kertas kerja konsep - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102011/31-137.pdf · ii. wujud...

7
1 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PERPADUAN NASIONAL (14-16 Disember 2011) 1. LATAR BELAKANG Perpaduan (unity dan integration) adalah teras pembinaan bangsa dan Negara Malaysia sejak tarikh kemerdekaan Tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963) hingga kini. Selama lebih 45 tahun institusi dan proses pembangunan nasional telah terarah kepada satu matlamat agung: ‘perpaduan nasional’ bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970) hingga kini RMK10 (2001-2015). Rancangan Malaysia Kedua mencatatkan: “National unity is the over-riding objective of the country. A stage has been reached in the nation’s economic and social development where greater emphasis must be placed on social integration and more equitable distribution of income and opportunities for national unity and progress. This directions towards national unity is fundamental to the new economic policy.”( Chapter 1, The Second Malaysia Plan – 1971-1975). Prinsip ini terus menjadi satu daripada strategi tunjang RMK10 (2011-2015): “The Tenth Malaysia Plan houses the aspirations of both the Government Transformation Programme and the New Economic Model, premised on high income, inclusiveness and sustainability. 2. PERSOALAN TERKINI Sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) ada golongan politik yang ingin merombak prinsip pembangunan ‘equitable distribution’ dan ‘social justice’ yang membela kelompok-kelompok etnik Bumiputera yang masih ketinggalan dalam bidang sosio-ekonomi. Desakan ini mahu memperkenalkan prinsip ‘equality’ yang sekaligus akan mengekalkan ‘relative deprivation’ serta menindas kelompok-kelompok Bumiputera yang berada pada lapisan terbawah dalam piramid kemajuan negara. Tindakan sedemikian akan menghalang berlakunya ‘intervention’ pembangunan oleh kerajaan dan mengekalkan golongan Bumiputera terperangkap di dalam ‘vicious circle of poverty’ dan ‘culture of poverty’. Terdapat cadangan untuk mencari perpaduan melalui ‘class integration’ merentasi batasan etnik. Namun prinsip ‘class’ terutama dalam satu daripada bentuk konsepsinya adalah dilandasi oleh penggalakan ‘interclass conflict’. Sekaligus prinsip ini menentang keamanan, kedamaian dan ketenteraman

Upload: ledung

Post on 10-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja konsep - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102011/31-137.pdf · ii. Wujud keperluan menangani kepelbagaian aliran fikiran serta ideologi terhadap gagasan, kaedah

1

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PERPADUAN NASIONAL (14-16 Disember 2011)

1. LATAR BELAKANG

Perpaduan (unity dan integration) adalah teras pembinaan bangsa dan Negara Malaysia sejak tarikh kemerdekaan Tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963) hingga kini. Selama lebih 45 tahun institusi dan proses pembangunan nasional telah terarah kepada satu matlamat agung: ‘perpaduan nasional’ bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970) hingga kini RMK10 (2001-2015). Rancangan Malaysia Kedua mencatatkan:

“National unity is the over-riding objective of the country. A stage has been reached in the nation’s economic and social development where greater emphasis must be placed on social integration and more equitable distribution of income and opportunities for national unity and progress. This directions towards national unity is fundamental to the new economic policy.”( Chapter 1, The Second Malaysia Plan – 1971-1975). Prinsip ini terus menjadi satu daripada strategi tunjang RMK10 (2011-2015): “The Tenth Malaysia Plan houses the aspirations of both the Government Transformation Programme and the New Economic Model, premised on high income, inclusiveness and sustainability. 2. PERSOALAN TERKINI Sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) ada golongan politik yang ingin merombak prinsip pembangunan ‘equitable distribution’ dan ‘social justice’ yang membela kelompok-kelompok etnik Bumiputera yang masih ketinggalan dalam bidang sosio-ekonomi. Desakan ini mahu memperkenalkan prinsip ‘equality’ yang sekaligus akan mengekalkan ‘relative deprivation’ serta menindas kelompok-kelompok Bumiputera yang berada pada lapisan terbawah dalam piramid kemajuan negara. Tindakan sedemikian akan menghalang berlakunya ‘intervention’ pembangunan oleh kerajaan dan mengekalkan golongan Bumiputera terperangkap di dalam ‘vicious circle of poverty’ dan ‘culture of poverty’. Terdapat cadangan untuk mencari perpaduan melalui ‘class integration’ merentasi batasan etnik. Namun prinsip ‘class’ terutama dalam satu daripada bentuk konsepsinya adalah dilandasi oleh penggalakan ‘interclass conflict’. Sekaligus prinsip ini menentang keamanan, kedamaian dan ketenteraman

