kertas kerja hari keluarga dan sukaneka

3

Click here to load reader

Upload: rohana-jantan

Post on 04-Jul-2015

13.294 views

Category:

Documents


115 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja hari keluarga dan sukaneka

1

Kertas Kerja Hari Keluarga dan Sukaneka Anjuran Persatuan Penduduk dan Madrasah Al-Ittihadiyah

Taman MAIM Bukit Rumbia Alor Gajah Melaka.

1.0 PENGENALAN

1.1 Hari keluarga merupakan satu hari yang dapat dilaksanakan di antara pemimpin, masyarakat dan juga masyarakat setempat. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat bersama2 ahli keluarga dan anak-anak amnya.

1.2 Ianya sudah pasti akan menjadi harapan kepada Jawatan Kuasa perlaksana selain ianya menjadi satu aktiviti riadah bersama-sama keluarga dan diisi dengan aktiviti riadah bersama-sama keluarga dan diisi dengan aktiviti sukaneka. Oleh itu sebagai satu galakkan dalam menjayakan program ini Persatuan Penduduk dan Madrasah Al-Ittihadiyah mengambil satu pendekatan bagi menjayakan program tersebut.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan semangat motivasi baru terhadap gaya hidup bermasyarakat, gaya

berfikir akan potensi diri dan bersedia menggunakan secara maksimum disamping memahami orang lain dan persekitaran.

2.2 Memberi dan penambahbaikan serta menyemai semangat setia kawan, bekerjasama dalam merapatkan hubungan sosial dikalangan masyarakat dan persekitaran.

3.0 TARIKH, TEMPOH, TEMPAT PERLAKSANAAN DAN PENYERTAAN

3.1 Tarikh : Disember 2012

3.2 Tempoh : 2 hari 1 malam

3.3 Tempat : Isma Beach Resort, Padang Kemunting Pengkalan Balak.

3.4 Penyertaan : 70 orang ibu/bapa dan 50 remaja/kanak-kanak.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Adalah menjadi harapan kumpulan sasaran ini terdiri daripada ahli keluarga dan anak-

anak yang menetap di Taman MAIM Rumbia.

5.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM

5.1 Penasihat : YAB Datuk Hj.Mohd Ali bin Rustam (Ketua Menteri Melaka) 5.2 Pengerusi Bersama : YB Datuk Norpipah binti Abdul (ADUN Kawasan Rembia)

:Encik Zamri bin Lajim(Pengerusi Persatuan Penduduk Taman MAIM) 5.3 Naib Pengerusi : Encik Muhammad Muzi bin Sulaiman 5.4 Setiausaha : Puan Rohana binti Jantan 5.5 Pen. Setiausaha : Encik Talib bin Janggi 5.6 Bendahari : Puan Noresah binti Rahman

Page 2: Kertas kerja hari keluarga dan sukaneka

2

5.7 Pen. Bendahari : Puan Norizan binti Bahari 5.8 Ahli Jawatan Kuasa : Encik Azis bin Shariff

Puan Rohana bt Assahak

Encik Ahmad Zaidi bin Hj.Zaini

Puan Suzana bt Limat

Encik Dzulkeflee bin Alias

Encik Awang bin Zainal

Encik Abd Manan bin Manaf

Encik Zamros bin Bujang

Puan Shamsiah bt Ismail

Encik Mohd Yassin bin Senin

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KEWANGAN

Bil. Perkara Amaun

1. Penginapan berkhemah (6 ment tent) RM30.00 x 1 unit x 50 unit

RM1500.00

2. Makan dan minum RM20.00 x 2 hari x 70 orang RM15.00 x 2 hari x 50 orang

RM2800.00 RM1500.00

3. Sewa tapak/Kemudahan asas

Ibu bapa RM2.00 x 70 orang x 1 hari

Kanak-kanak RM1.00 x 50 orang x 1 hari

RM140.00 RM50.00

4. Pengangkutan bas RM450.00 x 2 unit x 1 hari

RM900.00

5. Sewa Khemah Canopy RM280.00 x 3 unit

RM840.00

6. Sewa P.A sistem RM450.00 x 1 unit

RM450.00

7. Kain rentang RM150.00 x 2 unit

RM300.00

8. Urusan pertandingan/alatan dan penyediaan gelanggang RM500.00

9. Hadiah-hadiah (Hamper) RM1200.00

10. Elaun Petugas RM50.00 x 10 orang

RM500.00

11. Perbelanjaan luar jangka RM300.00

12. T’shirt J/Kuasa Penganjur RM25.00 x 30 unit

RM750.00

13. Penceramah jemputan RM200.00

JUMLAH RM12380.00

(Dengan perkataan RM: Dua Belas Ribu Tiga Ratus Lapan Puluh Sahaja )

7.0 ACARA-ACARA SUKANEKA

7.1 Acara keluarga 7.1.1 Pereka fesyen (ibu, bapa dan anak-anak) 7.1.2 Isi air dalam botol (ibu, bapa dan anak-anak) 7.1.3 Tarik upih (ibu, bapa dan anak-anak)

Page 3: Kertas kerja hari keluarga dan sukaneka

3

7.2 Acara berpasukan 7.2.1 Bowling kelapa (3 perempuan dan 2 lelaki) 7.2.2 Belon air (7 orang campuran lelaki dan perempuan) 7.2.3 Tarik tali (7 orang lelaki) 7.2.4 Tarik tali (7 orang perempuan)

7.3 Acara dewasa berpasukan

7.3.1 Lari dalam guni (3 lelaki dan 3 perempuan) 7.3.2 Susun batu bata (6 lelaki) 7.3.3 Penguin football (6 lelaki)

7.4 Acara kanak-kanak

7.4.1 Mewarna (5-7 tahun crayon) 7.4.2 Mewarna (8-12 tahun pensel warna) 7.4.3 Pecah belon (5-7 tahun) 7.4.4 Cari barang (5-12 tahun) 7.4.5 Susun surat khabar (5-7 tahun)

7.5 Kategori khas

7.5.1 Keluarga ceria 7.5.2 Peserta paling sporting

8.0 PENUTUP

8.1 Untuk mencapai objektif tersebut para peserta perlu untuk mendapat pendedahan dan

pengecaman sebanyak mungkin. Ini akan membolehkan para peserta menyertai dan mengendalikan aktiviti ini dengan lancar serta sambutan yang menggalakkan.

8.2 Lebih menyeronokkan lagi cabaran dan pengecaman menglibatkan diri dalam aktiviti ini akan memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya ssemangat bekerjasama dalam pasukan, sifat ketabahan mental, kegigihan, disiplin dan kepimpinan dalam menjayakan sesuatu program.