kertas kerja lawatan perpustakaan negara dan pesta buku

7

Click here to load reader

Upload: hasnida-binti-mat-isa

Post on 03-Jul-2015

1.623 views

Category:

Documents


153 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Lawatan Perpustakaan Negara Dan Pesta Buku

PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

KERTAS KERJA

LAWATAN PENGAWAS PSSLAWATAN PENGAWAS PSSke ke

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIAPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIAdandan

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011 PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011 anjurananjuran

Kelab Pusat Sumber SekolahKelab Pusat Sumber SekolahSMK DATO’ KAMARUDDINSMK DATO’ KAMARUDDIN

PENDAHULUAN

Pengawas Pusat Sumber merupakan golongan pemangkin setiap pusat sumber sekolah yang boleh

diibaratkan sebagai tunjang sesebuah sekolah yang dilihat sebagai peneraju dan penggerak aktif

kepada tampuk pengurusan pusat sumber pada masa akan datang. Dalam hal ini untuk memastikan

aspirasi ini tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan dari semangat

setiakawan dan semangat kerjasama yang tinggi perlu dimantapkan untuk melahirkan kumpulan

pengawas pusat sumber yang lebih dinamik dan kukuh semangat kerjanya. Bertitik tolak daripada

usaha untuk memantapkan pengetahuan pengawas pusat sumber, meninggikan martabat ilmu,

memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka lawatan perkongsian ilmu ke Perpustakaan

Negara Malaysia dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk para pengawas pusat sumber

bakal dilaksanakan untuk berkongsi pengetahuan dalam perluasan ilmu perpustakaan. Malah

program ini bertujuan memperkukuhkan ikatan perhubungan sesama pengawas dalam bekerjasama

menaiktarafkan pusat sumber sekolah. Justeru, satu badan jawatankuasa telah dibentuk bagi

menjayakan program ini.

MATLAMAT Memberikan pengetahuan baru kepada kumpulan sasaran supaya memperolehi ilmu

asas berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah.

Untuk melahirkan pengawas yang bermaklumat dalam menghadapi apa jua masalah

yang datang semasa menjalankan tugas atau di dalam kehidupan rutin.

Melahirkan kumpulan pengawas yang mengamalkan semangat kerja berpasukan yang

kuat untuk mengurus sesebuah pusat sumber sekolah.

1

Page 2: Kertas Kerja Lawatan Perpustakaan Negara Dan Pesta Buku

PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

OBJEKTIF

Menyediakan diri dengan pengetahuan rakan pengawas dari sekolah lain dalam

mengendalikan pusat sumber untuk membantu melaksanakan tugas dan

tanggungjawab sebagai ahli pusat sumber sekolah dalam menentukan hala tuju

sekolah.

Berkongsi maklumat asas pengurusan pusat sumber yang lebih berkesan untuk

pembangunan setempat.

Menanam serta menyemai semangat kerja berpasukan dalam mengurusi sesebuah

pusat sumber.

Menyediakan peserta sebagai pengawas pusat sumber yang benar-benar berkualiti

untuk pembangunan sekolah dan seterusnya negara.

Menanamkan sikap kepimpinan yang baik serta amanah, sabar, yakin dan

sebagainya.

TEMA

`Asas Pengetahuan Berkesan Wahana Kejayaan Pusat Sumber Cemerlang’.

TEMPAT

Perpustakaan Negara Malaysia dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC)

TARIKH DAN MASA

Tarikh : 29 dan 30 April 2011 (Jumaat dan Sabtu)

ORGANISASI

Rujuk Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

IMPLIKASI KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

KUMPULAN SASAR

PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAHJumlah Sasaran Peserta : 40 orang

2

Page 3: Kertas Kerja Lawatan Perpustakaan Negara Dan Pesta Buku

PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

PENUTUP

Lampira Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta

dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar

yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan

manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan

mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti

menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan

pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

HASNIDA BT MAT ISA Guru Perpustakaan dan Media SMK DATO’ KAMARUDDIN

Disahkan oleh,

JUNAIDAH BINTI HJ JAFFARPengetua SMK DATO’ KAMARUDDIN

3

Page 4: Kertas Kerja Lawatan Perpustakaan Negara Dan Pesta Buku

PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

Lampiran 1

STRUKTUR ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARASPN HASNIDA BINTI MAT ISA

J/KUASA PENDAFTARANCIK NORFASLIZA BINTI SAHAK

J/KUASA KESELAMATANENCIK MOHAMAD SHAHRIZAL BIN MOHD SALIM

J/KUASA CENDERAHATICIK NOR IDAYU BINTI HJ SHAMSUDDIN

J/KUASA BROSUR DAN BAHAN EDARANCIK ROJWANA BINTI ABDULLAH SANI

J/KUASA PENGANGKUTANCIK MARIATUL SALMAH BINTI HJ ISMAIL

4

Page 5: Kertas Kerja Lawatan Perpustakaan Negara Dan Pesta Buku

PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

Lampiran 2

TENTATIF

29 April 2011

7.00 - 7.30 Pg : Pendaftaran Peserta

7.45 Pg : Bertolak ke Kuala Lumpur

12.00 – 2.00 : Tiba di Kuala Lumpur/ Makan / Solat

2.30 – 4.30 Ptg : Perpustakaan Negara Malaysia

4.30 – 6.00 Ptg : Muzium Negara

6.00 ptg : Check in di Hotel Noble, Kuala Lumpur

30 April 2011

8.00 – 12.00 tgh hari : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC

5.00 ptg : Bertolak pulang ke SMK Dato’ Kamaruddin

12.00 – 2.00 ptg : Makan / Solat

2.00 – 4.00 ptg : Menara Kuala Lumpur

4.00 – 6.00 : Makan / Solat

6.00 ptg : Bertolak balik ke SMK Dato’ Kamaruddin

Lampiran 3

5

Page 6: Kertas Kerja Lawatan Perpustakaan Negara Dan Pesta Buku

PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

IMPLIKASI KEWANGAN1. Sumber Kewangan

Bayaran Penyertaan (RM 90.00 X 40)Peruntukan PCG Kokurikulum (RM 12.00 X 40)Peruntukan PCG PSS

RM 3600.00RM 480.00RM 500.00

Jumlah RM 4580.00

2. Anggaran Perbelanjaan

Bayaran Bas dan Hotel

Makanan Pelajar

Rencam

RM 90.00 x 40 =

=

RM 3600.00

RM 480.00

RM 300.00

Jumlah RM 4580.00

6