kertas kerja balai za'ba

11
Kertas Kerja Gotong-royong Menaiktaraf Balai Za’ba Program 3K Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan “Sehasrat Melestari, Sepakat Bestari, Sekolah Berkualiti” 25 JUN 2011 Anjuran:

Upload: muharini-rozab

Post on 24-May-2015

290 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja balai za'ba

Kertas KerjaGotong-royong Menaiktaraf

Balai Za’ba

Program 3K Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan

“Sehasrat Melestari, Sepakat Bestari, Sekolah Berkualiti”

25 JUN 2011

Anjuran:

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) DAN JKKRFELDA JERANGAU BARAT, AJIL, HULU TERENGGANU

Page 2: Kertas kerja balai za'ba

KERTAS KERJA

GOTONG-ROYONG MENAIKTARAF BALAI ZA’BA

”SEHASRAT MELESTARI, SEPAKAT BESTARI, SEKOLAH BESTARI”

1.0 TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA

Tujuan penyediaan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan serta memohon perkenan

dan kelulusan pihak yang berkenaan agar dapat menyalurkan sumbangan kewangan bagi

menampung kos perbelanjaan gotong-royong yang akan dianjurkan di sekitar kawasan SK

FELDA Jerangau Barat.

2.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan

berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah

satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan

persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh

sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan

sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat

membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

dan efektif.

Sehubungan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan

Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong bersama

pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar

tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik

darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni

dalam diri mereka.

Gotong-royong mengindahkan Balai Za’ba ini adalah untuk memberi nafas baru kepada balai

sedia ada yang melibatkan projek menanam dan melabel nama pokok–pokok serta

mencantikkan taman-taman di persekitaran sekolah di samping melestari kehijauan alam di

sekelilingnya. Di samping itu, balai ini menjadi satu ruang khas yang kondusif serta selesa

Page 3: Kertas kerja balai za'ba

yang berfungsi sebagai pusat hebahan maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti persekolahan

kepada para ibu bapa sementara menunggu kepulangan anak mereka. Ia juga merupakan

salah satu projek khas Program 3K bagi tujuan memenuhi keperluan pengajaran dan

pembelajaran terkini di samping memperindah serta menceriakan kawasan sekolah.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan

longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta

menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes dengan hasrat mewujudkan satu

kawasan bebas denggi.

Adalah menjadi harapan yang menggunung agar para pelajar, guru, ibu bapa serta warga

SK FELDA Jerangau Barat akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya

memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

3.0 MATLAMAT

Mewujudkan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk

menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi hebahan dan penyaluran maklumat

kepada semua.

4.0 MISI

Menyediakan murid dengan pelbagai prasarana untuk membantu mereka mencapai

kecemerlangan dalam akademik dan penerapan nilai-nilai murni ke arah pembentukan

sahsiah yang cemerlang.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,

indah, selamat dan ceria.

5.2 Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman.

5.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu

bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan

penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

5.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah

disediakan.

5.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan

aktiviti.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Page 4: Kertas kerja balai za'ba

Semua warga SK FELDA Jerangau Barat – PIBG, Ibubapa dan Guru-guru, Pelajar-pelajar.

7.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh cadangan : 25 Jun 2011 (Sabtu)

Tempat : Kawasan sekitar SKFJB

Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari

Pakaian : Pakaian sukan

8.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

8.1 Mereka Bentuk Landskap

Tugas mereka bentuk landskap dilakukan adalah untuk mencantikkan dan

menceriakan tapak projek agar memenuhi konsep yang diinginkan. Reka bentuk

landskap tersebut dapat memberi impak positif dan inspirasi kepada warga sekolah

khususnya di samping memanfaatkannya secara optimum.

8.2 Pembersihan Tapak Projek

Tapak projek perlu dilakukan pembersihan agar kerja-kerja memperindah kawasan

tersebut menjadi lebih lancar. Melalui kerja gotong-royong di kawasan ini, ibu bapa,

guru-guru dan para pelajar akan membersihkan kawasan di sekitarnya.

8.3 Mengecat dan Memasang papan tanda

Bagi memberikan impak keceriaan kepada sekolah, di bahagian perhiasan pokok

bunga di sekitar tapak projek akan dicat menggunakan warna-warna yang terang.

Selain itu, papan tanda nama pokok juga akan dipasang pada pokok-pokok yang

ditanam.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN MENGIKUT BIDANG TUGAS

Page 5: Kertas kerja balai za'ba

BIL. BIDANG TUGASKETUA DAN KUMPULAN YANG

TERLIBAT

1.Mereka Bentuk Landskap

1. En. Amran B Arif

2. En. Abdul Ghani B Ibrahim

3. En. Ripin B Sulong (Wakil PIBG)

4. Pelajar Tahun 6

2. Pembersihan Tapak Projek

1. En. Aziz B Mamat

2. En. Mohd Basri B Harun

3. En. Abdul Rahim B Draman

4. En. Zulkifli B Musa (Wakil PIBG)

5. Pelajar Tahun 4

3.Mengecat Dan Memasang

Papan Tanda

1. Y.M. Tengku Abdul Halim B Tengku

Mansor

2. En. Yusoff B Ahmad

3. En . Nik Aziz B Nik Mahmud

1. En. Mat Zin B Mat Uyub

(Wakil PIBG)

