kertas kerja big.docx

37
BINA INSAN GURU FASA IV 1.0 PENDAHULUAN Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui program 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Selaras dengan pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa IV “Sayangi Kawasan Sekolah Anda”, guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Sekolah Kebangsaan RKT Lasah mengambil peluang untuk bekerjasama dengan pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan) serta PIBG sekolah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong keceriaan sekolah bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan ia selaras dengan tema BIG FASA IV 1

Upload: salina-md-saad

Post on 23-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi

matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,

berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik

darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan

matlamat tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab

yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran

Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui

program 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu

mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan

efektif.

Selaras dengan pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa IV

“Sayangi Kawasan Sekolah Anda”, guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG)

Sekolah Kebangsaan RKT Lasah mengambil peluang untuk bekerjasama dengan

pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan)

serta PIBG sekolah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-

royong keceriaan sekolah bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia

Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan

pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan ia

selaras dengan tema “Sayangi Kawasan Sekolah Anda”. Program ini diharap dapat

mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang

lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama

yang diberikan oleh warga SK RKT Lasah serta kepimpinan Guru Besar akan

membuahkan hasil yang diharapkan.

1.0 MATLAMAT

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran

sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah terhadap

semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan

BIG FASA IV 1

Page 2: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada

di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba

ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat

untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa

lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh

pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin

untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti

dalam suasana yang selamat dan ceria.

2.0 NAMA PROGRAM

Gotong- Royong Keceriaan Sekolah

3.0 ANJURAN

- Guru-guru PPG IPGK Ipoh dan IPGK Pulau Pinang S.K. RKT Lasah.

- Jawatankuasa 3K unit Hal Ehwal Murid S.K. RKT Lasah

- PIBG S.K RKT Lasah.

5.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah:

i. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang

bersih, indah, selamat dan ceria.

ii. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa

terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan

yang telah disediakan.

iii. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

iv. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara

berkumpulan

BIG FASA IV 2

Page 3: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

7.0 SASARAN

Guru-guru S.K. RKT Lasah

AJK PIBG S.K. RKT Lasah

6.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 23 Ogos 2014

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

7.0 TEMPAT

I. Pentas/tempat perhimpunan

II. Kawasan teres tebing padang sekolah

III. Replika Labu Sayong

IV. Pagar sekolah.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Encik Abdol Mutalib bin Yahya

Pengerusi : Encik Tajul adnan bin Tajudin

Naib Pengerusi I : Puan Jamilah binti Samsudin

Naib Pengerusi II : Encik Mohamad Rizal bin. Mohamed Yunus

Setiausaha : Puan Salina Binti Md Saad

Naib Setiausaha : Puan Shazirah bt. Tarmizi

Bendahari : Puan Faridah Hanim bt. Mohamad

Naib Bendahari : Puan Norazmanida Binti Mahamud

AJK PELAKSANA:

Pengerusi majlis: Buku Program :

Tn. Hj. Sariman Bin Hj Mohd Shohor Pn. Faridah Hanim bt Mohamad

BIG FASA IV 3

Page 4: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

Gambar dan Dokumentasi : Persiapan Tempat dan Siaraya :

Pn. Shazirah Bt Tarmidzi En. Mohd Zailani Bin Hassan

En. Azwan bin Nor Azwah En. Mohd Faris bin Mohd Rofie

Peralatan : Makanan dan Minuman :

En. Azarol bin Othman Pn. Siti Nor’Aini Bt Ab Ghani

En. Syaiful Azizi Bin Dasuki Pn. Mazwen Shah Bt Abdul Aziz

En. Jamili bin Mohd Nordin Pn. Hasnaa Bt Mohd Noh

Kawasan Gotong- Royong:

