kertas kerja cadangan taman herba skaj

7
KERTAS KERJA CADANGAN BAIK PULIH PROJEK TAMAN HERBA SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA JAYA, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG 1.0 PENDAHULUAN Tanaman herba mempunyai hubungkait yang rapat dengan masyarakat di Malaysia. Selain mempunyai nilai perubatan dan penjagaan kesihatan, tanaman herba juga mampu menjadikan persekitaran lanskap yang menarik dan berinformatif. Projek Taman Herba ini mampu menyemai kesedaran dan pengetahuan kepada warga sekolah sekaligus dapat mewujudkan lanskap bersih, kemas dan berinformatif di sekolah ini. Selain itu aktiviti menanam dan melabel nama pokok-pokok di Taman Herba ini juga merupakan salah satu usaha sokongan terhadap Program 3K untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Di dalam Islam, menjaga kebersihan amatlah dituntut seperti di dalam hadith “kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman”. Justeru, projek Taman Herba ini juga berkait rapat dengan subjek pendidikan Islam yang amat sukakan keindahan dan kebersihan. Disamping itu, projek Taman Herba ini juga merupakan salah instrumen untuk mencapai status Sekolah Lestari. Dengan adanya projek Taman Herba, ia dapat membantu pihak sekolah memperkukuh proses perlaksanaan pendidikan alam sekitar. Elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan pelajar secara tidak langsung dapat mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum. 2.0 TAJUK 1

Upload: syirul-huda

Post on 26-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Taman Herba

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGAN BAIK PULIH PROJEK TAMAN HERBA SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA JAYA,14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

1.0 PENDAHULUANTanaman herba mempunyai hubungkait yang rapat dengan masyarakat di Malaysia. Selain mempunyai nilai perubatan dan penjagaan kesihatan, tanaman herba juga mampu menjadikan persekitaran lanskap yang menarik dan berinformatif. Projek Taman Herba ini mampu menyemai kesedaran dan pengetahuan kepada warga sekolah sekaligus dapat mewujudkan lanskap bersih, kemas dan berinformatif di sekolah ini.

Selain itu aktiviti menanam dan melabel nama pokok-pokok di Taman Herba ini juga merupakan salah satu usaha sokongan terhadap Program 3K untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Di dalam Islam, menjaga kebersihan amatlah dituntut seperti di dalam hadith kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Justeru, projek Taman Herba ini juga berkait rapat dengan subjek pendidikan Islam yang amat sukakan keindahan dan kebersihan.

Disamping itu, projek Taman Herba ini juga merupakan salah instrumen untuk mencapai status Sekolah Lestari. Dengan adanya projek Taman Herba, ia dapat membantu pihak sekolah memperkukuh proses perlaksanaan pendidikan alam sekitar. Elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan pelajar secara tidak langsung dapat mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.

2.0 TAJUKProjek Taman Herba

3.0 TARIKHTarikh: 01 Mac 2014 hingga 31 Mac 2014Masa: 4.30 petang 6.30 petang

4.0 VISIMenjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua dan memberi pendedahan kepada murid untuk membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah.

5.0 MISIMenyediakan murid dengan pelbagai kemudahan pembelajaran sokongan untuk membantu mereka mengakses sumber bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pembentukan sahsiah yang cemerlang.

6.0 OBJEKTIFAntara objektif pelaksanaan projek ini ialah:6.1 Mewujudkan suasana sekolah agar kelihatan kemas, ceria dan bersih.6.2 Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman.6.3 Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.6.4 Membantu murid mengenali serta dapat mengakses dengan mudah nama dan kegunaan pokok-pokok herba.6.5 Membudayakan sikap menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan guru dan pelajar.6.6 Mengenal pencipta dengan menghayati fungsi tumbuhan yang ditanam dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah.

