kertas kerja itik telur

11
PENDAHULUAN S A N I D A Enter K E R T A S K E R J A PENTERNAKAN ITIK (TELUR)

Upload: jer-emy-joer

Post on 21-Nov-2015

3.091 views

Category:

Documents


750 download

DESCRIPTION

Contoh projek penternakan itik

TRANSCRIPT

S A N I D A

Enterprise

K E R T A S K E R J A

PENTERNAKAN ITIK (TELUR)

PENDAHULUANMenternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.PEMILIHAN BAKABaka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:- mempunyai daya hidup yang tinggi bebas dari kecacatan penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 300 biji setahun) menghasilkan telur yang berkualiti berat antara 65 75 gm sebiji kulit telur adalah keras warna kuning telur kemerah-merahan saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 1.8 kg ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.PERUMAHAN DAN PERALATANRumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:- Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 4 kaki persegi. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang. Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.PERALATANInduk palsu antaranya: Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah, Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam) Sarang bertelur Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainyaPEMAKANANSatu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur. Makanan komersil Makanan campuran sendiri1.Makanan KomersilIalah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.Umur

Jenis Makanan

Kandungan

ProtinTenaga

0 2 mingguDuck Starter20 %2700-3000

2 3 mingguDuck StarterdicampurDuck Grower--

4 16 mingguDuck Grower16 %2500 2800

16 minggu dan semasa bertelurLayer17 %2600 2900

2. Makanan Campuran SendiriSatu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.Bahan-bahan:-Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-Umur

0 4 minggu1.2 kg. 1.6 kg.

5 minggu 22 minggu11.0 kg 11.8 kg

22 minggu ke atas (semasa bertelur)160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKITItik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:- Menjaga kebersihan ladang setiap masa Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat antistress harus diberi pada umur itik 1 3 hari. Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.KEPERLUAN CAHAYACahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:- Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap. Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telurItik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal. Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi. Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.PENGURUSANPengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian: Persediaan sebelum ketibaan anak itik Pemeliharaan semasa perindukan Pengurusan semasa membesar Pengurusan semasa bertelurPersediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik) Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 4 inci. Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 3 jam sebelum anak itik sampai.Pemeliharaan Semasa Perindukan Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan. Masa perindukan adalah selama 20 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan. Beri antistress selama 3 hari. Beri makanan duck starter crumble tanpa had Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian. Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.Pengurusan Semasa Membesar Keluarkan alat pemanas dan pembentung Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 2800k/cl Timbang 2 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat . Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.Pengurusan Itik Semasa BertelurItik akan mula bertelur apabila berumur 20 22 minggu. Oleh itu :- Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 2900 k/cl. Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 5 minggu sebelum bertelur. Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 170 gm sehari /ekor. Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri) Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik) Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan Semak keperluan cahaya mengikut umur itikPENGHASILANHasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-Telur Itik SegarBoleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 15.0.Telur Masin Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar. Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.PENGURUSAN REKODMenyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan Rekod pemeliharaan/pengurusan Rekod kewanganGaleri Penternakan itik Muscovy

Ruang yang mencukupi bagi ternakan itik samaada didalam atau diluar reban

Sistem keselamatan dilengkapi dengan kawasan ternakan yang berpagar.

Antara bangsal ternakan itik muscovy.

Benih anak itik dimasukkan secara berperingkat bagi tujuan kawalan pengeluaran dan pemasaran.Pemasukan benih dengan 3 peringkat kemasukan tiap satu berjumlah 1,000 ekor

Kemudahan, pengawasan dan penyeliaan ternakan adalah dibantu oleh kakitangan Jabatan Veterina Daerah.

Pemasaran dan pasaran dirancang dengan kerjasama jabatan dan pemborong pihak FAMA

Pengangkutan dan pemasaran adalah sistem yang disediakan bagi menjamin kelangsungan projek.

Projek Itik kg.Tok JembalANALISA MARGIN KASAR

PROJEK TERNAKAN AYAM PENELUR

UNTUK SATU PUSINGAN

Bilangan ayam sepusingan100,000ekor

Kadar kematian sepusingan15%

Kemasukan anak ayam dara (pullet)100000ekor

Bilangan ayam penelur pada minggu ke 7285000

Purata pengeluaran telur75%

Tempoh pengeluaran telur52minggu

Kadar Penggunaan makanan ayam penelur0.108kg/ekor/hari

PerkaraUnitHarga/ UnitKuantitiRM/Pusingan

Hasil

Jualan telur ayambiji0.1927,375,000.005,201,250.00

Jualan ayam tuaekor3.0085,000.00255,000.00

Jualan tinjabag2.5078,000.00195,000.00

Jumlah Hasil5,651,250.00

Kos Berubah 1

Makanan penelurkg1.043,931,200.004,076,654.40

Ayam dara (pullet)ekor10.41100,000.001,041,392.66

Jumlah Kos Berubah 15,118,047.06

Margin Kasar 1 ( Jumlah Hasil Jumlah Kos berubah 1)533,202.94

Kos Berubah 2

Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin(RM 0.03 /ekor)3,000.00

Elektrik + Air(RM 0.4 / ekor)40,000.00

Upah/Gaji( RM 2.10 / ekor)210,000.00

Pembaikan dan senggaraan25,000.00

Pelbagai10,000.00

Jumlah Kos Berubah 2288,000.00

Margin Kasar 2 ( Margin Kasar 1- Jumlah Kos Berubah 2)245,202