kesihatan seperti penyaringan kesihatan, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dan juga kemudahan kesihatan ke klinik perubatan untuk Polis dan Pasukan Bomba.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah berserta dengan pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan.

pengagihan sumbangan kepada pesakit-pesakit di bawah pengendalian Unit Kebajikan Perubatan hospital tersebut yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, sebelum ucapan alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital SSB, Awang Mohamad bin Haji Abdul Hamid, dan diteruskan dengan tadarus Al-Quran Juzuk ke-19 beramai-ramai.

Page 10: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

10 FOKUSKesihatan Jun 2015 Bilangan 168

INFO KESIHATANMAKLUMAT DAN PANDUAN MENDERMA DARAH

Siapa Yang Dibenarkan Menderma Darah?

Mereka yang berusia di antara 17-60 tahun. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kg. Mempunyai tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 g/dL. Sihat. Tidak mempunyai symptom-simptom jangkitan kuman dalammasa satu minggu kebelakangan seperti sakit tekak,

batuk, hidung berair, cirit-birit, sakit mata. Tidak mengalami demam panas dalam masa 3 minggu kebelakangan. Tidak menjalani sebarang kerja-kerja pergigian dalam masa 24 jam.

Siapa Yang Tidak Sesuai Untuk Mendermakan Darah?

Pernah mengalami penyakit Hepatitis B atau C. Pernah dijangkiti virus HIV AIDS atau berisiko dijangkiti HIV (seperti pernah menjalani hubungan seks dengan individu

yang dijangkiti HIV, mempunyai seks yang berbilang atau pernah menjalani hubungan seks dengan pekerja seks). Pernah menyalahgunakan dadah samada secara oral atau suntikan jarum. Mempunyai sejarah kanser. Menghidap penyakitkronik yang memerlukan medikasi seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, penyakit

paru-paru, penyakit buah pinggang, diabetes dan sebagainya. Pernah duduk di UK selama 3 bulan terkumpul atau lebih dari tahun 1980 hinggan 1996. Pernah duduk di Perancis selama 5 tahun terkumpul atau lebih dari tahun 1980 sehingga ke hari ini.

Selain itu, berikut adalah sebahagian keadaan-keadaan yang biasa yang menyebabkan awda tidak sesuai untuk menderma darah:

Keadaan Tempoh penangguhan

Pengambilan ubat-ubatan atau herba tradisional 3 hari

Vaksinasi (tertakluk kepada jenis) 48 jam hingga 4 minggu

Ubat-Ubatan untuk merawat kondisi akut 3 hari hingga 3 minggu

Melawat ke kawasan endemik Malaria 6 minggu atau lebih

Tattoo, bertindik telinga/badan atau akupunktur 12 bulan

Kedatangan haid Tidak dibolehkan menderma darah sekiranya pendarahan yang lebat atau mengalami kekejangan semasa haid

Mengandung 6 minggu selepas melahirkan secara normal

Penyusuan anak 1 minggu selepas kali terakhir penyusuan

Pembedahan minor 6 minggu hingga 6 bulan

Pembedahan major atau pemindahan darah 12 bulan

Penjagaan Selepas Pendermaan Darah:

Berehat sekurang-kurangnya 5 ke 10 minit di sofa pendermaan selepas jarum dilepaskan. Ambil masa untuk menikmati jamuan yang disediakan. Sekiranya awda berasa pening, berbaring dengan kaki diangkat/ditinggikan atas paras kepala awda sehingga pening

hilang. Maklumkan kakitangan untuk bantuan. Meminum banyak air atau cecair di dalam masa 24 jam selepas pendermaan. Mengurangkan penggunaan tangan di mana darah diambil pada 15 minit pertama selepas pendermaan untuk

mengurangkan risiko lebam. Mengelakkan aktiviti-aktiviti fizikal yang lasak atau mengangkat benda-benda berat untuk tempoh 12 jam selepas

pendermaan. Tanggalkan balutan selepas 3-4 jam dan sekiranya pendarahan berlaku, tekan tempat pendarahan dan angkat tangan

awda selama 3-5 minit. Sekiranya pendarahan atau lebam berlaku di bawah permukaan kulit, letakkan pek ais di kawasan tersebut secara

berkala dalam masa 24 jam. Sekiranya awda tidak berasa sihat selepas pendermaan darah, sila hubungi doktor atau jururawat di Pusat Pendermaan

Darah di talian 2242424 ext 7338/7124/71.

