kertas kerja - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti arab dan minangkabau yang...

37
UP KERTAS KERJA 16

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

UP

KERTAS KERJA16

Page 2: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Pengaruh Persekitaran ke Atas Sistem Nilai Kaum Jawi Peranakan

Halimah Mohd Said dan Zainab Abdul Majid,

Felow Penyelidik

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengenalan

] ilam sejarah Semenanjung Tanah Melayu, pendatang India Muslim merupakan satu

daripada kelompok minoriti pendatang (selain Arab, Cina, India Hindu, Siam dan

rumpun-rumpun Melayu seperti Minangkabau, Bugis, Jawa dan Acheh) yang bertembung

dengan orang Melayu asli yang dominan dar' segi jumlah bilangan, kuasa dan pengaruh

politik. Pertembungan kebudayaan antara kelompok minoriti dan kelompok dominan

yang berlainan keturunan etnik ini telah mengakibatkan berlakunya proses asimilasi d:

mana kelompok minoriti India Muslim mengubahsuaikan budaya mereka kepada budaya

Melayu yang dominan. Perkahwinan campur yang berleluasa dan pengubahsuaian

kebudayaan yang berterusan selama beberapa generasi telah mewujudkan satu kelompok

berketurunan kacukan India Muslim/Melayu yang secara progresif telah menerima

kebudayaan orang Melayu dan berasimilasi ke dalam masyarakat Melayu.

Pada peringkat awal pertembungan, faktor kebudayaan khususnya persamaan dalam

budaya, tradisi serta nilai-nilai Islam telah memudahkan penggabungan budaya dan

masyarakat kedua-dua kelompok ini. Selepas kemerdekaan pembangunan negara

menyatupadukan kelompok-kelompok Melayu dan menggalakkan proses asimilasi pada

tahap yang lebih menyeluruh. Dasar-dasar kerajaan memantapkan identiti etnik orang

Melayu dan menjamin integrasi kebudayaan, sosio-ekonomi dan politik kelompok-

kelompok Melayu. Kini orang Melayu dari pelbagai keturunan etnik tidak lagi

mengekalkan identiti asal mereka dan memiliki identiti etnik Melayu yang mencakupi

budaya serta nilai-nilai teras kaum ini.

Walau bagaimanapun, seperti mana dengan kelompok-kelompok Melayu dari keturunan

etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan

1

Page 3: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

sistem nilai asal mereka, orang Melayu berketurunan India Muslim masih mengamaikan

sebilangan adat dan tradisi yang berteraskan sistem nilai budaya asal mereka khususnya

dalam pola-pola intrinsik kebudayaan seperti nilai kekeluargaan dan persanakan. Dalam

pengubahsuaian kebudayaan yang berlaku ada ciri-cu . budaya asal yang bertahan dan

dikekalkan dan ada ciri-ciri yang mengalami tukar ganti atau lenyap sama sekali. Sama

ada ciri-ciri budaya dan sistem nilai asal dikekalkan atau diubahsuaikan bergantung

kepada beberapa faktor dalam persekitaraan termasuk faktor kebudayaan, sosio-ekonomi

dan politik.

Skop dan Objektif Kajian

Sehingga tahun 1911, kelompok yang berketurunan kacukan India Muslim/Melayu

dikategorikan dalam band rasmi pentadbiran British sebaga “Jawi Pekan”. Dalam

penggunaan umum mereka juga dikenali sebagai “Jawi Peranakan”. Pada hari ini istilah

“Jawi Pekan” atau “Jawi Peranakan” tidak lagi digunakan secara rasmi atau berleluasa.

Dalam bahasa harian orang Melayu berketurunan India Muslim yang kebanyakannya

terdapat di Pulau Pinang dirujuk sebagai “orang Pulau Pinang” sama seperti “orang

Negeri Sembilan” bagi orang Melayu berketurunan Minangkabau atau “orang Johor”

bagi orang Melayu berketurunan Bugis. Dalam bahasa kolokial mereka kadangkala

dirujuk sebagai “mamak Pulau Pinang” atau “DKK” (darah keturunan keling).

Kertas keija ini menggunakan istilah “Jawi Peranakan” dengan pengertian “orang Melayu

berketurunan India Muslim yang dilahirkan di negeri ini”.

Kini Jawi Peranakan terdapat di merata negara tetapi komuniti yang terbesar menetap di

Pulau Pinang, tempat tumpuan asal penghijrahan kaum India Muslim dari India Selatan

ke Semenanjung Tanah Melayu dari akhir abad ke-18 hingga awal abad ke-20.

Kelompok-kelompok yang kecil terdapat d Kedah dan Perlis di mana pepindahan

dalaman berlaku, dan juga di Melaka.

Kajian ini ditumpukan kepada komuniti Jawi Peranakan Pulau Pinang yang merupakan

petempatan terbesar orang Melayu berketurunan India Muslim di mana pelbagai unsur

2

Page 4: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

kebudayaan dan persekitaran mempengaruhi proses asimilasi yang mereka lalui. Selain

memasuki masyarakat Melayu akibat perkahwinan dengan perempuan-perempuan

Melayu tempatan, kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat peibagai etnik dan

berbagai aktiviti pemiagaan dan perdagangan di bandar George Town mendedahkan

mereka kepada persekitaran yang berbeza jika dibandingkan dengan orang-orang Melayu

di kampung. Dari awal lagi mereka terdedah kepada persekitaran yang mencabar dan

perlu menyesuaikan diri supaya diterima oleh masyarakat tempatan. Faktor-faktor

tersebut mempengaruhi proses asimilasi awal yang mereka lalus,

Kini terdapat generasi ketiga hmgga kelima Jawi Peranakan yang berasimilasi ke dalam

masyarakat Melayu yang besar. Ramai daripada penduduk asal Pulau Pinang telah

berhijrah ke bandar-bandar besar di merata negara terutama sekali Kuala Lumpur.

Persekitaran bandaraya di mana perkembangan sosio-ekonomi dan politik berlaku dengan

pesat menyebabkan proses asimilasi berjalan dengan lebih pantas. Dari awal lagi

penempatan komuniti ini di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang dan 'Kuala Lumpur

di mana mereka berkerja memberi anak-anak mereka keutamaan menikmati sistem

persekolahan yang baik. Ini mewujudkan satu komunin orang Melayu bandar yang

mempunyai taraf pendidikan yang tinggi yang membeii mereka peluang untuk memasuki

perkhidmatan kerajaan sebagai pegawai pentadbir, profesional dan pendidik. Pendidikan

sekular Inggeris dan persaingan dengan pelbagai kaum etnik di bandar mempengaruhi

pembinaan nilai-nilai dan sikap yang pragmatik dan terbuka.

Kajian ini meninjau budaya dan sistem nilai orang Melayu berketurunan India Muslim

dan membincangkan faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi proses asimilasi

yang mereka lalui apabila bertembung dengan budaya orang Melayu asli. Sebagai

kelompok yang berasimilasi mereka telah hilang banyak daripada pola-pola ektrinsik

kebudayaan asal seperti pakaian, makanan, percakapan dan pendidikan tetapi masih

mengekalkan pola-pola intrinsik kebudayaan seperti kepercayaan keagamaan dan sistem

kekeluargaan dan persanakan.

3

Page 5: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

I

Kajian ini merupakan satu tinjauan etnografi yang memberi pengkaji kebebasan

mengkaitkan tinjauan sejarah, sosiologi dan antropologi dalam satu kajian makro tentang

komuniti Jawi Peranakan. Kerangka serta konsep-konsep dari bidang sosiologi dan

antropologi digunakan bersama dengan analisis sejarah untuk menyokong andaian-

andaian yang dibuat. Metodologi asas kajian etnografi iaitu pemerhatian partisipan,

penglibatan dalam kehidupan mereka serta temubual digunakan dengan meluas

disamping kajian perpustakaan,

Kedua-dua pengkaji mempunyai hubungan rapat dan mesra dengan komuniti yang dikaji.

Zainab Abdul Majid ialah seorang Jawi Peranakan yang berasal dari Pulau Pinang dan

berkahwin dengan orang Kelantan. Halimah Mohd Said berasal dari Negeri Sembilan dan

berkahwin dengan seorang Jawi Peranakan dari Pulau Pinang selama lebih daripada tiga

puluh tahun.

Kerangka Konseptual Asimilasi

Pertembungan antara pendatang dan penduduk asal sesuatu kawasan boleh menyebabkan

berlakunya proses asimilasi di mana kelompok minoriti pendatang mengubahsuaikan

corak kebudayaan asal mereka dan menerima kebudayaan kelompok asli yang dominan.

Apabila kelompok-kelompok yang berlainan asal usul etnik dan kebudayaan bertembung

proses pengubahsuaian saling mempengaruhi kedua-dua kelompok. Tetapi lazimnya

kelompok minoriti pendatang yang ingin diterima masuk ke dalam masyarakat teras lebih

banyak mengalami pengubahsuaian tersebut. Kerana mahu memperbaiki kehidupan

mereka dan menikmati kedudukan yang baik dalam masyarakat yang lebih besar dan

berpengaruh, kelompok minoriti pendatang bersedia mengamalkan sikap terbuka dan

bertolak ansur terhadap persekitaran sosial dan kebudayaan masyarakat yang mereka

masuki.

Mengikut kerangka asimilasi Milton Gordon (1964,1978) yang diringkaskan dalam

Jadual 1 di bawah, ada beberapa tahap pengubahsuaian yang lazim dilalui oleh kelompok

minoriti pendatang termasuk perubahan corak perlakuan kebudayaan, perkahwinan

4

Page 6: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

campur, kemasukan ke dalam rangkaian organisasi dan institusi masyarakat asal dan

perubahan identiti, sikap serta nilai.