KAWASAN/TEMPAT GURU TERLIBAT

Membersihkan teres tebing padang

sekolah

1. Tn. Hj. Sariman B. Mohd Sohor

2. En. Jamili B. Mohd Nordin

3. En. Azarol B. Othman

4. En. Mahadzir Bin Abu Bakar

5. En. Syaiful Azizi Bin. Hj. Dasuki

6. En. Mohd Zailani Bin Hassan

7. En. Mohd Fariz Shah B. Mohd Rofie

Mengecat Pagar Sekolah 1. En. Azwan B. Nor Azwah

2. Pn. Thulasi A/P Nagu Pandithan

3. Pn. Azlina Bt Mohd Tahir

4. Pn. Normah Bt. Mohd Asik

5. Pn. Al Asma Bt Yahaya

6. Pn. Faridah Bt Mohd Kamarudin

Mengecat dan Menghias Replika

Labu

1. Pn. Shazirah Bt Tarmidzi

2. Pn. Rohana Bt Yusoff

3. Pn. Zuhriah Bt Shamsudin

4. Pn. Zurida Bt Ahmad

BIG FASA IV 4

Page 5: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

5. Pn. Hasnaa Bt Md Noh

6. Pn. Faridah Hanim Bt Mohamad

Pentas perhimpunan pagi 1. Pn. Salina Bt Md Saad

2. Pn. Norazmanida Bt. Mahamud

3. Pn. Mazwen Shah Bt. Abd. Aziz

4. Pn. Noor Azrina Bt. Tahrim

5. Pn. Norhasibas Bt. Hamid

6. Pn. Siti Nor”Aini br Ab Ghani

9.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

08.00 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan

08.05 pagi Ucapan Pengerusi 3K dan Penolong Kanan HEM

08.20 pagi Pembahagian tugas

08:30 pagi Gotong-royong

10.00 pagi Rehat dan minum pagi

10.30 pagi Gotong-royong

12.30 tengah hari Rehat, makan tengah hari dan solat

2.00 petang Gotong-Royong

4.00 petang Rehat dan minum petang

4.30 petang Majlis Penutup

6.00 petang Bersurai

BIG FASA IV 5

Page 6: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

.

PERKARA HARGA

SEUNIT(RM)

KUANTITI HARGA(RM)

1 Kudapan/Minum petang RM5.00 30 x RM5.00 RM 150.00

2. Air Mineral RM1.00 30 x RM1.00 RM 30.00

3 Makanan dan minuman RM4.50 30 x RM4.50 RM 135.00

4 Cat RM15.00 7 x RM15 RM 105.00

5 Berus RM 2.50 8 x RM2.50 RM 20.00

6 Jumlah RM 440.00

12.0 PENUTUP

Diharapkan program yang dirancang ini berjalan lancar dengan sokongan dan

bantuan dari pelbagai pihak terutama daripada guru besar,  guru-guru SK RKT

LASAH dan AJK PIBG. Dalam menjalankan aktiviti gotong royong ini dapat

menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan

pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling

bekerjasama demi kepentingan sekolah

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………… ……………………(SALINA BT MD SAAD) (EN.TAJULADNAN B. TAJUDIN)Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal MuridProgram Gotong-Royong Keceriaan S.K RKT Lasah.

Disahkan oleh:

.............................

(EN. ABDOL MUTALIB B. YAHYA)Guru Besar,

BIG FASA IV 6

Page 7: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

S.K RKT Lasah.

LAPORAN SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN

Pada semester 5 ini, pelajar PPG Kohort 2 sekali lagi diwajibkan untuk menjalankan

Program Bina Insan Guru (BIG) iaitu BIG Fasa IV . Taklimat BIG untuk Fasa IV telah

dijalankan pada 8 Februari 2014, jam 8.30 pagi di Dewan Seri Melati IPG Kampus Ipoh.

Di bawah kelolaan unit kokurikulum, kami diberi penerangan tentang pelaksanaan BIG

Fasa IV iaitu “ Sayangi Kawasan Sekolah Anda”. Kami diberi taklimat tentang program

yang perlu kami laksana dan penerangan tentang cara penyediaan folio program BIG yang

bakal kami jalankan bagi memenuhi tuntutan sukatan pengajian kami. Jurulatih

pembimbing bagi kelas saya iaitu BM03 ialah Dr. Lee See Seng.

Bagi melaksanakan program ini, saya telah bergabung tenaga dengan rakan-rakan

PPG sekolah saya iaitu dari IPG Kampus Pulau Pinang. Mereka ialah Pn. Faridah Hanim

Bt Mohamad, Pn. Norazmanida Bt Mahamud dan Pn. Shazirah Bt Tarmidzi. Perbincangan

telah dijalankan dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah (HEM). Kata sepakat

dicapai iaitu bekerjasama dengan pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan,

kesihatan dan kebersihan) menganjurkan satu aktiviti gotong-royong keceriaan sekolah

yang melibatkan guru-guru dan PIBG.

