kertas kerja kem bestari solat skpht 09

16
KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SESI 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TELUPID ================================================================== === PENDAHULUAN Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul Bestari Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF. Maka, di atas inisiatif ini, pihak j-QAF Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim Tahun Satu dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan, tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta kem. OBJEKTIF Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.

Upload: manoq86

Post on 08-Jul-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kem Bestari Solat

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

KERTAS KERJA DASAR

KEM BESTARI SOLAT SESI 2012SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TELUPID

=====================================================================

PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang

sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim.

Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul

Bestari Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.

Maka, di atas inisiatif ini, pihak j-QAF Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid merancang

untuk menganjurkan Kem Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada program j-

QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.

Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim

Tahun Satu dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan,

perkataan, tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga

diharap dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para

peserta kem.

OBJEKTIF

Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.

Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.

Merapatkan Ukhwah Islamiyah di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.

Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa

dan berakhlak mulia.

Page 2: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

KUMPULAN SASAR

Semua Murid Beragama Islam (Tahun 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 )

TARIKH

10 November 2012 (Sabtu)

MASA

7.00 pagi hingga 12.00 tengahari

TEMPAT

Surau,bilik Bahasa Arab dan bilik darjah SK Pekan Telupid

JUMLAH PESERTA

Tahun 1 - 48 orang

Tahun 2 - 44 orang

Tahun 3 - 42 orang } 260 orang murid

Tahun 4 - 38 orang

Tahun 5 - 50 orang

Tahun 6 - 38 orang

TENTATIF PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Sila Rujuk Lampiran 2

BELANJAWAN

Page 3: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

Sila Rujuk Lampiran 3

PENUTUP

Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan.

Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa di harap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan

program ini. Diharapkan perlaksanaan Kem Bestari Solat ini memberi kesan positif kepada para

pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk

melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala

gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… ……………………………..

(ZULIANA JALALUDIN) (ATIANAH NEOMI DALUS)

Penyelaras, Guru Besar,

Kem Bestari Solat, SK.Pekan Telupid.

SK.Pekan Telupid.

Lampiran 2

Page 4: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

STRUKTUR ORGANISASI

Penaung : PPD Daerah Telupid

Penasihat : Pn.Atianah Neomi Dalus (Guru Besar SKPT)

Pengerusi : En.Rosli Abd.Kadir (GK Kokurikulum)

Penyelaras Program : Pn.Zuliana Jalaludin (Penyelaras j-QAF)

Setiausaha : Pn. Fazlina Md.Yusoff

Bendahari : En.Salehuddin Sane

GURU PEMBIMBING

1. En.Salehuddin Sane

2. Pn. Zuliana Jalaludin

3. Pn Fazlina Md.Yusoff

4. Pn. Rusni Yusof

5. Cik Nurashikin Abdullah

6. Cik Fadhilah Hasni Hasan

7. Cik Norhashimah Abdullah

8. En.Mohd Azrul Mahbud

Lampiran 3

Page 5: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH

1. Makan minum peserta KBS 260 X RM 2.50 RM 650.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 650.00

Page 6: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

LAPORAN PELAKSANAANKBS 2 (2012)

PENDAHULUAN

Alhamdulillah Kem Bestari Solat 4 telah berjaya dilaksanakan di SK.Pekan Telupid mengikut yang dirancang dan ditetapkan dengan jayanya. Program telah dilaksanakan pada 10 November 2012 dengan melibatkan semua murid dari Tahun 1-6.

PENCAPAIAN OBJEKTIF Murid dapat berwuduk dengan sempurna Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu Murid dapat memantapkan ilmu yang dipelajari dengan melaksanakan semua perbuatan

serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samada secara bersendirian atau

berjamaah Mengeratkan hubungan di antara sesama guru dan guru serta murid.

KEKUATAN PROGRAM Murid dapat membaca niat berwuduk dan cara berwuduk dengan sempurna tanpa bantuan

guru terutama bagi Tahap 2. Kehadiran para peserta bagi tahun 1-3 amat memuaskan dan ini menunjukkan minat dan

keprihatinan ibubapa mendorong para peserta hadir. Para peserta mempunyai motivasi dan kesungguhan dalam setiap aktiviti ynag dijalankan. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau

berjemaah . Aktiviti kem kali lebih tertumpu kepada kaedah amali terutama bagi Tahun Satu dan Dua

bagi mengukuhkan pengetahuan murid . Guru dapat membuat penilaian terhadap murid dengan mengikut sukatan KBS yang telah

ditetapkan.

KELEMAHAN PROGRAM Kehadiran murid tahap dua tidak memuaskan.Ini memberi kesan kepada kurangnya

pendedahan murid dengan sukatan KBS tahap dua yang lebih sukar. Kebanyakan murid yang tidak hadir mengikuti KBS adalah mereka yang masih lemah

tahap penguasaannya. Masalah pengangkutan juga menajdi pendorong ketidakhadiran murid yang tinggal di

kawasan pendalaman. Kekangan kewangan menyebabkan tiada cenderahati dapat disediakan untuk murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Page 7: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

Guru akan memastikan murid hadir mengikuti KBS pada masa akan datang dengan memberikan kata motivasi dan kaunseling betapa pentingnya mempelajari cara menunaikan solat dengan sempurna dalam kehidupan.