Jadual 1: Variabel Asimilasi

Jenis/Tahap Asimilasi Subproses/Keadaan

Asimilasi kebudayaan atau perlakuan

Asimilasi struktural

Asimilasi perkahwinan

Asimilasi identifikasi

Asimilasi penerimaan sikap

Asimilasi penerimaan kelakuan

Asimilasi sivik

Perubahan pola-pola kebudayaan kepada masyarakat hos

Kemasukan ke dalam kelab dan institusi masyarakat hos

Perkahwinan campur yang berleluasa

Pembinaan identiti diri berasaskan masyarakat hos1

Ketiadaan prejudis

Ketiadaan diskriminasi

Ketiadaan konflik nilai dan kuasa

Menurut Milton Gordon, asimilasi yang paling mudah dicapai ialah pada tahap perubahan

pola-pola ekstrinsik kebudayaan atau gaya hidup seperti pakaian, makanan, percakapan

dan pendidikan. Pola-pola intrinsik kebudayaan seperti kepercayaan keagamaan, sistem

kekeluargaan dan persanakan dan nilai-nilai etika mengambil masa yang lebih lama

untuk berasimilasi. Nilai-nilai yang diwarisi (inherited values) lazimnya lebih kukuh dan

sukar diubahsaikan daripada nilai-nilai bersepadu (integrated values) yang wujud akibat

pengaruh persekitaran luaran. Asimilasi sepenuhnya dipennudahkan oleh asinrlasi

struktural di mana kelompok minoriti dapat memasuki organisasi-organisasi sosial

kelompok dominan dan berlaku perkahwinan campur yang berleluasa. Ini mengakibatkan

asimilasi pada tahap identiti di mana kelompok minoriti hilang identiti etnik asal mereka

dan memiliki identiti etnik kelompok dominan. Dengan ini mereka tidak lagi wujud

5

Page 7: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

sebagai entiti yang berasingan dan lama kelamaan nilai-nilai distinktif mereka akan

lenyap.

Faktor kebudayaan seperti persamaan dalam unsur-unsur sosio-budava atau penjurusan

budaya (cultural convergence) boleh mempercepatkan proses asimilasi pada peringkat

awal pertembungan. Perbezaan dalam ciri- ciri budaya dan tradisi. atau jurang budaya

[cultural distance) menyebabkan kelompok minoriti lebih senang mengekalkan nilai-nilai

asal mereka dan lambat menerima nilai-nilai baru. Kepentingan nilai-nilai tersebut dalam

budaya kehidupan mereka juga akan mengekalkannya. Sejauh mana dan pada tahap mana

asimilasi berlaku bergantung kepada faktor-faktor persekitaran dan sikap kelompok-

kelompok yang bertembung terhadapnya.

Definisi

Bagi tujuan kajian ini beberapa konsep digunakan dengan definisi tertentu seperti berikut:

Bangsa Melayu

Kumpulan orang Melayu dari pelbagai keturunan etnik seperti Arab, India,Cina dan Siam

serta rumpun-rumpun Melayu seperti Minangkabau, Jawa, Bugis dan Acheh yang

memenuhi syarat-syarat yang termaktub dalam Perkara 160(2) Perlembagaan

Persekutuan yang mendefmisikan Melayu seperti berikut:

“Melayu’ ertinya seseorang yang menganuti ugama Islam, lazim bercakap Bahasa

Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan -

(a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya

telah lahir d Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah

berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.”

6

Page 8: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Melayu Asli

Penduduk asal di kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung Tanah Melayu yang terdiri

daripada rumpun-rumpun Melayu.

India Muslim

Orang India dari pelbagai keturunan etnik India seperti Tamil, Malabari, Benggali dan

Gujerati yang menganuti agama Islam

Jawi Pekan

(i) Nama bagi orang Melayu berketurunan India Muslim yang biasanya duduk di

kawasan-kawasan pekan

(ii) Keturunan daripada kacukan ibu Melayu dan bapa India Muslim atau sebaliknya

Jawi Peranakan

(i) Nama bagi orang Melayu berketurunan India Muslim yang dilahirkan di neger ni

(ii) Keturunan daripada kacukan ibu Melayu dan bapa India Muslim atau sebaliknya yang

dilahirkan di negeri ini

Mamak

Dalam bahasa kolokial:

(i) Nama bagi orang India Muslim

(ii) Nama bagi orang Melayu berketurunan India Muslim

DKK

Dalam bahasa kolokial akronnn untuk darah keturunan keling yang merujuk kepada

orang Melayu berketurunan India Muslim.

Latar Belakang Sejarah

Penghijrahan pedagang dan saudagar India Muslim ke Semenanjung Tanah Melayu

berlaku sejak awal perkembangan Kedah sebagai pelabuhan antarabangsa yang penting

pada zaman kerajaan Srivijaya (abad ke-8 hingga abad ke-13). Kedah merupakan pusat

7

Page 9: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

komuniti India Muslim yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu di mana saudagar-

saudagar Muslim, India dan Parsi menjalankan perdagangan di antara India dan China.

Saudagar India Muslim dari India Selatan khususnya kaum Chola dari Pantai

Coromandel memainkan peranan utama dalam perdagangan bijih timah, buluh dan kapur

barus yang terdapat di Kedah.

Zaman Kesultanan Melaka (abad ke-15 hingga abad ke-16) menyaksikan kenaikan

Melaka sebagai pusat perdagangan paling utama di kawasan Nusantara. Di sini saudagar

India Muslim yang kebanyakannya datang dari Pantai Coromandel merupakan komuniti

orang asing yang terbesar dan paling berpengaruh. Peranan mereka sebagai saudagar

raja atau orang tengah antara Sultan dan pedagang-pedagang asing memberi mereka

kedudukan dan kuasa yang penting dalam ekonomi dan politik istana. Menerusi

perkahwinan dengan keluarga diraja dan orang-orang besar istana kaum India Muslim

dapat memperkukuhkan kedudukan dan kekayaan mereka di tengah-tengah sistem

perdagangan yang luas di bandar kosmopolitan.

Perkahwinan campur antara orang India Muslim dan orang Melayu asli secara lebih luas

dipermudahkan oleh peranan mereka sebagai pendidik Islam. Kefasihan dalam bahasa

Melayu, Tamil dan Arab membolehkan mereka mengajar di masjid-masjid di pinggiran

bandar dan kawasan kampung di mana mereka disegani dan mempunyai pengaruh besar.

Perkahwinan campur antara lelaki India Muslim dan perempuan Melayu dipermudahkan

oleh tradisi Islam yang dianuti bersama sehingga terbina sebuah komuniti kacukan yang

maju dan berpengaruh yang terasing daripada orang Melayu asli di kawasan-kawasan

pedalaman. Dari awal lagi, kerana didorong oleh persekitaran bandar yang terbuka untuk

berniaga, bersekolah dan bercampur dengan masyarakat berbilang bangsa, komuniti

kacukan ini dapat membina identiti yang terserlah.

Asimilasi orang India Muslim ke dalam masyarakat Melayu dicontohi oleh Munshi

Abdullah seorang Jawi Pekan yang menceritakan pendidikan beliau dalam tiga bahasa,

Tamil, Arab dan Melayu dan peranan beliau sebagai juru bahasa yang melicinkan

hubungan antara saudagar asing termasuk India dan Inggeris, dengan saudagar tempatan.

Page 10: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Dalam karyanya Hikayat Abdullah satu gambaran yang jelas diberi tentang kepentingan

kaum “Jawi Pecan” dalam masyarakat Melaka. Dalam perkembangan awal kaum Jawi

Peranakan di Melaka jelas bahawa kegiatan mereka dalam aktiviti perdagangan dan

penyebaran Islam memberi mereka kedudukan yang disegani dalam masyarakat orang

Melayu asli.

Dengan penaklukan Melaka oleh penjajah Portugis pada tahun 1511 dan Belanda pada

tahun 1641 dan kehilangan statusnya sebagai entrepot antarabangsa, ramai daripada

keluarga India Muslim dan Jawi Peranakan berpindah ke Kedah dan seterusnya ke Pulau

Pinang.

Pembukaan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas pada tahun 1786 dan polisi terbuka

East India Company terhadap pedagang dari India menggalakkan penghijrahan rama,

pendatang India Muslim ke pulau tersebut. Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum

Chulia dari Kedah dan Pantai Coromandel di India Selatan. Menurut Fujimoto (1989)

orang Chulia yang sudah lama menetap di Kedah adalah peneroka pertama Pulau Pinang

yang berpindah ke pulau itu untuk mencari peluang baru dari awal abad ke-18, iaitu

sebelum pun Pulau Pinang dijadikan petempatan British. Sehingga 1860 pedagang Chulia

merupakan komuniti terbesar selepas orang Melayu. Persamaan dalam kepercayaan

keagamaan iaitu budaya, tradisi dan nilai-nilai Islam memudahkan perkahwinan campur

antara mereka dan orang Melayu asli hingga terdiri komuniti kacukan Jawi Peranakan

yang dominan dari segi penglibatan mereka dalam sektor pedagangan dan pemiagaan.

Mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan awal Pulau Pinang.

Perkembangan Komuniti Jawi Peranakan Pulau Pinang

Jawi Peranakan yang berasal dari Pulau Pinang atau “mamak Pulau Pinang” yang kini

menetap di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar di merata negara

merupakan keturunan generasi kedua hingga kelima kaum India Muslim yang berhijrah

ke Pulau Pinang dari akhir abad ke-18 hingga awal abad ke-20. Kebanyakan mereka

adalah dari keturunan Chulia, iaitu kelompok etnik Tamil dari India Selatan. Terdapat

juga kumpulan-kumpulan kecil dari kelompok etnik Malabari, Benggali, Gujerati dan

9

Page 11: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Pakistani. Pengaruh bahasa Tamil dan Benggali masih kekal dalam penggunaan bahasa

Melayu, khususnya dalam perbendaharaan kata, sebutan, gerak geri dan bahasa jasmani

{body language) mereka apabila bertutur dalam dialek Pulau Pinang.

Ramai daripada pendatang Chulia ini terdidik dalam agama Islam, khususnya mazhab

Shafii dan berpegang kepada tradisi-tradisi dan nilai-nilai Islam yang lebih konservatif.

Mungkin ada sebilangan pendidik Islam dan mubaligh antara anggota keluarga-keluarga

yang berhijrah, tetapi pada asasnya mereka datang untuk mencan peluang pedagangan

dan pemiagaan Penglibatan mereka dalam pentadbiran dan aktiviti masjid membantu

dalam penjalinan hubungan dengan orang Melayu dari keturunan lain di Pulau Pinang.

