kertas kerja festival sains - copy

14
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MAWAR KERTAS KERJA FESTIVAL SAINS “EXPERIENCE, ENRICH AND EXPLORE”

Upload: adora89

Post on 09-Feb-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KKFS

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MAWAR

KERTAS KERJA FESTIVAL SAINS

“EXPERIENCE, ENRICH AND EXPLORE”

Page 2: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

KERTAS KERJA MINGGU SAINS

“EXPERIENCE, ENRICH AND EXPLORE”

SK SEREMBAN JAYA

TAHUN 2012

1.0 PENGENALANMinggu Sains ini adalah suatu program yang diadakan khusus kepada semua pelajar di Sek Keb Taman Sri Mawar agar lebih meminati subjek Sains. Festival yang bertemakan “Experience, Enrich and Explore” ataupun dalam Bahasa Melayu iaitu “Rasa, Perkayakan dan Teroka” adalah bersesuaian bagi peringkat umur kanak-kanak dari tahun 1 hingga tahun 6 di mana pelajar akan diberi peluang untuk merasai sendiri cara menjalankan eksperimen, menerokai alam sains yang penuh keajaiban dan juga memperkayakan pengetahuan yang sedia ada. Di samping itu ia adalah suatu program yang melibatkan guru pelatih dari IPG Kampus Raja Melewar sebagai AJK Pelaksana dalam menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang pengendalian sesuatu program.

Page 3: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

2.0 MATLAMATMatlamat utama Minggu Sains ini adalah untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Sains dengan lebih mendalam agar mereka menyukai dan mencintai subjek ini. Pelajar akan lebih menggemari subjek ini apabila mereka diberi peluang untuk mencuba sendiri beberapa eksperimen dan merasai sendiri bagaimana melakukannya. Di dalam erti kata lain, program ini dijalankan supaya dapat mengubah persepsi pelajar yang acap kali kita dengar bahawa Sains adalah subjek yang membosankan dan susah. Ini bermakna pelajar akan melakukan aktiviti “hands-on” yang mana ia adalah sangat digalakkan dalam pengajaran Sains. Matlamat seterusnya ialah memperkayakan ilmu pengetahuan pelajar tentang beberapa topik pelajar contohnya dalam topik pemindahan haba, kitaran air dan lain-lain. Seterusnya adalah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar seperti mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan, menunjukkan minat terhadap dunia sekeliling, berfikiran rasional dan sebagainya. Selain daripada itu, ia memberi peluang kepada para guru pelatih untuk menimba pengalaman sebagai AJK Pelaksana dan ia mendedahkan kepada mereka bagaimana cara untuk mengendalikan serta menjalankan sesebuah program. Akhir sekali ia adalah sebagai wadah merapatkan silaturrahim antara para pelajar dengan para guru di sekolah ini.

3.0 OBJEKTIFObjektif Festival Pameran Sains ini adalah:

3.1 Menarik minat dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia Sains.

3.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri bagaimana menjalankan eksperimen.

3.3 Menggalakkan pelajar supaya berfikir secara kreatif dan kritis di samping berfikiran rasional.

Page 4: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

3.4 Menerapkan nilai murni seperti mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan dan menghargai sumbangan Sains dan Teknologi.

3.5 Memberi pengalaman kepada guru pelatih dalam mengendalikan sesebuah program seperti ini.

4.0 TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPATTarikh : 17 & 18 Ogos 2011Hari : Rabu dan KhamisMasa : 7.45 a.m. – 1.00 p.m.Tempat : Makmal Sains SK Taman Sri Mawar.

5.0 KUMPULAN SASARAN5.1 Murid tahun 4 & 5 (Lampiran A)5.2 Guru-guru Sains

6.0 ATURCARA PROGRAMHari pertama (17 Ogos 2011)

MASA AKTIVITI TINDAKAN

7.45 a.m – 8.00 a.m

8.00 a.m – 8.30 a.m

Ketibaan Guru Besar, Puan Hajah Haliza Bt Yussof dan semua GPK.

Ucapan alu-aluan pengacara majlis.

Bacaan doa

Ucapan perasmian Pameran Festival Sains oleh Guru Besar, Puan Hajah Haliza Bt Yussof.

Gimik perasmian : Pelancaran

En.Nasruddin Bin Nasrifan

Nur Ayuni Binti Aiyub

En Nasruddin Bin Nasrifan

Page 5: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

8.30 a.m – 8.45 a.m

Roket oleh Guru Besar Puan Hajah Haliza Bt Yussof.