Perbincangan dengan jawatankuasa 3K dan mesyuarat dengan guru-guru telah

diadakan bagi menetapkan tarikh yang sesuai, kawasan-kawasan untuk diceriakan,

jawatankuasa pelaksana, kewangan dan lain-lain. Kerjasama dari pihak pentadbir, guru-

guru dan kakitangan sekolah memudahkan tugasan kami untuk merealisasikan BIG Fasa

IV ini.

BIG FASA IV 7

Page 8: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

LAPORAN SEMASA PROGRAM DIJALANKAN

NAMA PROGRAM : GOTONG-ROYONG KECERIAAN SEKOLAH

TARIKH : 23 OGOS 2014

MASA : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG

TEMPAT : S.K. RKT LASAH

Seperti yang dirancang seawal jam 8.00 pagi lagi, guru-guru dan AJK PIBG berkumpul di

tapak perhimpunan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), En. Mohd Tajuladnan Bin

Tajudin telah merasmikan Program Gotong-Royong Keceriaan Sekolah pada hari tersebut.

Seterusnya taklimat disampaikan oleh Pengerusi Program 3K, Tn. Hj. Sariman Bin Hj.

Mohd Shohor.

Guru-guru dan AJK PIBG telah dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kawasan

atau tempat yang akan diceriakan iaitu pentas/tempat perhimpunan, replica labu sayong,

teres tebing padang sekolah dan pagar sekolah. Saya dan rakan-rakan PPG diberi

tanggungjawab untuk menceriakan pentas perhimpunan pagi dan replika labu sayong.

Setelah selesai taklimat, maka aktiviti gotong-royong keceriaan sekolah pun bermula pada

pukul 8.30 pagi.

Mengecat dan Menceriakan Pentas Perhimpunan

Pentas perhimpunan sebelumnya tidak dicat telah berubah dengan begitu ceria sekali.

Kawasan sekelilingnya juga telah dicat baru. Kami guru-guru PPG bersama dengan guru-

guru lain telah bertungkus-lumus menyiapkannya pada hari tersebut.

Mengecat dan Menghias Replika Labu

Keadaan replika labu sayong yang sudah luntur warnanya telah dicat semula dengan

warna kuning dan dilukis bunga. Manakala kawasan sekelilingnya juga dibersihkan dan

diceriakan. Namun begitu, kawasan replika labu sayong ini tidak dapat disiapkan pada hari

tersebut dan akan disambung secara beransur-ansur oleh kami pelajar PPG pada hari

yang lain.

BIG FASA IV 8

Page 9: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

Membersihkan kawasan teres tebing padang.

Guru-guru lelaki dan AJK PIBG ditugaskan untuk menebas pokok-pokok dan

membersihkan kawasan ini agar tidak terdedah dengan haiwan-haiwan bisa. Ini

merupakan langkah keselamatan ketika murid-murid melakukan aktiviti Pendidikan

Jasmani di padang.

Mengecat Pagar dan Sekolah

Pagar sekolah dicat semula untuk menimbulkan lagi suasana ceria dan pemandangan

yang indah. Permulaannya, bahagian pagar hadapan sekolah dicat dahulu termasuklah

pintu pagar sekolah. Selebihnya akan dicat kemudian jika masa mengizinkan atau dicat

pada hari yang lain.

Pada pukul 10.30 pagi, guru-guru dan AJK PIBG yang menjalani gotong-royong

keceriaan sekolah berehat sambil menikmati hidangan bihun goreng dan air. Aktiviti

disambung semula pada pukul 10.45 pagi. Dengan semangat kerjasama dan kesepakatan

yang padu antara pihak pentadbir, guru-guru dan dan AJK PIBG, selesailah program

gotong-royong keceriaan sekolah lebih kurang pada pukul 4.00 petang. Saya dan rakan-

rakan PPG akan menyelesaikan bahagian yang belum siap sepenuhnya pada minggu

berikutnya iaitu menyiapkan replika labu sayong.