Dari awal lagi komuniti ini dapat membina perpaduan keluarga dan kaum yang erat yang

diperkukuhkan menerusi perkahwinan sesama anggota keluarga luas. Keluarga-keluarga

Jawi Peranakan yang kaya memilih bakal menantu dari keluarga-keluarga saudagar India

Muslim dari India yang kaya dan beijaya. Dengan ini terbina pemiagaan-pemiagaan

keluarga yang besar yang didahului oleh kumpulan seperti Marakayar, Merican dan

Noordin.

Dalam persekitaran masyarakat yang lebih luas petempatan mereka di tengah-tengah

kawasan komersial George Town, misalnya di Chulia Street, memberi mereka

pendedahan kepada aktiviti-aktiviti pedagangan dan pemiagaan dengan kaum etnik lain

seperti Arab, Cina, Inggeris dan Acheh. Sebagai orang Melayu bandar yang terdedah

kepada persaingan komersial dengan kaum-kaum etnik yang maju, komuniti Jawi

Peranakan dapat membina sikap dan nilai kebandaran yang lebih dinamik dan pragmatik.

Pendedahan awal kepada pendidikan sekular Inggeris di sekolah-sekolah di Wxiar

George Town memberi anak-anak mereka keuiamaan mendatv»* Kerja sebagai pegawai

kerajaan, pendidik dan profesional lain. Dengan sikap terbuka, beramah mesra dan

bertolak ansur dalam perhubungan antara kaum mereka mendahului orang Melayu luar

bandar dalam pembinaan nilai-nilai yang lebih positif untuk bersaing.

Komuniti Jawi Peranakan memainkan peranan penting dalam pembangunan Pulau

Pinang pada abad ke-19 dan ke-20 dan menyumbang bukan sahaja kepada pembangunan

10

Page 12: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

sosio-ekonomi pulau tersebut tetapi juga kepada perkembangan pendidikan dan politik

negara khususnya nationalisme Melayu menerusi kepemimpinan awal mereka dalam

bidang-bidang tersebut.

Sosio-Ekonomi

Kebanyakan pendatang India Muslim pertama dari Kedah dan India Selatan terlibat

dalam pedagangan antara pelabuhan-pelabuhan India Selatan dan Semenanjung Tanah

Melayu. Mereka terdiri daripada pedagang besar dan saudagar teks*il, lada, beras dan

buah pinang, peniaga keci1 dan pekedai runcit. Ramai juga yang bekerja sebagai buruh

dalam pemunggahan kargo atau stevedoring.

Sebelum pengh jrahan kaum Cina secara besar-besaran ke Pulau Pinang pada

pertengahan abad ke-19, kaum India Muslim dan Jawi Peranakan merupakan komunit

yang dominan dalam aktiviti-aktiviti komersial. Mereka menguasai perdagangan tekstil

dari India dan lada dari Sumatra selain candu, beras dan buah pinang. Kumpulan Jawi

Peranakan seperti Marakayar, Mencan dan Noordin merupakan pedagang terbesar dan

berjaya di bawah penyeliaan Kapitan Kling pertama Kader Mydin Merican. Anak-anak

lelaki daripada keluarga-keluarga tersebut meneruskan pemiagaan keluarga yang

mengambil pekerja daripada keluarga-keluarga Jawi Peranakan yang lain serta orang

India Muslim dan Eropa. Pemiagaan-pemiagaan yang besar ini menyokong peniaga-

peniaga borong kecil yang menyokong pula peniaga-peniaga runcit dalam satu rangkaian

komersial yang luas dan maju. Penglibatan ahli-ahli pemiagaan besar Jawi Peranakan

dalam Penang Chamber o f Commerce bersama dengan wakil-wakil pemiagaan Inggeris

dan Eropa membuktikan kejayaan awal mereka dalam bidang komersial.

Persaingan hebat daripada kaum Cina yang bermula pada akhir abad ke-19 membawa

kepada penubuhan beberapa organisasi pemiagaan seperti Muslim Merchant’s Club dan

Malay Chamber o f Commerce yang menyokong rangkaian komersial Jawi

Peranakan/India Muslim yang sudah mula merosot.

11

Page 13: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Selain penglibatan dalam aktiviti perdagangan dan pemiagaan, kaum Jawi Peranakan

memainkan peranan penting dalam pelaburan tanah, khususnya tanah wakaf.

Kemorosotan peluang perdagangan mendorong anak-anak muda yang pada ketika itu

bekerja sebagai kerani dalam syarikat Eropa atau pegawai kerajaan, mencari peluang

pemiagaan dalam pelaburan tanah. Mereka meraih keuntungan besar daripada

pentadbiran tanah-tanah wakaf yang mempunyai nilai yang tingg' di tengah-tengah

kawasan bandar George Town Penguasaan tanah wakaf disokong oleh penglibatan

mereka dalam pembinaan dan pentadbiran masjid serta aktiviti-aktiviti keagamaan dan

pendidikan Islam. Menerusi penglibatan dalam hal-hal keagamaan kaum Jawi Peranakan

dapat mendampingi kelompok-kelompok Melayu yang lain dan menjalin perhubungan

yang lebih mesra untuk berasimilasi ke dalam masyarakat Melayu yang lebih luas.

Pendidikan

Dalam perkembangan pendidikan Islam, kaum Jawi Peranakan di antara kumpulan

pertama yang membina sekolah-sekolah pondok dan madrasah di kawasan pinggiran

bandar seperti Jelutong dan Gelugor untuk menandingi perkembangan pendidikan Islam

di kampung-kampung Melayu seperti Bayan Lepas dan Nibong Tebal. Pendidikan asas

mereka dalam agama Islam dan penguasaan bahasa Melayu, Tamil dan Arab

membolehkan mereka menjadi guru dan pendidik yang berpengaruh di kawasan-kawasan

tersebut. Kepemimpinan mereka yang dinamik terbukti dalam usaha-usaha awal untuk

memperkembangan kurikulum sekolah agama di bandar George Town dengan mata

pelajaran bahasa Inggeris dan Tamil. Sekolah-sekolah tersebut dibiayai oleh derma yang

dihulurkan oleh komuniti India Muslim.

Sebagai masyarakat yang berpendapatan tinggi dan mampu menghantar anak-anak

mereka ke sekolah-sekolah Inggeris seperti Penang Free School, kaum Jawi Peranakan

mendahului orang Melayu luar bandar yang lambat menerima pengaruh pendidikan

tersebut. Berbanding dengan orang Melayu asli yang kurang senang menghantar anak-

anak mereka ke sekolah-sekolah mubaligh Kristian, kaum Jawi Peranakan menunjukkan

sikap yang pragmatik dan terbuka terhadap pengaruh persekitaraan seperti pendidikan

yang akan menguntungkan mereka. Kelebihan kaum Jawi Peranakan pada peringkat

12

Page 14: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

awal perkembangan pendidikan negara ialah pendidikan mereka dalam bahasa Melayu

dan bahasa Inggeris yang membuka peluang bagi mereka memasuki pentadbiran penjajah

Inggeris sebagai kerani mahkamah, juru bahasa dan pegawai tanah dan selepas

kemerdekaan sebagai pegawai kerajaan persekutuan. Mereka juga merupakan kumpulan

pertama yang menerokai bidang pendidikan dan profesional sebagai guru dan pensyarah

di sekolah-sekolah Inggeris dan maktab perguruan.

Perkembangan pendidikan negara yang pesat selepas kemerdekaan dan pemberian

biasiswa kepada orang Melayu dari pelbagai keturunan memberi anak-anak Jawi

Peranakan peluang untuk berpendidikan tinggi dan menerokai bidang-bidang profesional

seperti undang-undang, kejuruteraan dan perubatan. Ramai daripada generasi ketiga

hingga kelima Jawi Peranakan sekarang memegang jawatan-jawatan tinggi dalam sektor

awam di merata negara. Kumpulan profesional Jawi Peranakan yang paling terserlah

dalam sektor awam terdapat di jabatan-jabatan kerajaan di Kuala Lumpur dan Putra Jaya.

Minat pemiagaan dan pedagangan asal mereka masih kukuh dan terbukti dalam sektor

swasta di mana mereka memegang jawatan-jawatan korporat yang tinggi, menerokai

bidang-bidang profesional lain, dan membuka pemiagaan sendiri.

Sikap keterbukaan dan prakmatik kaum Jawi Peranakan yang berani menonjol diri untuk

menguasai sesuatu bidang sering dilihat sebagai pengaruh nilai kebandaran dan

materialisme yang mereka warisi. Sebagai kaum minoriti pendatang d: bandar mereka

cuba memasuki masyarakat tempatan dan berasimilasi bagi m emperkukuhkan dan

mempertingkatkan kedudukan mereka. Ketekunan dan keberanian ini adalah antara

aspek-aspek personaliti dan jati diri kaum tersebut yang muncul danpada psikologi

kelompok minoriti pendatang (immigrant psychology).

Politik

Kepemimpinan Jawi Peranakan dalam pendidikan bukan sekular dan sekular, pendidikan

Melayu dan Inggeris memberi mereka keutamaan menerokai bidang kewartawanan dan

penerbitan. Menerusi penulisan-penulisan dalam akbar dan majalah seperti Jawi

Peranakan dan Chahaya Pulau Pinang mereka dapat menyuarakan hal-hal keagamaan

13

Page 15: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

dan kemasyarakatan yang menarik minat orang Melayu. Yang paling terserlah ialah

penulisan mereka tentang perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu dan serangan

mereka terhadap masalah-masalah komuniti Melayu seperti kemunduran dan kemiskinan.

Sebagai kumpulan orang Melayu bandar yang berpendidikan mereka menyarankan

reformasi dalam kepemimpinan Melayu luar bandar yang kurang dinamik. Sebagai

sekumpulan kecil orang Melayu yang berpendidikan Inggeris mereka cuba menyarankan

nilai-nilai kebandaran seperti pendidikan sekular Inggeris yang boleh memperbaik nasib

orang Melayu.