Page 11: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

11FOKUSKesihatanJun 2015Bilangan 168

DARI MEJA PENTADBIRANpegawaI-pegawaI yang MenghadIrI kUrSUS / perSIdangan / MeSyUarat / SeMInar

pegawaI dan kakItangan yang BarU BerkhIdMat

pegawaI dan kakItangan BerSara

Nama & Jawatan Kursus / Mesyuarat / Bengkel / SeminarDr. Sofian bin Dato Paduka Dr Haji Johar MICRA TPS Early Market Access Training Programme, USA (3 Jun 2015)

Dr. Anas Naomi binti Dato Paduka Haji HarunDr. Dk Hajah Norazieda binti Pg Haji Md Yassin

26th Annual Scientific Meeting of Malaysia Society of Neurosciences, Malaysia (5-7 Jun 2015)

Dr. Alice Yong Moi Ling American Diabetes Association 75th Scientific Sessions, USA (5-9 Jun 2015)

Dr. Ong Sok King Second Workshop on Leadership and Capacity - Building For Cancer Control, Republic of Korea (9-12 Jun 2015)

Md Noor Zaki bin Haji Ali BakarEardey Hussiney bin Norshari Kamaluddin International Trauma Life Support, Singapore (11-12 Jun 2015)

Dr. Nur Asmaa Farah binti Haji Mohd YussopDr. Herni Hardi binti Haji Bidin

Advanced Level Obstetrics & Gynaecology Ultrasound Course-Scanning To Save Lives, Malaysia (12-14 Jun 2015)

Dr. Ak Md Khairul Hazman bin Pg Dato Paduka Haji OthmanHaji Md Khairul Aminudin bin Haji Abu Bakar

5th ASEAN Dengue Day And ASEAN Dengue Conference, Vientane (14-15 Jun 2015)

Dr. Hilda Ho Ming ChooRadiah binti Omar @ Enchi

‘The 14th Annual International Mental Health Conference’, Thailand (15-17 Jun 2015)

Teo Shyh Kheng (Ken Teo) ‘25th Regional Congress of the ISBT’ (27 Jun-1 Julai 2015) dan ‘BSTA Blood Bank Visit in Aragon’, Spain (2-3 Julai 2015)

Woo Boon Chu Asia-Pacific Biosafety Association (APBA) 10th Annual Biosafety Conference, Philippines (23-26 Jun 2015)

Juniadah binti Haji HussinRogayah binti Haji AhmadZurina binti Haji Md HashimNorlela binti Haji IsmailHajah Noor Amalina binti Haji Abu BakarHajah Jety Nasriah binti Haji Abdullah

Persidangan ‘The 15th ASEAN Conference of Clinical Laboratory Sciences (ACCLS)’, Singapore (21-23 Jun 2015)

Nama & Jawatan Tarikh BersaraPg Hajah Tengah binti Pg MetussinPegawai Jururawat Tingkat Khas 1 Jun 2015

Samsudin bin Haji MetusinPenyelenggara Stor Tingkat 1 1 Jun 2015

Hajah Normah binti Othman / OsmanJururawat (Kesihatan Masyarakat) 10 Jun 2015

Kamariah binti Haji Md Noor @ Kamriah binti Haji MatnoorBidan Tingkat Khas 12 Jun 2015

Nama & Jawatan Tarikh Melapor BertugasMuhammad Akmal Wafiuddin bin NordinTukang Pancut 2 Jun 2015

Norsofiah @ Norlie binti SafliePembantu Pergigian 11 Jun 2015

Soon Wen ShinJururawat 22 Jun 2015

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Page 12: MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MOBILE ‘SIHAT … Kesihatan/Fokus Kesihatan June2015.pdf · Satu lagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan telah diadakan pada ... Untuk mendapatkan

12 FOKUSKesihatan Jun 2015 Bilangan 168

HEALTH PROMOTION CENTRE BRUNEI

@hpcbrunei 8282005