kertas kerja prs

4
PEM BIMBING RAKAN SEBAYA SK TATAU 0 KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SK TATAU 2015 ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TATAU Bantu Diri, Untu

Upload: rafidah-suhaili

Post on 01-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

prs

TRANSCRIPT

PRORAM TRANSISI TAHUN 1 2013

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH KEBANGSAAN TATAU 20151.0RASIONALKhidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.2.0MATLAMATMembina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.3.0OBJEKTIF1. Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.

2. Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan.

3. Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.

4. Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.

5. Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.

6. Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0SASARAN

Kumpulan Perintis - Tahun 3, 4, 5 dan 6 seramai 20 orang5.0JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Guru Besar

Penyelaras : Guru Bimbingan 1

Jurulatih: Guru Bimbingan 2 Pengerusi : Murid Tahun 6

N. Pengerusi : Murid Tahun 5

Setiausaha : Murid Tahun 6

Bendahari : Murid Tahun 5

AJK

: Murid Tahun 3 dan 4

6.0KAEDAH PEMILIHANKaedah pemilihan adalah melalui hasil perbincangan Guru Bimbingan Sekolah bersama dengan Guru Kelas.

7.0PERBELANJAANBagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat dalaman sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas dalam bidang Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Selain itu, PRS akan memiliki identity diri dengan memakai Vest yang akan digunakan setiap hari bila hadir ke sekolah. Anggaran perbelanjaan untuk Vest itu adalah seperti berikut:

i. Vest dan Lencana PRS RM 40.00 sepasang X 20 pasang = RM 800.00

8.0PENUTUPMembina program memerlukan perancangan dan perbelanjaan. Ini merupakan titik mula untuk memperkembangkan PRS dalam sekolah sebagai sebahagian daripada pasukan yang dapat memberikan manfaat kepada sekolah. Pengorbanan, minat yang berterusan, kerjasama serta komitmen yang tinggi sangat diperlukan daripada semua warga SK Tatau agar potensi dan daya yang ada pada PRS dapat memberi banyak kebaikan melalui moto bantu diri untuk membantu orang lain. Janganlah dibiarkan PRS hidup segan mati tak mahu atau mereka akan memikul bahu tiada, akan menjunjung kepada luncung bermakna tidak berdaya mengerjakan tugas kerana tiada ilmu. Akronim keramat PRS nanti terus diperolok-olokkan dengan pelbagai jolokan dan gelaran yang menyakitkan telinga seperti perosak rakan sebaya ataupun pengedar rokok sekolah.

Disediakan oleh:

Diluluskan oleh:

..................................................

........................................................(RAFIDAH BINTI SUHAILI)

(JANUDIN BIN AB RAHMAN)

GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

GURU BESAR

SK TATAU

SK TATAU

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

SK TATAU

2015

ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SK TATAU

Bantu Diri, Untuk Membantu Orang Lain

SK TATAU 3