Kuiz Sains Bersurai

Nor Hidura Othman

MASA AKTIVITI TINDAKAN9.00 a.m – 1.00 a.m

Hari Kedua (18 Ogos 2011)

MASA AKTIVITI TINDAKAN8.90 a.m – 12.00 p.m

Pameran Festival Sains

8.00 a.m – 8.30 a.m – Tahun 4

Mawar

8.30 a.m – 9.00 a.m – Tahun 4

Cempaka

9.00 a.m – 9.30 a.m – Tahun 4

Tanjung

9.30 a.m – 10.00 a.m – Tahun 5

Mawar

10.40 a.m – 11.10 a.m – Tahun 5

Cempaka

Tahun 4 : Puan Nor Azlina Binti Isa

Tahun 5 Puan Norhashima Binti Jaafar

Page 6: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

11.10 a.m – 11.40 a.m – Tahun 5

Tanjung

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

AJK PENGURUSAN

Penaung : Pn Hajah Haliza Bt Yussof

Penasihat : En. Nasruddin Bin Nasrifan

Penyelaras : Pn Norhashima binti Jaafar

Setiausaha : Pn Nur Ayuni binti Aiyub

Bendahari : Cik Norhidura Binti Othman

AJK PELAKSANA

Ajk Peralatan : Pn Nur Ayuni binti Aiyub

Cik Norhidura Othman

Cik Azritawani Binti Ahmad @Othman

Cik Nor Diana Binti Mohd Daham

Page 7: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

Ajk Protokol : En. Nasruddin Bin Nasrifan

Pn Nur Ayuni binti Aiyub

Cik Norhidura Othman

Ajk Kumpulan Sasaran ;

Tahun 4 : Pn. Farhana Tahun 5 : Pn Suryati Baharin

Ajk Stesen Pameran : Pn Nur Ayuni Bt Aiyub

: Cik Norhidura Othman

Ajk Keselamatan :Pn Nor Azlina Bt Isa

Ajk Hadiah dan Cenderamata : Pn Norhashima Bt Jaafar

SENARAI BIDANG TUGAS AJK PELAKSANA

JAWATANKUASA BIDANG TUGASAJK PERALATAN 1) Menyenaraikan peralatan yang

diperlukan bagi setiap stesen.2) Menyediakan peralatan dan radas

yang lengkap.3) Menyelenggarakan peralatan selepas

tamat pameran.

AJK HADIAH DAN CENDERAMATA

1) Menyediakan hadiah .

AJK KUMPULAN SASARAN 1) Membawa pelajar daripada kelas masing- masing untuk pergi melihat

Page 8: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

pameran di makmal sains.AJK PROTOKOL 1) Mengacarakan majlis

2) Menyediakan semua bahan bagi pengacaraan majlis.

3) Menyediakan gimikAJK KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN

1) Menyediakan kotak pertolongan cemas.2) Menjaga kebajikan pelajar.

AJK STESEN PAMERAN 1) Menjaga setiap stesen pameran2) Memberi penerangan di setiap stesen

mengenai pameran yang sedang dilakukan kepada pelajar.

8.0 SENARAI AKTIVITI

8.1 Tornado

8.2 Ketumpatan

8.3 Volcano

8.4 Telur dalam botol

8.5 Pemindahan Haba

8.6 Bebola getah

9.0 SENARAI PERALATAN

Aktiviti PeralatanTornado Pencuci pinggan, serbuk

glitter, botol.

Ketumpatan Air, minyak masak, pewarna,

Page 9: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

bikar.

Volcano Plastisin, serbuk penaik 2 paket, cuka 2 botol, botol.

Pemindahan haba Botol kaca, pembaris plastik, pembaris besi, pembaris kayu.

Telur Dalam Botol Telur yang sudah di rebus , botol, penunu Bunsen.

Bebola getah Tepung jagung, air, pewarna.

10.0 PERBELANJAAN

Aktiviti Jumlah AnggaranTornado Rm 12

Ketumpatan Rm 5

Volcano Rm 10

Pemindahan haba Rm 5

Telur Dalam Botol Rm 2

Bebola getah Rm 10

Jumlah Rm 39

1 1.0 PENUTUP

Dengan adanya Festival Sains “Experience, Enrich And Explore” dapat membuka minda pelajar bahawa sains merupakan suatu mata pelajaran yang amat menarik dan menyeronokkan. Aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran sains yang selama ini dianggap suatu yang amat sukar untuk dipelajari. Kelainan yang cuba ditonjolkan melalui festival ini ialah apabila pelajar diberi peluang untuk melakukan sendiri eksperimen yang telah disediakan. Situasi ini akan memberi pengalaman baru dan penuh bermakna kepada

Page 10: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

pelajar. Festival ini juga dapat merapatkan hubungan antara guru dan juga pelajar. Ia juga dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai pengendalian Hari Festival Sains di sekolah. Ini juga akan dapat membawa manfaat kepada mereka di masa hadapan.

PELAN

Page 11: Kertas Kerja Festival Sains - Copy
Page 12: Kertas Kerja Festival Sains - Copy

PETUNJUK:

Papan hitam

Papan kenyataan

Stesyen 1:Tornado Stesyen 2;KetumpatanStesyen 3:VolcanoStesyen 4;Telur dalam botol

Steseyen 5:Pemindahan haba

Steseyn 6:Bebola getah

Pameran radas Sains