Usaha awal untuk menyuarakan hal-hal mengenai sosio-politik Melayu dan membina

perpaduan orang Melayu disokong oleh kegiatan mereka menubuhkan organisasi sosial

dan kelab rekreasi seperti Muslim Recreation Club, Penang Malay Association, Malay

Association dan Young Muslim Union. Selain membekalkan aktiviti-aktiviti rekreasi,

objektif pertubuhan-pertubuhan tersebut termasuk memperbaiki penguasaan bahasa

Inggeris di kalangan pegawai kerajaan menerusi aktiviti seperti pembahasan dan

perbincangan. Penubuhan Penang Malay Association oleh sekumpulan Jawi Peranakan

yang berpendidikan Inggeris dan berpengaruh pada tahun 1927 bertujuan mewakili kaum

Melayu Pulau Pinang dalam menyuarakan kepentingan mereka kepada pentadbiran

penjajah British. Secara lebih khusus, tujuan mereka ialah untuk memperbaiki kedudukan

sosio-ekonomi kaum Melayu. Menerusi penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

mereka dapat memainkan peranan sebagai orang tengah dalam perhubungan di antara

penjajah British dan kaum Melayu.

Perkembangan ini tidak mendapat sokongan masyarakat Melayu luar bandar yang

melihatnya sebaga' usaha kaum Jawi Peranakan untuk menonjolkan kepentingan

masyarakat sendiri. Orang Melayu dari keturunan rumpun-rumpun Melayu merasa

kurang senang dengan kepemimpinan Jawi Peranakan dan Arab yang mereka lihat

sebagai keturunan bangsa asing. Definisi “Melayu” sebagai seorang yang menganuti

agama Islam, menggunakan bahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu

yang disarankan oleh pentadbiran kolonial masih belum diterima secara meluas. Walau

bagaimanapun dari perspektif lain peranan Jawi Peranakan sebagai orang tengah yang

14

Page 16: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

menghubungkan komuniti Melayu tradisional dengan kepemimpinan mordenis

menyumbang kepada perkembangan awal politik Melayu.

Sumbangan politik mereka secara lebih terus boleh dilihat apabila bermula ura-ura politik

perkauman dengan penubuhan parti politik Melayu pertama UMNO yang

memperjuangkan tekad orang Melayu untuk mengekalkan kedudukan mereka yang mula

dicabar oleh kaum-kaum lain. Di Pulau Pinang kepemimipinan Jawi Peranakan dalam

politik Melayu diiktirafkan apabila pemimpin-pemimpin Penang Malay Association

dijemput untuk menubuhkan UMNO bahagian Pulau Pinang. Pengaruh mereka

diperluaskan ke Kedah dan Perlis dalam kempen UMNO di seluruh negara untuk

menentang penubuhan Malay Union yang mengancam kedudukan istimewa orang

Melayu. Usaha-usaha ini beijaya dengan pembetukan Persekutuan Tanah Melayu pada

tahun 1948 dan pengkukuhan aspek-aspek kemelayuan kerajaan seperti kedaulatan Raja-

Raja dan hak istimewa orang Melayu. Kepemimpinan awal kaum Jawi Peranakan dalam

mengetengahkan kepentingan orang Melayu Pulau Pinang berterusan sehingga tahun-

tahun selepas pencapaian kemerdekaan apabila kumpulan-kumpulan Melayu yang lain

muncul dalam kepemimpinan UMNO Pulau Pinang.

Dengan penyelarasan definisi Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan

Persekutuan dan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan orang Melayu

menerusi dasar-dasar ekonomi dan pendidikan yang progresif selepas kemerdekaan,

kaum Jawi Peranakan menerima sepenuhnya identiti etnik Melayu dan berasimilasi

tanpa prejudis dan diskriminasi ke dalam masyarakat Melayu. Kini keturunan kaum

tersebut menikmati kedudukan sosio-ekonmi, pendidikan dan politik yang sama dengan

orang Melayu dari pelbagai keturunan lain yang mempunyai hak-hak istimewa yang

diselaraskan.

Penghijrahan keluarga-keluarga Jawi Peranakan ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang

pendidikan dan pekerjaan pada tahun 60’ an hingga sekarang mendedahkan mereka

kepada persekitaraan kebudayaan, sosio-ekonomi, pelajaran serta politik kebangsaan

yang dinamik dan berkembang dengan pesat. Kuala Lumpur merupakan wadah tumpuan

15

Page 17: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

I

(imelting pot) di mana kaum Jawi Peranakan bertembung dengan orang Melayu dari

merata negara dan pelbagai keturunan dalam persekitaran kebudayaan yang saling

mempengaruhi. Ini akan membawa kepada pembinaan sikap dan nilai-nilai kemelayuan

yang sejagat dan menjamin untuk anak-anak mereka identiti etnik Melayu yang tidak lagi

dipersoalkan. Apabila asimilasi pada tahap identiti ini lengkap maka ciri-ciri budaya dan

nilai mereka yang distinktif akan lenyap

Sistem Nilai Kaum Jawi Peranakan

Pertembungan budaya yang berterusan antara dua kelompok etnik sudah tentu akan

mengakibatkan perubahan atau pengubahsuaian kepada nilai-nilai di kalangan kelompok

minoriti. Kelompok dominan juga terdedah kepada pengaruh budaya kelompok minoriti

dan turut saling menerima unsur-unsur budaya luaran. Demikianlah halnya dengan kaum

Jawi Peranakan di Malaysia setelah beberapa generasi bergerak melalui proses asimilasi

untuk bergabung dengan masyarakat teras Melayu yang dominan.

Faktor-faktor persekitaran seperti pembangunan sosio-ekonomi, perkembangan politik

Negara seperti perubahan dalam sistem pendidikan semuanya memainkan peranan dalam

mempengaruhi nilai-nilai kelompok minoriti seperti kaum Jawi Peranakan. Sama ada

sesuatu nilai itu bertahan atau berubah bergantung kepada wujudnya jurang budaya

(cultural distance) atau penj urusan budaya (cultural convergence) dalam konteks

interaksi di antara kelompok, Jika terdapat ciri-ciri budaya atau tradisi yang berbeza

maka kelompok minoriti agak lambat menerima dan menggabungkan nilai-nilai baru

dalam budaya kehidupannya. Dalam keadaan ini, besar kemungkinan ciri-ciri serta nilai-

nilai yang asal akan dikekalkan demi mempertahankan identiti kaum. Sebaliknya,

sekiranya wujud ciri-ciri budaya yang sama atau yang menjurus di antara dua kelompok,

hal ini memudahkan kelompok minoriti bertolak ansur dan menerima nilai-nilai baru.

Misalnya, dalam usaha kaum Jawi Peranakan berasimilasi ke dalam masyarakat Melayu

yang besar, faktor yang merupakan pendorong utama ialah persamaan agama. Islam

memang menggalakkan penganut-penganutnya bersatupadu dan sistem nilai yang serupa

ini telah dapat membantu proses asimilasi.

16

Page 18: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Sistem nilai Jawi Peranakan yang akan diketengahkan dalam kertas ini mencakupi etos

atau ciri-ciri tipikal berkaitan dengan semangat, nilai moral, idea atau kepercayaan

kelompok tersebut yang masih dapat membayangkan serba sedikit keturunan asal

mereka. Kaum Jawi Peranakan sudah berasimilasi ke dalam bangsa Melayu dan memiliki

jiwa serta semangat kebangsaan. Namun demikian, terdapat juga di paras sub-budayanya

beberapa kesan nilai-nilai dari tradisi asal. Nilai-nilai tersebut yang bersifat lebih intrinsik

daripada ekstrinsik akan dikaji dari segi ketinggian daya ketahanannya. Nilai-nilai

sejagat yang seragam dengan nilai-nilai teras masyarakat Melayu tidak di ambil kira

dalam kerangka kajian ini.

Bagi maksud perbincangan dalam kertas ini, nilai-nilai yang terpilih disusun seperti di

bawah:

(a) Sistem kekeluargaan dan persanakan

(b) Adat resam - perkahwinan •

(c) Penggunaan bahasa

(d) Kelakuan dan sikap

Pengaruh serta kesan persekitaran ke atas nilai-nilai yang dikaji akan ditinjau dari segi

perubahan dan perkembangan nilai yang dialami. Cara kaum Jawi Peranakan

mempertahan atau tidak nilai-nilai yang ada dan sebab-sebab nilai-nilai tersebut masih

berkekalan juga diambil kira

(a) Sistem Kekeluargaan dan Persanakan

Sistem Kekeluargaan Tradisional

Satu ciri yang ketara dalam rumah tangga tradisional kaum Jawi Peranakan adalah

perhubungan kekeluargaan yang rapat di antara anggota-anggotanya. Unit rumah tangga

yang terkecil terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak yang belum kahwin. Keluarga asas

(nuclear family) berkembang apabila anak-anak sudah berkahwin dan anggota-anggota

baru sepert menantu dan cucu ditambah untuk membentuk keluarga luas (extended

family). Waris-waris terdekat dalam keluarga luas termasuk juga datuk, nenek, bapa

17

Page 19: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

I

saudara, ibu saudara, sepupu, ibu mertua, bapa mertua, abang ipar, kakak ipar, adik ipar,

anak-anak saudara yang kian lama kian bertambah.

Generasi-generasi yang terawal seberapa boleh mengamalkan perkahwinan sesama

anggota keluarga besar, yakni berdasarkan sistem endogami. Jodoh diperkenakan di

antara sepupu, dua pupu atau sesama sanak saudara. Ini berlaku bagi menjaminkan status

sosial, harta pesaka dan identiti etnik terpelihara dalam jaringan kaum. Hal ini

mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara anggota keluarga. Dalam keluarga yang

lebih mewah dan berharta, ketua rumah tangga memiliki rumah sebuah yang besar dan

berhalaman luas (compound house) untuk menempatkan keluarga luas. Suasana dan

persekitaran rumah besar ini dapat mewujudkan semula hidup berkampung dan semangat

kekitaan komuniti yang menetap di tengah-tendah bandar. Nilai-nilai kekeluargaan yang

diwarisi daripada generasi yang terlebih awal seperti berbudi-bahasa, menghormati ibu

bapa, datuk nenek, serta anggota keluarga yang lebih tua; sikap mengambil tahu serta

bantu-membantu sesama saudara apabila menghadapi kesusahan atau penderitaan;

amalan kunjung-mengunjungi sesama anggota keluarga apabila mengadakan kenduri-

kendara, kematian, perkahwinan, upacara keagamaan atau perayaan sentiasa dipupuk

untuk dijadikan amalan generasi muda.