4. Pelajar Tahun 5

10.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Zubir B Harun (Guru Besar)

Page 6: Kertas kerja balai za'ba

Pengerusi : En. Wan Hussin B Wan Ibrahim (Yang Dipertua PIBG)

Naib Pengerusi : En. Bukarim B Daud

Setiausaha : En. Nik Aziz B Nik Mahmud

Penolong Setiausaha : Cik Rozita Bt Chik

Bendahari : En. Yusoff B Ahmad

Juruaudit : En. Aziz B Mamat / Pn. Noorazlinda Bt Mohd Tajudin

Pengerusi Biro Pendidikan : Pn. Nooriza Bt Ibrahim@Jusoh

Pengerusi Biro Agama : En. Amran B Arif

Pengerusi Biro Kebajikan : Pn. Zarma Bt Abd. Wahab

AJK : En. Ripin B Sulong

En. Zulkifli B Musa

En. Mat Zin B Mat Uyub

Pn. Fatimah Bt Mamat

Pn. Zaleha Bt Yahya

Pn. Rozita Bt Othman

Pn. Siti Fatimah Bt Abdullah

Pn. Hasmah Bt Bidin

Pn. Zalina Bt Abd Rahman

11.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK

Pengerusi : En. Zubir B Harun

Page 7: Kertas kerja balai za'ba

Naib Pengerusi 1 : En. Zulkifli B Mamat

Naib Pengerusi 2 : En. Musa Khan B Kana

Naib Pengerusi 3 : En. Faizo B Mat

Setiausaha : En. Nik Aziz B Nik Mahmud

JK Penyelaras Tugas : En. Mohd Basri B Harun

En. Zulkifli B Musa

JK Kelengkapan dan Peralatan : Y.M. Tengku Abdul Halim B Tengku Mansor

En. Mat Zin B Mat Uyub

Rekabentuk Landskap : En. Amran B Arif

En. Abdul Ghani B Ibrahim

En. Ripin B Sulong

Jamuan : Pn. Nooriza Bt Ibrahim@Jusoh

Pn. Zainon Bt Ngah

Pn. Rokiah Bt Awang

Pn. Siti Nor Faiza Bt Azhari

Pn. Rozita Bt Othman

Pn. Siti Fatimah Bt Abdullah

Pn. Hasmah Bt Bidin

Pn. Zalina Bt Abd Rahman

Kebajikan dan Keselamatan : En. Abdul Rahim B Draman

En. Zailan B Adenan

En. Zulkifli B Musa

En. Mat Zin B Mat Uyub

12.0 TENTATIF PROGRAM

Page 8: Kertas kerja balai za'ba

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan

8.15 pagi Taklimat agihan tugas

8.30 pagi Gotong–royong bermula

12.00 tengahariHadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan oleh YDP

PIBG & Guru Besar SKFJB

12.30 tengahari Makan tengahari dan majlis bersurai

13.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan diperolehi daripada:

a) Sumbangan:

Y.B. TUAN HAJI ROZI BIN MAMAT = RM 2000.00

b) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) = RM 2000.00

c) Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) = RM 700.00

d) Sekolah = RM 500.00

Jumlah = RM5200.00

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA JUMLAH

1 Makan tengahari (RM5.00 x 490) RM2450.00

2. Atap (RM20.00 x 10) RM200.00

3. Semen RM200.00

4. Kayu-Kayu RM300.00

5. Kerusi Batu (RM250.00 x 2) RM500.00

6. Alat Pertukangan RM200.00

7. Batu Pejalan kaki (RM15.00 x 20) RM300.00

8. Air Mineral (RM15.00 x 10 kotak) RM150.00

9. Cat (RM100.00 x 3) RM300.00

10. Peralatan Mencuci RM100.00

Page 9: Kertas kerja balai za'ba

11. Pokok Bunga (RM5.00 x 20) RM100.00

12. Batu Bata RM200.00

13. Perbelanjaan luar jangkaan RM200.00

JUMLAH RM5200.00

15.0 PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping

mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan memastikan Balai Za’ba ini sentiasa

berada dalam suasana bersih, ceria serta iklim pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan

secara berterusan bagi memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam bidang akademik di

samping meningkatkan lagi kepentingan tanggungjawab sosial dalam sesebuah komuniti dan

seterusnya ke arah pembinaan akhlak serta sahsiah yang terpuji.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

----------------------------------------------- ----------------------------------------------

(ROZITA BINTI CHIK) (MUSA KHAN BIN KANA@SADARKHAN)

Setiausaha PIBG Guru Penolong Kanan 1

SK Felda Jerangau Barat, SK Felda Jerangau Barat,

Hulu Terengganu Hulu Terengganu

Disahkan oleh;

-----------------------------

(ZUBIR BIN HARUN)

Guru Besar

SK Felda Jerangau Barat,

Hulu Terengganu.