kertas kerja gotong royong unit beruniform sktmi2 2014

10
Kertas Kerja Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2 Peringkat Sekolah 30 Ogos 2014 Anjuran: UNIT BERUNIFORM SK TENGKU MAHMOOD ISKANDAR 2

Upload: azlee-abdul-aziz

Post on 17-Jan-2016

89 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kertas kerja gotong royong

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2 2014

Kertas KerjaGotong Royong Unit Beruniform SKTMI2

Peringkat Sekolah

30 Ogos 2014

Anjuran:

UNIT BERUNIFORMSK TENGKU MAHMOOD ISKANDAR 2

Page 2: Kertas Kerja Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2 2014

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,

berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah

merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat

tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang

perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap

kebersihan sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria

dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,

Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong

Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan

amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah

terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan

nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan

longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta

menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah

Kluang yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau

menyembur asap di sekitar sekolah.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SKTMI 2 akan

memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat

3K.

Page 3: Kertas Kerja Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2 2014

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,

indah, selamat dan ceria.

2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu

bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan

dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah

disediakan.

2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan

aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 30 Ogos 2014 ( Sabtu )

Tempat : Kawasan sekitar SKTMI2

Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi

Pakaian : Pakaian unit uniform

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Pembersihan Kawasa Taman Bacaan

Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran

air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu

usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan

memberi kesan kepada pelajar khususnya yang berada di sekolah.

Page 4: Kertas Kerja Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2 2014

4.2 Kantin Sekolah

Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok kelas dan pejabat

merupakan kawasan tarikan bagi pelajar dan pelawat yang datang ke sekolah

ini. Melalui kerja gotong-royong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru

dan para pelajar akan membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya.

4.3 Mengecat Garisan Kuning

Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah

di sekitar koridor bangunan di tingkat dua. Seterusnya di kawasan tapak

perhimpunan, di bahagian tapaknya perlu disimenkan untuk mengukuhkan

kedudukan tiang bendera tersebut.

Page 5: Kertas Kerja Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2 2014

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL. KAWASANKETUA DAN KUMPULAN YANG

TERLIBAT

1.

Taman Bacaan Guru: Cg Ibrahim bin Abd Ghani

Unit Uniform PBSM

2. Kantin SekolahGuru: Cg Mazziana Hanim

Unit Uniform Tunas Kadet Remaja

3. Mengecat Garisan KuningGuru: Cg Nazifah bt Ngadi

Unit Uniform Pengakap

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Ketibaan Guru dan Murid

8.15 pagi Taklimat agihan tugas

8.30 pagi Gotong–royong bermula

12.30 tengah hari Makan tengahari dan majlis bersurai

6.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN

Page 6: Kertas Kerja Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2 2014

Sumbangan diperolehi daripada:

a) PIBG = RM100.00

b) Peruntukan = RM300.00

c) Kutipan Derma = RM 32.00

Jumlah Keseluruhan = RM 432.00

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Pelajar = 30 orang

b) Guru = 20 orang

Jumlah = 50 orang

7.1 Makan dan minum untuk makan tengahari

a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM2.50)

b) Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)

Jumlah = RM3.00

Keseluruhan : 50 x RM3.00 = RM 150.00

7.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga

2. Tin Cat ( Tiang garaj kereta )Harga seunit ( 1 x RM20.00 )

Bil tin cat yang diperlukan=3 unit3 unit x RM20.00 = RM 60.00

3 Berus CatHarga Seunit (1 x RM5.00)

Bil berus yang diperlukan=10 unit10 unit x RM5.00 = RM 50.00

4. PenggaritHarga Seunit (1 x RM6.00)

Bil penyapu yg diperlukan=10 unit10 unit x RM6.00 = RM 60.00

5. Plastik Beg SampahHarga Seunit (1 x RM2.00)

Bil beg yg diperlukan=10 unit10 unit x RM2.00 = RM 20.00

7. Sabun PencuciHarga Seunit (1 x RM10.00)

Bil yang diperlukan=3 unit3 unit x RM10.00 = RM 30.00

Page 7: Kertas Kerja Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2 2014

8. Berus LongkangHarga Seunit (1 x RM6.00)

Bil berus longkang diperlukan;5 unit x RM6.00 = RM 30.00

9. Pencedok longkangHarga seunit ( 1 x RM8.00 )

Bil yang diperlukan = 4 unit 4 unit x RM8.00 = RM 32.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM282.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM150.00 + RM282.00 = RM 432.00

Page 8: Kertas Kerja Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2 2014

JAWATANKUASA AKTIVITI

Penaung : Hjh.Shafila binti JumaatGuru Besar SK.Tengku Mahmood Iskandar 2

Pengerusi : En Haidir bin AbdullahGPK Koko SK.Tengku Mahmood Iskandar 2

Naib Pengerusi 1 : Hjh.Waimah binti Midin

GPK1 SK.Tengku Mahmood Iskandar 2

Naib Pengerusi 2 : Pn Rosnah Bt Kayon

GPK HEM SK.Tengku Mahmood Iskandar 2

Setiausaha : En. Azlee B. Abdul Aziz

Bendahari : Pn Rahayu bt Sulaiman

Peralatan : Pn Maziana Hanim

Makanan/minuman : Pn Nazifah bt Ngadi

Dokumentasi : En Azlee B Abdul Aziz

Disediakan oleh

………………………………(Azlee B Abdul Aziz)Setiausaha Program Gotong Royong Unit Beruniform SKTMI2