Walaupun sistem kekeluargaan berdasarkan sistem patriarki (patriarchal system) di mana

seorang bapa merupakan pemimpin dan mempunyai kuasa penuh ke atas hal-hal

kekeluargaan, peranan ibu tidak kurang penting. Di dalam sebuah rumah tangga ibu

mempunyai tanggungjawab mendidik anak-anak dan menurunkan nilai-nilai sosio-

budaya serta bentuk kelakuan yang berasaskan amalan tradisi keluarga. Dalam

kebanyakan keluarga Jawi Peranakan anak-anak leoih rapat kepada ibu daripada bapa.

Bapa sering didapati tidak ‘memberi muka’ kepada anak-anak. Keadaan ini merupakan

pengaruh sistem kekeluargaan India Muslim di mana seorang bapa jarang menunjukkan

kemesraan dan kasih sayang secara terbuka terhadap anak-anak. Anak-anak perempuan

selalunya lebih diharapkan mengikut jejak langkah serta tunjuk ajar ibu supaya budaya

dan nilai-nilai kekeluargaan dapat dihayati oleh zuriatnya kelak.

Page 20: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Istilah Persanakan

Nama panggilan (terms o f address) yang digunakan dalam hubungan persanakan (kinship

relations) di kalangan kaum Jawi Pemakan tradisional menunjukkan kesan pengaruh

hierarki keluarga berdasarkan nama panggilan India Muslim atau Benggali, bergantung

kepada keturunan asal masing-masing. Hal ini ketara terutamanya dalam istilah

persanakan yang digunakan sesama anggota keluarga generasi ketiga atau keempat yang

masih memeniingkan tradisi lama.

Jadual 2 di bawah memperlihatkan beberapa istilah persanakan yang biasa digunakan:

Jadual 2: Istilah Persanakan

Istilah Persanakan Istilah Melayu Bahasa AsalJawi Peranakan

Atta Bapa TamilAmina Ibu TamilNana Abang TamilAch Kakak TamilMamak Bapa saudara TamilMami Ibu saudara TamilMacan Abang ipar TamilMaini Kakak ipar TamilMaci Adik ipar (perempuan) TamilNani Nenek BenggaliCaca Bapa saudara (sebelah bapa) BenggaliCaci Ibu saudara (sebelah bapa) BenggaliMamu Bapa saudara (sebelah ibu) BenggaliKhala Ibu saudara (sebelah ibu) BenggaliBhai Abang BenggaliBu Kakak Benggali

Sistem Panggilan Nama

Dalam kebanyakkan keluarga asal Jawi Peranakan cara pendaftaran anak lelaki yang

mewarisi nama bapanya mirip sistem kaum India yang mungkin juga terbawa-bawa

dengan pengaruh Inggeris. Nama dimulai dengan huruf awal yang merupakan

kependekan nama bapa. Misalnya, di Pulau Pinang terdapat nama-nama seperti C.M.

19

Page 21: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Hashim, A.G. Yusuf, S.M Zainal Abidin, M.S.A. Zachariah dan seterusnya. Nama anak-

anak perempuan pula diben identiti tersendiri dengan nama sandaran di hujung seperti

‘Hanum’, ‘Bee’, dan ‘Jan’.Terdapat panggilan nama-nama seperti Fatimah Bee, Aminah

Bee, Salrnah Hanum, Aishah Hanum, Bibi Jan dan sebagainya. Ada juga yang

mempertahankan keturunan persanakan bagi anak-anak lelaki dan juga perempuan

dengan mengekalkan identiti keluarga di hujung nama, seperti dalam keluarga Mexican,

Rawther, Meah dan Babjee. Cara penamaan sedemikian tidak ketara di kalangan orang

Melayu yang lain dan nyata menjadi penanda identiti kaum Jawi Peranakan, terutamanya

di kawasan Pulau Pinang.

Gambaran yang diberi di atas memaparkan kedudukan sistem nilai kekeluargaan kaum

Jawi Peranakan di kawasan dominan mereka sendiri, yakni sebelum bertembung budaya

secara lebih meluas dengan masyarakat Melayu yang besar. Setelah melalui proses

asimilasi, nilai-nilai serta identiti etnik asal kelompok tersebut secara progresif berubah

corak.

Sistem Kekeluargaan Sekarang

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pengaruh perkembangan sosio-ekonomi

dan politik; dasar pendidikan kebangsaan; usaha kerajaan terhadap perpaduan bangsa,

agama dan negara semuanya merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi proses

integrasi kaum Jawi Peranakan ke dalam masyarakat teras bangsa Melayu. Modemisasi

dan mobility sosial mengubah sentiment, sikap serta nilai-nilai sosio-budaya yang sedia

ada. Bag mereka yang berpendidikan Inggeris, seperti guru-guru, jura bahasa dan

pegawai kerajaan, peluang keijaya yang lebih terbuka di luar Pulau Pinang mendorong

mereka berpindah dari tempat asal untuk menetap ai negeri-negef lain, seperti di Kedah,

Perlis, Kelantan, Perak dan Selangor. Ramai yang memilih untuk berhijrah ke ibu kota

Kuala Lumpur. Ada yang berpindah secara berkeluarga dan ada yang meninggalkan

sanak saudara untuk menempuh hidup baru. Hubungan kekeluargaan dan persanakan

sudah tentu mengalami perubahan dan memerlukan pengubahsuaian.

20

Page 22: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Bagi mereka yang mempunyai sanak saudara di Kuala Lumpur keakraban serta

perpaduan kekeluargaan masih dikekalkan. Hal ini lebih ketara dalam golongan yang

berkahwin dengan anggota keluarga kaum Jawi Peranakan sendiri, Walaupun dihadap:

dengan kesibukan hidup di bandar sekalipun sikap bantu-membantu, kebiasaan kunjung-

mengunjungi sesama kaum keluarga terus dilanjutkan. Ada yang memilih bertempat

berhampiran satu sama lain untuk mewujudkan semula hidup secara keluarga luas di luar

kawasan dominan asal mereka. Misalnya, ada sekeluarga adik-beradik kaum Jawi

Peranakan di kawasan Ampang yang membeli tujuh buah rumah dalam kawasan

perumahan yang sama supaya mereka dapat mengukuhkan tali persaudaraan sepert1 yang

bi.asa diamalkan. Memandangkan ibu bapa mereka berpindah untuk tinggal bersama,

identiti kaum serta nilai-nilai dipertahankan. Hal ini dikesankan juga dalam budaya kaum

keluarga Jawi Peranakan yang lain yang bermastautin di bandar Kuala Lumpur.

Ramai daripada kaum Jawi Peranakan yang tinggal di Kuala Lumpur ada berbau-bau

bacang dalam tali persaudaraan mereka memandangkan sistem endogami yang diamalkan

sepanjang beberapa generasi yang terdahulu. Oleh yang demikian, rangkaian sanak-

saudara memang besar dan usaha mengeratkan tali persaudaraan sentiasa dilaksanakan.

Kita dapat perhatikan bahawa dalam sesuatu majlis perayaan atau kenduri perkahwinan

yang dikelolakan oleh keluarga Jawi Peranakan, bilangan sanak saudara sahaja sudah

mencukupi untuk membayangkan keakraban kekeluargaan. Generasi yang muda sentiasa

dinasihat supaya ‘mengambil hati’ orang tua. Perhubungan dengan sanak saudara yang

masih di Pulau Pinang juga dikekalkan dan amalan ‘pi-mar digalakkan oleh anggota

yang lebih tua bagi memastikan hubungan persaudaraan tidak terputus.

Dari segi hubungan persanakan, adalah didapati bahawa sistem panggilan nama

tradisional yang membayangkan hierarki keluarga hanya diamalkan sesama orang-orang

tua dalam generasi ketiga dan keempat sahaja. Juga di kalangan generasi sekarang,

pemberian nama anak-anak tidak lagi mengikut amalan dahulu. Anak lelaki diperlihatkan

keturunan dengan menggunakan ‘bin’ seperti orang Melayu lain dan bukan lagi

menggunakan huruf awal di hadapan nama. Dengan asimilasi nilai-nilai sosio-ekonomi

serta politik di mana identiti bangsa diutamakan, sistem panggilan nama seperti yang

21

Page 23: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

I

dipengaruhi oleh kaum etnik India Muslim dilucutkan. Anak-anak perempuan Jawi

Peranakan generasi sekarang jarang dikesankan dengan nama akhir ‘Bee’ atau ‘Hanum’,

walaupun terdapat segelintir keluarga konservatif yang masih mempertahankan amalan

tersebut. Walau bagaimanapun, kita dapati keluarga yang sudah lama terkenal seperti

kaum kerabat Merican masih mengekalkan nama panggilan untuk mempertahankan

identiti persanakan mereka.

Dalam keadaan perkahwinan campur yang berleluasa yang sekarang ini memudahkan

lagi integrasi budaya, kesinambungan nilai-nilai Jawi Peranakan hanya ketara sekiranya

ibu keluarga berketurunan Jawi Peranakan. Sekiranya bapa berketurunan Jawi Peranakan,

penurunan nilai-nilai bergantung kepada ketegasan bapa itu sendiri mernupuk nilai-nilai

tersebut. Dalam satu kes di mana ibu merupakan seorang dari Negeri Sembilan

berketurunan Minangkabau, anak-anak terpengaruh dengan persekitaran budaya ibu serta

sistem adat perpatih. Pun demikian, memandangkan mereka tinggal di Kuala Lumpur dan

dikelilingi ramai saudara-mara Jawi Peranakan, anak-anak tersebut masih lagi berpegang

kepada nilai-nilai keluarga sebelah bapa yang turut sama hebat dipertahankan. Keadaan

begini memperlihatkan pergabungan dua sistem nilai-nilai yang berbeza untuk

mewujudkan satu sistem yang bercorak sinkretik (syncretic).