Ini adalah satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya dan rakan-rakan PPG

kerana dapat mengendalikan program yang dirancang dengan jayanya. Sesungguhnya,

tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan BIG adalah tugas bersama, bekerja dalam

satu pasukan dan yang pasti, kami berasa sangat gembira kerana dapat berganding bahu

menjayakan program ini.

LAPORAN SELEPAS PROGRAM

Setelah selesai program, kami mengemas tempat dengan membuang sampah dan AJK

yang terlibat dalam setiap bahagian menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti

AJK peralatan, tempat dan sebagainya. Kami saling membantu untuk memastikan tempat

yang digunakan bersih selepas semua aktiviti dijalankan. Kami telah memastikan setiap

BIG FASA IV 9

Page 10: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

tempat yang digunakan dikemaskan semula dan memastikan kebersihan tempat tersebut

dijaga.

PENILAIAN SELEPAS PROGRAM DIJALANKAN

Penilaian dijalankan menggunakan kaedah analisis SWOT untuk mengenalpasti kekuatan

(Strength), kelemahan (Weakness), peluang (Opportunity) dan ancaman (Treat) yang

dihadapi sepanjang program dijalankan.

(i) KEKUATAN

1. Guru-guru sekolah bersemangat melakukan aktiviti, memberikan kerjasama dan

sokongan yang penuh dalam setiap aktiviti.

2. Guru-guru PPG mempunyai sifat kerjasama yang padu.

3. Pengalaman sedia ada pada guru PPG memudahkan pengendalian program ini.

4. Dapat mewujudkan hubungan mesra dua hala antara guru-guru PPG dengan guru-

guru sekolah berkaitan.

(ii) KELEMAHAN

1. Alat kelengkapan tidak mencukupi seperti cat dan berus cat.

2. Beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana mengikuti kursus dan latihan bowling.

3. Masa yang singkat.

(iii) PELUANG

1. Mendapat sokongan dan kerjasama yang erat daripada pihak pentadbir dan guru-

guru sekolah ini untuk memastikan kejayaan program.

2. Pekerja-pekerja sekolah sedia memberikan bantuan dan khidmat semasa

menjalankan aktiviti.

3. Kerjasama guru-guru dan pelajar PPG dalam menjana perkongsian bijak untuk

menambah ilmu demi kecemerlangan diri, murid dan sekolah.

(iv) ANCAMAN

BIG FASA IV 10

Page 11: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

1. Tiada sebarang ancaman yang memudaratkan, hanya kekangan masa.

PEMURNIAN PROGRAM/PENAMBAHBAIKAN

Setiap kelemahan pasti ada pemurnian dan penambahbaikan. Setiap pemurnian bertujuan

untuk menambahbaikan sesuatu perancangan. Pertamanya tentang peralatan yang

hendak digunakan hendaklah diteliti terlebih dahulu oleh guru sebelum memulakan aktiviti

agar tidak berlaku masalah seperti kekurangan cat dan berus cat yang menyebabkan

aktiviti tidak berjalan lancar.

Sebaik-baiknya aktiviti disertai oleh semua guru. Perancangan program seboleh-

bolehnya mengambil kira akan aktiviti dan tugasan guru serta diketahui dengan lebih awal.

Begitu juga dengan pengurusan masa, digunakan dengan semaksimum yang mungkin

bagi melancarkan perjalanan program

PENUTUP

Program BIG kali ini telah mencapai objektifnya. Segalanya berjalan dengan begitu sempurna

tanpa sebarang kekangan. Namun, kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti akan

diambil kira dan penambahbaikan akan dilakukan untuk program yang bakal dijalankan akan

datang.

BIG FASA IV 11

Page 12: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala limpah kurnianya dapat

saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Terima kasih yang tidak

terhingga atas kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

sehingga BIG Fasa IV ini dapat dijalankan dengan sempurna. Untuk kali ketiganya saya

bekerjasama dengan rakan-rakan PPG dari IPG Kampus Pulau Pinang menjalankan BIG

Fasa IV. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi

daripada aktiviti ini

Sepanjang program ini, saya mempelajari bahawa pengurusan masa dan sumber

tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat

disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum. Saya

juga menyedari sebagai seorang guru yang serba boleh, kita haruslah mempunyai unsur-

unsur kreativiti dan inovasi dalam menjalankan rutin tugas kita. Hali ini demikian kerana

saya bersama guru-guru PPG telah menceriakan pentas perhimpunan dan sekelilingnya

serta melukis dan mewarna replika labu dengan begitu kreatif sekali, sehingga dewan

tersebut nampak berbeza dan cantik sekali juga berbanding dengan keadaan asalnya.

Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu

sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.

Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting

bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan kondusif. Ia juga

penting bagi memastikan sebarang pertelingkahan dan persengketaan dapat dielakkan

bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Jelaslah di sini

bahawa program ini secara langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara

pihak pentadbir dengan guru-guru, guru dengan guru, pihak sekolah dengan PIBG, pekerja

dan kakitangan sekolah.

Berdasarkan pemerhatian saya dan rakan-rakan kumpulan kami sedar bahawa iklim

atau budaya sekolah dan bilik darjah yang selesa, enak dipandang, dan kondusif akan

dapat menggalakkan motivasi seseorang murid untuk belajar. Bayangkan apabila

seseorang murid belajar di sebuah sekolah yang penuh dengan mural sekolah yang begitu

BIG FASA IV 12

Page 13: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

cantik, selesa dilihat dan selesa tanpa sebarang kerosakan dan kekotoran, semangat

murid tersebut untuk belajar di sekolah tersebut pastinya akan meningkat mendadak dan

berkobar-kobar untuk mempelajari sesuatu yang baharu daripada guru-guru mereka. Jadi,

jelaslah di sini bahawa persekitaran sekolah adalah amat penting bagi memotivasikan

seseorang murid untuk belajar dan melakukan yang terbaik dalam pelajaran mereka.

Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna

dan penting melalui program gotong-royong keceriaan sekolah ini, iaitu bersosial dengan

orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai

manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan

yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu

berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat

banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat

membantu kita menyelesaikan masalah kita.

            Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar

dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini

merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia,

mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua

keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan

guru yang seimbang. Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti

yang dijalankan semasa BIG Fasa IV ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya

dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih gigih, bersemangat dan

seba boleh dan kreatif.

Sehubungan dengan itui, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada pihak pentadbir sekolah khasnya unit Hal Ehwal Murid kerana memberi ruang

kepada saya dan rakan-rakan, kepada guru-guru sekolah, jawatankuasa PIBG serta

pekerja-pekerja sekolah yang sama-sama bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Lee

See Seng. Juga rakan-rakan IPG yang tidak lokek berkongsi ilmu dan kemahiran yang

mereka miliki. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak,

mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat masyarakat

ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

BIG FASA IV 13

Page 14: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

Sekian, terima kasih      SEBELUM PROGRAM

BIG FASA IV 14

SEMUA GURU BERMESYUARAT :

17 JULAI 2014 (KHAMIS)

2.00 PETANG

Page 15: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

SEBELUM PROGRAM

PENTAS PERHIMPUNAN DAN SEKELILINGNYA

REPLIKA LABU SAYONG

SEMASA PROGRAM

BIG FASA IV 15

Kawasan yang diceriakan oleh guru-guru PPG

Page 16: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

SEMASA PROGRAM

BIG FASA IV 16

Pengerusi 3K memberi penerangan dan pembahagian tugas

Penolong Kanan HEM menyampaikan ucapan dan merasmikan program

Mengecat dan menghias pentas perhimpunan

Page 17: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

SEMASA PROGRAM

BIG FASA IV 17

Mengecat dan menghias pentas perhimpunan dan kawasan sekelilingnya

Page 18: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

SEMASA PROGRAM

BIG FASA IV 18

Mengecat dan menghias replika labu sayong dan kawasan sekelilingnya

Page 19: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

HASIL SELEPAS PROGRAM

BIG FASA IV 19

Membersihkan kawasan teres tebing padang dan mengecat pagar sekolah

Pentas perhimpunan dan Kawasan Sekelilingnya

Page 20: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

HASIL SELEPAS PROGRAM

BIG FASA IV 20

Replika Labu Sayong dan Kawasan Sekeliling

Page 21: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

HASIL SELEPAS PROGRAM

BIG FASA IV 21

Pagar Sekolah

Page 22: KERTAS KERJA BIG.docx

BINA INSAN GURU FASA IV

BIG FASA IV 22