kertas kerja lawatan prs 2011

11
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK BANDAR SRI PERMAISURI 56000 KUALA LUMPUR LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN WARISAN PERTANIAN, WETLAND, CRUISE TASIK PUTRAJAYA DAN SEKITAR PUTRAJAYA. PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TARIKH/HARI: 22 OKTOBER 2011 / SABTU MASA: 7.30 PAGI – 4.00 PETANG

Upload: suhaila-omar

Post on 29-Jul-2015

14 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja lawatan prs 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIKBANDAR SRI PERMAISURI

56000 KUALA LUMPUR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN WARISAN PERTANIAN, WETLAND, CRUISE TASIK PUTRAJAYA DAN SEKITAR

PUTRAJAYA.

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

TARIKH/HARI:

22 OKTOBER 2011 / SABTU

MASA:7.30 PAGI – 4.00 PETANG

DISEDIAKAN OLEH:

PN.RAJA ZANARIAH BT RAJA HUSAIN

PN SUHAILA BT SIDIK

Page 2: Kertas kerja lawatan prs 2011

PENGENALAN

Nama Projek : Lawatan Sambil Belajar

Tarikh : 22 Oktober 2011

Hari : Sabtu

Tempat :Taman Warisan Pertanian Putrajaya, Wetland, Tasik

Putrajaya, dan sekitar Putrajaya (Kompleks Kerajaan, Masjid

Putra, Jambatan Putra).

Pendahuluan

Lawatan merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah untuk memberi pendedahan

kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Ahli Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah

merancang mengadakan lawatan sambil belajar ke Putrajaya. Ini bertujuan memupuk semangat

kerjasama dikalangan ahli-ahli PRS dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Hasil

daripada lawatan, murid memperoleh ilmu pengetahuan dan boleh bertukar-tukar idea di kalangan

mereka.

Rasional

Rasionalnya lawatan sambil belajar ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum adalah untuk

melengkapkan aktiviti tahunan yang telah dirancang ini. Selain itu, lawatan ini juga secara tidak

langsung dapat memantapkan pengetahuan para pelajar tentang tempat-tempat pelancongan yang

menarik di Putrajaya. Program lawatan yang dirancang ini juga diharap dapat memberi peluang

kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan di luar daripada ruang lingkup persekitaran

sekolah. Adalah diharap murid dapat menjana minda dengan lebih efektif setelah mengikuti

lawatan ini.

Matlamat

Rombongan ini dijangka dapat melatih diri para pelajar menjadi murid-murid yang mampu

berdikari. Disamping itu juga, nilai-nilai kepimpinan dan percaya kepada diri dan kebolehan

masing-masing serta sifat berani juga dapat diterapkan dan disemaikan dalam diri mereka secara

amnya. Penglibatan murid-murid dalam lawatan sedikit sebanyak akan menjadi bekalan ilmu

kepada mereka untuk terus maju dan berjaya.

Page 3: Kertas kerja lawatan prs 2011

Objektif

Melihat pembelajaran kanak-kanak dalam konteks sistem yang menyeluruh iaitu

keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan masyarakat luas.

Membentuk personaliti murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek.

Merealisasikan pengetahuan dalam P&P dengan pengalaman yang sebenar.

Melahirkan sikap menghargai khazanah dan warisan negara serta bangga akan negara

sendiri.

Memupuk sikap bertanggungjawab, berdikari dan mematuhi peraturan.

Murid-murid dapat mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan persekitaran

tempat lawatan.

Murid-murid dapat meneroka, menyiasat, menyelesaikan masalah, membuat andaian,

memberi perhatian, mengembangkan sifat gigih, ingin tahu, tekun, yakin pada diri

sendiri dan banyak lagi penerapan unsur-unsur nilai murni.

Murid-murid berminat melibatkan diri dalam interaksi sosial dan berhubung dengan

orang lain..

Tarikh : 22 Oktober 2011

Penyertaan:

Seramai 40 orang ahli PRS sekolah dan 4 orang guru SK Seri Tasik akan menyertai rombongan

ini.