Dalam satu lagi kes perkahwinan campur pula di mana bapa merupakan seorang Jawi

Peranakan dan ibu seorang dari Negeri Sembilan juga (tetapi tidak mengikuti sistem adat

perpatih), anak-anak lebih terdorong menyerep budaya keluarga bapa mereka yang ramai

beradik-beradiK dan yang berpegang teguh kepada sistem nilai keluarga Jawi Peranakan.

Ibu sedia bertolak ansur oleh sebab lebih berpegang kepada sistem nilai keluarga yang

bersifat bersepadu dan sejagat. Nilai-nilai keiuarga Jawi Peranakan dianggap wajar

dipertahankan memandangkan sifat-sifat yang wujud mengeratkan perpaduan serta

perasaan taat setia sesama anggota-anggota keluarga tersebut.

Harus diperkatakan bahawa dalam keadaan di Kuala Lumur yang dijadikan tempat

rujukan bagi penduduk kaum Jawi Peranakan luar dari kawasan dominan Pulau Pinang,

anak-anak muda memang sudah berasimilas: penuh dan terdedah kepada persekitaran

22

Page 24: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

sosio-budaya kebangsaan yang dinamik. Tidak mudah bagi generasi kelima dan keenam

keluarga berketurunan Jawi Peranakan mengekalkan nilai-nilai persanakan melainkan

dalam keadaan di mana ibubapa sendiri berusaha mengamal dan mempertahankan nilai-

nilai tersebut.

(b) Adat Res am - Perkahwinan

Dalam adat istiadat masyarakat Melayu lama, kita dapati banyak upacara yang

berteraskan pengaruh tradisi India. Hal ini ketara terutama sekali dalam upacara-upacara

yang berhubung dengan ‘rites de passage’ atau proses peralihan tahap dalam hidup

seseorang individu, misalnya dalam adat resam yang bersabit dengan kehamilan,

kelahiran bayi, bertindik, cukup umur, dan perkahwinan. Banyak daripada adat-istiadat

tersebut tidak lagi diamalkan sekarang, melainkan dalam keluarga-keluarga diraja.

Memang pada asalnya orang-orang berketurunan India Muslim dan kemudiannya Jawi

Peranakan menjiwai adat resam nenek-moyang mereka dengan cara yang hebat. Pada

amnya, pengaruh perkembangan bangsa, perkahwinan campur, serta kedudukan sosio-

ekonomi yang berlainan sedikit demi sedikit melesapkan adat-adat lama. Namun

demikian, keluarga berketurunan Jawi Peranakan yang bersifat tradisional masih lagi

berpegang kepada nilai-nilai yang diwarisi dalam perlaksanaan adat-resam, terutamanya

dalam hal yang melibatkan adat-istiadat perkahwinan.

Berbanding dengan upacara-upacara lain yang melambangkan proses peralihan tahap

dalam hidup manusia, adat-istiadat bagi menandakan pertemuan jodoh merupakan tahap

yang genting sekali dan diberi keutamaan dalam sistem sosial sesuatu kaum. Keinginan

mengekalkan ciri-ciri adat-resam berkenaan supaya dapat diwarisi oleh generasi muda

nyata diperlihatkan dalam kaum Jawi Peranakan. Memandangkan hakikat tersebut, nilai-

nilai yang bersabit dengan adat-resam perkahwinan dipilih untuk merupakan fokus bicara

dalam kertas ini.

23

Page 25: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Adat Perkahwinan Dahulu

Adat perkahwinan di kalangan kaum Jawi Peranakan tradisional di Pulau Pinang banyak

memperlihatkan pengaruh India Muslim. Upacara merisik, meminang, berinai, akad

nikah, bersanding dan sambut-menyambut sungguh rumit dan penuh dengan adat istiadat

yang diwarisi daripada generasi terdahulu. Biasanya, perlangsungan adat istiadat yang

berkaitan dengan perkahwinan merupakan perayaan puncak dalam konteks hubungan

sosial sesama kaum Jawi Peranakan. Taraf kedudukan material dan status sosial keluarga

nyata dibayangkan dalam perlaksanaan sesuatu upacara perkahwinan

Mengikut tradisi kaum Jawi Peranakan, khususnya di Pulau Pinang, padah-memadah

untuk sesuatu perkahwinan adalah dibuat secara mulut. Anggota-anggota keluarga

terdekat, selalunya kaum wanita, akan keluar ‘pi padah’ dari rumah ke rumah dengan

mengenakan pakaian indah, lengkap dengan barang kemas, seperti yang dilakukan untuk

ke rumah kahwin. Kad jemputan yang dipanggil ‘surat nasi5 dihulurkan kepada tuan

rumah. Hal ini memakan masa berhari-hari tetapi tetap dikekalkan, terutama sekali bag,

menjemput saudara-mara yang terdekat dan yang lebih tua. Perlakuan ini menunjukkan

nilai besar hati serta mengambil berat terhadap perhubungan persanakan. Anggota

keluarga terdekat dijemput terlebih awal dan mereka akan membantu dalam persiapan

perkahwinan berbulan-bulan sebelum hari perlangsungan. Ini termasuk menekad baju dan

kasut, menggubah bunga, menyediakan bunga telur dan mendirikan pelamin dan bilik

tidur dengan cara yang sungguh beradun.

Majlis akad nikah selalunya dijalankan secara besar-besaran, berbeza dengan masyarakat

Melayu dar; keturunan etnik yang lain. Selepas istiadat mengijbkabul disempumakan,

adalah menjadi kelaziman bagi ibu mertua mengalungkan seutas rantai emas yang di

panggil ‘manik hitam’ (disebabkan terdapat biji-biji manik hitam pada rantai tersebut) di

leher pengantin perempuan. Rantai tersebut adalah simbol yang menandakan ikatan hidup

bersuami isteri antara kedua mempelai. ‘Manik hitam’ tersebut dikekalkan di leher isteri

sepanjang zaman berkahwin dan mengikut tradisi, hanya ditanggalkan setelah

peninggalan suami Adat ini adalah menyerupai ‘tali yang wajib dipakai oleh wanita

yang sudah berkahwin dalam tradis India.

24

Page 26: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Dalam majlis persandingan, pengantin perempuan pula diserikan dengan hiasan lengkap

intan berlian dan bertukar pakaian berkali-kali daripada gaun labuh, baju kebaya, saree,

baju benggali, dan sebagainya yang lazimnya diperbuat daripada kain yang berkerlipan.

Biasanya, pengantin berketurunan Jawi Peranakan lebih gemar mengenakan pakaian

secara barat. Kain songket jarang sekali kelihatan sebagai pakaian pengantin sepertimana

yang lazim terdapat di kalangan orang Melayu lain. Di Pulau Pinang, adat-istiadat

persandingan lebih mirip suasana wama-warm perkahwinan kaum India Muslim. Ada

kala kedua mempelai akan dikalungkan rangkaian bunga atau ‘malai’ buat seketika

semasa bersanding di atas pelamin.

Perayaan perkahwinan di kalangan keluarga yang berkemampuan dijalankan berhari-hari

lamanya dan dimeriahkan dengan persembahan boria dan bangsawan. Mengikut amalan

tradisi lama, biasanya kaum lelaki dijemput pada siang hari berasingan daripada kaum

wanita yang dijemput sebelah malam. Hal ini berteraskan nilai keislaman di mana kaum

lelaki dan perempuan tidak digalakkan bercampur gaul dalam majlis keramaian. Pihak

tuan rumah bertanggungjawab menyediakan kenderaan untuk menjemput dan

menghantar pulang para jemputan wanita selepas istiadat bersanding selesai. Kaum

wanita Jawi Peranakan di Pulau Pinang dahulu memang terkenal dengan pakaian dan

dandanan yang istimewa, serta hiasan intan permata apabila menghadiri majlis

perkahwinan. Ada yang akan menyewa barang-barang kemas daripada kedai emas atau

meminjamnya daripada saudara-mara yang berada hanya untuk menghadiri majlis

perkahwinan kerana dianggap tidak sempuma jika memasuk majlis nikah kahwin tanpa

‘memakai barang’.

Selepas sempumanya majlis perkahwinan, majlis bertandang yang dikatakan ‘sambut pi’

(apabila kedua mempelai berangkat ke rumah pengantin laki-laki) dan ‘sambut mai’

(apabila kedua mempelai pulang kembali ke rumah pengantin perempuan) diadakan pula.

Hal ini biasanya berlaku dalam keluarga yang berkemampuan. Amalan sedemikian

memanjangkan lagi perayaan perkahwinan selama lebih kurang seminggu. Majlis

keramaian berasingan diadakan dengan sanak-saudara bagi tiap-tiap daripada upacara

25

Page 27: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

tersebut. Pengantin perempuan (yang pada zaman dahulu tidak pernah bekerja di luar

rumah) akan sentiasa berpakaian istimewa dan dihiaskan pada hari-hari berikutan majlis

persandingan supaya bersedia untuk bersanding berulang-kah apabila sahaja saudara-

mara membuat lawatan untuk ‘tengok ponnu’! Tradisi ini mencerminkan nilai-nilai

persanakan dan semangat kekitaan yang wujud di kalangan kaum Jawi Peranakan.

Adat Perkahwinan Sekarang

Dengan pengaruh persekitaran sosio-ekonomi dan budaya yang bertukar ganti, banyak

aspek dalam adat perkahwinan kaum Jawi Peranakan dahulu seperti yang disebut di atas

telah diketepikan. Adat perkahwinan sekarang lebih ringkas dan realistik mengikut

zaman. Dalam asimilasi kaum yang diakibatkan perkahwinan campur, memang nyata

kelaziman adat yang terdahulu sudah tidak terpakai lagi. Namun demikian, didapati

beberapa ciri yang masih bertahan, khususnya dalam keluarga yang lebih bersikap

konservatif. Hal ini banyak temampak di Pulau Pinang, mahupun di Kuala Lumpur,

dalam keadaan di mana perkahwinan dilangsungkan antara kaum keturunan Jawi

Peranakan.