Page 2: kertas kerja konsep - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102011/31-137.pdf · ii. Wujud keperluan menangani kepelbagaian aliran fikiran serta ideologi terhadap gagasan, kaedah

2

masyarakat dan menjadi lawan (anti-thesis) kepada unity dan integrasi menyeluruh dalam negara dan masyarakat. Dengan demikian adalah wajar MPN mewujudkan perbincangan terbuka di kalangan ahli akademik dan intelektual tentang gagasan, proses serta rancangan tindakan untuk memelihara dan meningkatkan perpaduan (kesepaduan) dan integrasi di dalam masyarakat dan negara sebagai agenda nasional yang didukung serta dilaksanakan oleh pemerintah dan semua warganegara. 3. RASIONAL

i. Lebih 50 tahun pembangunan negara telah melahirkan kesepaduan bangsa meskipun hubungan antara etnik masih tersirat ketegangan. Pemeliharaan kesepaduan itu amatlah perlu untuk memastikan kelangsungan negara dan bangsa.

ii. Wujud keperluan menangani kepelbagaian aliran fikiran serta ideologi terhadap gagasan, kaedah dan perancangan perpaduan nasional untuk mengurangkan perselisihan dan ketegangan antara warganegara dan kelompok-kelompok etnik.

iii. Perpaduan nasional perlu menjadi puncak pemikiran, tindakan dan

perancangan dalam negara demi melanjutkan semua pencapaian dan kemajuan negara sehingga kini.

iv. Dengan demikian MPN melaksanakan suatu wadah perbincangan

ilmiah dan intelektual dalam bentuk: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PERPADUAN NASIONAL.

4. MATLAMAT PERSIDANGAN

i. Menganalisis keadaan semasa dalam masyarakat dan negara untuk memahami keadaan, prinsip dan masalah perpaduan terkini serta menyebarkan pelbagai penemuan itu sebagai kepentingan sine qua non (prerequisite) dalam pembangunan bangsa dan negara;

ii. Meneliti pelbagai gagasan, teori dan prinsip tentang perpaduan nasional dari pelbagai sudut disiplin ilmu dan wacana intelektual (intellectual discourse) untuk membina paradigma pemikiran, landasan keilmuan serta kerangka bagi perpaduan nasional;

Page 3: kertas kerja konsep - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102011/31-137.pdf · ii. Wujud keperluan menangani kepelbagaian aliran fikiran serta ideologi terhadap gagasan, kaedah

3

iii. Menyarankan pelan tindakan jangka panjang dalam membina serta membangun kesepaduan bangsa dan negara untuk perhatian, tindakan dan perancangan pihak pemerintah dan seluruh warganegara;

iv. Mengamati fungsi dan peranan semua kelompok sosial dan

pelbagai bentuk tradisi serta sistem kebudayaan yang berakar-umbi dalam negara sebagai landasan pembinaan serta pengayaan kehidupan sosial dan budaya yang dapat memadukan bangsa Malaysia.

5. TEMA DAN TOPIK Tema: Keilmuan Sebagai Kerangka Perpaduan Nasional (Knowledge As The Framework of National Unity) Persidangan ini terbuka kepada semua tenaga akademik dan juga pelbagai golongan lain. Kertas kerja dialu-alukan dari semua penyelidik berasaskan topik-topik di bawah ini: i. Kerangka konsep tentang perpaduan nasional ii. Hubungan etnik dan perpaduan iii. Kebudayaan etnik dan perpaduan nasional iv. Bahasa, sastera dan budaya dalam perpaduan v. Sistem pendidikan dan perpaduan vi. Kerangka perundangan dan politik tentang perpaduan nasional viii. Ekonomi dan sumbner asli membina perpaduan ix. Pembangunan sains dan teknologi, industri, komunikasi dan perpaduan x. Pembangunan pelbagai khidmat sosial, perubatan dan kesihatan dan

perpaduan. Sekretariat akan menjemput beberapa orang tenaga akademik terkemuka untuk menulis kertas kerja utama dalam pelbagai bidang bagi memastikan matlamat Persidangan akan tercapai. (Lampiran)

Page 4: kertas kerja konsep - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102011/31-137.pdf · ii. Wujud keperluan menangani kepelbagaian aliran fikiran serta ideologi terhadap gagasan, kaedah

4

6. JADUAL PERSIDANGAN, TEMPAT DAN TARIKH

i. Jadual Persidangan:

