1) hari keluarga jabatan 2013

5
1 HARI KELUARGA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR 2013 ‘KELUARGA BAHAGIA, WARGA CERIA’ I Oleh : Muhamad Aizuddin bin Safiaai, Timbalan Pengerusi KSKR JPBD Selangor I Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD Negeri Selangor) telah menganjurkan Hari Keluarga 2013 pada 23hb. Februari 2013, bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor bersama Kelab Sukan Kebajikan Rekreasi (KSKR) JPBDSel. Seramai 278 orang telah hadir bersama keluarga bagi memeriahkan sambutan hari keluarga JPBD kali ini. KSKR selaku pengelola program telah membahagikan lapisan pegawai Jabatan kepada tiga kumpulan bagi memberi persaingan sengit dalam setiap acara yang dipertandingkan, iaitu kumpulan Kuning dengan penjenamaan Panthera Pardus, kumpulan Biru sinonim dengan gelaran Killer Shark dan kumpulan Merah dengan perjuangan Mighty Phoenix. Hari Keluarga JPBD Negeri Selangor yang bertemakan ‘Keluarga Bahagia, Warga Ceria’ diadakan bertujuan untuk mewujudkan satu platform semangat muhibbah dan setia kawan antara warga kerja Jabatan dan ahli keluarga. Ia selaras dengan Pelan Integriti Nasional dan Pelan Integriti Jabatan di mana salah satu objektifnya adalah pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia. Matlamatnya adalah untuk menekankan pentingnya keluarga dalam kehidupan sehari-hari dan merapatkan lagi hubungan sesama anggota keluarga.

Upload: voanh

Post on 23-Jan-2017

308 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1) Hari Keluarga Jabatan 2013

1

HARI KELUARGA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR 2013

‘KELUARGA BAHAGIA, WARGA CERIA’

I Oleh : Muhamad Aizuddin bin Safiaai, Timbalan Pengerusi KSKR JPBD Selangor I

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri

Selangor (JPBD Negeri Selangor) telah

menganjurkan Hari Keluarga 2013 pada 23hb.

Februari 2013, bertempat di Taman Botani Negara

Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa Negeri Selangor bersama Kelab

Sukan Kebajikan Rekreasi (KSKR) JPBDSel.

Seramai 278 orang telah hadir bersama keluarga

bagi memeriahkan sambutan hari keluarga JPBD

kali ini. KSKR selaku pengelola program telah

membahagikan lapisan pegawai Jabatan kepada

tiga kumpulan bagi memberi persaingan sengit

dalam setiap acara yang dipertandingkan, iaitu

kumpulan Kuning dengan penjenamaan Panthera

Pardus, kumpulan Biru sinonim dengan gelaran

Killer Shark dan kumpulan Merah dengan

perjuangan Mighty Phoenix.

Hari Keluarga JPBD Negeri Selangor yang bertemakan ‘Keluarga Bahagia, Warga Ceria’

diadakan bertujuan untuk mewujudkan satu platform semangat muhibbah dan setia

kawan antara warga kerja Jabatan dan ahli keluarga. Ia selaras dengan Pelan Integriti

Nasional dan Pelan Integriti Jabatan di mana salah satu objektifnya adalah pembangunan

keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia. Matlamatnya adalah

untuk menekankan pentingnya keluarga dalam kehidupan sehari-hari dan merapatkan

lagi hubungan sesama anggota keluarga.

Page 2: 1) Hari Keluarga Jabatan 2013

2

Sambutan Hari Keluarga ini

telah dirasmikan oleh

Tn. Hj. Mohd Zaki bin Ibrahim,

Pengarah JPBD Negeri

Selangor telah menekankan

bahawa pentingnya semangat

kekeluargaan, kekitaan dan

keakraban di kalangan warga

kerja JPBD Negeri Selangor

kerana secara tidak langsung

ianya dapat melahirkan sikap

prihatin, saling hormat-

menghormati, bertolak ansur,

amanah serta telus di dalam menjalankan tugas seharian. Selain itu, sambutan hari

keluarga ini pada kali ini turut meraikan kecemerlangan anak-anak lapisan pegawai yang

telah berjaya di dalam peperiksaan yang telah diduduki pada tahun 2012.

Page 3: 1) Hari Keluarga Jabatan 2013

3

Program yang bermula

seawal jam 7.00 pagi dan

berakhir jam 2.00 petang

telah berjalan dengan

penuh meriah dan santai.

Acara pembukaan hari

keluarga dimulakan

dengan aktiviti senam

aerobik yang diketuai oleh

adik Mohd Shazlee Bin Hj

Mohd Nasir, memberikan

satu senaman pemanas

badan sebelum memulakan aktiviti sukan yang lain. Aktiviti selanjutnya diteruskan

dengan bacaan doa oleh En. Rosly B. Ahmad dan sarapan pagi.

Bermula jam 9.00 pagi, acara sukaneka bermula bagi kategori kanak-kanak, iaitu rebut

gula-gula, sukan kitar semula, isi air dalam botol dengan span dan pertandingan

mewarna. Kemeriahan terpancar di setiap wajah keluarga yang hadir pabila melihat gaya

yang dipersembahkan oleh anak-anak kecil dalam acara sukaneka yang disertai.

Page 4: 1) Hari Keluarga Jabatan 2013

4

Setelah selesai acara kanak-kanak, jam 10.30 pagi bermulanya acara sukaneka bagi

kategori dewasa. Antara acara sukaneka yang disediakan adalah orang tamak, bomba

kampung, cincin gergasi, terompah gergasi, gaun sakti, jalan atas batu-bata, tarik upih

dan kerusi berirama. Semua acara yang dipertandingkan mendapat persaingan sengit

dari setiap kumpulan. Walaupun terdapat ahli keluarga yang cedera, namun semangat

berpasukan tidak mematahkan semangat untuk memenangi acara yang dipertandingkan

.

Page 5: 1) Hari Keluarga Jabatan 2013

5

Sukaneka kali ini turut menyediakan aktiviti kepada kategori VIP iaitu boling kelapa.

Acara ini telah dimenangi oleh Tn. Hj. Mohd Zaki Bin Ibrahim yang mewakili kumpulan

Kuning, Panthera Pardus.

Penyampaian hadiah merupakan acara kemuncak kepada sambutan Hari Keluarga JPBD

Negeri Selangor 2013. Hadiah yang disediakan merupakan peralatan tulis bagi kategori

kanak-kanak dan hamper bagi kategori dewasa. Tidak ketinggalan, kemeriahan Hari

Keluarga kali ini, pihak pengelola telah menyediakan siri cabutan nombor bertuah yang

diberikan kepada semua lapisan pegawai.

Sambutan Hari Keluarga JPBD Negeri Selangor 2013 telah diakhiri dengan ucapan

penutup oleh En. Saifuddin Bin Marsuk, Pengerusi KSKR JPBD Selangor. Beliau

mengharapkan semoga sambutan hari keluarga ini dapat merapatkan lagi ikatan ukhwah

antara warga JPBD Negeri Selangor dan keluarga masing-masing dan adalah menjadi

harapan agar sambutan seumpama ini dapat dianjurkan pada tahun akan datang.