Dalam adat peminangan, misalnya, masih terdapat upacara ‘suap gula’ yang dilakukan ke

atas pengantin perempuan oleh bakal ibu mertua serta saudara-mara pengantin sebelah

laki-laki. Dalam upacara tersebut sedikit gula disuapkan kepada pengantin perempuan

oleh beberapa orang keluarga terdekat (selalunya dengan hujung sudu kecil perak)

sebagai tanda memaniskan kehidupan nanti.

Amalan memakai hinai pada jari-jari tangan dan kaki serta istiadat berinai masih

diteruskan mengikut adat lama. Ini dilakukan sebelah pengantin perempuan dan tidak

mehbatkan pengantin laki-laki.

Upacara akad nikah juga memperlihatkan ciri-ciri tradisi lama yang bertahan. Orang

Jawi Peranakan masih mengutamakan perhiasan barang kemas dan kelengkapan ini

lazimnya merupakan sebahagian daripada bahan hantaran atau ‘syepu’. ‘Hantaran

belanja’ selalunya melambangkan status dan kedudukan keluarga pengantin yang

26

Page 28: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

dikatakan berketurunan ‘anak Mami’. Biasanya juga, seutas rantai emas atau kadangkala

rantai bertatah berlian akan dikalungkan ke leher pengantin perempuan oleh ibu mertua

sebagai simbol menyempumakan ikatan janji perkahwinan. Ini menggantikan adat

menghadiahkan ‘manik hitam’ dalam tradisi asal yang diamalkan dahulu.

(c) Penggunaan Bahasa

Bahasa mempunyai kaitan rapat dengan identiti budaya dari segi fungsinya sebagai alat

untuk melahirkan nilai, sentimen serta pemikiran masyarakat penutumya. Bahasa juga

merupakan lambang perpaduan dan keperibadian bagi sesuatu kaum atau bangsa,

Di Malaysia, bahasa Melayu diterima umum sebagai bahasa kebangsaan, Melalui sistem

persekolahan dan dasar pendidikan yang wujud, bahasa tersebut telah dapat

menyatupadukan bangsa Melayu yang lebih besar. Bahasa Melayu standard, dengan

sistem fonologi dan sintaksis yang tersusun digunakan sebagai alat perhubungan rasmi

bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini. Bagi orang Melayu,’ bahasa Melayu

menjadi simbol identiti bangsa dan hakikat ini jelas termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan.

Namun demikian, Hi peringkat bukan rasmi orang-orang Melayu lebih cenderung

menonjolkan 'dentiti tempatan atau kedaerahan dengan menggunakan kelainan dialek

negeri-negeri tertentu, misalnya dialek Kedah, Kelantan, Negri Sembilan, Pulau Pinang

dan Melaka. Hal ini berlaku terutamanya dalam interaksi sesama kelompok (intra-group

interaction). Selain meningkatkan perasaan kekitaan, penggunaan dialek tempatan juga

mengesankan identiti kedaerahan penutumya dalam mana jua persekitaran sosio-

linguistik.

Dalam penggunaan bahasa, kaum Jawi Peranakan yang kebanyakkannya berasal dari

Pulau Pinang lebih selesa dengan dialek daerah Pulau Pinang apabila bertutur sesama

sendiri. Walau bagaimanapun, gaya pertuturan mereka lebih ekspresif daripada yang

digunakan oleh orang Melayu lain di Pulau Pinang, dengan bahasa jasmani (body

language) dan gerak isyarat yang tersendiri. Ketinggian suara serta intonasi dalam

27

Page 29: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

pertuturan juga merupakan penanda identiti kaum yang dipengaruhi oleh cara pertuturan

kaum India Muslim.

Satu ciri pembeza dalam pertuturan orang berketurunan Jawi Peranakan adalah

penghasilan fonem It/ . Penyebutan bunyi h i pada awal dan tengah kata dalam kelainan

dialek Jawi Peranakan bersifat getaran alveolar, man akal a /r/ di posisi yang sama dalam

dialek Melayu Pulau Pinang lebih bersifat bunyi frikatif uvular, seperti mana juga yang

nyata dalam dialek Kedah, Walau bagaimanapun, bunyi l-xl di hujung kata, seperti sudah

menjadi ciri umum dialek Pulau Pinang, dihasilkan dengan bunyi sengau glotal.

Dalam konteks interaksi yang bersifat rasmi di mana bahasa standard diutamakan, ramai

di antara kaum Jawi Peranakan yang masih menggunakan dialek Pulau Pinang. Hal in

ketara di kalangan generasi lebih tua yang terdorong mengikut kebiasaan lama.

Pengucapan mereka menonjolkan dengan mudah identiti kedaerahan yang mereka

bangga mengekalkan. Penonjolan penggunaan bahasa secara stereotype selalunya dapat

dilihat dalam filem-filem P.Ramlee, filem drama (misalnya, Anak Mami, Menantu Mami,

Mami Jaxum) atau dalam rancangan jenaka dan hiburan (boria) di kaca televisyen, di

mana dialek dan gerak-geri ‘Mamak dan Mami Pulau Pinang’ berjaya menarik peminat

dan mencuit hati pendengar.

Bagi orang Jawi Peranakan yang bertembung secara berterusan dengan budaya kaum

India Muslim pula, (terutamanya di kalangan mereka yang bermastautin di Pulau

Pinang), atau yang tergulung dalam keluarga yang lebih konservatif, kata-kata pinjaman

dari bahasa Tamil masih lagi terdapat dalam sistem perbendaharaan kata mereka. Ini

disebabkan generasi terawal dalam golongan yang sama bertutur sesama mereka dalam

bahasa Tamil (ada juga yang menggunakan bahasa BenggaH atau Urdu, bergantung

kepada asal-usul keturunan) dan kesan penggunaan bahasa tersebut masih bertahan.

Setakat mana kata-kata tersebut dikekalkan atau dilucutkan dalam bahasa pertuturan

harian bergantung kepada budaya masing-masing keluarga dan pengaruh persekitaran

sosio-linguistik yang wujud.

Page 30: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Lampiran 2 memperlihatkan senarai beberapa kata pinjaman Tamil yang masih bertahan

dalam perbendaharaan kata dialek Jawi Peranakan. Seperti yang telah kita perhatikan

dalam istilah persanakan, panggilan nama dalam sistem hierarki kekeluargaan juga

menunjukkan penggunaan kata-kata pinjaman dari bahasa Tamil.

Harus diperkatakan juga bahawa terdapat satu lagi golongan orang Jawi Peranakan yang

mementingkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pertuturan sesama kaum dan juga

antara kaum. Mereka ini terdiri daripada golongan orang bandar di kawasan Pulau Pinang

yang mendapat pendidikan sekular sepanjang zaman persekolahan. Sejak awal abad ke-

20 lagi, peluang untuk memasuki sekolah-sekolah Inggeris di Pulau Pinang terbuka

kepada anak-anak lelaki mahupun perempuan. Keluarga yang bersikap lebih terbuka

terhadap unsur-unsur dunia barat memilih menghantar anak-anak mereka ke sekolah

Inggeris daripada sekolah Melayu. Nilai yang amat tinggi diletakkan kepada pendidikan

Inggeris memandangkan ini membuka jalan bagi memperolehi pekeijaan dengan

pentadbiran kolonial dan bidang-bidang profesional lain. Pengaruh persekitaran dan

pendedahan sosio-budaya yang dialami mengakibatkan golongan tersebut mempunyai

persepsi dan pemikiran yang berlainan. Mereka lebih selesa menggunakan bahasa

Inggeris dan kebiasaan ini diturunkan kepada anak-cucu. Kebanyakan anak-anak Jaw'

Peranakan yang kemudiannya beriaya menceburi berbagai lapangan keijaya di bawah

pentadbiran awam persekutuan, dalam bidang pendidikan, korporat dan iktisas

merupakan anggota keluarga dari golongan tersebut. Sehingga sekarang kecenderungari

berinteraksi dalam bahasa Inggeris sesama anggota keluarga luas golongan ini masih

bertahan, apa jua suasana sosio-politik atau dasar bahasa negara.

(d) Kelakuan dan Sikap

Kelakuan sosial dan sikap seseorang melambangkan nilai-nilai yang diwarisi dari budaya

keluarganya, didikan yang diterima dan persekitaran sekeliling, Walaupun nilai-nilai

tersebut dijiwai dalam budaya kehidupan sesuatu kaum, pendedahan kepada pengaruh

luar serta asimilasi progresif sedikit dem; sedikit akan mengubahsuai, menipis atau

kadangkala melenyapkan nilai-nilai yang asal. Komuniti Jawi Peranakan menghadapi

29

Page 31: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

keadaan yang sama jika dikaji penonjoian watak, kelakuan serta sikap mereka dari segi

perkembangan sosio-budaya.

Sepert yang dikatakan terlebih dahulu, kaum Jawi Peranakan merupakan kelompok

minoriti yang bertempat di kawasan bandar sejak penghijrahan terawal mulai abad ke-18.

Nenek moyang mereka datang ke Tanah Melayu khususnya sebagai pedagang yang

inginkan kejayaan hidup yang lebih baik daripada keadaan di negeri asal. Kelakuan

serta sikap mereka ada kaitan langsung dengan psikologi kaum pendatang (immigrant

psychology) yang menghubungkan kejayaan seseorang dengan status ekonominya (Yahya

Ismail, 1978). Mereka percaya bahawa sekiranya beijava dalam bidang pemiagaan,

mereka akan dihormati oleh kaum-kuam lain dan medapat pengiktirafan sosial. Oleh

kerana tinggi keinginan untuk mencari kekayaan, mereka sanggup bekerja keras dan

memupuk sikap gigih dan cekal untuk dapat bersaing dengan pedagang-pedagang asing

yang lain terutama sekali kaum Arab dan Cina yang merupakan penduduk bandar juga.