Page 4: Kertas kerja lawatan prs 2011

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAAN

Lawatan ini dikelolakan sepenuhnya oleh jawatankuasa yang terdiri daripada:

Penasihat : Tuan Haji Misman bin Mostam

Pengerusi : En Suhaimi B Abdul Halim

Setiausaha : Pn.Raja Zanariah Bt Raja Husain

N.Setiausaha : Pn. Suhaila Bt Sidik

Bendahari : Pn. Salasiah Bt Zakaria

Ahli Jawatankuasa

Pengangkutan : En. M.Husni B. Muhammad

Pendaftaran : Pn.Norjan Bt Abd Muin

Makanan/Hadiah : Pn. Nurul Husna

Dokumentasi : Pn. Suhaila Bt Sidik

Pn. Raja Zanariah bt Raja Husain

Keselamatan : Semua guru terlibat

Aktiviti : Pn. Raja Zanariah Bt Raja Husain

Pn Suhaila Bt Sidik

Pn.Nurul Husna Bt Azmi

Page 5: Kertas kerja lawatan prs 2011

ATURCARA LAWATAN(22 OKTOBER 2011)

07.30 am : Berkumpul di sekolah

08.00 am : Bertolak dari sekolah

09.00 am : Taman Warisan Pertanian Putrajaya

11.30 am : Cruise Tasik Putrajaya

12.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zohor

01.45 pm : Wetland dan Botanical

03.00 pm : Melawat Sekitar Putrajaya

04.00 pm : Dijangka tiba ke sekolah

Peserta rombongan juga akan menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang semasa

lawatan.

Pihak sekolah dan guru yang mengiringi lawatan sambil belajar akan berusaha untuk

memberi keselesaan kepada peserta rombongan namun sekiranya terdapat sebarang

kejadian yang tidak diingini berlaku, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab.

Page 6: Kertas kerja lawatan prs 2011

ANGGARAN PERBELANJAAN

PUNCA PENDAPATAN WANG :

Bayaran dari murid : 40 murid x RM 30 = RM 1200

Sumbangan pihak sekolah : 1 bas x RM 400 = RM 400

Jumlah = RM 1600

Bil Perkara Bayaran seorang Peruntukan Jumlah

1 Tambang pengangkutan Sumbangan pihak

sekolah

RM400 x 1bas RM 400

2 Aktiviti Agro Telematch &

Guarder Tour di

Taman Warisan Pertanian

Pelayaran Tasik

(Cruise & Learn)

RM 5.00

RM18.00

RM 5.00 x 40 murid

RM18.00 x 40 murid

RM 200

RM 720

3 Makanan dan minuman

-Pagi &Tengahari

RM7.00 RM7.00 x 40 murid RM 280

JUMLAH KESELURUHAN RM 1600

Page 7: Kertas kerja lawatan prs 2011

Penutup

Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang sihat untuk dipraktikkan. Oleh itu kerjasama

semua pihak dalam menjayakan program ini sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung amat dihargai.Semoga program ini mencapai objektif yang dirancang demi meningkatkan

lagi potensi jati diri pelajar yang terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….…………… ………………………………….(PN RAJA ZANARIAH BT R.HUSAIN) ( EN SUHAIMI B ABD HALIM)Setiausaha Lawatan PRS, GPK KokurikulumSK Seri Tasik. SK Seri Tasik

Disahkan oleh,

……………………………………(HJ MISMAN BIN MOSTAM)Guru Besar,SK Seri Tasik.

Page 8: Kertas kerja lawatan prs 2011

LAMPIRAN A

Jawab semua soalan berikut:

1. Namakan 2 tempat yang telah kamu lawati

a. ________________________________

b. ________________________________

2. Namakan empat (4) tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Wetland.

a._________________________________

b. ________________________________

c. ________________________________

d. ________________________________

3. Pilih satu tempat yang menarik perhatian kamu semasa lawatan dan ceritakan

mengenainya.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

SENARAI NAMA GURU YANG MENGIKUTI ROMBONGAN

Page 9: Kertas kerja lawatan prs 2011

22 OKTOBER 2011

BIL NAMA NO KAD PENGENALAN

1 PN SUHAILA BT SIDIK 780127-03-5914

2 PN RAJA ZANARIAH BT RAJA HUSAIN 750802-03-5540

3 PN NURUL HUSNA BT AZMI

4 PN NORJAN BT MUIN