Murid yang masih lemah tahap penguasaannya akan diberikan bimbingan susulan oleh guru masing-masing semasa waktu persekolahan.

Menyelitkan sedikit bacaan dan niat di dalam solat di akhir p&p Pendidikan Islam. Penyelaras KBS akan berusaha mencari dana bagi menyediakan cenderahati kepada peserta

KBS agar mereka lebih bermotivasi untuk menghadiri KBS yang seterusnya.

PENUTUP

Kem Bestari Solat kali ini merupakan satu aktiviti yang perlu dilaksanakan di semua sekolah rendah yang terlibat dengan program j-QAF. Diharap kem seperti ini akan terus berjalan kerana ianya memberi kesan yang amat positif kepada murid-murid bagi meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan perintah Allah terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ain.Wallahu a’lam.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh:

............................ .........................................

(ZULIANA JALALUDIN) (ATIANAH NEOMI DALUS)

Penyelaras KBS Guru Besar,

SK.Pekan Telupid SK.Pekan Telupid

ANALISA KEHADIRAN MURIDKBS 2 (2012)

Page 8: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

Bil Tahun Jum.MuridKehadiran

Hadir % Tidak Hadir %

1 SATU 48 41 85 7 15

2 DUA 44 40 91 4 9

3 TIGA 42 39 93 3 7

4 EMPAT 38 17 45 21 55

5 LIMA 50 37 74 13 26

6 ENAM 38 13 34 25 66

Jumlah Keseluruhan 260 187 72% 73 28%

.............................................Tandatangan Guru Besar

Tarikh : 12 November 2012

ANALISA PENCAPAIAN MURID AMALI WUDUK

KBS 4 (2012)

Page 9: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

Bil Tahun Jum.Murid Menguasai Cemerlang Belum Menguasai

Bil % Bil %1 SATU 41 24 56 17 44

2 DUA 40 40 100 - -

3 TIGA 39 39 100 - -

4 EMPAT 17 17 100 - -

5 LIMA 37 37 100 - -

6 ENAM 13 13 100 - -

Jumlah Keseluruhan 187 170 91 17 9

PETUNJUK UNTUK PENCAPAIAN KESELURUHANBELUM MENGUASAI Tidak menguasai salah satu rukunMENGUASAI CEMERLANG Menguasai kesemua rukun dan sunat

.............................................Tandatangan Guru Besar

Tarikh : 12 November 2012

ANALISA PENCAPAIAN MURID AMALI SOLAT (PERLAKUAN)

KBS 4 (2012)

Page 10: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

Bil Tahun Jum.Murid Menguasai Cemerlang Belum Menguasai

Bil % Bil %1 SATU 41 26 63 15 37

2 DUA 40 40 100 - -

3 TIGA 39 39 100 - -

4 EMPAT 17 17 100 - -

5 LIMA 37 37 100 - -

6 ENAM 13 13 100 - -

Jumlah Keseluruhan 187 172 92 15 8

PETUNJUK UNTUK PENCAPAIAN KESELURUHANBELUM MENGUASAI Tidak menguasai salah satu rukunMENGUASAI CEMERLANG Menguasai kesemua rukun dan sunat

.............................................Tandatangan Guru Besar

Tarikh : 26 Mei 2012

ANALISA PENCAPAIAN MURID AMALI SOLAT ( BACAAN )

KBS 4 (2012)

Page 11: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

Bil Tahun Jum.Murid Menguasai Cemerlang Belum Menguasai

Bil % Bil %1 SATU 41 - - 41 100

2 DUA 40 15 38 25 62

3 TIGA 39 3 8 36 92

4 EMPAT 17 6 35 11 65

5 LIMA 37 5 14 32 86

6 ENAM 13 3 23 10 77

Jumlah Keseluruhan 187 32 17 155 83

PETUNJUK UNTUK PENCAPAIAN KESELURUHANBELUM MENGUASAI Tidak menguasai salah satu rukunMENGUASAI CEMERLANG Menguasai kesemua rukun dan sunat

.............................................Tandatangan Guru Besar

Tarikh : 12 November 2012

Page 12: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09
Page 13: Kertas Kerja Kem Bestari Solat Skpht 09

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI TAIB34300 BAGAN SERAI PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA DASARKEM BESTARI SOLAT SESI 2009

TAHUN 1 2 & 3

TEMPAT:SEK KEB PARIT HAJI TAIB

ANJURAN:UNIT j-QAF DENGAN KERJASAMA PANITIA

PENDIDIKAN ISLAMSEK KEB PARIT HAJI TAIB

فاريتفاريت كبغسأنكبغسأن سكولهسكوله طيبطيب حاجحاج