Pada umunya, jika di tinjaukan ciri-ciri dalam kelakuan dan sikap kaum Jawi Pemakan ,

kita dapati banyak aspek yang berteraskan naluri untuk terns hidup (survival instinct)

demi untuk memperbaikki masa depan bagi kepentingan kaum dan keluarga. Mereka

dikenali dengan sikap terbuka dan pragmatik dan mampu menyesuaikan dir dengan

keadaan persekitaran yang berubah. Sifat beran: dan tabah hari diperlihatkan dalam

menguruskan pemiagaan. Sebagai suatu kelompok minoriti, mereka dari awal lagi

mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan sentiasa menunjuk sikap toleran dan bertolak

ansur untuk menghadapi arus perkembangan sosio-budaya, ekonomi dan politik negeri.

Memandangkan komuniti Jawi Peranakan hidup secara berterusan di kawasan bandar,

kelakuan sosio-budaya mereka berteraskan nilai hidup kebandaran. Dari segi pergaulan,

kita lihat kaum Jawi Peranakan mudah menyesuaikan diri dan mempunyai kemahiran

sosial (social skills) termasuk kemahiran berkomunikasi (communication skills) yang

membantu mereka berinteraksi dengan masyarakat luas. Bagi kepentingan hidup, anak-

anak dididik supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan digalakkan petah

bertutur, seperti mana dapat dilihat dalam budaya keluarga India atau India Muslim.

Sikap terbuka terhadap pendidikan sekular Inggeris serta penguasaan bahasa Inggeris

30

Page 32: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

juga adalah bagi menambahkan peluang untuk menembusi kumpulan-kumpulan sosial

tertentu, tennasuk juga pergaulan dengan pegawai-pegawai British semasa zaman

penjajahan olonial, semata-mata bagi kepentingan sosio-budaya dan ekonomi.

Keinginan untuk memperbaiki status sosial dan memperkukuhkan kedudukkan ekonomi

pada hakikatnya merupakan faktor teras yang mencorakkan perwatakan individu dalam

sistem organisasi sosial komuniti Jawi Peranakan. Beberapa ciri kelakuan serta sikap

yang melambangkan etos asal kaum Jawi Peranakan boleh dikatakan telah dapat

membina semangat positif kaum tersebut dalam usaha perpaduan bangsa Melayu. . Sikap

terbuka, bertolak ansur dan mudah menyesuaikan diri pada umumnya membantu kaum

Jawi Peranakan dalam proses asimilasi. Walau bagaimanapun, keadaan persekitaran

sekarang telah mempengaruhi nilai-nilai asal yang ketara dahulu. Nilai-nilai dapat

bertahan dalam keluarga di mana ibu bapa memaparkan kelakuan dan sikap asal bagi

menjadikanaya pedoman hidup anak-anak. Kecenderongan ini lebih ketara di kalangan

keluarga yang mengambil berat menurunkan semangat dan nilai moral nenek moyang

mereka kepada generasi muda atas kesedaran bahawa nilai-nilai tersebut masih relevan

dalam budaya hidup dewasa ini. Dalam keluarga yang lebih mementingkan corak

kelakuan dan sikap yang berteraskan budaya asing, nilai-nilai asal kaum Jawi Peranakan

akan menjadi tipis dan tidak mungkin lagi menonjolkan ciri-ciri aslinya.

Penutup

Identiti etnik adalah asas pembentukan etos sesuatu kelompok manusia yang merangkumi

ciri-ciri budaya, tradisi, nilai, sikap, sentimen serta pemikiran yang sebati dengan jiwa

dan semangat kumpulan tersebut. Sejarah dan pengalaman-pengalaman yang diharungi

bersama merupakan pendorong utama dalam penggabungan masyarakat dari pelbagai

keturunan dan pembentukan etnisiti yang lebih luas. Penerimaan kelompok-kelompok

minoriti ke dalam masyarakat teras dan perasaan bahawa mereka dapat menikmati

sepenuhnya segala aspek budaya kehidupan tanpa prejudis atau diskriminasi akan

melengkapkan proses asimilasi yang mereka lalu..

31

Page 33: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Di Malaysia dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan perpaduan bangsa dan agama

dalam persekitaran sosio-ekonomi, pendidikan dan politik negara mempermudahkan

proses asimilasi yang dilalui oleh kelompok-kelompok Melayu. Walau pun masih

terdapat ciri-ciri disunktif dalam budaya kehidupan orang Melayu dari pelbagai

keturunan, jelas bahawa identiti etnik bangsa Melayu yang besar terbina menerusi

penyeragaman kebudayaan Melayu. Walau pun masih boleh dikesan amalan tradisi dan

nilai-nilai asal pada tahap sub-budaya tempatan atau kedaerahan, pengaruh persekitaran

yang semakin hari semakin bersifat global tentu akan membentuk nilai-nilai yang lebih

sejagat.

Seperti kelompok-kelompok Melayu dari keterunan lain, kaum Jawi Peranakan juga akan

turut menyertai dan dipengaruhi oleh arus pembangunan negara. Sama ada nilai-nilai

kaum mereka akan kekal atau lenyap bergantung kepada faktor-faktor persekitaran yang

telah dibincangkan dan perkembangan-perkembangan bam dalam negara seperti

globalisasi.

Walau bagaimanapun, satu ciri distinktif yang pasti akan berkekalan adalah dari aspek

ciri genetik yang mereka warisi dari keturunan India. Paras rupa Jawi Peranakan seperti

hidung mancung dan mata besar berlainan daripada orang Melayu dari rumpun-rumpun

Melayu. Selain aspek-aspek fisikal yang lain seperti gerak-geri dan bahasa jasmani, paras

rupa ini kekal sebagai penanda identiti kaum Jawi Peranakan dan menyebabkan mereka

masih boleh dikesan sebagai kelompok Melayu yang distinktif.

RUJUKAN

Andaya, Barbara Watson. 1978. The Indian Saudagar Raja (The King’s Merchant) in

Traditional Malay Courts.JMBRAS, Vol 51.

Andaya, Barbara W. and Leonard Y. Andaya. 1982. A History o f Malaysia. London:

The Macmillan Press Ltd.

32

Page 34: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Berry,B. and Tischler,H. 191%.Race and Ethnic Relation. Boston:Houghton

Mufflin Company,

Datin Ragayah Eusoff. 1997. The Merican Clan. A Story o f Courage and Destiny.

Singapore:Tinies Books International.

Datoek Besar, R.A and Roolvink, R. 1953. Hikajat Abdullah. Djakarta:Penerbit

Djambatan.

Friel-Simon, Veronica,M. 1980. A Malay Case Study of an Extended Family in Rural-

Urban Migration. Ph D Thesis. The American University. Michigan:Ann Arbor.

Fujimoto, Helen. 1988. The South Indian Muslim Community and the Evolution of the

Jawi Peranakan in Penang up to 1948. Tokyo: ILCAA.

Gordon, Milton M. 1964. Assimilation in American Life:The Role o f Race, Religion and

National Origins. New York:Oxford University Press.

_____________ 1978. Human Nature, Class and Ethnicity. New York:Oxford University

Press.

Hanapi Dollah. 19 78. Asimilasi Budaya:Kajian Kes Komuniti Cina di Kelantan. Bangi

(Malaysia):Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala LumpunDewan Bahasa dan

Pustaka.

Khoo, Salmah Nasution. 2002. The Tamil Muslims - Weaving a Tale of Success. In

Malini Dias (ed.) Glimpses o f Old Penang. Petaling Jaya (Malaysia):Star

Publications(M) Bhd.

33

Page 35: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

Mohd Aris Othman.1977. Ethnic Identity in a Malay Community in Malaya. Unpublished

Ph D Thesis. University of Illinois at Urbana Champaign. .

Nagata, J.A. 1974. What is a Malay? Situational Selection of Ethnic Identity in a Plural

Society. American Ethnologist, Vol.l Part 2.

Perlembagaan Persekutuan (Hingga 5hb November 2002). Disusun oleh Lembaga

Penyelidikan Undang-Undang. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Roff, William R. 1994. The Origins o f Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Ox ford

University Press. Second Edition.

Tan, Chee Beng. 1988. The Baba o f Melaka: Culture and Identity o f a Chinese Peranakan

Community in Malaysia. Petaling Jaya (Malaysia):Pelanduk Publications(M) Sdn.

Bhd.

Teo, Kok Seong. 2003. The Peranakan Chinese ofKelantan. London:Asian Academic

Press Ltd.

Yahya Ismail. 1978. Masalah Orang Melayu Pulau Pinang. Kuala Lumpur:Dinamika.

34

Page 36: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

LAMPIRAN 1

'r

■ s’ «? -■ .

. Madras^n'dic^fTy*

Kedah

Pulau Pinang

Acheh

L A U 7 A / A D I A fey, m.

W s„ -w’'1 |§® 1

i o-oS„ .>** ft. yv

SEMENANJUNGTANAH

MELAYU

35

Page 37: KERTAS KERJA - kebudayaan-melayu0.webnode.com€¦ · etnik lain seperti Arab dan Minangkabau yang masih mengekalkan ciri-ciri budaya dan 1. sistem nilai asal mereka, orang Melayu

LAMPIRAN 2

Kata-Kata Pinjaman Tamil dalam Perbendaharaan Kata Jawi Peranakan

Kata Pinjaman Tamil Kata Melayu

autadaundudungguedhrikacrakarpakenj:kolehkolp;korungguku’ikamamkuttikutommalaimandrammandummapillaimortumuttehnondiosytipaitipandipandilparpasypipattalompicerpochipoduponnupottehranggisyandisyattisyaukusyepu

tipuskirt labuhtololirihatisampah sarap hitamtawar menawar cawan tin bertangka membuat kecoh monyettunggang langgang budak lelaki kecil sanak saudara kalungan bunga jam pi; serapah bodohpengantin lelakikasar; tidak bersopantelur; bodoh (kiasan)tempangberdaijat tinggiseparuh gilakhinzirkhemahtengokhebohkumpulan (orang)gambarhabismakanpengatin perempuan butasombong; angkuh degilmangkuk tingkatcambukhantaran