kertas i pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

8
SULIT SULIT PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF BIL. 2/2009 KERTAS I PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN UTM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA TARIKH 17 NOVEMBER 2009 (SELASA) MASA 9.00 – 11.30 PAGI (2 ½ JAM) TEMPAT DEWAN SULTAN ISKANDAR UTM, SKUDAI / UTM INTERNATIONAL CAMPUS Buku Soalan Ini Mengandungi LAPAN (8) Muka Surat Bercetak JANGAN BUKA BUKU INI SEBELUM DIARAHKAN

Upload: mohd-fathullah-mohd-aznam

Post on 28-Jul-2015

110 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

SULIT

SULIT

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN

PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF BIL. 2/2009

KERTAS I

PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN

UTM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TARIKH 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)

MASA 9.00 – 11.30 PAGI (2 ½ JAM)

TEMPAT DEWAN SULTAN ISKANDAR

UTM, SKUDAI /

UTM INTERNATIONAL CAMPUS

Buku Soalan Ini Mengandungi LAPAN (8) Muka Surat Bercetak

JANGAN BUKA BUKU INI SEBELUM DIARAHKAN

Page 2: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

SULIT

SULIT 2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN

PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF BIL.

2/2009

KERTAS I

PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN UTM

DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon hanya dikehendaki mencatat nombor kad pengenalan dan nombor soalan sahaja

pada setiap kertas jawapan.

2. Jawab lima (5) soalan sahaja, sekurang-kurangnya dua (2) soalan dari setiap

bahagian.

3. Calon tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan rujukan.

SELAMAT MAJU JAYA

Page 3: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

SULIT

SULIT 3

BAHAGIAN A – PENGURUSAN UNIVERSITI

1. Puan A adalah Pensyarah di Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia.

Keluarga beliau telah melantik beliau sebagai Pengarah Urusan bagi Syarikat Bersatu

Sdn. Bhd. yang dimiliki secara turun temurun. Menerusi pelantikan tesebut, Puan A

ingin memohon untuk menjalankan pekerjaan luar, beliau menerima sebarang gaji

ataupun elaun bagi jawatan tersebut. Berdasarkan Pekeliling Pentadbiran Bil 7/2006,

jelaskan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh staf seperti yang digariskan

dalam Pekeliling Pentadbiran tersebut.

(20 markah)

2. Sifat-sifat peribadi terutamanya keutuhan pegawai merupakan salah satu daripada

kriteria yang perlu diambil sebelum pegawai dipertimbangkan untuk kenaikan

pangkat. Walau bagaimanapun, seseorang staf yang mempunyai rekod tindakan

tatatertib boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Bincangkan situasi-situasi

di bawah dengan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009:

a) Encik L telah dikenakan tindakan tatatertib pada 1 Jun 2009 kerana kesalahan

di bawah Peraturan 3 (2)(f) iaitu tidak jujur atau tidak amanah kerana telah

membuat tuntutan palsu untuk penginapan dan dihukum di bawah 40(a)

amaran dan 40(e) turun gaji selama setahun berkuatkuasa 8 Jun 2009.

(4 markah)

b) Puan J didapati bersalah di bawah Peraturan 3 (2)(d) iaitu berkelakuan dengan

sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan

berkanun kerana pecah amanah dan dihukum di bawah 40(f) turun pangkat

iaitu daripada DS54 kepada DS45 berkuatkuasa 1 Ogos 2009.

( 4 markah)

c) Encik Y bersalah di bawah Peraturan (3)(2)(a) iaitu membelakangkan

kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya kerana

telah meluluskan projek membina Gelanggang Sukan tanpa melalui prosedur

setelah menerima imbuhan sebanyak RM1,000 daripada syarikat kontraktor

Page 4: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

SULIT

SULIT 4

dan dikenakan hukuman di bawah 40(d) tangguh pergerakan gaji selama 24

bulan berkuatkuasa 20 Julai 2009.

(4 markah)

d) Encik Z bersalah di bawah Peraturan 3(2)(g) iaitu tidak bertanggungjawab

kerana mengemukakan sijil cuti sakit dan dikenakan hukuman di bawah 40(a)

amaran dan denda sepertimana di bawah 40(b) berkuatkuasa 23 November

2009.