Hari 1: 8.00 pagi - Pendaftaran 9.00 pagi - Perasmian YAB TPM – ‘Transformasi

Sosial-politik’ 10.00 pagi - Sesi 1 – Analisis Masyarakat Semasa

dan Persoalan Perpaduan 11.30 pagi - Sesi 2 - Perlembagaan dan Dasar-dasar

Negara Sebagai Kerangka

2.00 ptg - Sesi 3 –Sejarah Bina Bangsa: Masalah dan Prospek Masa Depan

3.30 ptg Sesi 4 – Pendidikan, Kognisi dan Nilai Nasional

9.00 mlm - Sesi 5 – Forum Bahasa, Sastera, Seni dan Integrasi

Hari 2 : 9.00 pagi - Sesi 6 – Transformasi Ekononomi dan

Keadilan Sosial 11.00 pagi - Sesi 7 – Khidmat Sosial, Kesihatan,

Tani dan Pembangunan

2.00 ptg - Sesi 8 – Agama dan Integrasi: Pandangan Pelbagai Sudut

3.30 ptg - Sesi 9 – Perancangan Sekitaran, Alam Bina dan Pembandaran

9.00 mlm - Sesi 10 – Forum Media, Komunikasi dan Partisipasi Demokratik

Hari 3: 9.00 pagi - Sesi 11 – Kebudayaan Etnik dan

Pembinaan Corak Hidup Nasional

11.00 pagi - Resolusi Persidangan dan Cadangan Pelan Tindakan

12.30 tgh - Penutup YB Menteri KPT - makan tengah hari dan bersurai ii. Tempat: PWTC / Hotel iii. Tarikh: 14-16 Disember 2011

Page 5: kertas kerja konsep - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102011/31-137.pdf · ii. Wujud keperluan menangani kepelbagaian aliran fikiran serta ideologi terhadap gagasan, kaedah

5

7. PENYERTAAN

i. Akademik ii. Pegawai kerajaan iii. Ahli politik iv. NGO v. Perseorangan vi. Pendidik

8. PENGANJURAN PERSIDANGAN

i. MPN ii. Universiti tertentu iii. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

9. SEKRETARIAT Majlis Profesor Negara, Kementerian Pengajian Tinggi 62200 Puterajaya. (Pn Hazizah bt Wahab. Tel.: 03-88706307; Faks.: 03-88706837; Emel: [email protected]) Profesor Datuk Dr Zainal Kling Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak ([email protected]) Mohd Halim Mat Zaki (Penolong Pegawai Tadbir) (Tel.: 05-4506394, 4506395; Faks.: 05-4596678; Emel: [email protected] Profesor Dr Kamaruddin M. Said Pengarah Penerbit UKM 43600 Bangi, Selangor (Tel.: 03-89215840; Faks.: 03-89254575; Emel: [email protected])

Page 6: kertas kerja konsep - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102011/31-137.pdf · ii. Wujud keperluan menangani kepelbagaian aliran fikiran serta ideologi terhadap gagasan, kaedah

6

10. JADUAL PENYAMPAIAN KERTAS KERJA: Judul dan abstrak: 5 November 2011 Kertas kerja sepenuhnya: 3 Disember 2011 Sila siapkan kertas kerja selengkapnya dengan taip fon calibri (body) 12, langkau 1.5, dengan nota dan rujukan dan hantarkan kepada Sekretariat MPN seperti di atas. Penyertaan tidak dikenakan bayaran. Penginapan dan tambang adalah ditanggung sendiri oleh peserta. Penulis kertas kerja akan ditanggung penginapan. Penginapan di hotel-hotel sekitar PWTC, Kuala Lumpur.

Page 7: kertas kerja konsep - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102011/31-137.pdf · ii. Wujud keperluan menangani kepelbagaian aliran fikiran serta ideologi terhadap gagasan, kaedah

7

LAMPIRAN: Kertas kerja utama:

1. Analisis Masyarakat Semasa dan Konsep Perpaduan/Kesepaduan Nasional (Shamsul / Mansor)

2. Perlembagaan Persekutuan Sebagai Kerangka Perpaduan (Kluster

Undang-Undang)

3. Sejarah Bangsa dan Integrasi Nasional (Kamarudin / Ramlah)

4. Pendidikan dan Pembinaan Kognisi Nasional (Aminah / Zakaria)

5. Keadilan dan Kesaksamaan Bagi Perpaduan Nasional (Azlan)

6. Pengagihan Khidmat Sosial, Relative Deprivation dan Perpaduan (Roziah / Taib)

7. Agama dan Perpaduan (Rajendran / Chan / Mahmud Zuhdi)

8. Pembangunan Sekitaran, Perancangan Fizikal dan Perpaduan (Ibrahim /

Ahmad Darus)

9. Kebudaya Etnik, Kelompok Sosial dan Perpaduan Bangsa (Jeniri / Jayum / Rejendran / Poline / Nornis )

10. Media, Partisipasi dan Rukunegara Sebagai Nilai Integratif (Safar / Syed

Aidid /Agus)

11. Bahasa, Sastera dan Pendidikan – (Isahak Haron)