7.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBAPengerusi: En. Mohamad Zakaria Bin Tajul Ariffin (Guru Besar)Naib Pengerusi: Pn. Hjh Suraiya Binti Mohd Salleh (Pk Hal Ehwal Murid)Pengurus Projek: Pn. Zuraida Binti AbdullahSetiausaha Projek: Pn. Syirul Huda Binti RamliBendahari: Pn. Hjh Jamilah Binti Mohd SaidJawatankuasa: 1) En. Jamil Bin Saudin 2) Pn. Siti Khadijah Binti Zainal Abidin 3) Pn. Hjh Rasuna Binti Said 4) Pn. Noor Hafizah Binti Md. Isa 5) Pn. Siti Hajar Binti Mustafa

8.0 ANALISIS SWOT PROJEK8.1 Strengths (Kekuatan)i. Terdapat tapak yang bersesuaian untuk mewujudkan Taman Herba.ii. Projek seumpama pernah dibuat, pengalaman lalu dapat digunakan.iii. Mendapat sokongan padu daripada pentadbiran sekolah.iv. Mudah mendapatkan bahan-bahan & anak-anak pokok.

8.2 Weaknesses (Kelemahan)i. Tenaga kerja penyediaan tapak.ii. Tenaga kerja untuk penyediaan dan pengendalian Taman Herba.iii. Faktor keselamatan taman terutama semasa cuti persekolahan.

8.3 Opportunities (Peluang)i. Sokongan dan perancangan Guru Besar dan Pk Hal Ehwal Murid.ii. Bahan-bahan & anak-anak pokok boleh diperolehi tanpa kos melalui sumbangan staf-staf warga SK Alma Jaya seperti tukang kebun dan guru-guru.iii. Menyokong aktiviti pembelajaran Sains, Pendidikan Islam dan kesedaran alam sekitar.iv. Membantu projek kecerian dan program 3K sekolah.v. Membantu Program Sekolah Lestari

8.4 Threats (Ancaman)i. Penjagaan.ii. Keselamatan dan pencerobohan pada musim cuti persekolahan.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN9.1 Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat Jawatankuasa Unit Hal Ehwal Murid SK Alma Jaya.9.2 Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti jawatankuasa yang bertanggungjawab dan sasaran projek.9.3 Penyediaan Kertas Konsep.9.4 Merancang dan melaksanakan program berdasarkan Rangka Kerja yang disediakan.9.5 Menilai keberkesanan dan kemajuan projek.9.6 Penambahbaikan.

10.0 MANUAL PELAKSANAANBILBUTIRAN KERJATARIKH LAKSANATINDAKANCATATAN

1Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt15/2/2014Pengurus

2Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa25/2/2014Semua AJK

3Gotong royong membersihkan tapak projek01/03/2014Semua AJK & Tukang kebun sekolah

4Mengumpulkan benih-benih dan anak pokok untuk ditanam di Taman Heba Dan Hiasan.01/03/2013-15/03/2014Semua AJK & Tukang kebun sekolah

5Penyusunan dan Penanaman Pokok01/03/2013-15/03/2014Semua AJK & Tukang kebun sekolah

6Meletakkan papan tanda dan label untuk setiap tumbuh-tumbuhan yang ditanam di taman tersebut secara saintifik 01/03/2014-15/03/2014Guru dan murid

7Pelancaran dan dibuka untuk dikunjungi31/03/2014Pengurus

*Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan

11.0 ANGGARAN KOS PROJEK TAMAN HERBAProjek ini akan dijalankan tanpa mengeluarkan kos kerana menggunakan bahan-bahan terpakai untuk menghiasakan Taman Herba serta mendapat sumbangan biji benih dan anak pokok herba daripada waris dan juga seluruh warga Sekolah Kebangsaan Alma Jaya. Tambahan pula, ini adalah projek baik pulih dan pihak Jawatankuasa Pelaksana hanya perlu menambah bilangan pokok herba dan juga menceriakan kawasan Taman Herba semula.

12.0 PENUTUPAdalah diharap dengan perancangan yang telah disusun segalanya dapat berjalan dengan lancar. Komitmen daripada semua pihak amat diharapkan, tidak mungkin projek ini dapat direalisasikan tanpa sokongan dan bantuan daripada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Alma Jaya. InsyaAllah, Taman Herba ini akan menjadi satu ikon baru di sekolah ini disamping dapat mewujudkan satu lanskap yang kemas, bersih dan ceria. Semoga Taman Herba ini juga akan menyediakan iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan pembinaan modal insan yang membudayakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Disediakan oleh:

.Syirul Huda Binti RamliSetiausaha Projek Taman Herba SK Alma Jaya

Diluluskan oleh:

Mohamad Zakaria Bin Tajul AriffinGuru BesarSK Alma Jaya

1