kertas kerja larian kampus (1)

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PERSIARAN TUNKU KUDIN 11700 GELUGOR, PULAU PINANG KERTAS KERJA LARIAN MERENTAS KAMPUS (SIARAYA) TARIKH: 9 OKTOBER 2015 (JUMAAT) 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

Upload: anu

Post on 07-Dec-2015

282 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

df

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Larian Kampus (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

PERSIARAN TUNKU KUDIN

11700 GELUGOR, PULAU PINANG

KERTAS KERJA

LARIAN MERENTAS KAMPUS

(SIARAYA)

 

TARIKH:9 OKTOBER 2015 (JUMAAT)

8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT:PADANG

IPG KAMPUS PULAU PINANG

Page 2: Kertas Kerja Larian Kampus (1)

1. TAJUK

Kejohanan ini dinamakan sebagai Larian Merentas Kampus, Institut Pendidikan Guru (IPG)

Kampus Pulau Pinang.

2. PENGENALAN

Program ini merupakan program yang dijalankan oleh Unit Kokurikulum dengan kolaborasi

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kampus Pulau Pinang.

Kejohanan ini wajib disertai oleh semua pelatih guru IPG Kampus Pulau Pinang.

3. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada pihak IPG Kampus

Pulau Pinang untuk Siaraya kejohanan ini seperti masa, tarikh dan tempat seperti yang

dicadangkan.

4.  RASIONAL

Kejohanan ini dirancang agar dapat memenuhi keperluan kursus PISMP ambilan Jun 2013

di samping memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua para pelajar guru

mengenai cara pengelolaan kejohanan merentas kampus serta menguruskan siaraya.

Kemahiran, kejurulatihan, ke pengelolaan dan ke pengadilan (4K) merupakan empat aspek

penting yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Kokurikulum Sukan Sekolah Rendah

yang dikuatkuasakan mulai Januari 2006 oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

5. OBJEKTIF

5.1   Memenuhi keperluan kursus PISMP ambilan Januari 2013 (WAJ 3121- Olahraga)

5.2   Menyediakan peralatan siaraya yang diperlukan untuk menjalankan pertandingan

merentas kampus.

5.3   Pelajar guru mempelajari cara untuk menguruskan Siaraya.

5.4   Pengagihan tugas memupuk nilai bertolak ansur, bertanggungjawab dalam

kalangan pelajar guru.

5.5   Meningkatkan usaha bersepadu di antara pelajar guru dan pensyarah -pensyarah

melalui kerjasama dalam pengurusan siaraya.

 

6. TARIKH / MASA / TEMPAT

Page 3: Kertas Kerja Larian Kampus (1)

  Dicadangkan kejohanan ini diadakan pada 9 Oktober 2015 (Jumaat), bertempat di Astaka

IPG Kampus Pulau Pinang.

Atur cara Kejohanan

08.30 pagi : Perasmian

09.00 pagi : Acara Bermula

12.00 tengah hari : Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

1.00 petang : Jamuan

 

7.  PENYERTAAN

 

Terbuka kepada semua pelajar guru IPG kampus Pulau Pinang.

IPG Kampus Pulau Pinang : 551

IPG Kampus Tuanku Bainun : 5

IPG Kampus Sultan Abdul Halim : 5

IPG Kampus Darulaman : 5

IPG Kampus Perlis : 5

Pensyarah : 40

611

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH

1. Bateri 10 10xRm 2.50 Rm 25.00

2. Wayar

Penyambung

2 2xRm 20.00 Rm 40.00

Rm 65.00

9. JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN LARIAN MERENTASI KAMPUS, INSTITUT

Page 4: Kertas Kerja Larian Kampus (1)

PENDIDIKAN GURU (IPG)  KAMPUS PULAU PINANG.

    PENAUNG : TN HJ. KHALID B. HJ. AHMAD

PENGARAH

PENGERUSI : PN. HJH. SURIAH BT ABD. MANAP TIMBALAN PENGARAH

SETIAUSAHA : EN. NORDIN B. SADALIKETUA UNIT KOKURIKULUM

EN. KAMIL B. NASURUDDIN (PEMANGKU)KETUA JABATAN HEP

PENYELARAS                :  DR. MOHANARAJU A/L ANNAMALAI EN. BARCHAN SINGH A/L HARBANT SINGHEN. PUSPAGARAN A/L MANIAMEN. MOHD NADZRI B. NOORDIN

10. JAWATANKUASA PENGELOLA LARIAN MERENTASI KAMPUS, INSTITUT

PENDIDIKAN GURU (IPG)  KAMPUS PULAU PINANG.

PENGERUSI : MALVINA A/P JOSEPH

SETIAUSAHA : SANGGITHA A/P SUBARMANIAM

BENDAHARI : SANTHI A/P GANTHI

AJK : V.THANOOJAH A/P VENGITESON

11. PENUTUP

 

Kesimpulannya, diharapkan dengan pengurusan siaraya ini dapat menjadi platform yang terbaik untuk pelajar guru mengasah bakat serta memupuk nilai - nilai murni di dalam jiwa pelajar guru di IPG Kampus Pulau Pinang.  Amatlah diharapkan agar pengurusan siaraya ini mendapat sokongan penuh daripada pihak pentadbiran institut.

 

Page 5: Kertas Kerja Larian Kampus (1)

Disediakan oleh,                                                

…………………..                                                                         (Sanggitha a/p Subarmaniam) Setiausaha                  SiarayaIPG Kampus Pulau Pinang

Disemak oleh,                   

…………………..  (EN. BARCHAN SINGH A/L HARBANT SINGH)     Penasihat,             Kejohanan Larian Merentasi Kampus IPG Kampus Pulau Pinang