( 4 markah)

e) Cik T bersalah di bawah Peraturan 3(2)(e) iaitu kurang cekap atau kurang

berusaha kerana sentiasa ingkar arahan Ketua Jabatan dan memberi alasan

yang tidak munasabah ketika khidmatnya diperlukan dan dikenakan hukuman

amaran di bawah 40(a) berkuatkuasa 9 Mei 2009 dan pada 1 Ogos 2009 beliau

dikenakan hukuman turun gaji 40(e) kerana cuai dalam melaksanakan tugas-

tugasnya.

( 4 markah)

3. Encik M merupakan pegawai Kewangan W48, telah mengarahkan dan mengeluarkan

surat setuju terima kepada Syarikat Menanti Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pembinaan

Dewan Jamuan dan Gelanggang Terbuka di Fakulti Sukan & Rekreasi yang bermula

Januari 2009 dan disiapkan pada Disember 2009 yang mana nilai projek adalah

RM150,000.00 dengan tanpa mempelawa sebutharga sepertimana prosedur yang

ditetapkan di bawah Pekeliling Bendahari Bil 1/2009. Perbuatan beliau telah

diketahui oleh Ketua Jabatan dan pihak Ketua Jabatan ingin mengambil tindakan

tatatertib ke atas Encik M. Bincangkan tindakan yang perlu diambil oleh Ketua

Jabatan dibawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 dan

cadangkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas beliau.

(20 markah)

Page 5: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

SULIT

SULIT 5

4. Puan K tidak mematuhi waktu bekerja pejabat iaitu antara jam 8.00 pagi hingga 5

petang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1 Perenggan 5, Pekeliling

Perkhidmatan Bil 13 Tahun 2005.

Perbuatan Puan K tersebut yang dikatakan datang lewat ke pejabat, keluar tanpa

kebenaran Ketua Jabatan dan balik awal tanpa mengemukakan alasan yang

munasabah telah melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam Perintah Am 5,

Perintah Am Bab G yang antara lain menyatakan bahawa pegawai perlu mematuhi

waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan serta mendapatkan

kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan jika hendak meninggalkan pejabat

dalam waktu bekerja.

Kekerapan Puan K tidak mematuhi waktu bekerja telah menyebabkan beliau gagal

memberi keutamaan kepada tugas-tugasnya. Berdasarkan Surat Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998, cadangkan tindakan yang boleh diambil ke

atas Puan K.

(20 markah)

Page 6: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

SULIT

SULIT 6

BAHAGIAN B - PERLEMBAGAAN UTM DAN PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

5. Perlembagaan Universiti memperuntukan dua puluh tiga (23) kuasa Universiti.

Berdasarkan seksyen 6(1) Perlembagaan Universiti Teknologi, Huraikan LIMA (5)

kuasa Universiti dan berikan contoh jika ada.

(20 markah)

6. Seksyen 15(5) Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) (AUKU)

telah memperuntukkan seperti berikut:-

“ Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan

atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau

mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa

jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan

sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap-

a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi

undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh

Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi

kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

subseksyen (6)

“Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh

dihalang daripada-

(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang

berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam

pengajian atau penyelidikannya; atau

(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan

(a) pada sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang

tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada

di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau

kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam

Page 7: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

SULIT

SULIT 7

atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau

kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan

(1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan

kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

Dengan merujuk Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan

Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan, adakah kedua-duanya

bertentangan. Bincangkan seksyen di atas.

(20 markah)

7. Di dalam menjayakan transformasi untuk menuju kegemilangan, Universiti bercadang

menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan INTELEK untuk menguruskan dan

bertanggungjawab terhadap segala urusan berkenaan dengan harta, projek atau

perusahaan yang memberi manfaat dan faedah kepada Universiti, dan dalam masa

yang sama juga cadangan untuk menubuhkan anak syarikat yang dinamakan

GEMILANG SDN BHD bagi menjalankan aktiviti yang telah dirancang oleh

Universiti.

Komen senario di atas dengan merujuk Seksyen 7, penubuhan perniagaan di dalam

Perlembagaan Universiti.

(20 markah)

8. Pihak Berkuasa Universiti ialah Lembaga, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti

atau dengan apa-apa jua nama ia disebut, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut,

Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pekerja,

Jawatankuasa Kebajikan Pelajar dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan

oleh Statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti.

Huraikan fungsi dan kuasa Lembaga Pengarah dan Senat Universiti

Page 8: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

SULIT

SULIT 8

Hak Cipta Terpelihara

@ Hak Pejabat Pendaftar

Bahagian Pengurusan Modal Insan